TERKINI DI FACEBOOK

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297 Email : alhidayah@ppdkerian.edu.my

PENTING

BLOG SEKOLAH MASIH DALAM PROSES PENGUBAHSUAIAN

28 Februari, 2010

Team Teknikal Jadi DJ kenduri la plak ..

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 7:48:00 PTG | No comments
buat pertama kalinya, saya dan team teknikal sekolah dijemput 'menguruskan' Dj Corner sebuah majlis kenduri di kampung saya. Pertamanya kalinya jugak lah .. kami bersiaran secara lansung mengendalikan konti DJ kenduri .. jenuh jugak nak susun ayat 'slamber' dan susun lagu-lagu berbagai 'genre' biar nampak ceria dan sesuai dengan majlis. Selamat Pengantin Baru kepada pengantin dan terima kasih kerana mengundang kami...

Jom layan jer gambar kami

Tekong DJ .. dgn laptop 'Transformers lerr...


Anak buah turut membantu ...


Suara si Syafiq niee .. belum Power ......

AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

26 Februari, 2010

Maulidur Rasul dengan Ceramahnya

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 12:27:00 PTG | No comments
Sambutan Maulidur Rasul 1431H bagi sekolah ini dimeriahkan dengan ceramah oleh penceramah jemputan yang diundang khas dari Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk). Panitia Azhariah diberi tanggungjawab mengelola program sambutan maulud pada kali ini. Dengan kerjasama panitia Pendidikan Islam, program yang direncana hampir sebulan yang lalu menjadi kenyataan pada malam tadi dengan kehadiran masyarakat setempat yang diluar jangkaan.
Penceramah yang dijemput kali ini mewakilkan kepada Ustaz Hafizudin Abd Kadir, wakil JAKIM di Jabatan Agama Islam Perak. Majlis yang dikendali oleh Ustaz Hamadi Ramli dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengetua sekolah. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih dengan kerjasama dari masyarakat sekitar sekolah yang terus menerus memberi sokongan dengan program yang dilaksana oleh pihak sekolah. Beliau turut menegaskan kepada semua warga sekolah agar mencontohi peribadi Rasullullah dalam usaha mendidik dan memberi tarbiah kepada anak bangsa.
Majlis diteruskan dengan memberi peluang kepada penceramah jemputan memberikan ceramah berkaitan maulud nabi. Dalam nada awal ceramah beliau, beliau mengimbau bagaimana kesukaran para nabi terdahulu mendaulatkan agama Allah dimuka bumi ini. Beliau memberi contoh nabi Allah Ibrahim, bagaimana beliau terpaksa berhadapan dengan Raja Namrud dan juga bapanya yang meajadi pembuat berhala. Ujian demi ujian Nabi Ibrahim terpaksa hadapi dalam menyebarkan Islam kepada kaumnya.
Nabi Nuh juga seperti itu, baginda berdakwah hampir 950 tahun kepada kaumnya. Bukan setakat kaumnya malah ahli keluarga turut menolak usaha dakwah Islam olehnya. Begitulah contoh keperitan rasul-rasul terdahulu yang kita perlu ambil iktibar, ujarnya.
Penceramah juga mengaitkan usaha dakwah pada hari ini yang semakin berliku. Usaha ke arah dakwah islamiah menghadapi kesukaran apabila berhadapan usaha memesongkan akidah dan kepercayaan lebih banyak dilakukan. Berbagai program kemaksiatan dapat kita lihat dianjurkan di sana sini,malah banyak tempat rekreasi yang dibina disalahguna menjadi sarang remaja melakukan maksiat. Kebejatan akhlak remaja yang semakin sukar dibendung, cuba ditangani dengan mengambil cara sendiri tanpa melihat penyelesaian dari Al-Quran. Ini telah menyebabkan keadaan semakin parah kerana menolak penyelesaian yang Allah telah tentukan.
Beliau turut menegaskan peripentingnya sifat amanah dalam diri kita dengan mencontohi sifat rasullullah. Dengan memberi contoh dari banyak kejadian sejak akhir-akhir ini yang berlaku dimana pemimpin yang mendapat jawatan tidak memiliki sifat amanah telah menzahirkan kerosakan dalam sesebuah institusi dan negara. Dengan menyedari bahawa setiap perlakuan akan dilihat oleh Allah nescaya sifat amanah dapat dibentuk dalam diri.
Diakhir ceramahnya yang diikuti hampir 300 orang yang ada di dalam dewan, beliau mengingatkan ibubapa agar memberi peluang anak-anak menerima pengalaman yang sepadan dengan umurnya. Jangan disekat perkembangan pemikirannya dengan rasa marah yang tidak menentu. Beliau menutup ceramahnya berjenaka dengan berbagai loghat negeri membuatkan hadirin riuh ketawa.

Program seperti ini mampu memasyarakat sekolah dengan penglibatan dari komuniti masyarakat setempat dengan sebarang program sekolah. Pihak sekolah merakamkan jutaan penghargaan dengan keterlibatan semua ahli kariah Parit Abas yang sudi menghadirkan diri ke program sambutan maulidur rasul sekolah ini. Artikel ini adalah cerita ringkas dari intipati ceramah sempena maulidur rasul pada malam 25 febuari yang baru ini.


Us. Hafizuddin ketika menyampaikan ceramah



Barisan kepimpinan sekolah, turut kelihatan pengetua dan pengerusi lembaga pengurusan sekolah

Rakaman turut dibuat bagi simpanan sekolah


Antara hadirin dari kalangan masyarakat setempat


Terpaksa menonton 'slide' di luar berikutan dewan yang penuh

AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

22 Februari, 2010

Selamat Datang PK pentadbiran yang baru ....

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 10:49:00 PTG | No comments
Sudah berminggu piahk sekolah menantikan ' kehadiran' Penolong Kanan Pentadbiran ini setelah PK yang lama 'pergi' berhijrah dengan meninggalkan tugasan yang amat kritikal untuk disudahkan. Kini, saya lah yang paling 'seronok' dapat kembali mengurangkan tekanan kerja pengurusan kerna terpaksa memangku tugas-tugas pentadbiran yang kini bakal diserahkan kepada orang baru ini.
Inilah gambar Penolong Kanan pentadbiran yang baru memulakan tugasnya hari ini. Namanya Azahar Abu Bakar, juga seorang Ustaz (Guru pendidikan Islam). Dengan pengalaman dibidang pendidikan ini yang sudah mencecah belasan tahun, amatlah di harap beliau dapat mencurahkan pengalaman berharga dalam usaha memajukan sekolah. Biarlah dengan 'kehadiran' PK baru ini dapat menceriakan kembali guru-guru serta semua staf sekolah dalam kerangka penambahbaikan tugas dan perkhidmatan bagi memastikan objektif kegemilangan dapat dicapai.

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERTUGAS DI SEKOLAH INI BUAT USTAZ AZAHAR.


AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

Taklimat dan Kursus Asas ICT

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 11:34:00 PG | No comments
Hari ini, saya sempat mengikuti kursus asas dan taklimat ICT sekolah di bawah seliaan Pusat kegiatan Guru Kuala Kurau (PKG). Beberapa buah sekolah yang terlibat seperti Sekolah Kebangsaan, Sekolah Menengah Kebangsaaan, Sekolah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.

Kami wakil guru pendidikan bestari di dedahkan dengan pengetahuan asas mengenai komponen ICT yang melibatkan peranti input dan peranti output oleh juruteknik komputer PKG dan Pegawai PKg sendiri.





AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

19 Februari, 2010

CORAT-CORET HARI PELAJAR 2010... DI HARI PENUTUPNYA

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 10:21:00 PTG | No comments
Hari ini diadakan majlis penutupan hari pelajar bagi tahun 2010. Kemeriahan Hari Pelajar yang telah berlansung hampir 3 hari yang lalu telah mencapai objektifnya bagi memberi peluang kepada semua pelajar bagi menyertai acara yang dipertandingkan. Fokus utama ialah untuk mencari bakat-bakat baru dari kalangan pelajar yang ada.

Sejarah Hari Pelajar ini yang pada awalnya dikenali sebagai Ihtifsl Sekolah, tiap-tiap tahun aktiviti ini akan diadakan bertujuan mencungkil bakat-bakat dari semua pelajar untuk diketengahkan dipertandingan peringkat luar. Jika sebelum ini dikenali sebagai ihtifal sekolah yang hanya memuatkan aktiviti dalam dewan, kemudian turut dimuatkan aktiviti luar seperti sukan dan diubah namanya kepada Hari Pelajar.

Melalui hari pelajar ini berbagai pertandingan dimuatkan meliputi acara dalam dewan dan luar dewan. Bagi acara dalam dewan ianya meliputi acara seperti Tilawah Al-Quran, Hafazan, Syarahan, Sajak, Nasyid dan Azan. Manakala bagi acara luar dewan bagi tahun ini hanya melibatkan acara sepak Takraw, Pingpong, Badminton dan Bola Jaring.

Dengan menggunakan konsep sukan tara iaitu penggunaan Rumah Sukan bagi penetapan ahli sebagai satu cara mewujudkan persaingan yang sihat di antara pelajar. rumah yang dibentuk meliputi rumah Kuning, Hijau, Biru dan Merah. Setiap rumah mempunyai agihan pelajar dan guru rumah yang sama banyak.

Dalam ucapan Penolong Kanan Kokurikulum Cikgu Marzuki Abd RAzak pada majlis penutup pagi tadi, beliau melahirkan rasa gembira dan berpuas hati dengan kemampuan majlis ini dapat dijalankan dengan baik dan beroleh kejayaan. Beliau turut memzahirkan ucapan tahniah dan syabas buat semua tenaga pengerak program hari pelajar ini yang telah bertungkus lumus memberi komitmen terbaik bagi menjayakan program ini.

Disamping itu beliau juga berharap kepada pasukan yang menang untuk tidak mendabik dada dan sentiasalah memberi sokongan antara satu sama lain. Kepada yang tidak berjaya, diharap dapat memperbaiki pencapaian di masa akan datang. Beliau turut menyentuh berkaitan pengurusan program yang amat baik dan berjaya dengan semua pihak mengambil penting dan menjalankan peranan dengan baik.

Pengetua Us. Mohd Said Hasnik dalam ucapannya pula menitikberatkan penguasaan dalam aktiviti yang disertai, samada menang atau kalah inya tidak penting kerana menunut ilmu dan pengalaman dari penyertaan itu amat berguna untuk semua. beliau memetik ayat al-quran yang bermaksud 'adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui'. Oleh itu saranan beliau, biar menang atau kalah, yang pastinya ada ilmu yang diperolehi dan dijadikan pengalaman.

Pengetua juga mengharapkan dengan adanya aktiviti seperti ini, dapat terus mencungkil bakat pelajar dan dapat membiasakan pelajar dengan sebarang pertandingan,
Diakhir ucapannya, beliau berterima kasih kepada semua yang menjayakannya dan menyeru semua pelajar untuk terus memajukan diri.

Majlis diakhiri dengan penyampaian piala dan kalungan hadiah kepada semua pemenang yang telah berjaya menhgarungi pertandingan. Tahniah kepada semua peserta, guru yang membantu memberi latihan dan Tahniah kepada pasukan rumah Biru kerana telah berjaya mengondol Piala Pusingan sebagai pasukan yang berjaya mengumpul mata tertinggi melalui kemenangan dari banyak pertandingan.

Jom layan sekilas foto Hari pelajar 2010 dan selebihnya saksikan di Youtube ... tag Hari Pelajar SMAAH atau di sidebar sebelah jer.


Peserta Tilawah memperdengarkan bacaan


Kelihatan para Hakim teliti memberi markah


Antara guru baru di Al-Hidayah yang pertama kali merasai kemeriahan Hari Pelajar


Anak buah saya yang setia bekerja mengawal sistem siaraya dan teknikal


Foto dari Pertandingan Sepak Takraw


Foto dari pertandingan nasyid


Cikgu Marzuki ketika menyampaikan ucapan dimajlis penutup

Guru perempuan yang tak sabar menunggu penyampaian hadiah


barisan guru lelaki yang turut menanti ...


Pengetua ketika menyampikan kalungan piala kepada pemenang


Rumah Hijau


Rumah Merah


Rumah Kuning


Rumah Biru


Kami Juara .. laung guru rumah Biru ...
AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

13 Februari, 2010

Informasi Pendidikan

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 10:16:00 PTG | No comments

Dapat imbuhan jika berjaya lonjakan prestasi sekolah

13/02/2010 7:42pm

KUALA TERENGGANU 13 Feb. – Bermula tahun depan, guru besar dan pengetua yang berjaya melonjakkan kecemerlangan sekolah berasaskan akademik, kokurikulum dan sukan akan diberikan ganjaran dan insentif oleh Kementerian Pelajaran.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penilaian prestasi akan mula dilakukan tahun ini dengan setiap pencapaian sekolah akan menjadi kayu pengukur terhadap prestasi guru besar ataupun pengetua.

“Malah bukan sahaja kepada pengetua ataupun guru besar, imbuhan itu juga akan turut dirasai guru-guru di sekolah yang terlibat dan ini akan memberikan galakan kepada golongan tersebut untuk berusaha lebih keras bagi meningkatkan prestasi sekolah masing-masing,” katanya.

Muhyiddin, yang juga Menteri pelajaran, berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian hadiah kecemerlangan pelajar Yayasan Terengganu kali ke 31 dan program Juara Rakyat peringkat Parlimen Kuala Terengganu di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak memperjelaskan bentuk ganjaran atau insentif yang akan diberikan nanti. – Bernama - dipetik dari Utusan Malaysia.

Semoga kita warga Al-Hidayah boleh mencapai sasaran kita.
Pengetua yang baik bukan sahaja ingin melihat sekolahnya cemerlang bahkan boleh membawa semua warga sekolah cemerlang peribadi dan kemampuan diri.
Guru ceria, pelajar bahagia, sekolah berjaya.

AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

12 Februari, 2010

Dah cuti la plak .... tak sempat nak latih!

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 9:59:00 PTG | No comments
Hari ini Jumaat, minggu depan akan berlansung sambutan Hari Pelajar, sedang cuti sempena Tahun Baru Cina hingga hari Selasa. Nampaknya semua acara akan berlansung tanpa ada latihan yang 'kukuh' sebagai persediaan untuk pertandingan. Semua guru bertungkus-lumus memberi latihan dan tunjuk ajar kepada peserta yang menyertai setiap acara. Kini berhenti rehat untuk mengharungi cuti.. adakah akan memberi kesan yang kurang baik kepada persembahan mereka nanti? Saya menjangkakan akan ada kekurangan yang ketara dalam persembahan mereka berikutan kesuntukkan masa untuk latihan yang baik.
Kami pihak guru yang melatih hanya mengharap peserta dapat menggunakan masa cuti ini untuk berlatih sendiri di rumah bagi memantapkan persembahan nanti. Kami warga guru juga mengharapkan semua peserta dapat memberi komitmen yang terbaik dalam membuat persembahan nanti.
Dalam kesibukan semua guru dengsn cerap pengajaran, pengemaskinian fail panitia, pengurusan jadual yang baru, pengurusan data dan headcount serta banyak lagi tugas lain, masih berkesempatan bersama pelajar untuk membantu mereka berlatih. Semua guru harus diberi 'kredit' tanda penghargaan kerana berjaya memberi sumbangan tenaga dan idea untuk pelajar. Bukan mudah untuk bekerja secara ' sukarela ' demi kemajuan semua. Semoga usaha kita yang kecil ini dapat membantu meningkat kecemerlangan sekolah.
Kerja baik dan rajin .. teriam kasih semua.

Jom layan video latihan tilawah ...



AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

10 Februari, 2010

Sibuknya kita semua ....

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 6:20:00 PTG | No comments
Salam buat semua. Pertama sebelum saya meneruskan entri kali ini, ingin saya rakamkan terima kasih kepada wartawan Sinar Harian Edisi Perak bagi kawasan kerian yang terus-menerus memberi liputan kepada program sekolah ini. Hari ini, di kolum Aspirasi dengan tajuk Majlis tiga dalam satu sekali lagi terpapar di dalam akhbar sinar harian. ... Terima kasih.

Minggu ini, semuanya berlumba-lumba berlatih dalam usaha mempersiapkan peserta bagi pertandingan di Hari Pelajar nanti.. bermacam ragam 'tenag pengajarnya' bermacam hal jugak yang jadi tumpuan, namun 'persaingan' mesti hebat dari semua rumah yang bertanding...saya pun naik penat dah nak cerita .. terima kasih semua yang terlibat setakat ini memberi komitmen yang sungguh 'dahsyat'.... jom layan gambar yang sempat lensa dari kamera saya 'candid'.









AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

09 Februari, 2010

Bila sibuk .... Kita pun sama kalut

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 7:18:00 PTG | No comments
Salam semua pengunjung setia blog sekolah ini, samada sisipan di FB atau datang menjengah terus ke laman ini. Dah hampir seminggu saya tidak berkesempatan memasukkan entri berkaitan sekolah untuk tatapan semua. Almaklumlah, saya sedang sibuk menguruskan data berkaitan sekolah yang perlu disiapkan segera. Sepanjang hujung minggu lalu antara aktiviti yang dijalankan adalah mesyuarat penganjuran Hari Pelajar 2010 yang diketuai oleh PK Koku Cikgu Marzuki. Mesyuarat bertujuan bagi pengagihan tugas mengikut bidang perlaksanaan program. hari Pelajar merupakan program yang diadakan bagi memberi peluang pelajar mengetengahkan bakat dan keupayaan yang ada pada diri pelajar melalui acara yang dipertandingkan. Antara acara yang dipertandingkan seperti Nasyid, Sajak, Syarahan, Kuiz Agama, Khat. Azan bagi acara dalam dewan. Manakala bagi acara luar dewan pula melibatakan acara Sepak Takraw, Badminton , Bola Jaring dan Pingpong.
Mesyurat Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS) kali 1 bagi tahun 2010 juga turut diadakan pada pagi Jumaat yang lalu. Mesyuarat ini bagi membincangkan beberapa perkara penting antaranya lantikan guru Azhariah, pampasan kepada pemajak tanah milik sekolah yang terlibat dalam pembinaan asrama, maklumat terkini pengurusan sekolah, hal berkaitan kurikulum azhariah, kewangan LPS, cadangan program 2010 dan lain-lain.

Pada minggu ini pula berlansung pertemuan kokurikulum bagi persatuan. Mesyuarat perlantikan jawatankuasa 2010 diadakan bagi pengurusan persatuan pada tahun ini. Turut diadakan mesyuarat rumah bagi Pertandingan Hari Pelajar 2010. Pemilihan peserta bagi setiap acara diadakan sebagai syarat menyertai pertandingan ini. setiap rumah ditetapkan guru penyelaras dan ketua rumah.

Setelah tahun lalu kita gagal melaksanakan program Hari Pelajar ini berikutan kesuntukan masa, biarlah tahun ini terus menjadi kemeriahan kepada semua pelajar kita. Selamat menjalankan tugas melatih mereka kepada rakan setugas yang sedia PENAT dan KALUT dengan kesibukan berganda...

Layan jer la ..

Gabungan gambar sekitar pertemuan kokurikulum


Mesyuarat 1/2010 Lembaga Pengurusan Sekolah


Candid istimewa kepada Us Hamadi Ramli, guru baru lantikan LPS


AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

03 Februari, 2010

Pindah .. demi tugas.

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 9:48:00 PG | No comments
Minggu ini sudah masuk minggu kelima dalam sesi pengajian tahun ini. Berbagai bentuk perkara dan aktiviti yang telh mula rancak dilaksanakan. Begitu juga sesi P & P yang sudah mula aktif dan berjalan lancar. Syabas kepada semua tenaga guru dan staf yang mula memberi perhatian penting kepada kemajuan sekolah ini.
Kini sekolah ini memiliki seramai 26 orang guru yang telah sama-sama memulakan sesi tahun ini dengan berbagai ragam dan sikap. Ada guru yang selamber jer, ada yang berazam nak meningkatkan daya usaha, ada yang masih terpingga-pingga kerana masih baru di sini. Seperti entri yang sebelum ini ada penempatan dari kalangan guru baru dan guru lama. Guru lama yang saya maksudkan adalah penempatan semula guru-guru dari SMA Al-Tahzib Titi Serong yang mana pihak LPS sekolah tersebut telah berundur dari terus menjadi SABK, berikutan itu semua guru dan kakitangannya di 'reposting' ke sekolah terdekat dan ada yang ke negeri terdekat.
Bagi sekolah ini telah ditempatkan 3 orang guru berkenaan, Ustaz Ahamad Pekry Abd Rahim, Cikgu Zuhaila Bt Omar dan Cikgu Zubaidah bt Abd Rahim. Saya ucapkan SELAMAT DATANG dan Selamat bertugas di Al-Hidayah yang semakin mencabar mengorak langkah bersama kemajuannya.
Jom layan foto best mereka ini.

Kelihatan Zubaidah dan Zuhaila .. ditempat yang 'BARU'


'Pengerusi' bilik guru yang baru ... turut kelihatan rakan setugas yang disebelahnya yang rajin melayari internet mencari bahan pengajaran.

p/s : Kini saya telah dipindahkan .. ke pejabat.

AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

KREDIT UCAPAN

INFO RINGKAS SEKOLAH


INFO RINGKAS AL-HIDAYAH

MERANGKUMI PENDIDIKAN AKADEMIK DAN AGAMA (AZHARIAH /DINI) SECARA SERENTAK BERMULA DARI TINGKATAN 1-5

MENITIKBERATKAN MINAT KEPADA ILMU AGAMA YANG MERUPAKAN TUNJANG PENTING SEKOLAH INI

KURIKULUM

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)+ KURIKULUM AZHARIAH (IDADIE DAN THANAWI)

KOKURIKULUM

MELIPUTI ASPEK UNIT BERUNIFORM + KELAB PERSATUAN + SUKAN DAN PERMAINAN

PRASARANA DAN KEMUDAHAN UTAMA

BANGUNAN KELAS DAN KEPERLUAN PENDIDIKAN SESUAI YANG DIBEKALKAN KPM

TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ICT

SEDIAAN GURU TERLATIH OLEH PIHAK KEMENTERIAN

BANGUNAN ASRAMA LELAKI DAN PEREMPUAN MENGIKUT KAPASITI YANG DITETAPKAN

MISI 2020

MENJADI SEKOLAH TERBAIK DAN CEMERLANG DI DAERAH KERIAN 2020

PENERIMAAN MASUK ADALAH BERDASARKAN PENCAPAIAN YANG BAIK DALAM UJIAN KEMASUKAN YANG AKAN DIADAKAN PADA AWAL DISEMBER. UJIAN INI AKAN MELIPUTI PENGUASAAN AL-QURAN, JAWI, DAN SEBAHAGIAN MATAPELAJARAN AKADEMIK LAIN

EDISI 10 TAHUN MENJADI SABK

KOLEKSI YOUTUBE

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN ANJURAN PELAJAR ASRAMA


PERTANDINGAN BADMINTON KELAB BADMINTON



SEKILAS FOTO MENARIK HARI PELAJAR 2010

PENAFIAN

PENAFIAN : UNIT MEDIA PENERBITAN DAN PIHAK SEKOLAH TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEGALA KESULITAN DAN KEHILANGAN MAKLUMAT BERIKUTAN MUAT TURUN BLOG ATAU BAHAN DALAM BLOG INI

NOTIS DAN UCAPAN


PERHATIAN PENTING KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH. GELOMBANG KEDUA H1N1.
PERINGATAN PENTING BERKAITAN SELSEMA BABI INFLUENZA A H1N1 KEPADA WARGA SEKOLAH DIMINTA UNTUK MEMATUHI SEGALA KEPERLUAN BERKAITAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DALAM USAHA MENGHINDARKAN DIRI DARI VIRUS H1N1 INI
-BASUH TANGAN SEHINGGA BENARBENAR BERSIH
- GUNAKAN TISU ATAU SAPU TANGAN KETIKA BERSIN ATAU BATUK
- HINDARKAN BERHUBUNG SECARA TERUS DENGAN PENGIDAP SELSEMA, DEMAM ATAU SUSPEK H1N1
- TIDAK BERADA SECARA BERKUMPULAN
- SENTIASA MENGIKUTI PERKEMBANGAN PENYAKIT INI DARI SEMASA KE SEMASA
- SENTIASA PATUH KEPADA ARAHAN PIHAK BERKUASA
BERDOA SEMOGA KITA DIJAUHI DARI WABAK YANG MEMBUNUH INI KEPADA BEKAS PELAJAR YANG MELAYARI BLOG INI SILA ISI MAKLUMAT ANDA DI BUKU PELAWAT TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENYOKONG BLOG INI

TERKINI DI LAMAN INI

Random Post

Hubungi Kami

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297

Template Updates