Minggu ini giliran saya sebagai guru bertugas mingguan, 'couple' saya masih dalam cuti bersalin, kena la bertugas macam biasa ... memerhatikan kegiatan pelajar. Sepanjang minggu nie .. berlansung peperiksaan akhir tahun 2009. Setiap hari pelajar tingkatan 1,2 dan 4 akan menduduki kertas peperiksaan sebagaimana yang ditetapkan di dalam jadual. Bergilir-gilir guru yang bertugas sebagai pengawas mengambil tempat melaksanakan tugas mengawasi setiap kertas peperiksaan. Sedikiit merumitkan apabila tingkatan 1 terpaksa menduduki pepriksaan di bawah khemah berikutan tempat yang dijanjaikan digunakan pihak lain. Namun semua itu tidak menghalang dari berlansungnya peperiksaan. Sedikit kesulitan memaksa pengawasan dari guru bertugas bertambah. Komeitmen semua amat dihargai dalam memastikan perjalanan peperiksaan berlansung dengan baik.
Disamping itu, bagi kelas tingkatan 3 yang telah menduduki PMR diisi dengan pelbagai program bagi mengisi masa lapang mereka, antaranya program rentas desa, menonton filem, melayari internet, dan banyak lagi.
Disebalik semua yang sedang berlansung ini, sekolah turut didatangai oleh para waris dan pelajar dari SMA At Tahzib yang ingin memohon untuk masuk belajar ke sekolah ini. Pihak Unit Pendaftaran memberi penerangan berkaitan prosedur dan keperluan untuk masuk ke sekolah ini. Ada yang datang dengan cara yang menunjukkan ingin belajar di sekolah agama, ada yang datang namapak macam bukan pelajar sekolah agama. Pihak sekolah amat menitik beratkan keprihatinan pelajar tentang disiplin dan penampilan. Jika datang dengan baik akan disambut dengan baik, jika menunjukkan sebaliknya maka wajarlah soalan dari pengetua seperti ini ' Kamu ini masih pelajarkah'? . Bagi yang datang berunding bersama waris masing-masing, pihak sekolah sedia memberi penerangan. Saya bagi pihak sekolah amat berharap agar kepadapihak yang ingin memohon masuk menunjukkan minat untuk mendokongi motto sekolah 'menjana generasi murabbi'.
Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNyaNak
0 komentar:
Catat Ulasan