TERKINI DI FACEBOOK

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297 Email : alhidayah@ppdkerian.edu.my

PENTING

BLOG SEKOLAH MASIH DALAM PROSES PENGUBAHSUAIAN

29 Mei, 2010

TAHNIAH, SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT SEMUA YANG DIRANCANG

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 11:23:00 PTG | No comments
Alhamdulilah, peperiksaan pertengahan tahun dapat berjalan seperti yang dirancangkan. Para pelajar sedang sibuk di minggu akhir persekolahan sebelum cuti menjengah minggu hadapan. Hampir separuh kertas peperiksaan telah mengambil tempat untuk dijawab oleh para pelajar. Tugas sebagai pengawas kepada guru yang terlibat juga dapat berjalan dengan baik walaupun timbul sedikit kekeliruan berikutan pertembungan dengan masa bagi kertas peperiksaan, Namun semua itu akan jadi pengajaran bagi persiapan peperiksaan di masa akan datang. Kerjasam semua guru amat dihargai dan sentiasa diharapkan.

Bercakap tentang cuti persekolahan, sememangnya yang akan seronok para pelajarlah kerana dapat rehat dari menerima pendidikan di sekolah. Namun tak kurang juga 'seronok' dan 'bahagia'nya sebilangan guru yang akan meraikan cuti kali ini dengan seribu satu kenangan manis....

Sempena cuti persekolahan ini .. nasihat saya..
- Manfaatkan cuti dengan sebaik mungkin
- Baca buku, cari pengalaman, sihatkan minda
- Hati-hati dan jaga diri

Buat semua rakan yang akan masuk maktab kembali .. selamat berkursus bg interaksi JUN 2010

Khas dari saya ;

TAHNIAH buat cikgu wan nazri kerana bakal menamatkan zaman bujangnya. Buat Ustazah Zaiton .. semoga selamat melahirkan anak sulungnya. Buat Cikgu Sayuti .. apa tunggu lagi? Buat Cikgu Jupri ... dah tak kesunyian lagi la nampaknya? Tahniah juga dengan 'datang'nya si isteri menemani. Buat Cikgu Nur nie.. ape haaa.... selamat balik cuti... Buat Cikgu Latifah plak .. tahniah .. menaikkan ranking sekolah dengan banyak aktiviti.
Layan foto mereka ini ..

Saya tinggalkan entri kali ini dengan serangkap pantun yang 'ok' lah .. macam pantun.

AL-HIDAYAH MAJU DEK KERJASAMA
MASA YANG ADA TETAP TERISI
GEMBIRA CERIA HIDUP BERSAMA
DENGAN ADANYA TEMAN DI SISI


AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

19 Mei, 2010

Karnival ICT @ SM Teknik Kerian

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 1:00:00 PTG | No comments
Pada hari Rabu yang lalu, telah berlansung Karnival ICT dan Broadband Daerah Kerian yang bertempat di SM Teknik Kerian Bagan Serai. Karnival yang dianjurkan oleh pasukan Fasilitator Schoolnet daerah Kerian dengan kerjasama Unit ICT PPD Kerian manarik pelbagai pihak untuk mempamerkan kemudahan teknologi masing-masing. Antara pengisian karnival yang berlansung sehari bermula jam 8 pagi hingga 5 petang ini adalah pertandingan 'Power Point' bagi sekolah rendah, Pertandingan penataan video korporat sekolah bagi Menengah Atas, pameran peralatan dan kemudahan ICT terkini, pameran TM dan kuiz TM, pameran astro luar kampus, syarikat telekomunikasi dan pendedahan kursus berkaitan ICT oleh institut pendidikan tinggi.
Pelajar dan guru ICT dari semua sekolah daerah Kerian dijemput untuk hadir ke karnival ini sebagai pendedahan kepada kumpulan pelajar mengenai kemajuan dan kemudahan yang ada berkaitan ICT pada masa kini.


Barisan tetamu kalangan pegawai-pegawai bahagian pelajaran daerah Kerian


Bersama guru ICT SK MatanG Gerdu


Kuiz TM berkomputer


Kecanggihan ciptaan pelajar berkaitan F1


pelajar mendaftarkan diri untuk kuiz TM


Pendaftaran bagi Kampus ASTRO


AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

17 Mei, 2010

HARI GURU 2010

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 8:40:00 PTG | No comments
Hari ini penuh dengan cerita menarik, hari di mana semua guru dihargai dengan meraikan satu hari khas untuk mereka. Turut tidak ketinggalan sekolah ini yang bersama meraikan sambutan hari guru pada hari ini. Jawatankuasa sambutan bagi tahun ini dipertanggungjawabkan kepada AJK Kelab Guru sekolah. Melalui meayuarat bersama pimpinan pelajar, berbagai program dan aktiviti dirangka dan disusun bagi mengisi sambutan hari ini.
Semua guru dan kakitangan hadir memeriahkan majlis, turut serta dalam majlis tahun ini adalah wakil dari Sektor Pendidikan Islam JPN Perak iaitu Tn Hj Mohamad Bin Yahya. Beliau hadir untuk membaca perutusan Menteri Pelajaran sempena Hari Guru 2010 ini. Majlis memberi laluan di slot pertama kepada beliau untuk membacakan perutusan tersebut, kemudian diteruskan dengan bacaan perutusan Pengarah Pelajaran Malaysia oleh Penolong Kanan 1 Mohd Azahar Abu Bakar.

Setelah bacaan perutusan selesai, ucapan wakil pelajar sempena sambutan ini mengambil tempat. Ucapan itu disampaikan oleh Adik Mohd Idham Abd Rahman. Setelah itu, Ucapan dari Pengetua Tn Hj Mohd Said Hasnik pula mengisi ruang slot ucapan dalam meraikan sambutan hari guru tahun ini. Dalam ucapan beliau banyak menegaskan tentang peri pentingkan semua guru sedar akan tanggungjawab dan bertindak untuk memajukan diri dan kemampuan pelajar dalam menjana kejayaan.
tugas guru pada era mendatang ini semakin mencabar dan memerlukan tahapa keupayaan yang tinggi dari segi mental dan fizikal diri seseorang guru. Kemampuan guru untuk lebih kreatif dan inovatif mampu membangunkan pendidikan anak bangsa.
Beliau juga melahirkan rasa bangga dengan kemajuan sekolah yang telah berupaya mencapai harapan menjelang 5 tahun SABK untuk berada dilandasan yang kukuh dan berupaya untuk bersaing dengan sekolah aliran perdana yang lain dari segala segi.
Komitmen guru dalam semua aktiviti yang dirancang telah meletakkan sekolah ini ke satu tahap yang baik dan gemilang. Beliau berharap semua staf dapat mempamerkan keupayaan yang lebih lagi dalam usaha membantu sekolah untuk lebih maju lagi.
Di akhir ucapan pengetua, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu sekolah menjana kecemerlangan dan kemajuan yang ada pada hari ini, terutamanya para guru, PIBG, Lembaga pengelola sekolah, pihak JPN, PPD dan masyarakat setempat.

Selepas rehat, para guru di beri peluang berentap dalam aksi aktiviti yang telah dirancang, antaranya futsal berpelikat, Bola Jaring berkain batik, Bowling Kelapa, Sepak takraw bulat, Belon Air dan pertandingan memasak maggi.

Tahniah kepada semua rakan guru yang berjaya. Semoga kita maju jaya.

BARISAN TENAGA GURU DAN STAF 2010


SAMBUTAN PERARAKAN KE DALAM DEWAN


GURU PEREMPUAN

TN HJ MOHD SAID HASNIK, TN HJ MOHAMAD BIN YAHYA,
TN HJ MOHD JAPERI HASSIM

FUTSAL BERPELIKAT


GURU PALING POPULAR 2010
TN HJ MOHD JAPERI HASSIM

p/s
* Guru adalah Idola utama pelajar, jadilah guru yang boleh dijadikan idola pelajar dalam semua hal, cara berpakaian, perilaku, pertuturan, atau dengan kata lain baik sahsiah.

AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

15 Mei, 2010

GOTONG ROYONG PERDANA

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 5:02:00 PTG | No comments
Hari ini Sabtu 15 Mei 2010, dijadualkan kepada semua sekolah untuk mengadakan gotong royong perdana bersama semua warga sekolah. Sekolah ini turut menyahut saranan tersebut dan mengadakan sesi gotong royong pada pagi tadi dengan melibatkan pelajar, guru dan ibubapa. Semua guru terlibat dan diagihkan bersama pelajar mengikut zon masing-masing untuk dibersihkan dan disusun semua peralatan yang berselerak.
Turut dijemput ialah pasukan bomba kuala kurau yang menghantar 3 tenaga bersama satu jentera pengepam air untuk membantu pihak sekolah membersihkan longkang dan lantai bangunan baru.
Gotong royong yang dimulakan sekitar jam 8 pagi tadi berakhir sekitar jam 10.30 pagi. Pihak sekolah merakamkan jutaan penghargaan kepada semua yang terlibat menjayakan program gotong royong ini. Seoga dengan kerjasama ini dapat mengeratkan lagi silaturahim bersama.

Foto-foto menarik sekitar program


Taklimat pengagihan tugas


Sempat bergurau senda cikgu jupri dengan ustaz radhi


Kumpulan cikgu borhan sedang menerima arahan


Bekalan air diambil dari parit berdekatan dan dipam menggunakan jentera


Begini caranya .. ujar pegawai yang membantu pelajar


Ini kena pegang kuat-kuat .. macam nie...


Kelihatan pelajar mengangkat meja untuk mengosongkan dewan


Bekerjasama sama memegang paip bomba


Suka cikgu jupri main sembur air ... ada makna tuuuu...


Turut serta pengerusi PIBG 2010 En Jamhari


Meh .. ustaz nak try ... boleh ke tak ustaz sembur ..


terima kasih ... BOMBA ...

AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

09 Mei, 2010

BOWLING @TAIPING

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 11:20:00 PG | No comments
Sempena menyambut perayaan Hari Guru tahun ini, kelab guru sekolah telah mengadakan pertandingan bowling di antara guru-guru sekolah ini. Pertandingan bowling telah diadakan di winners bowl Taiping.
Nak diceritakan dari awal, berbagai cerita menarik .. antaranya ada guru yang sesat untuk sampai ke tempat ini menyebabkan kelewatan permainan. Berbagai telatah yang lucu dan memeriahkan suasa berlaku sepanjang pertandingan. Semoga dengan usaha sebegini dapat menyatukan kita semua, satu kerja, satu jiwa, satu rasa..... Jom lah kita tengok sebahagian fotonyer...


Mana tekong nie.... lambat betul .. aku gian nak main dah nie.. aku pegang bola nie.. dulu ..


Ala... bola nie.. ringgan sangat .. budak boleh la pakai bola nie..


Ha.. bola nie.. baru padan .... hiiiiyahhhhh...

Go.... go... go.. ballllllllll....
Cikgu Nur.. manis senyumnyer..

Bola ini .. tangan kiri pun aku boleh baling punyer..

Amacam ustaz ... dah 'ready' mau lawan


Tiba masa kita berentap .. siapa juara longkang


Bola ini baru sedap... look it me... control hensem tu ...
Aku pun guna bola yang sama ... 1... 2....3....


kona.. kona.. skit.... arrrgggghhhh


Tengok kak baling ... nie...


Tekong utama .. yang merancang pertandingan ini

AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

PENERANGAN ENAKMEN SYARIAH NEGERI PERAK

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 11:02:00 PG | No comments
Kebiasaannya pagi hari Jumaat akan diadakan majlis perhimpunan mingguan, berbeza pada minggu ini apabila sekolah didatangi oleh pasukan penguatkuasa Pejabat Agama Parit Buntar yang diketuai oleh Ustaz Manolito Dahlan selaku Pegawai Tadbir Agama Parit Buntar.
Rombongan ini turut disertai oleh Tn Hj Mohd Sofian Abd Latid Penolong Pengarah Bahagian Pengutakuasa JAIPK Ipoh, bersama pasukan penguatkuasa daerah.
Majlis awalnya dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Penolong Kanan 1 Ustaz Mohd Azahar Abu Bakar. Beliau menyentuh serba sedikit menegnai pencapaian sekolah dan mengucapkan terima kasih di atas kesudian pihak PTA datang membentangkan enakmen syariah kepada pelajar di sekolah ini.
Ustaz Manolito mengambil tempat menerangkan isi ceramahnya yang bayak menyentuh mengenai tuntutan solat kepada semua umat Islam terutamanya kepada remaja yang seusia dengan para pelajar. Ramai remaja hari ini sudah tidak memntingkan solat dalam kehidupan hariannya. Menurutnya penjenayah yang paling besar dalam Islam ialah mereka yang meninggalkan solat.
Beliau turut menyentuh mengenai kebejatan akhlak remaja hari ini yang semakin meruncing. Kelahiran ank luar nikah yang cukup membimbangkan, sumbang mahram yang kian menjadi-jadi. Mengikut data kadar kelahiran anak luar nikah di Malaysia ini ialah pada kadar 17 minit seorang bayi akan lahir. Pada tahun 2009 sahaja katanya hampir 17 000 bayi luar nikah didaftarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
Hampir 30 minit Ustaz Manolito membentangkan perkara-perkara penting yang perlu pelajar tahu tentang enakmen syariah negeri perak yang perlu diambil perhatian. Beliau memperkenalkan barisan penguatkuasa daerah yang sedia memerangi maksiat bagi menzahirkan misi maksiat sifar bagi daerah Parit Buntar.
Sesi ceramah diteruskan oleh Tn Hj Mohd Sofian Abd Latif ... beliau menyambung isi yang disampaikan oleh Ustaz MAnolito sebelum ini. Banyak tambahan enakmen yang dihuraikan dengan panjang lebar dan lebih jelas kepada pelajar untuk mereka lebih faham dan berhati-hatinya dengannya.


Pelajar mengaminkan bacaan doa di awal majlis

semua pelajar terbiat dalam sesi penerangan ini


antara pelajar lelaki

Bersama Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah
Tn Hj Mohd Japeri Hassim


Ustaz Manolito ketika menyampaikan ceramah


Ustaz Azahar mengucapkan terima kasih kepada yang sudi hadir ke sekolah ini


Barisan guru yang turut sama dalam majlis ini


AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

05 Mei, 2010

TALIAN TELEFON GUNA NOMBOR BARU

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 2:09:00 PTG | No comments
Begitu lama sekolah ini terputus hubungan dengan semua individu yang ingin berhubung dan memaklumkan sebarang maklumat kepada sekolah ini. Pihak sekolah berasa amat dukacita dengan kesulitan yang timbul berikutan kesukaran pihak luar menghubungi kami. Pihak sekolah memohon jutaan kemaafan atas kesulitan yang berlaku berikutan ketiadaan talian yang menghubungi kami.
Terima kasih kami ucapkan kepada pihak TM point yang meluluskan permohonan pihak sekolah menukar talian dari menggunakan kabel kepada teknologi wireless. Kini sekolah telah kembali dapat dihubungi dengan nombor telefon yang baru. TERIMA KASIH TM POINT CAW P.BUNTAR YANG PRIHATIN.

NO TELEFON BARU : 05 7141385 NO FAKS BARU : 05 7141384


Kelihatan pegawai teknikal TM Point sedang mencuba pemasangan teknologi wireless


AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

KREDIT UCAPAN

INFO RINGKAS SEKOLAH


INFO RINGKAS AL-HIDAYAH

MERANGKUMI PENDIDIKAN AKADEMIK DAN AGAMA (AZHARIAH /DINI) SECARA SERENTAK BERMULA DARI TINGKATAN 1-5

MENITIKBERATKAN MINAT KEPADA ILMU AGAMA YANG MERUPAKAN TUNJANG PENTING SEKOLAH INI

KURIKULUM

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)+ KURIKULUM AZHARIAH (IDADIE DAN THANAWI)

KOKURIKULUM

MELIPUTI ASPEK UNIT BERUNIFORM + KELAB PERSATUAN + SUKAN DAN PERMAINAN

PRASARANA DAN KEMUDAHAN UTAMA

BANGUNAN KELAS DAN KEPERLUAN PENDIDIKAN SESUAI YANG DIBEKALKAN KPM

TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ICT

SEDIAAN GURU TERLATIH OLEH PIHAK KEMENTERIAN

BANGUNAN ASRAMA LELAKI DAN PEREMPUAN MENGIKUT KAPASITI YANG DITETAPKAN

MISI 2020

MENJADI SEKOLAH TERBAIK DAN CEMERLANG DI DAERAH KERIAN 2020

PENERIMAAN MASUK ADALAH BERDASARKAN PENCAPAIAN YANG BAIK DALAM UJIAN KEMASUKAN YANG AKAN DIADAKAN PADA AWAL DISEMBER. UJIAN INI AKAN MELIPUTI PENGUASAAN AL-QURAN, JAWI, DAN SEBAHAGIAN MATAPELAJARAN AKADEMIK LAIN

EDISI 10 TAHUN MENJADI SABK

KOLEKSI YOUTUBE

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN ANJURAN PELAJAR ASRAMA


PERTANDINGAN BADMINTON KELAB BADMINTON



SEKILAS FOTO MENARIK HARI PELAJAR 2010

PENAFIAN

PENAFIAN : UNIT MEDIA PENERBITAN DAN PIHAK SEKOLAH TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEGALA KESULITAN DAN KEHILANGAN MAKLUMAT BERIKUTAN MUAT TURUN BLOG ATAU BAHAN DALAM BLOG INI

NOTIS DAN UCAPAN


PERHATIAN PENTING KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH. GELOMBANG KEDUA H1N1.
PERINGATAN PENTING BERKAITAN SELSEMA BABI INFLUENZA A H1N1 KEPADA WARGA SEKOLAH DIMINTA UNTUK MEMATUHI SEGALA KEPERLUAN BERKAITAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DALAM USAHA MENGHINDARKAN DIRI DARI VIRUS H1N1 INI
-BASUH TANGAN SEHINGGA BENARBENAR BERSIH
- GUNAKAN TISU ATAU SAPU TANGAN KETIKA BERSIN ATAU BATUK
- HINDARKAN BERHUBUNG SECARA TERUS DENGAN PENGIDAP SELSEMA, DEMAM ATAU SUSPEK H1N1
- TIDAK BERADA SECARA BERKUMPULAN
- SENTIASA MENGIKUTI PERKEMBANGAN PENYAKIT INI DARI SEMASA KE SEMASA
- SENTIASA PATUH KEPADA ARAHAN PIHAK BERKUASA
BERDOA SEMOGA KITA DIJAUHI DARI WABAK YANG MEMBUNUH INI KEPADA BEKAS PELAJAR YANG MELAYARI BLOG INI SILA ISI MAKLUMAT ANDA DI BUKU PELAWAT TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENYOKONG BLOG INI

TERKINI DI LAMAN INI

Random Post

Hubungi Kami

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297

Template Updates