TERKINI DI FACEBOOK

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297 Email : alhidayah@ppdkerian.edu.my

PENTING

BLOG SEKOLAH MASIH DALAM PROSES PENGUBAHSUAIAN

30 Julai, 2009

WAH . DAH TAK MACAM SEMALAM

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 11:19:00 PTG | No comments
PAPARAN BLOG INI AKAN BERUBAH WAJAH DAN KINI DALAM PERCUBAAN UNTUK MEMAPARKAN INTERFACE YANG LEBIH MENARIK.
TERIMA KASIH KEPADA USTAZ AHMAD SOPI KERANA TUNJUK AJAR MENAMBAH BAIK BLOG INI
Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

Aku Dihargai Kerana Aku Seorang Guru

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 12:13:00 PTG | No comments
Sajak: Guru
(Khas ditujukan kpd rakan-rakan seperjuanganku sempena Hari Guru)

Cikgu, guru itulah panggilan yang diberikan kepadamu
Kau mendidik anak bangsamu dengan ketulusan hatimu
Kau berdedikasi untuk mengajarkan yang terbaik
Untuk melahirkan anak didik yang boleh berjaya suatu hari nanti

Guru, kau seorang insan yang teristimewa
Baktimu kalahkan bak gunung Everest
Jasamu tidak ternilai harganya
Kau bak sebatang lilin yang sering menyinari kegelapan muridmu

Guru, betapa kau dihormati oleh segala lapisan masyarakat
Tugasmu begitu mencabar dan jiwamu begitu kental
Setiap hari kau akan berdepan dengan pelbagai cubaan
Namun rintangan yang mendatang kau dapat menangkisnya

Guru, kau seorang yang tegas dan berwibawa
Ketabahanmu membuat kau sentiasa redha
Kau berkaliber dan berhati mulia
Kau sering dijadikan cermin oleh anak didikmu

Guru, kau seorang yang bersemangat waja
Kesabaranmu membuat kau betah untuk meneruskan perjuanganmu
Demi membela anak bangsamu untuk maju ke hadapan
Kau sememangnya seseorang yang patut dihargai

Semoga Hari Guru ini akan membuat kau bahagia dan gembira
Doaku agar kau sekalian diberi rahmat dan hidayah dari Illahi
Dengan melaksanakan tugasmu sebagai seorang guru
Teruskanlah perjuanganmu, wahai insan yang bergelar GURU...

1hb.September 2007


Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

Cerita Smart Jawi dan Motivasi

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 8:53:00 PG | No comments


Sorotan Program Pemantapan jawi dan Motivasi sila Klik sini dan sini

Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

29 Julai, 2009

Teknik Menjawab PMR

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 11:33:00 PTG | No comments


Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

PEMBINAAN LAMAN WEB SPI PPD KERIAN

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 11:00:00 PTG | No comments

Bermula hari ini sehingga 31 julai nanti, seramai 30 orang guru dari kalangan guru j-Qaf dan GPI rendah dan menengah daerah Kerian telah dipilih untuk mengikuti kursus mengenai pengurusan laman web Sektor Pendidikan Islam (SPI) PPD Kerian. Kursus ini diadakan di Emerald Putri Hotel Sungai Petani.
Antara pegawai yang hadir seperti Ustaz Rahman dan Ustaz Hasbullah. Antara penceramah yang diundang ialah En Azhar Unit ICT PPD Kerian, dan rakan2nya.












Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

28 Julai, 2009

Kata Orang Kata Kita

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 8:43:00 PG | No comments
Sekali aku rasa nak menulis, kerana sedikit tersentuh dgn tulisan rakan sekerja. Ragam manusia cukup banyak kerenahnya, mungkin saya tak dapat nak memahami, tapi saya yang dah hampir sedekad bertugas di sini sudah ramai yang di temui. Ada yang baik hati, ada yang suka dengki, ada yang buat tak reti, ada yang kuat maki, ada yang senang hati dan ada juga yang buat kita susah hati.
Namun sebagai muslim dan manusia yang Allah beri akal fikiran, banyak yang kita perlu pelajari, kerenah manusia inilah yang akan mematangkan kita. Saya pernah di maki oleh pelajar, oleh orang lain, namun alhamdulilah semua itu mematangkan. Sampailah ke hari ini, hati saya cukup suka untuk mengenali sifat dan sikap manusia terutama anak didik dan rakan sekerja.
Dengan kekentalan yang saya perolehi itulah, saya jadi bersemangat untuk berhadapan dengan semua orang. Saya pernah di marahi ketika dalam tugas rasmi mengumpul data SABK, saya dan rakan pernah di maki oleh guru yang baru di posting, begitu juga ketika awal mengajar duhulu pernah diugut pelajar kerana denda yang kita lakukan ke atas mereka.
Namun kini, saya lebih mengambil langkah positif dengan mendekati dan memahami. Siapa pun yang datang dan masuk bertugas ke sekolah ini, akan bertemu saya sebagi suai kenal agar saya dapat mengetahui tentang diri dan peribadi. Bukan nak jaga tepi kain empunya diri, tapi andai timbul masalah suatu masa nanti, saya dan rakan lain mampu membantu.
Jadi nasihat saya kepada guru yang baru memulakan tugas di sekolah ini, perjalanan kita masih jauh dan masih berliku. Halangan yang bakal ada di hadapan terlalu besar untuk kita hadapi. 'Orang lama' akan pergi, namun kita yang bakal mewarisi sekolah ini mampukah mentadbir dengan ketulusan dan keikhlasan hati.
Jangan terlalu fikir tentang kepentingan diri, tapi berfikirlah untuk kemudahan orang lain. InsyaAllah kita akan berlapang dada dan boleh menerima.


Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

27 Julai, 2009

Program Pemantapan Jawi 2009

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 11:45:00 PG | No comments
Foto Sekitar Program pemantapan Penulisan Jawi dan Arab 2009 - 25 julai 2009










Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

Cikgu Tipah Pun Sedih

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 8:03:00 PG | No comments
Pada 25 Julai , hari sabtu yang lalu telah berlansung program motivasi pelajar bersama ibubapa bagi calon PMR 2009. Penceramah yang dijemput adalah Ustaz Izzat Hambali Bin Hamzah yang memberikan ceramah yang cukup bermakna kepada hadirin yang hadir pada hari tersebut.
Program yang dirancang oleh unit kaunseling sekolah khusus untuk calon pelajar yang akan menduduki PMR 2009. Ceramah yang dimulakan pada pukul 10 pagi, dimulakan dengan selawat secara bersama. Mendayu selawat dilagukan bersama-sama mula meruntun hati hadirin yang ada di dalam dewan.
Keupayaan ustaz Izzat membawa kelainan dalam sesi ceramahnya menarik perhatian ibubapa yang hadir. Teknik yang digunakan dengan selingan lagu-lagu agak menyentuh hati. Suaranya yang lantang menyebabkan hadirin terus memberi fokus dan mengikuti ceramah dengan baik.
Siapa yang mengikuti ceramah pada pagi itu, walaupun berada di luar dewan mampu menitiskan airmata dengan isi ceramahnya. Cukup istimewa dalam membawa mesej untuk pelajar berubah dan kesedaran ibubapa akan peri pentingnya tugas mereka dalam mendidik anak bangsa sendiri.
Kelihatan melalui rakaman, semua hadirin menitiskan airmata tanda sedar akan kesilapan. Sehinggakan kelihatan 'Penyelaras' program juga sedih dan pilu. Penyelaras yang dimaksudkan ialah cikgu Latifah... kesian dia jadi kelam kabut dengan masalah teknikal yang berlaku.Namun dapat juga di atasi dengan baik.
Syabas dan tahniah kerana berjaya menganjurkan program sebaik ini yer.. cikgu Latifah .. Jom layan foto program tersebut.













Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

23 Julai, 2009

Logo Lama Al-Hidayah

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 12:12:00 PTG | No comments


Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

21 Julai, 2009

Sayu.. Sayu .... Sayu .. Sayuti. Letih ke Latih Ke Latifah

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 9:25:00 PG | No comments
Stres .. tekanan memang tidak lari dari tugas sebagi seorang guru. Dengan bebanan tugas yang begitu banyak dan mencabar menguji ketahanan mental dan fizikal guru. Bercakap isu ini saya ingin berkongsi cerita bagaimana guru-guru dahulu mendidik saya sehingga saya kembali ke laman Hidayah ini. Guru yang lama begitu komited dengan tugas yang diamanahkan walaupun berhadapan dengan kerenah pelajar yang tak kurang HEBATnya .. berbagai perangai dan ragam ditunjukan pelajar. Saya masih ingat ketika di tingkatan 4 waktu itu, ada meja yang patah kerana pelajar nak bergaduh dengan seorang guru. Cukup mengerunkan, sehingga ada pelajar yang mengugut guru hendak bertumbuk di luar sekolah. Begitu juga ada pelajar yang dirotan bertubi-tubi kerana melakukan kesalahan.
Tak kurang juga pelajar perempuan yang menimbulkan isu demi isu masalah disiplin, dengan isu ‘couple’ sampai ke isu gaduh sesama mereka. Mungkin pengalaman ini diakui pengunjung terutama yang pernah belajar di Al-hidayah ini. Namun kekuatan dan ketahanan mental guru-guru di sini mampu menanganinya dengan baik dan pelajar yang dikategorikan ‘nakal’ ini ada yang berjaya dan ada yang masih tercari-cari arah hidup.
Kembali ke masa sekarang ini apa yang berlaku di Al-Hidayah sebenarnya telah lama dialami oleh guru yang lama berkhidmat di sini. Bagi mereka, pelajar yang tidak menurut kata, agak nakal, selalu bersikap kurang ajar adalah sebagai satu ujian dalam membentuk manusia yang baik di masa depan nanti.
Ragam pelajar yang berbagailah sebenarnya memeriahkan suasana Al-Hidayah, tentu pembaca entri ini setuju pengalaman di sekolah inilah yang dapat digunakan sebagai panduan ketika berada di dalam masyarakat. Sebab itulah saya lebih suka pelajar sendiri melakukan perubahan dalam mendapatkan pengalaman. Penganjuran sesuatu program, pelaksanaan dalam pembelajaran, pengurusan diri dan rakan…. biar pelajar lakukan sendiri. Pengalaman ini akan mendidik dirinya menjadi manusia berguna.
Apapun .. saya juga mengharapkan agar guru terutama yang baru .. bersabar dan sentiasa ceria demi tugas. Jom layan gambar .. kami guru lelaki layan stress dengan …. Apa yer … suasana inilah yang saya ingin lihat, walau hati sedih, sayu .. ‘kepala’ jgn tensen.







Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

19 Julai, 2009

Sedih Gembira Wan - Shahirah

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 11:07:00 PTG | No comments


Entri kali ini agak emosional .. berikutan beberapa kisah ‘luka’ telah menyebabkan beberapa orang guru baru amat terasa dengan sikap pelajar. Mungkinkah mereka ini teramat kecewa dengan ‘ragam’ pelajar yang dianggap kurang ajar? Namun biarlah kesempatan ruang ini kita bawakan kisah guru ini bagi pelajaran untuk kita semua. Dari dahulu lagi memang pelajar sekolah ini cukup memberi pengalaman baru yang mencabar bagi semua guru. Saya yang telah 7 tahun bersama di sini, berbagai isu telah dihadapi. Memanglah sebagai manusia segala yang terjadi mungkin mengundang kemarahan, namun sebagai guru kita ada ‘tugas’ yang mesti dilaksanakan. Tugas utama kita bukan mengajar sahaja, ianya lebih kepada mendidik anak bangsa terutama semua yang ada disekolah ini beragama Islam. Sejahat dan senakal mana pun mereka menjadi tanggungjawab kita mendidik mereka. Jangan mudah menyerah dengan bermain emosi, pelajar yang nakal dan mungkin agak ‘liat’ untuk diajar sebenarnya adalah sebagai ujian Allah kepada kita sebagai guru. Menjadi guru bukan mudah, Nabi Muhamad yang juga seorang guru, kita lihat bagaimana sirah tentang baginda menunjukan ketahanan fizikal dan mental baginda dalam menghadapi anak didik baginda.
Kita jadikanlah baginda nabi sebagai contoh untuk kita terus memikul ‘jawatan’ guru ini dengan penuh kesabaran. Banyak cara boleh kita praktikan demi untuk memastikan pelajar kita terdidik dengan nilai kemanusiaan yang baik. Mungkin kita boleh denda, namun lebihkanlah masa kita dengan mereka ini, bermain, bergurau senda bersama. Disamping itu, tampilkanlah diri dengan baik di mata mereka. Biar guru jadi idola, bukan jadi kutukan mereka.
Buat guru baru, belajarlah menjadi ‘pendidik’. Tambah pengetahuan melalui pengalaman. Jangan mudah menyerah dengan keadaan yang sukar, semua itu adalah cabaran dalam arena pendidikan. Bertugas di institusi lagilah kuat cabarannya. Allah akan menguji dengan ujian yang mungkin melemahkan kita. Teruskan usaha mendidik buang rasa yang tidak patut ada di hati baru semangat mengajar akan kembali.

Disamping rasa pilu cerita di atas, ada yang ‘mengejutkan’, Tahniah buat adik Shahirah yang meneruskan kejayaannya dalam pertandingan NILAM. Beliau berjaya meneruskan saingan ke peringkat negeri. Mewakili daerah Kerian dalam kategori Sekolah Menengah Luar Bandar ke peringkat negeri Perak. Satu kejayaan yang pertama kali diperolehi oleh sekolah ini. Tahniah dan teruskan kegemilangan.



Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

15 Julai, 2009

Baik Tutur Kata dan Ucapan Kasih

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 9:00:00 PG | No comments
Sudah lama saya tidak berkesempatan menulis di sini, hari ini saya ambik masa menitipkan sesuatu yang boleh dikongsi pengunjung. Banyak perkara berlaku dalam bulan Jun dan Julai ini. Ada yang gembira dan juga tak kurang juga sedih, marah dan kecewa. Apapun kita layan dulu gambar di bawah ini...


Menarik untuk yang suka 'bergayut'... cara mudah meletakkan telefon !

Ok lah .. sepanjang bulan Jun ini, sekembalinya dari maktab memang sibuk dengan 'write' kertas. Dari sehari ke sehari sibuk untuk menyiapkannya. Kesibukan itu menyebabkan tiada sangat masa nak pergi bercuti bersama keluarga. Kasihan kat 'orang rumah' dan anak kecil saya tu .. tak dapat nak pi 'jalan-jalan'.
Pada awal bulan Julai lalu telah berlansung beberapa program yang telah di'highlight' sebelum ini. antaranya program anjuran pejabat belia yang diadakan di Pulau Pangkor. Kemudian perkhemahan Bahasa Arab ting. 3 yang berlansung di Ayer Tawar Manjung anjuran SPI PPD Kerian. Dalam pada itu 3 orang pelajar ting. 3 juga di hantar ke Pangkor bagi mengikuti program yang hampir sama anjuran JPN Perak.




Perkhemahan BA di Amir Chalet Manjung



Suasana belajar dan taklimat kepada pelajar yang akan mengikuti prog belia



Perhimpunan pelajar belatarbelakangkan bangunan 4 tingkat yang sedang dalam pembinaan

Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

02 Julai, 2009

KULIAH : ILMU REJAB

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 11:48:00 PG | No comments
Bulan Rejab kembali lagi. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya.Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:
*Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.
*Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.
*Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,
*Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.
*Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.
*Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
*Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.
*Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.
*Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
*Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.
*Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.
*Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
*Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.
*Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga
*Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam
*Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.ESesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.
*Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.
Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api Neraka.Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.
Kelebihan lain bulan Rejab:
1. Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
2. Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka
3. Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.
4. Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.
5. Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.
6. Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.
7. Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
8. Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.
Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:
1. Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
2. Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
3. Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
4. Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
5. Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.
Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:
1. Israk dan Mikraj (27 Rejab)
2. Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
3. Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT:Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui - Petikan dari Surah Al Israa ayat 1.
DOA BULAN REJAB:Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hambaMu dan aku dalam genggamanMu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepadaMu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah.Istighfar paling baik dalam bulan Rejab:Maksudnya: Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.

Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

Cemerlang A Pendidikan Islam PMR 2008

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 9:28:00 PG | No comments
Pada 29 Jun 2009 yang lalu, PPD Kerian melalui Pegawainya Pn. Ommi telah mengumumkan SMA Al-Hidayah sebagai sekolah cemerlang bagi pencapaian matapelajaran Pendidikan Islam kerana telah memperolehi 41.18 % kelulusan. Ucapan tahniah dan penghargaan disampaikan melalui surat kepada Pengetua sekolah.Tahniah kepada pelajar dan guru yang terlibat.

Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

KREDIT UCAPAN

INFO RINGKAS SEKOLAH


INFO RINGKAS AL-HIDAYAH

MERANGKUMI PENDIDIKAN AKADEMIK DAN AGAMA (AZHARIAH /DINI) SECARA SERENTAK BERMULA DARI TINGKATAN 1-5

MENITIKBERATKAN MINAT KEPADA ILMU AGAMA YANG MERUPAKAN TUNJANG PENTING SEKOLAH INI

KURIKULUM

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)+ KURIKULUM AZHARIAH (IDADIE DAN THANAWI)

KOKURIKULUM

MELIPUTI ASPEK UNIT BERUNIFORM + KELAB PERSATUAN + SUKAN DAN PERMAINAN

PRASARANA DAN KEMUDAHAN UTAMA

BANGUNAN KELAS DAN KEPERLUAN PENDIDIKAN SESUAI YANG DIBEKALKAN KPM

TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ICT

SEDIAAN GURU TERLATIH OLEH PIHAK KEMENTERIAN

BANGUNAN ASRAMA LELAKI DAN PEREMPUAN MENGIKUT KAPASITI YANG DITETAPKAN

MISI 2020

MENJADI SEKOLAH TERBAIK DAN CEMERLANG DI DAERAH KERIAN 2020

PENERIMAAN MASUK ADALAH BERDASARKAN PENCAPAIAN YANG BAIK DALAM UJIAN KEMASUKAN YANG AKAN DIADAKAN PADA AWAL DISEMBER. UJIAN INI AKAN MELIPUTI PENGUASAAN AL-QURAN, JAWI, DAN SEBAHAGIAN MATAPELAJARAN AKADEMIK LAIN

EDISI 10 TAHUN MENJADI SABK

KOLEKSI YOUTUBE

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN ANJURAN PELAJAR ASRAMA


PERTANDINGAN BADMINTON KELAB BADMINTON



SEKILAS FOTO MENARIK HARI PELAJAR 2010

PENAFIAN

PENAFIAN : UNIT MEDIA PENERBITAN DAN PIHAK SEKOLAH TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEGALA KESULITAN DAN KEHILANGAN MAKLUMAT BERIKUTAN MUAT TURUN BLOG ATAU BAHAN DALAM BLOG INI

NOTIS DAN UCAPAN


PERHATIAN PENTING KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH. GELOMBANG KEDUA H1N1.
PERINGATAN PENTING BERKAITAN SELSEMA BABI INFLUENZA A H1N1 KEPADA WARGA SEKOLAH DIMINTA UNTUK MEMATUHI SEGALA KEPERLUAN BERKAITAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DALAM USAHA MENGHINDARKAN DIRI DARI VIRUS H1N1 INI
-BASUH TANGAN SEHINGGA BENARBENAR BERSIH
- GUNAKAN TISU ATAU SAPU TANGAN KETIKA BERSIN ATAU BATUK
- HINDARKAN BERHUBUNG SECARA TERUS DENGAN PENGIDAP SELSEMA, DEMAM ATAU SUSPEK H1N1
- TIDAK BERADA SECARA BERKUMPULAN
- SENTIASA MENGIKUTI PERKEMBANGAN PENYAKIT INI DARI SEMASA KE SEMASA
- SENTIASA PATUH KEPADA ARAHAN PIHAK BERKUASA
BERDOA SEMOGA KITA DIJAUHI DARI WABAK YANG MEMBUNUH INI KEPADA BEKAS PELAJAR YANG MELAYARI BLOG INI SILA ISI MAKLUMAT ANDA DI BUKU PELAWAT TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENYOKONG BLOG INI

TERKINI DI LAMAN INI

Random Post

Hubungi Kami

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297

Template Updates