Pada Hari Jumaat 25 Julai yang lalu telah dilansungkan program motivasi pemantapan pelajar cemerlang kepada semua calon PMR dan SPM tahun ini. Program yang dirancang oleh unit bimbingan dan kaunseling (UBK) sekolah ini adalah sebagai respon kepada penurunan pencapaian keputusan peperiksaan pertengahan tahun yang diadakan sebelum cuti penggal yang lepas.
Kali ini unit (UBK), menjemput Cikgu Naufal Bin Aziz yang merupakan kaunselor dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kerian. Beliau bermula dengan memperkenalkan diri dan sejarah awal pendidikannya sehingga sekarang. Beliau juga menekankan kepada peripentingnya mencapai kecemerlangan dan mengekalkannya.
Pelajar masa sekarang mempunyai kemudahan yang cukup banyak dan berteknologi tinggi jika hendak dibandingkan dengan masa dahulu. Mengimbau kenangan dan pengalaman beliau sebagai pelajar suatu ketika dahulu, hendak belajar begitu sukar dan tarikan untuk tidak ke sekolah dengan bekerja membantu menyara keluarga itu lebih kuat. Jika sekarang segala kemudahan telah tersedia untuk kemudahan pelajar menuntut ilmu. Namun, kurangnya kesedaran pelajar dengan kepentingan menuntut ilmu telah menghanyutkan mereka lalu gagal dalam pelajaran.
Seorang pelajar yang ingin cemerlang perlu mempunyai tahapa kesediaan menerima pelajaran yang tinggi. Sedia belajar dengan mengulangkaji pelajaran sebelum guru masuk kelas adalah antara resepi pelajar yang telah cemerlang. Disamping itu, pelajar yang cemerlang juga sentiasa berhubungan baik dengan para guru dan ibubapanya,
Kesedaran mengenai keupayaan dan bakat yang dimiliki mampu membawa pelajar ke satu tahap kecemerlangan yang diimpikan. Pelajar yang boleh berusaha dan sentiasa mahu untuk menambaik keupayaan diri mampu menjadikannya seorang yang cemerlang.
Ketika berceramah, Cikgu Naufal juga dibantu dengan paparan gambar dan video mengenai sikap dan sifat pelajar yang cemerlang. Beliau membandingkan kemudahan yang ada dan tersedia kepada pelajar sekarang dan dibandingkan dengan pelajar dari negara yang miskin yang tidak mampu belajar di tempat yang selesa.
Beliau mengakhiri ceramahnya dengan mengajak semua para pelajar merenung harapan dan cita-cita sendiri bagi mengapai sebuah kecemerlangan. Mengenalpasti potensi untuk terus memajukan diri dalam pelajaran.
Pihak sekolah amat berharap, semua calon PMR dan SPM tahun ini kembali dilandasan untuk menuju kejayaan berbekalkan kekuatan yang ditanam ketika sesi ceramah ini.
AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

0 komentar:
Catat Ulasan