TERKINI DI FACEBOOK

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297 Email : alhidayah@ppdkerian.edu.my

PENTING

BLOG SEKOLAH MASIH DALAM PROSES PENGUBAHSUAIAN

14 Januari, 2009

HARI PENDAFTARAN PELAJAR BARU TING.1 2009

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 5:44:00 PTG | No comments
Pada Hari Khamis 8.01.09 yang lalu telah berlansung majlis penerimaan pelajar baru tingkatan 1. Seramai hampir 45 orang pelajar telah datang mendaftar untuk memasuki sekolah ini pada hari tersebut. Ibubapa datang seawal 7.30 pagi bersama anak mereka dalam usaha untuk memudahkan pendaftaran. Sesi pendaftaran semakin sibuk menjelang pukul 9.00 pagi dengan kehadiran ibubapa dan pelajar baru yang baru tiba. dalam temubual bersama ibubapa ketika sesi pendaftaran sedang berlansung, mereka berasa puas hati dengan masa yang diambil untuk perlaksanaan sesi kemasukan baru. Pihak sekolah telah merancang untuk melewatkan sedikit tarikh pendaftaran bagi memberi ruang masa ibubapa menguruskan persekolahan anak-anak yang lain terlebih dahulu.
Rata-rata ibubapa, bersetuju dengan sesi pendaftaran kali ini yang lebih baik dan mereka setuju untuk hadir menemani anak mereka sehingga selesai sesi taklimat. Ada ibubapa yang baru kali pertama datang ke kawasan Kuala Kurau ini, dan kagum dengan keadaan sekolah yang kini telah semakin membangun dan berdiri teguh. Disamping itu juga ada ibubapa yang gembira anak mereka diterima masuk ke sekolah ini berikutan suasana sekolah yang beorentasikan agama, jauh dari kawasan bising bandar serta memiliki kemudahan pembelajaran yang hampir sama seperti sekolah bantuan penuh yang lain.
Setelah selesai sesi pendaftaran dilakukan, satu sesi taklimat diberikan kepada ibubapa berkaitan pejalanan pembelajaran anak-anak mereka. Bermula dengan ucapan pengetua yang mengalu-alukan dan mengucapakan terima kasih kepada semua waris yang sudi menghantar anak-anak mereka ke sekolah ini bagi menerima pendidikan agama disekolah ini. Beliau juga mengharapkan kerjsama yang sedia terjalin lebih kukuh dalam usaha menjana generasi murabbi sebagaimana motto sekolah ini.
Setelah itu, taklimat dimulakan oleh Ustaz Mohd Shahril Ibrahim berkaitan Kurikulum yang dijalankan di sekolah ini. Kemudian disambung oleh En.Marzuki Abd Razak berkaitan pengurusan disiplin dan Kokurikulum. Taklimat asrama diberikan oleh pengerusi sesi taklimat ini sendiri iaitu En. jupri Sanhosi. Dengan berseloroh dan santai oleh semua penyampai taklimat menyebabkab ibubapa teruja untuk mengambil tahu dan memahami pakej yang ditawarkan di Al-Hidayah.
Dalam kesibukan kami menguruskan pendaftaran pelajar baru, sekolah juga menerima kehadiran pemantau bagi unit pembangunan BPI dan SPi JPN Perak. Us, Saipudin bersama Cik Nursuhada yang datang bersama wakil JKR bagi melihat tapak sekolah untuk didirikan bangunan 2 tingkat bagi menempatkan pelajar asrama putera. Dikesempatan lawatan tersebut, mereka dapat melihat sendiri pengurusan pendaftaran disekolah ini.

Berikut foto istimewa hari pendaftaran.












Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

02 Januari, 2009

TAHNIAH CEMERLANGNYA CALON PMR 2008

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 10:47:00 PTG | No comments
Keputusan PMR 2008 yang lalu telah mencatatkan keputusan yang amat manis untuk dikongsi kepada semua pembaca. Sekolah ini telah mencatat keputusan yang cemerlang dengan peningkatan pada semua matapelajaran. Secara umumnya semua matapelajaran teras mencatat peratusan yang amat baik 95% kelulusan. Manakala subjek elektif juga turut mengalami peningkatan.










Pihak sekolah merakamkan penghargaan dan kalungan tahniah kepada semua calon PMR 2008 yang telah berjaya meningkatkan prestasi pencapaian akademik sekolah ini. Tahniah buat yang cemerlang, teruskan usaha untuk berjaya dalam hidup.
Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

KREDIT UCAPAN

INFO RINGKAS SEKOLAH


INFO RINGKAS AL-HIDAYAH

MERANGKUMI PENDIDIKAN AKADEMIK DAN AGAMA (AZHARIAH /DINI) SECARA SERENTAK BERMULA DARI TINGKATAN 1-5

MENITIKBERATKAN MINAT KEPADA ILMU AGAMA YANG MERUPAKAN TUNJANG PENTING SEKOLAH INI

KURIKULUM

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)+ KURIKULUM AZHARIAH (IDADIE DAN THANAWI)

KOKURIKULUM

MELIPUTI ASPEK UNIT BERUNIFORM + KELAB PERSATUAN + SUKAN DAN PERMAINAN

PRASARANA DAN KEMUDAHAN UTAMA

BANGUNAN KELAS DAN KEPERLUAN PENDIDIKAN SESUAI YANG DIBEKALKAN KPM

TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ICT

SEDIAAN GURU TERLATIH OLEH PIHAK KEMENTERIAN

BANGUNAN ASRAMA LELAKI DAN PEREMPUAN MENGIKUT KAPASITI YANG DITETAPKAN

MISI 2020

MENJADI SEKOLAH TERBAIK DAN CEMERLANG DI DAERAH KERIAN 2020

PENERIMAAN MASUK ADALAH BERDASARKAN PENCAPAIAN YANG BAIK DALAM UJIAN KEMASUKAN YANG AKAN DIADAKAN PADA AWAL DISEMBER. UJIAN INI AKAN MELIPUTI PENGUASAAN AL-QURAN, JAWI, DAN SEBAHAGIAN MATAPELAJARAN AKADEMIK LAIN

EDISI 10 TAHUN MENJADI SABK

KOLEKSI YOUTUBE

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN ANJURAN PELAJAR ASRAMA


PERTANDINGAN BADMINTON KELAB BADMINTON



SEKILAS FOTO MENARIK HARI PELAJAR 2010

PENAFIAN

PENAFIAN : UNIT MEDIA PENERBITAN DAN PIHAK SEKOLAH TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEGALA KESULITAN DAN KEHILANGAN MAKLUMAT BERIKUTAN MUAT TURUN BLOG ATAU BAHAN DALAM BLOG INI

NOTIS DAN UCAPAN


PERHATIAN PENTING KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH. GELOMBANG KEDUA H1N1.
PERINGATAN PENTING BERKAITAN SELSEMA BABI INFLUENZA A H1N1 KEPADA WARGA SEKOLAH DIMINTA UNTUK MEMATUHI SEGALA KEPERLUAN BERKAITAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DALAM USAHA MENGHINDARKAN DIRI DARI VIRUS H1N1 INI
-BASUH TANGAN SEHINGGA BENARBENAR BERSIH
- GUNAKAN TISU ATAU SAPU TANGAN KETIKA BERSIN ATAU BATUK
- HINDARKAN BERHUBUNG SECARA TERUS DENGAN PENGIDAP SELSEMA, DEMAM ATAU SUSPEK H1N1
- TIDAK BERADA SECARA BERKUMPULAN
- SENTIASA MENGIKUTI PERKEMBANGAN PENYAKIT INI DARI SEMASA KE SEMASA
- SENTIASA PATUH KEPADA ARAHAN PIHAK BERKUASA
BERDOA SEMOGA KITA DIJAUHI DARI WABAK YANG MEMBUNUH INI KEPADA BEKAS PELAJAR YANG MELAYARI BLOG INI SILA ISI MAKLUMAT ANDA DI BUKU PELAWAT TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENYOKONG BLOG INI

TERKINI DI LAMAN INI

Random Post

Hubungi Kami

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297

Template Updates