TERKINI DI FACEBOOK

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297 Email : alhidayah@ppdkerian.edu.my

PENTING

BLOG SEKOLAH MASIH DALAM PROSES PENGUBAHSUAIAN

30 November, 2011

Ujian Kemasukan berjalan lancar

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 1:30:00 PTG | No comments
Kuala Kurau, 30 Nov 2011- Sekolah ini sekali lagi menyahut kerjasama bersama Jabatan Pelajaran Perak dalam urusan pengambilan pelajar bagi tahun hadapan dengan mengadakan ujian kemasukan SABK secara serentak seluruh negeri Perak pada 26 Nov yang lalu. Pihak sekolah telah mula menubuhkan jawatankuasa khas kemasukan bermula Ogos lalu dengan memulakan gerak kerja promosi dan hebahan kepada umum.
Hasilnya, pada hari ujian tersebut telah menampilkan seramai 113 calon yang memohon untuk memasuki sekolah ini hadir menduduki ujian. Antara ujian yang dilalui calon adalah dalam bentuk bertulis yang meliputi kemahiran asas jawi dan bahasa arab serta lisan bacaan Al-Quran.
Menurut Pengetua, Hj Mohd Said Hasnik, "bagi sekolah yang lain mungkin calonnya hanya akan menduduki ujian bertulis, bagi sekolah ini kami tambah dengan ujian lisan Al-Quran bagi mengetahui tahap kebolehan pelajar membaca al-Quran". Ujian ini dijalankan adalah untuk memastikan pelajar yang masuk benar-benar layak mengikuti pendidikan di sekolah ini.
Beliau turut merasa terkejut dengan kehadiran ramai calon yang mencuba nasib untuk memasuki sekolah ini. Namun tidak semua akan diterima berikutan kouta kemasukan terhad dan bergantung kepada arahan kementerian. Pihak jawatankuasa telah memanfaatkan medium penyampai yang baik dengan mengadakan borang kemasukan bercetak dan secara atas talian. Ini memudahkan ibubapa untuk memohon masuk ke sekolah ini.
Beliau juga berharap pelajar yang akan diterima masuk mempunyai keazaman yang tinggi untuk menimba ilmu di sini. Turut hadir memantau sesi ujian ialah Tn Hj Shaari Bakar Penyelia Pendidikan Islam PPD Kerian.






VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

22 November, 2011

Borang Kemasukan ke Tingkatan 1

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 11:06:00 PG | No comments
Salam buat semua pengunjung yang sentiasa mengikuti perkembangan terkini sekolah ini. Makluman terbaru dari Unit ICT sekolah dengan kerjasama unit Media telah membina borang kemasukan secara 'ONLINE' yang masih dalam percubaan. Dalam usaha menambah baik perjalanan pengurusan sekolah pada masa akan datang, pihak ICT akan terus memikirkan cara terbaik bagi memudahkan semua pihak untuk 'akses' ke sekolah ini. Tujuan utamanya adalah bagi memberi kemudahan kepada semua ibubapa yang jauh dan tidak dapat memperolehi borang dari pejabat sekolah.

Klik Borang Kemasukan Online

Perhatian :
1. Sila rujuk info kemasukan (kanan blog) dahulu sebelum membuat permohonan
2.Jika memohon untuk kemasukan ke tingkatan satu sekolah ini dengan mengisi borang online sila cetak dan maklumkan pihak sekolah dengan SMS Nama Pelajar ke Unit ICT 0125734835 untuk semakan.


Tarikh Tutup permohonan masuk tingkatan 1 /2012 adalah sebelum 25 Nov 2011

*Pihak ICT mengesan cetakan bermasalah. Masalah akan cuba diperbaiki

VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

18 November, 2011

Apa kata ibubapa ? Bantuan Khas Persekolahan 2012

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 12:29:00 PTG | No comments
Unit Media dan Penerbitan sempat meninjau dan menemuramah beberapa orang ibubapa pelajar yang menerima bantuan khas persekolahan 2012 yang disediakan kerajaan melalui Bajet 2012 yang lalu.

" Saya amat bersyukur dengan insentif kerajaan ini. Usaha membantu ibubapa seperti ini dapat meringgankan beban mereka untuk menyiapkan keperluan anak masing-masing. Dengan duit ini saya akan gunakan untuk membeli keperluan pakaian anak saya."

Ahmad Sofi Salleh






" Saya turut menerima bantuan khas ini bagi anak saya, saya ingin mengucapkan terima kasih dengan semua pihak yang membantu saya mempersiapkan persediaan persekolahan dan memastikan keperluan anak saya bagi tahun hadapan mencukupi"

Ismawati Mohamad




" Alhamdulilah, syukur sangat dengan bantuan yang diberikan, saya berharap semua ibubapa tidak menyalahguna wang yang diberikan, belanjalah untuk kepentingan anak. Pemberian bantuan ini pastinya meringgankan beban saya menyara persekolahan anak"

Roszaini Saari





" Saya telah menerima bantuan ini bagi dua orang anak saya, saya akan gunakan wang bantuan ini bagi keperluan mereka dengan membeli pakaian dan keperluan asas pembelajaran mereka"

Ahmad Zamani Jumari






VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

Majlis Penyampaian Bantuan Khas Persekolahan 2012

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 12:05:00 PTG | No comments
Kuala Kurau, 18 Nov 2011- Sekolah ini turut mengambil kesempatan minggu ini mengadakan majlis penyampaian bantuan khas persekolahan kepada semua ibubapa pelajar. Majlis yang bermula jam 8 pagi tadi diserikan dengan kehadiran En Abdullah Salleh Penyelaras Parlimen Parit Buntar.
Majlis yang berlangsung di Dewan Hj Patan sekolah ini menyaksikan kehadiran ibubapa yang amat menggalakkan. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan pengetua sekolah Ustaz Mohd Said Hasnik.
Pengetua dalam ucapannya melahirkan rasa syukur dengan bantuan yang diberikan dan mengharapkan ibubapa untuk memastikan wang yang diperolehi digunakan untuk perbelanjaan persekolahan anak-anak.
Abdullah Salleh dalam ucapan perasmian majlis, menekankan supaya ibubapa saling bersatu padu dan kembali membantu pihak kerajaan dalam usaha memberi pendidikan kepada anak-anak. Beliau turut menyeru agar semua pihak berganding bahu menyokong usaha murni kerajaan untuk memberi pendidikan terbaik kepada anak-anak.
Kerajaan telah membelanjakan jutaan ringgit dalam usahanya memberi kemudahan pendidikan kepada para pelajar. Antara bantuan yang diterima pelajar seperti wang amanah pelajar miskin, biasiswa pelajar miskin, bantuan khas murid istimewa dan banyak lagi bantuan-bantuan lain berupa barangan keperluan pembelajaran dan sebagainya.
Beliau turut menyentuh tentang pentingnya pengguasaan ilmu agama seperti yang diterapkan disekolah ini kepada anak remaja masa kini. Tambahnya lagi, pendidikan agama amat penting terutama untuk membentuk generasi melayu yang berakhlak dan berketrampilan.
Majlis diteruskan dengan penyampaian cek bantuan PIBG bernilai RM5000.00 dan beliau turut sudi menyampaikan bantuan khas RM100.00 kepada 10 orang waris pelajar.

Foto sekitar majlis, lebih banyak foto di FB sekolah.


Ibubapa sedang menerima wang bantuan


Ibubapa menerima bantuan dan menyemak keputusan peperiksaan



En. Abdullah menyampaikan sendiri bantuan khas


En Abdullah menyampaikan cek bantuan PIBG kepada pengetua


Abdullah ketika menyampaikan ucapan


Kaum bapa yang turut hadir

Kaum ibu yang hadir

Abdullah bersama hadirin

VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

Majlis Makan Malam Asrama 2011

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 11:50:00 PG | No comments
Kuala Kurau, 18 Nov 2011- Jawatankuasa asrama telah mengadakan majlis makan malam bagi meraikan pelajar-pelajar asrama sekolah ini. Majlis yang diadakan secara sederhana ini bertujuan meraikan para pelajar asrama dan memberi pengiktirafan kepada ahli jawatankuasa yang telah menjalankan tugas sepanjang tahun ini.
Menurut Warden Asrama lelaki Wan Nazri Wan Ishak dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada semua para pelajar asrama yang telah memberi kerjasama baik dalam mematuhi peraturan asrama. Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada ahli jawatankuasa asrama bagi tahun ini yang berkhidmat cemerlang bagi memastikan perjalanan asrama dengan aktiviti yang tersusun dan berkesan.
Penolong Kanan Pentadbiran Ustaz Azahar Abu Bakar pula dalam ucapannya ringkasnya memberi jaminan bahawa pelajar yang cemerlang akan terus ditempatkan di dalam senarai pelajar yang layak menduduki asrama di tahun hadapan.
Beliau juga berharap agar semua pelajar yang menduduki asrama mampu memberi tumpuan kepada pelajaran sepenuhnya. Majlis yang dihadiri guru sekolah ini turut diserikan dengan persembahan dari pelajar asrama.
Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil dan cenderamata kepada pelajar yang menjadi ahli jawatankuasa asrama tahun ini.


Warden Asrama Perempuan
Nur Latifah Mohd Arish menerima cenderama dari Ustaz Azahar


Ahli Jawatankuasa Aspuri menerima sijil penghargaan

Ahli Jawatankuasa Aspura menerima sijil penghargaan


Sebahagian tetamu yang hadir


Sebahagian pelajar lelaki


Warden Asrama Lelaki
Wan Nazri Wan Ishak

VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

14 November, 2011

Ceramah Khas Aidiladha

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 1:09:00 PTG | No comments
Kuala Kurau, 14 Nov 2011. Sebagai mengisi ruang masa pelajar sempena majlis penyerahan bangunan asrama baru sekolah ini. Pihak pengurusan akademik telah menganjurkan siri ceramah sempena Aidiladha kepada semua pelajar sekolah. Bertempat di dewan musolla asrama baru telah diadakan ceramah khas Aidiladha yang disampaikan oleh Ustaz Abd Kahar bin Awang pegawai Unit Bahasa Arab Sektor Pendidikan Islam JPN Perak.
Program yang bermula pada jam 10.00 pagi ini memberi tumpuan kepada pembinaan jati diri pelajar dalam penghayatan erti korban. Para pelajar diberi suntikan semangat untuk terus memperbaiki diri dan mampu mempertahankan agama di masa akan datang. penceramah turut menegaskan kepada pelajar supaya meneruskan pembelajaran agama seperti di sekolah ini sebagai bekalan untuk menempuh masa akan datang.
Beliau turut menekankan kepada pentingnya pelajar sekolah agama seperti sekolah ini menampilkan akhlak terbaik agar menjadi contoh kepada remaja diluar. Pendidikan di sekolah ini yang mementingkan pengetahuan asas pendidikan Islam agar menjadi benteng kepada semua remaja dan menjadi ilmu berguna apabila dewasa kelak.
Menurutnya lagi, keruntuhan akhlak yang berlaku hari ini adalah kerana kurangnya penghayatan terhadap agama Islam. Ramai remaja mula mengabaikan tuntunan wajib sebagai seorang muslim, ini akan mewujudkan masyarakat yang menuju kehancuran.


Pelajar perempuan merasai sendiri menjamu selera
di dewan makan yang baru

Para pelajar memberi tumpuan kepada sesi penyampaian


Ustaz Abdul Kahar ketika menyampaikan ceramah


VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

Majlis Penyerahan Bangunan Baharu SABK Negeri Perak

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 1:01:00 PTG | No comments
Kuala Kurau, 14 Nov 2011. Pada Jumaat yang lalu 11 Nov, telah berlansung majlis penyerahan bangunan baharu kepada semua Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Negeri Perak yang menerima pembangunan di bawah Pakej Ransangan dan Memperkukuh Daya Tahan Ekonomi 2009.

Bertempat di Asrama Baru SABK-Al-Hidayah telah diadakan majlis simbolik penyerahan bangunan baharu kepada 8 buah sekolah yang menerima pembangunan tersebut. 7 buah lagi SABK yang terlibat adalah SABK Al-Falah Tanjung Piandang, SABK Addiniah Jelutong, SABK Ghazali Jawi Grik, Maahad Tarbiah Islamiah Batu 8 Trong, SABK Al-Ulum Syar'iah Selekoh, Maahad Ehyak Diniah Kg. Gajah, SABK Khir Lil Banat Kemunting.

Majlis ini dihadiri oleh Pegawai pembangunan Jabatan Pelajaran Perak yang diketuai oleh En. Saifuddin Asri, wakil pejabat Pelajaran daerah Kerian, pengetua dan wakil sekolah yang terlibat, para kontraktor binaan yang berkenaan dan En. Azman Zainon Abidin dari Arkitek Azman Zainon Abidin selaku perunding pembangunan kepada 8 pembinaan tersebut.

Majlis turut dihadiri wakil dari Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS), Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) dan Pengerusi Jawatankuasa Kampung Parit Abas.

Pengetua ketika ucapan aluannya, beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir dan turut menzahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan kerana telah sedia membantu pihak sekolah dalam menyediakan prasarana pembangunan untuk pelajar di kawasan ini.

Menurutnya lagi, dengan bangunan yang diterima ini, pihak sekolah akan berusaha memberi kemudahan asrama kepada semua pelajar sekolah ini khasnya. beliau turut berharap pihak kementerian terus melihat keperluan pelajar-pelajar terutama di kawasan luar bandar seperti ini.

En. Saifuddin dalam ucapan awalnya mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah yang bersedia menjadi lokasi majlis ini. Beliau menyampaikan salam dari pihak kementerian pelajaran yang tidak dapat hadir kerana ada program yang lebih penting. Beliau juga menyatakan bahawa di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 2009 ini, sebanyak hampir RM15 juta diperuntukan kepada projek membina prasarana SABK bagi Negeri Perak, termasuklah bangunan asrama sekolah ini yang bernilai RM3.7 juta. Beliau yang bertindak sebagai pengerusi majlis berkenaan membuka ruang kepada semua pengetua dan wakil untuk mengemukakan permasalahan pembangunan dan dijawab oleh pihak perunding dan kontraktor.

Penyampaian replika kunci yang tertera senarai nama sekolah yang menerima pembangunan dilakukan oleh pihak perunding En Azman Zainon Abidin kepada En. Saifuddin Asri sebagai mewakili pihak Kementerian Pelajaran Malaysia disaksikan oleh semua yang hadir.

Majlis diteruskan dengan penyampaian bingkai gambar dari kontraktor Pembinaan Mahanoor Sdn. Bhd. diwakili oleh Kamarul Azmi Mohd Sharif kepada wakil JPN Perak dan Pengetua SABK Al-Hidayah Mohd Said Hasnik.

Majlis diakhiri dengan gimik memotong riben yang disempurnakan oleh Saifuddin Asri dengan diperhatikan oleh tetamu yang hadir.




Tetamu dibawa melawat ke sekitar bangunan asrama baru


En. Saifuddin sedia memotong riben sebagai
gimik perasmian bangunan asrama baru


En Kamarul Azmi menyampaikan bingkai gambar kepada pengetu sekolah
sebagai tanda kenangan


Para hadirin sedang berbincang


En Azman menjawab segala permasalahan yang dikemukakan


En Saifudin bangun memberi ucapan


Pengetua menyampaikan ucapan aluan


Bangunan Asrama baru sekolah

VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

04 November, 2011

Pertandingan Sepak Takraw Jemputan SABK Kerian Kali 1

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 4:12:00 PTG | No comments


Kuala Kurau, 3 Nov 2011. Kelab Sepak Takraw SABK Al-Hidayah buat julung kalinya menganjurkan pertandingan sepak takraw jemputan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Daerah Kerian. Pertandingan ini yang bermula 1 Nov lalu telah mempertemukan pasukan dan sekolah agama yang berhampiran. Antara sekolah yang turut menghantar peserta adalah dari SABK Ari Ridwan, Ehya Assyarif Bagan Serai dan Shamsul Maarif Tg Piandang.

Usaha mengadakan pertandingan ini turut mendapat kerjasama dari Unit Sukan Pejabat Pelajaran Daerah Kerian yang sedia membekalkan sijil penyertaan kepada semua peserta. Menurut penyelaras pertandingan En Jupri Sanhosi, pertandingan ini diadakan sebagia usaha mengeratkan lagi silaturrahim di antara sekolah agama di daerah ini.

Selain itu, ianya menjadi landasan kepada kerjasama yang lebih erat bagi setiap program yang akan diadakan di masa hadapan. Menurutnya lagi, pertandingan ini juag untuk melihat bakat terpendam para pelajar dengan kemahiran bermain sepak takraw.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dengan pertandingan ini termasuk ahli jawatankuasa, para pengadil jemputan dan peserta yang mengambil bahagian.



Salam Pertandingan


Taklimat Pengadil


Team Al-Hidayah

En Jupri Sanhosi



VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

KEM GEMPUR PERDANA BAHASA ARAB TINGKATAN 2

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 3:51:00 PTG | No comments

KUALA GULA, 4 Nov 2011. Unit Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kerian dengan kerjasama Panitia Bahasa Arab Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Daerah Kerian telah berganding bahu menganjurkan kem gempur Perdana Bahasa Arab bagi pelajar-pelajar tingkatan 2. Kem yang bermula 31 Okt dan berakhir 4 Nov yang lalu telah menghimpunkan seramai 75 peserta yang dipilih dari sekolah SABK daerah ini. Antara sekolah yang terlibat termasuklah SABK Al-Hidayah, SABK Al-Falah, SABK Shamsul Maarif, Maahad Ar-Ridwan dan Maahad Ehya AsSyarif.

Menurut penyelaras program Ustaz Abd Malik Hashim, objektif utama kem ini adalah untuk memberi pendedahan asas Bahasa Arab kepada pelajar tingkatan 2 sebelum menghadapi peperiksaannya pada tahun hadapan. Kem ini telah lama dirancang sebagai usaha pihak PPD dan sekolah dalam memastikan pencapaian Bahasa Arab PMR akan meningkat.

Antara pengisian yang dimuatkan adalah siri ceramah teknik mempelajari bahasa arab, menghafal ungkapan, tasrif, membina ayat mudah dalam bahasa arab. Menurutnya, kem ini diselia oleh kalangan guru dan fasilitator dari sekolah yang terlibat.

Dalam ucapan penutupan, Penyelia Pendidikan Islam PPD Kerian Us Abd Rahman Hamid melahirkan rasa bangga dengan kemampuan pelajat yang terlibat sebagai peserta kerana telah mampu berbahasa arab dalam mengendalikan majlis penutupan.

Katanya, tujuan kem ini diadakan untuk memantapkan persediaan pelajar untuk menduduki kertas Bahasa Arab ini pada tahun hadapan di dalam peperiksaan PMR 2012. Beliau turut memuji guru-guru yang bertindak sebagai fasilitator kerana mampu menganjurkan kem ini dengan jayanya.

Beliau turut mengharapkan agar peserta yang terlibat dalam kem ini mampu menunjukkan prestasi yang baik pada tahun akan datang seterusnya mampu mencapai keputusan yang cemerlang.




Us Rahman menyampaikan hadiah kepada peserta terbaik kem


Us Rahmah menyampaikan sijil kepada wakil sekolah yang menjadi peserta


Us Rahman bersama Us Abd Malik di majlis penutup

Peserta perempuan

Peserta lelaki



VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

KREDIT UCAPAN

INFO RINGKAS SEKOLAH


INFO RINGKAS AL-HIDAYAH

MERANGKUMI PENDIDIKAN AKADEMIK DAN AGAMA (AZHARIAH /DINI) SECARA SERENTAK BERMULA DARI TINGKATAN 1-5

MENITIKBERATKAN MINAT KEPADA ILMU AGAMA YANG MERUPAKAN TUNJANG PENTING SEKOLAH INI

KURIKULUM

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)+ KURIKULUM AZHARIAH (IDADIE DAN THANAWI)

KOKURIKULUM

MELIPUTI ASPEK UNIT BERUNIFORM + KELAB PERSATUAN + SUKAN DAN PERMAINAN

PRASARANA DAN KEMUDAHAN UTAMA

BANGUNAN KELAS DAN KEPERLUAN PENDIDIKAN SESUAI YANG DIBEKALKAN KPM

TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ICT

SEDIAAN GURU TERLATIH OLEH PIHAK KEMENTERIAN

BANGUNAN ASRAMA LELAKI DAN PEREMPUAN MENGIKUT KAPASITI YANG DITETAPKAN

MISI 2020

MENJADI SEKOLAH TERBAIK DAN CEMERLANG DI DAERAH KERIAN 2020

PENERIMAAN MASUK ADALAH BERDASARKAN PENCAPAIAN YANG BAIK DALAM UJIAN KEMASUKAN YANG AKAN DIADAKAN PADA AWAL DISEMBER. UJIAN INI AKAN MELIPUTI PENGUASAAN AL-QURAN, JAWI, DAN SEBAHAGIAN MATAPELAJARAN AKADEMIK LAIN

EDISI 10 TAHUN MENJADI SABK

KOLEKSI YOUTUBE

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN ANJURAN PELAJAR ASRAMA


PERTANDINGAN BADMINTON KELAB BADMINTON



SEKILAS FOTO MENARIK HARI PELAJAR 2010

PENAFIAN

PENAFIAN : UNIT MEDIA PENERBITAN DAN PIHAK SEKOLAH TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEGALA KESULITAN DAN KEHILANGAN MAKLUMAT BERIKUTAN MUAT TURUN BLOG ATAU BAHAN DALAM BLOG INI

NOTIS DAN UCAPAN


PERHATIAN PENTING KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH. GELOMBANG KEDUA H1N1.
PERINGATAN PENTING BERKAITAN SELSEMA BABI INFLUENZA A H1N1 KEPADA WARGA SEKOLAH DIMINTA UNTUK MEMATUHI SEGALA KEPERLUAN BERKAITAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DALAM USAHA MENGHINDARKAN DIRI DARI VIRUS H1N1 INI
-BASUH TANGAN SEHINGGA BENARBENAR BERSIH
- GUNAKAN TISU ATAU SAPU TANGAN KETIKA BERSIN ATAU BATUK
- HINDARKAN BERHUBUNG SECARA TERUS DENGAN PENGIDAP SELSEMA, DEMAM ATAU SUSPEK H1N1
- TIDAK BERADA SECARA BERKUMPULAN
- SENTIASA MENGIKUTI PERKEMBANGAN PENYAKIT INI DARI SEMASA KE SEMASA
- SENTIASA PATUH KEPADA ARAHAN PIHAK BERKUASA
BERDOA SEMOGA KITA DIJAUHI DARI WABAK YANG MEMBUNUH INI KEPADA BEKAS PELAJAR YANG MELAYARI BLOG INI SILA ISI MAKLUMAT ANDA DI BUKU PELAWAT TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENYOKONG BLOG INI

TERKINI DI LAMAN INI

Random Post

Hubungi Kami

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297

Template Updates