TERKINI DI FACEBOOK

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297 Email : alhidayah@ppdkerian.edu.my

PENTING

BLOG SEKOLAH MASIH DALAM PROSES PENGUBAHSUAIAN

30 Jun, 2010

Ceria dan bahagia

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 11:31:00 PG | No comments
Sudah hampir 2 minggu sesi penggal kedua bermula, berbagai aktiviti kembali mengambil tempat dalam usaha memberi pendidikan kepada semua pelajar. Segala aktiviti pembelajaran kembali bersambung termasuklah aktiviti kokurikulum. Namun masih ada guru-guru yang terpaksa tinggal di maktab mengikuti kursusu induksi.

Apa yang menarik kali ini adalah 'kegembiraan' seorang dua guru yang kembali ke sekolah dengan penuh keceriaan.... Antaranya .. yang ini ...

Tahniah dengan perpindahan 'isteri' bertugas di SABAR
dah tak berjauhan lagi....


AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

24 Jun, 2010

PERTANDINGAN TENPIN BOLING WARGA PENDIDIK KERIAN

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 10:13:00 PG | No comments
Satu pertandingan tenpin boling sempena hari guru telah diadakan pada hari Rabu 23 Jun 2010 ( Semalam ). Pertandingan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa pertandingan Boling PSKPP Daerah Kerian ini menghimpunkan guru-guru sekolah rendah dan menengah sekitar Kerian.
Saya sempat menghadiri pertandingan ini dan turut sama bersaing bermain boling bersama rakan setugas yang telah berpengalaman dalam permainan boling ini.
Pertandingan yang diadakan di Megalane , Megamall Pulau Pinang ini berjaya menarik penyertaan seramai hampir 60 orang peserta yang datang dari banyak sekolah sekitar Kerian.
Seawal jam 6.30 petang, peserta telah tiba untuk menyertai pertandingan ini. Namun berlaku kelewatan berikutan masalah teknikal pada sistem komputer lorong telah menyebabkan pertandingan terpaksa berlansung agk lewat.
Pertandingan ini turut disertai oleh pegawai-pegawai Pelajaran Daerah Kerian. Turut tidak ketinggalan Tuan Pegawai PPD Kerian En Mat Lazim Bin Idris yang diberi kesempatan melakukan balingan awal sebagai gimik perasmian pertandingan.
Menurut urusetia penganjur yang diketuai oleh Pn. Mardziah Bt Abu Bakar, antara tujuan utama pertandingan ini diadakan adalah untuk mencari perserta bagi mewakili daerah ke pertandingan Boling peringkat Negeri yang dijaduakan berlansung 26 Jun 2010 di bandar Ipoh.
Disamping itu, pertandingan ini juga bertujuan merapatkan hubungan silaturrahim antara semua guru dan kakitangan pendidikan daerah Kerian.
Pertandingan ini mencari 8 peserta lelaki terbaik dan 8 peserta wanita terbaik bagi pemilihan penyertaan ke peringkat negeri. Majlis penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh wakil PPD Kerian.
Pihak penganjur mengucapkan terima kasih kepada semua peserta dan memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.


Pn. Mardziah sedang memberi taklimat kepada semua peserta

Peserta mencuba balingan ....

memerhati pesaing

Majlis penutup dan penyampaian hadiah

Kelompok Lorong pegawai-pegawai PPD Kerian


Antara guru dan kakitangan yang menyertai

* Saya hanya mengutip sekitar 2++ dari '4 game' .. teruk betul cara main.
* Maaf gambar agak kabur

AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

17 Jun, 2010

Selamat kembali Ke sekolah

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 10:21:00 PTG | No comments

Bermula 21 Jun ini, sekolah kembali dibuka bagi sesi penggal yang kedua. Semua warag sekolah dan pelajar akan kembali dengan tugas masing-masing. Pelajar yang sudah lama bercuti akan kembali mengadap buku pelajaran, guru yang sedang bercuti dan berkursus akan kembali memikul tugas sebagai tenaga guru mendidik pelajar sekolah.

Warga sekolah mengucapkan selamat kembali dan selamat menempuh penggal kedua dengan tekad dan impian yang mengunung untuk mencipta kejayaan yang lebih gemilang. Berusaha untuk sebuah kejayaan yang manis untuk dikenang. Kejayaan Anda Kebanggaan Kami.

- Semoga keputusan dan kertas peperiksaan sempat di siapkan


AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

07 Jun, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 6:55:00 PTG | No comments

Warga sekolah mengucapkan selamat pengantin baru kepada cikgu Wan Nazri Bin Wan Ishak
semoga perkahwinan yang dibina akan berkekalan. Sabarlah mengharungi bahtera rumahtangga yang penuh janji manis turut juga digalas tanggungjawab. Persiap dan perkukuhkan diri dengan kesabaran yang tinggi dan tekad yang kuat untuk bekerja lebih baik dan cemerlang.


* Mana .. kita nak bagi dier hadiah nie...

AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

KREDIT UCAPAN

INFO RINGKAS SEKOLAH


INFO RINGKAS AL-HIDAYAH

MERANGKUMI PENDIDIKAN AKADEMIK DAN AGAMA (AZHARIAH /DINI) SECARA SERENTAK BERMULA DARI TINGKATAN 1-5

MENITIKBERATKAN MINAT KEPADA ILMU AGAMA YANG MERUPAKAN TUNJANG PENTING SEKOLAH INI

KURIKULUM

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)+ KURIKULUM AZHARIAH (IDADIE DAN THANAWI)

KOKURIKULUM

MELIPUTI ASPEK UNIT BERUNIFORM + KELAB PERSATUAN + SUKAN DAN PERMAINAN

PRASARANA DAN KEMUDAHAN UTAMA

BANGUNAN KELAS DAN KEPERLUAN PENDIDIKAN SESUAI YANG DIBEKALKAN KPM

TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ICT

SEDIAAN GURU TERLATIH OLEH PIHAK KEMENTERIAN

BANGUNAN ASRAMA LELAKI DAN PEREMPUAN MENGIKUT KAPASITI YANG DITETAPKAN

MISI 2020

MENJADI SEKOLAH TERBAIK DAN CEMERLANG DI DAERAH KERIAN 2020

PENERIMAAN MASUK ADALAH BERDASARKAN PENCAPAIAN YANG BAIK DALAM UJIAN KEMASUKAN YANG AKAN DIADAKAN PADA AWAL DISEMBER. UJIAN INI AKAN MELIPUTI PENGUASAAN AL-QURAN, JAWI, DAN SEBAHAGIAN MATAPELAJARAN AKADEMIK LAIN

EDISI 10 TAHUN MENJADI SABK

KOLEKSI YOUTUBE

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN ANJURAN PELAJAR ASRAMA


PERTANDINGAN BADMINTON KELAB BADMINTON



SEKILAS FOTO MENARIK HARI PELAJAR 2010

PENAFIAN

PENAFIAN : UNIT MEDIA PENERBITAN DAN PIHAK SEKOLAH TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEGALA KESULITAN DAN KEHILANGAN MAKLUMAT BERIKUTAN MUAT TURUN BLOG ATAU BAHAN DALAM BLOG INI

NOTIS DAN UCAPAN


PERHATIAN PENTING KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH. GELOMBANG KEDUA H1N1.
PERINGATAN PENTING BERKAITAN SELSEMA BABI INFLUENZA A H1N1 KEPADA WARGA SEKOLAH DIMINTA UNTUK MEMATUHI SEGALA KEPERLUAN BERKAITAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DALAM USAHA MENGHINDARKAN DIRI DARI VIRUS H1N1 INI
-BASUH TANGAN SEHINGGA BENARBENAR BERSIH
- GUNAKAN TISU ATAU SAPU TANGAN KETIKA BERSIN ATAU BATUK
- HINDARKAN BERHUBUNG SECARA TERUS DENGAN PENGIDAP SELSEMA, DEMAM ATAU SUSPEK H1N1
- TIDAK BERADA SECARA BERKUMPULAN
- SENTIASA MENGIKUTI PERKEMBANGAN PENYAKIT INI DARI SEMASA KE SEMASA
- SENTIASA PATUH KEPADA ARAHAN PIHAK BERKUASA
BERDOA SEMOGA KITA DIJAUHI DARI WABAK YANG MEMBUNUH INI KEPADA BEKAS PELAJAR YANG MELAYARI BLOG INI SILA ISI MAKLUMAT ANDA DI BUKU PELAWAT TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENYOKONG BLOG INI

TERKINI DI LAMAN INI

Random Post

Hubungi Kami

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297

Template Updates