TERKINI DI FACEBOOK

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297 Email : alhidayah@ppdkerian.edu.my

PENTING

BLOG SEKOLAH MASIH DALAM PROSES PENGUBAHSUAIAN

28 Februari, 2011

Cerita Kita 1 @ Sinar Harian 2011

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 10:44:00 PTG | No comments
Dikesempatan ini pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih atas kerjasam pihak Sinar Harian Edisi Perak terutama wartawan Kerian telah banyak kali sudi menerbitkan berita berkaitan aktiviti sekolah ini. Kami Pihak sekolah amat berbesar hati dengan bantuan kerjasam ini telah secara tidak langsung meletakan sekolah kini begitu dikenali. Terima KAsih Sinar Harian.

Bersama lagu nasyid mereka di sini




VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

24 Februari, 2011

KEJOHANAN MERENTAS DESA MENCABAR

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 2:09:00 PTG | No comments
Kuala Kurau, 24 Feb 2011. SABK Al-Hidayah telah berjaya menganjurkan kejohanan merentas desa yang disertai oleh semua pelajar pelajar sekolah ini. Bermula seawal jam 8.30 pagi, pelajar yang bertanding berkumpul di lapangan sekolah dilepaskan oleh Pengetua Tn Hj Mohd Said Hasnik.
Menurut pengerusi pengelola kejohanan Wan Nazri Wan Ishak, kejohanan ini adalah aktiviti sukan yang diwajibkan oleh bahagian sukan PPD Kerian untuk dilaksanakan diperingkat sekolah. Berikutan itu, pihak sekolah telah mengadakan jawatankuasa khas menguruskan pertandingan ini dengan lebih kemas dan mengikut peraturan yang ditetapkan.
Pelajar yang ditemui mengakui aktiviti ini yang baru dilaksanakan disekolah ini agak mencabar dan menguji ketahanan stamina mereka. Kebanyakkan pelajar mengharapkan penganjuran sukan ini akan terus dilaksanakan di tahun akan datang.
Penyelia Sukan PPD Kerian Zainudin Mahmud, yang hadir merasmikan majlis penutup kejohanan turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang berjaya menganjurkan kejohanan ini terutama jawatankuasa dari kalangan guru-guru.
Menurutnya lagi, kejohanan seperti ini merupakan antara sukan wajib yang mesti dilaksanakan diperingkat sekolah. Tambahnya lagi, pelajar tidak perlu risau untuk bersukan walaupun berada di sekolah agama seperti sekolah ini kerana sukan juga adalah tuntutan dalam agama untuk melahirkan tubuh badan yang sihat.
Diakhirnya ucapan perasmiannya, beliau berharap sekolah ini dapat menyertai lebih banyak sukan di peringkat daerah bagi memberi saingan kepada sekolah lain yang ada di daerah ini. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah, sijil dan piala pusingan kepada pemenang acara ini.

PETIKAN UCAPAN EN. ZAINUDIN



Rumah Kuning juara keseluruhan
Pelajar Mohd Hanafi Aspar menerima piala pusingan


En. Zainudin ketika menyampaikan ucapan


Barisan pimpinan pentadbiran sekolah bersama tetamu


Pelajar lelaki dan perempuan tiba hampir sama walaupun laluan dan jarak berbeza


Sebahagian pelajar perempuan yang tiba awal


Pelajar lelaki ketika pelepasan


Pelajar perempuan ketika pelepasan

VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

22 Februari, 2011

CERAMAH MAULIDUR RASUL 1432H

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 1:00:00 PG | No comments
Kuala Kurau, 21 Feb 2011. Panitia Pendidikan Islam SABK Al-Hidayah melalui unit dakwahnya telah berjaya melaksanakan satu program sebagai pengisian sambutan maulidur rasul tahun ini. Program yang berlansung penuh meriah dengan kehadiran pelajar dan masyarakat kampung yang turut bersama mengikuti sesi ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Harith Fadillah Abdul Halim yang bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAIPk.
Majlis pada kali ini dipengerusikan oleh Ustaz Badrulhisham Mohd Rejab, salah seorang guru yang baru bertugas di sekolah ini. Majlis dimulakan dengan persembahan nasyid dari kalangan pelajar sebagai halwa telinga sementara menantikan kehadiran tetamu. Pengetua sekolah Hj Mohd Said Hasnik dalam ucapan aluannya merakamkan penghargaan kepada semua yang hadir dan menyokong segala bentuk program sekolah terutama program keagamaan seperti ini.
Ustaz Harith Fadillah dalam sesi awal ceramahnya mengimbau sirah rasul yang membawa rahmat ke seluruh alam dan kepada semua umat manusia. Baginda yang merupakan tokoh agung tiada tandingannya di alam semesta ini. Baginda mempunyai peranan di segenap segi, sebagai pemimpin, suami, bapa, imam dan sebagainya.
Ustaz harith turut menyentuh peranan pelajar agama seperti pelajar sekolah ini yang akan menjadi agen perubah kepada masyarakat Islam hari ini untuk terus memperteguhkan pengetahuan dan iman bagi meneruskan usaha dakwah yang telah dibawa oleh Rasulullah. Kerosakan akidah, akhlak, dan iman yang sedang melanda umat Islam hari ini antaranya berpunca dari perancangan yahudi yang ingin melihat umat Islam tidak lagi ada kekuatan untuk mempertahankan Islam. Ujarnya ketika sesi ceramah tersebut.
Menjadi tanggungjawab untuk setiap muslim kembali memperkuatkan iman dengan mendalami ilmu agama dan seterusnya menjadi agen yang boleh mengubah masyarakat kepada yang lebih baik. Beliau turut menyentuh perkara berkaitan isu semasa yang beliau alami ketika menjalankan tugas. Diakhir ucapanya beliau mengingatkan semua pihak untuk mempertahankan Islam yang telah dibawa oleh Rasulullah ini agar terus diamalkan oleh generasi seterusnya.
Ikuti ceramah maulidur rasul



Download

Sekitar program....



Kepetahan Ustaz Harith memukau penonton


Bersama pengetua dan tetamu jemputan


Persembahan nasyid lelaki


para pelajar mengaminkan doa pembuka majlis


Antara masyarakat tempatan yang hadir

VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

20 Februari, 2011

Media penebitan yang lebih tersusun dan lebih efisien

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 9:35:00 PG | No comments
Kuala Kurau 20 Feb 2011. Bermula tahun ini SABK Al-Hidayah telah merencana bahagian media sekolah dengan lebih tersusun dan efisien sesuai dengan kemajuan yang telah dicapai oleh pihak sekolah. Pihak jawatankuasa pengurusan sekolah telah menubuhkan satu unit baru di bahagian pengurusan dan pentadbiran sekolah yang dinamakan unit media penerbitan.
Unit ini berperanan besar dalam mengembalikan kepercayaan masyarakat kepada institusi agama seperti sekolah ini. Setelah mengalami zaman kemerosotan pelajar sekitar 5 tahun lalu, unit ini dilihat perlu untuk mengembalikan sokongan semua pihak untuk kembali membantu sekolah ini.
Menurut Penolong kanan Pentadbiran, Us Mohd Azahar Abu Bakar, unit ini diwujudkan bagi merealisasikan harapan pengetua untuk mengadakan majalah sekolah yang akan mendedahkan segala aktiviti pelajar di sekolah ini. Disamping itu unit ini juga akan menguruskan maklumat yang disebarkan melalui laman web, blog, surat khabar dan laman sosial sekolah.
Tugas dalam unit ini sebenarnya telah mula dilakukan sejak dari tahun lepas lagi, namun belum ada jawatankuasa khas yang menguruskannya. Kini, unit yang diketuai oleh Penyelaras ICT sekolah En. Mohd Shahril Ibrahim ini bakal menjadi tulang belakang membantu sekolah mempromosikan lagi pendidikan di sekolah ini.


Bersama 'vest' media penerbitan


Sentiasa mengadakan perbincangan bersama rakan guru lain




VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

18 Februari, 2011

ACARA HARI PELAJAR MENCUNGKIL BAKAT

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 10:52:00 PTG | No comments
Kuala Kurau, 18 Feb 2011. Aktiviti sekolah minggu ini yang berlansung mulai 16 feb yang lalu adalah pertandingan antara rumah sukan yang mengabungkan acara luar dan dalam dewan. Program yang menghimpunkan acara seperti Tilawah dan hafazan Al-Quran, Khat, Syarahan, Kuiz agama dan sajak bagi acara dalam dewan manakala bagi acara luar dewan pula acara yang dipertandingkan seperti sepak takraw, pingpong, bola jaring dan badminton. Pertandingan ini turut dikenali sebagai aktiviti Hari Pelajar kerana pihak sekolah menghimpunan semua aktiviti pertandingan melibatkan pelajar dalam satu masa.
Menurut pemangku penolong kanan Ko-kurikulum En Wan Nazri Wan Ishak, aktiviti hari pelajar ini adalah bertujuan mencungkil dan mengasah bakat para pelajar melalui acara yang dipertandingkan. Tambahnya lagi, bagi pelajar yang mempunyai bakat akan dibawa ke pertandingan peringkat daerah atau negeri.
Pertandingan berlansung dari pagi sengga petang menyaksikan para pelajar bersaing sesama sendiri mengikut rumah sukan merebut tempat terbaik bagi setiap acara pertandingan. Semua pertandingan dijalankan dengan penuh kemesraan dan persahabatan.
Penolong Kanan Pentadbiran En Azahar Abu Bakar dalam ucapannya di majlis penutup di sini, menyatakan kekagumannya dengan keupayaan peserta yang mampu menyerlah dalam setiap acara yang dipertandingkan walaupun hanya berlatih dalam tempoh yang singkat. Beliau amat berterima kasih dengan curahan tenaga dari warga guru yang sedia berkorban masa melatih para peserta dari rumah sukan masing-masing.
Beliau juga menaruh harapan penuh agar program seperti dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pelajar untuk mengasah bakat masing-masing. Turut hadir dimajlis penutup adalah Yang Dipertua PIBG sekolah En Jamhari Zaini.

Pilihan juri telah menobatkan nasyid ini dari rumah biru sebagai juara ...



Acara Sepak Takraw


Nasyid Perempuan


Syarahan


Sajak


Badminton


Tilawah lelaki


Khat


antara barisan hakim tilawah al-Quran


tilawah perempuan

VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

02 Februari, 2011

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2010 DAN MESYUARAT AGUNG PIBG

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 10:52:00 PG | No comments
KUALA KURAU - 1 FEB 2011. SABK Al-Hidayah mengambil kesempatan di awal tahun 2011 ini dengan mengadakan majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik 2010 dan serentak dengan Mesyuarat Agung Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG). Pihak sekolah mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi mengendalikan majlis Hari Anugerah ini. Majlis ini diadakan khas bagi meraikan para pelajar yang berjaya dalam pencapaian akademik dan memberi pengiktirafan kepada pelajar yang aktif di sekolah.
Pengerusi PIBG sekolah En. Jamhari Zaini, memberi ulasan berkaitan pencapaian sekolah yang begitu baik dari segi akademik dan sahsiah. Ini membuktikan bahawa pendidikan agama perlu di masa ini kerana ianya mampu menjadi benteng anak-anak kita. Ujarnya ketika menyampaikan ucapan.
Pengetua sekolah, Tn Hj Mohd Said Hasnik ketika menyampaikan ucapan, turut mengharapkan kerjasama semua pihak dalam membantu pihak sekolah menjana generasi yang berilmu serta mampu berjaya di dunia dan akhirat.
Majlis kali ini turut diraikan oleh Us Abd Rahman Abd Hamid Penyelia Kanan Pendidikan Islam PPD Kerian yang dijemput sebagai perasmi majlis ini. Dalam sesi ucapan beliau mengucapkan terima kasih kepada sekolah kerana menjemputnya serta ibubapa yang sudi hadir dan membantu sekolah ini untuk mendaki ke arah kecemerlangan. Menurutnya, sekolah SABK seperti sekolah ini masih baru dan perlukan kerjasama semua pihak untuk bersaing dengan sekolah-sekolah lain di daerah ini. Tambahnya lagi, pendidikan di sekolah ini amat berbeza dari sekolah lain kerana menjalankan pendidikan agama atau arab yang lebih banyak sesi pengajiannya. Ini memberi peluang kepada anak-anak untuk mendapat pendidikan agama dengan lebih mendalam.
Majlis penyampaian anugerah turut diserikan dengan persembahan nasyid putera dan puteri sekolah ini. Setelah berakhir penyampaian anugerah akademik, majlis diteruskan dengan mesyuarat agung PIBG dan gimik perasmian dewan serbaguna sekolah yang baru kepada nama Dewan Tn Hj. Mohd Japeri Hassim (Hj. Patan).


Barisan AJK PIBG 2011 sedang menjalankan mesyuarat


Us Abd Rahman menyempurnakan gimik perasmian dewan Tn. Hj Patan


Persembahan Nasyid pelajar lelaki


AJK bahagian Hadiah dan Sijil


Penyampaian Nasyid oleh pelajar perempuan


pengetua menyampaian sijil penghargaan kepada pengawas


Tn Hj Abd Rahaman ketika menyampaikan ucapan


Barisan bapa yang hadir


barisan kaum ibu yang hadir


Us Said ketika menyampaikan ucapan


En Jamhari ketika berucap


Barisan tetamu Us Said, Us Abd Rahman, En. Jamhari, Us Azahar


En Jupri mempengerusikan majlis


Menyambut ketibaan tetamu perasmi


bahagian pendaftaran

VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

TAKLIMAT KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM KERIAN

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 10:13:00 PG | No comments
PARIT BUNTAR. 1 FEB 2011. Unit Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah Kerian telah mengadakan satu program taklimat bersama ketua-ketua penitia Pendidikan Islam sekolah-sekolah dari kawasan Daerah Kerian. Program yang diadakan di Dewan Malinja PPD kerian ini menampilkan wakil dari semua sekolah rendah dan menengah daerah ini. Pertemuan ini diadakan bagi memberi taklimat kepada semua ketua panitia Pendidikan Islam sekolah rendah dan menengah berkaitan input baru dan juga pendedahan terkini berkaitan pengurusan panitia ini.
Antara pegawai-pegawai yang hadir pada program taklimat ini adalah terdiri dari Pegawai Pelajaran Daerah Kerian En Mat Lazim Idris dan semua pegawai dari unit Pendidikan Islam PPD Kerian yang diketui oleh Ustaz Abdul Rahman Abd Hamid selaku penyelia Kanan Pendidikan Islam, Us Shaari Bakar, Pen penyelia Pendidikan Islam dan Us Hasbullah Ahmad Pegawai Khas Pendidikan Islam. Turut berada di program ini adalah penceramah yang dijemput iaitu Us Shamsul Ariffin Mohd Shith pegawai dari Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Perak.
Us Hasbullah ketika ditemui berkata, tujuan utama taklimat ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan baru kepada semua ketua panitia Pendidikan Islam untuk dilaksanakan di peringkat sekolah masing-masing dalam usaha mempertingkatkan kecemerlangan matapelajaran khususnya Pendidikan Islam.
Ucapan Pegawai Pelajaran Daerah En. Mat Lazim Idris turut menyentuh berkaitan kepentingan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Tambahnya lagi, semua guru adalah pengurus di bahagian masing-masing. setiap yang menjadi pengurus perlu melakukan perkara seperti perancangan, pengelolaan, penilaian dan penambahbaikan semula.
Untuk melahirkan kecemerlangan, setiap pengurus perlu mematuhi standard kualiti yang telah ditetapkan dalam sistem pendidikan ini. Semua sekolah perlu mempunyai plan taktikal sendiri yang berpandukan kepada pelan taktikal peringkat Jabatan pelajaran Negeri. Ujarnya ketika sesi ucapan beliau.
Sesi taklimat disampaikan oleh Us Shamsul Ariffin Mohd Shith yang banyak menyentuh berkaitan pencapaian pendidikan Islam di dalam peperiksaan UPSR dan PMR yang telah lalu.

En. Mat Lazim ketika menyampaikan ucapan


Sebahagian perserta perempuan


Us Hasbullah ketika mempengerusikan majlis


Kelihatan Us shamsul, En Mat Lazim, Us Abd Rahman


Peserta yang mengikuti taklimat

VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

AL-FATIHAH BUAT ARWAH CIKGU NORHASIMAH SHARIP

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 7:36:00 PG | No comments
Hari ini 2 feb 2011 sekali lagi mencatat sejarah sedih buat warga sekolah kerana telah kehilangan seorang guru yang cukup dedikasi dengan tugasnya. Cikgu Norhasimah Binti Sharip yang merupakan guru Bahasa Melayu telah berkhidmat hampir 10 tahun bermula dari era SAR lagi sehingga kini. beliau telah menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 5 pagi tadi yang dipercayai berpunca dari sakit asma ( lelah) yang dihidapi telah sekian lama.. dan semakin kritikal setlah dimasukkan ke wad rawatan rapi Hospital Seberang Jaya 3 hari yang lalu.
Takziah dari kami semua warga guru, staf, pelajar seluruhnya kepada seluruh ahli keluarga beliau. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan beroleh kebahagiaan di alam sana.

VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

KREDIT UCAPAN

INFO RINGKAS SEKOLAH


INFO RINGKAS AL-HIDAYAH

MERANGKUMI PENDIDIKAN AKADEMIK DAN AGAMA (AZHARIAH /DINI) SECARA SERENTAK BERMULA DARI TINGKATAN 1-5

MENITIKBERATKAN MINAT KEPADA ILMU AGAMA YANG MERUPAKAN TUNJANG PENTING SEKOLAH INI

KURIKULUM

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)+ KURIKULUM AZHARIAH (IDADIE DAN THANAWI)

KOKURIKULUM

MELIPUTI ASPEK UNIT BERUNIFORM + KELAB PERSATUAN + SUKAN DAN PERMAINAN

PRASARANA DAN KEMUDAHAN UTAMA

BANGUNAN KELAS DAN KEPERLUAN PENDIDIKAN SESUAI YANG DIBEKALKAN KPM

TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ICT

SEDIAAN GURU TERLATIH OLEH PIHAK KEMENTERIAN

BANGUNAN ASRAMA LELAKI DAN PEREMPUAN MENGIKUT KAPASITI YANG DITETAPKAN

MISI 2020

MENJADI SEKOLAH TERBAIK DAN CEMERLANG DI DAERAH KERIAN 2020

PENERIMAAN MASUK ADALAH BERDASARKAN PENCAPAIAN YANG BAIK DALAM UJIAN KEMASUKAN YANG AKAN DIADAKAN PADA AWAL DISEMBER. UJIAN INI AKAN MELIPUTI PENGUASAAN AL-QURAN, JAWI, DAN SEBAHAGIAN MATAPELAJARAN AKADEMIK LAIN

EDISI 10 TAHUN MENJADI SABK

KOLEKSI YOUTUBE

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN ANJURAN PELAJAR ASRAMA


PERTANDINGAN BADMINTON KELAB BADMINTON



SEKILAS FOTO MENARIK HARI PELAJAR 2010

PENAFIAN

PENAFIAN : UNIT MEDIA PENERBITAN DAN PIHAK SEKOLAH TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEGALA KESULITAN DAN KEHILANGAN MAKLUMAT BERIKUTAN MUAT TURUN BLOG ATAU BAHAN DALAM BLOG INI

NOTIS DAN UCAPAN


PERHATIAN PENTING KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH. GELOMBANG KEDUA H1N1.
PERINGATAN PENTING BERKAITAN SELSEMA BABI INFLUENZA A H1N1 KEPADA WARGA SEKOLAH DIMINTA UNTUK MEMATUHI SEGALA KEPERLUAN BERKAITAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DALAM USAHA MENGHINDARKAN DIRI DARI VIRUS H1N1 INI
-BASUH TANGAN SEHINGGA BENARBENAR BERSIH
- GUNAKAN TISU ATAU SAPU TANGAN KETIKA BERSIN ATAU BATUK
- HINDARKAN BERHUBUNG SECARA TERUS DENGAN PENGIDAP SELSEMA, DEMAM ATAU SUSPEK H1N1
- TIDAK BERADA SECARA BERKUMPULAN
- SENTIASA MENGIKUTI PERKEMBANGAN PENYAKIT INI DARI SEMASA KE SEMASA
- SENTIASA PATUH KEPADA ARAHAN PIHAK BERKUASA
BERDOA SEMOGA KITA DIJAUHI DARI WABAK YANG MEMBUNUH INI KEPADA BEKAS PELAJAR YANG MELAYARI BLOG INI SILA ISI MAKLUMAT ANDA DI BUKU PELAWAT TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENYOKONG BLOG INI

TERKINI DI LAMAN INI

Random Post

Hubungi Kami

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297

Template Updates