TERKINI DI FACEBOOK

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297 Email : alhidayah@ppdkerian.edu.my

PENTING

BLOG SEKOLAH MASIH DALAM PROSES PENGUBAHSUAIAN

22 September, 2010

Lensa Bangunan Asrama Lelaki

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 11:11:00 PG | No comments
Foto yang sempat dirakamkan , ketika saya mengikuti mesyuarat akhir projek pembangunan sekolah. Projek pembinaan asrama lelaki yang bakal memuatkan 200 penghuni ini telah mencapai 75 peratus siap dan dijangka boleh digunakan bermula tahun hadapan.


Bahagian tepi ( Surau )


Kerja pemasagan bumbung sedang rancak dijalankan


Jelas kelihatan Rumah Warden yang agak besar


AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

20 September, 2010

Lensa Lawatan Pemantauan Akademik oleh wakil JPN dan PPD Kerian

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 1:51:00 PTG | No comments
Hari ini seperti yang dinantikan, sekolah dikunjungi oleh pasukan pemantauan akademik yang diketuai oleh Penolong Pegawai PPD Kerian En Abdul Wahid bin Ramli . Turut sama dalam sesi lawatan pemantauan ini adalah Wakil Unit Pendidikan Islam yang mewakili Jabatan Pelajaran Negeri Perak Ustaz Baharudin Sulaiman (PPD Batang Padang), Ustaz Zulkefli Mastor (PPD Larut Matang Selama) dan Ustaz Abd Rahman Hamid PPD Kerian
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan pengetua Hj Mohd Said Hasnik bagi meraikan kedatangan pelawat yang sudi meluangkan masa datang memantau dan memberi khidmat nasihat dalam usaha meningkatkan pencapaian akademik sekolah ini. Beliau melahirkan rasa bangga dengan kesudian pegawai-pegawai dari Sektor Pendidikan Islam (SPI) ini hadir membantu sekolah untuk meningkatkan pencapaian pendidikan. Selesai ucapan pengetua, hadirin dipaparkan video korporat sekolah sebagai penceritaan sekolah ini dari mula penubuhannya sehingga kini dikenali sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).
Penolong Kanan Pentadbiran Ustaz Mohd Azahar Abu Bakar mengambil tempat membentangkan pencapaian akademik bagi peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan percubaan PMR 2010 yang lalu. Tumpuan utama yang ingin dilihat adalah persediaan menghadapi dan program peningkatan pencapaian peperiksaan bagi matapelajaran PMR tahun ini. Semua matapelajaran dipaparkan dan dianalisis kekuatan dan kelemahan pencapaian matapelajaran tersebut secara umum
Menurut Mohd Azahar lagi, ada empat matapelajaran yang mengalami keputusan yang agak rendah dan memerlukan perhatian serius dalam memastikan kelulusan yang lebih baik. Matapelajaran tersebut ialah Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Sains dan Matematik. Berbagai usaha telah dilaksanakan dalam usaha meningkatkan pencapaian calon bagi matapelajaran ini.
Selesai sahaja pembentangan pencapaian akademik oleh Penolong kanan, satu sesi perjumpaan bersama guru-guru matapelajaran PMR turut diadakan. Semua guru yang mengajar di tingkatan 3 diminta membentangkan keputusan percubaan, menyatakan kekuatan dan kelemahan serta bantuan yang diperlukan bagi memastikan sasaran tercapai.
Sesi perbincangan bersama guru yang mengajar berlansung hampir 1 jam yang menyaksikan segala permasalahan dikongsi bersama pegawai yang hadir.
En Abd Wahid memberi rumusan di akhir majlis dengan memberi peringatan kepada semua warga sekolah untuk sentiasa bekerjsama dengan pentadbiran, sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran pengurusan sekolah. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada warga pentadbiran sekolah yang memberi kerjasama terutama pengetua dan penolong kanan pentadbiran yang menyediakan maklumat lengkap mengenai pencapaian akademik sekolah ini.
Majlis ditutup dengan ucapan pengetua yang merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang sudi melapangkan masa untuk datang ke sekolah ini. Beliau turut mengharapkan dengan kunjungan ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara kita semua.


Sesi perbincangan bersama guru-guru PMR


Kelihatan Us Mohd Azahar berbincang sesuatu bersama Us Abd Rahman


Us Mohd Azahar ketika membentang pencapaian akademik


En Abd Wahid membentangkan pencapaian sekolah ini diperingkat PPD


En Abd Wahid ketika sesi akhir menyampaikan ucapan dan teguran



AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

17 September, 2010

Motivasi Pecutan Akhir

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 2:28:00 PTG | No comments
Hari ini Jumaat bersamaan 8 Syawal 1431, sudah seminggu berlalu bulan Syawal diraikan. Hari ini sekolah mula buka dan memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran untuk sesi menghadapi peperiksaan. Semua warga sekolah memulakan tugas yang tehenti seketika untuk melalui cuti sempena lebaran. Selamat kembali kepada semua warga sekolah yang kembali bertugas seperti biasa namun ada sahabat-sahabat kita yang memohon cuti tambahan berikutan berada jauh dan terpaksa mengaharap ruang masa lebih untuk memulakan perlajanan. Tahniah juga kepada yang dikurniakan rezeki, beraya dengan orang baru .. ada yang dapat anak dan ada juga yang dapat isteri. Tak lupa juga kepada sahabat yang menerima musibah di bulan baik ini, takziah dari warga sekolah semoga terus tabah mengharungi masa-masa sukar dengan penuh keyakinan kepada Illahi.

Cerita pertama di pagi jumaat ini.

Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) sekolah sekali lagi mengadakan sesi motivasi yang kali ini khusus untuk program pecutan akhir ke arah menghadapi peperiksaan. Kali ini UBK menjemput Ustaz Izab Hambali bin Hamzah seorang pendakwah dan imam masjid kawasan Bandar Baharu Kedah untuk menyampaikan ceramah. Ceramah kali ini lebih menjurus kepada pengisian rohani dan keteguhan kekuatan dalaman pelajar untuk bersedia menghadapi peperiksaan dengan sasaran kepada calon PMR dan SPM tahun ini sahaja.
Ustaz Izab dalam sesi awalnya beliau menarik perhatian semua pelajar dengan mengajak mereka bersama mengalunkan zikir dan selawat sebagai penyucian diri dan hati. Menurut beliau dengan sentiasa mengalun zikir seperti ini dapat mempatrikan diri kita dekat dengan Allah.
Manusia mempunyai dua potensi yang sememangnya dikurniakan kepada setiap orang, samada potensi untuk gagal atau untuk cemerlang. Kedua-keduanya diterapkan kepada kita bermula sejak lahir sehingga dewasa. Tiada bayi yang lahir, telah dipertontonkan nasibnya samada gagal atau cemerlang, semuanya melalui proses menuntut ilmu yang memerlukan masa dan guru untuk mengajarnya. Ujarnya ketika memulakan sesi.
Beliau turut memetik kata-kata dari Imam Syafie, untuk cemerlang dalam menerima pendidikan ini perlu kepada kecerdikan, kesabaran, besederhana, mendampingi guru dan harus memperuntukan masa untuk belajar. Semua ini amat penting dalam setiap individu jika ingin berjaya di dunia dan akhirat.
Belajar perlu sabar dan sentiasa mentaati guru. ujarnya lagi menuntut ilmu sememangnya amat sukar dan memerlukan pengorbanan dari semua segi samada masa, tenaga hingga kepada wang ringgit.
beliau turut menempelak sikap pelajar yang juga remaja masa kini yang tiada lagi rasa hormat pada guru, ibubapa dan orang yang lebih tua darinya. Mengambilkira isu dimana pelajar membelasah guru dan memaki hamun guru, adalah tidak wajar lagi seseorang itu digelar pelajar. Sikap seorang pelajar katanya perlu mentaati guru dan juga yang utama mentaati Allah.
Beliau turut bimbang dengan sikap anak remaja yang kini boleh dikatan derhaka kepada Allah apabila mengabaikan tuntutan sembahyang. Berapa ramai anak remaja masa kini telah lama meninggalkan amalan sembahayang yang kini menjerumuskan mereka ke kancah keruntuhan akhlak yang teruk. beliau mengingatkan kepada semua pelajar untuk sentiasa menjaga sembahyang agar dapat menjauhkan diri dari sikap yang keji.
Pelajar perlu menghargai para guru yang telah bersedia memberi ilmu dan didikan kepada kita semua agar dapat menjalani hidup dengan lebih baik dan sempurna.
Diakhirnya beliau mengharapkan pelajar tetap tekun menimba ilmu terutama ilmu agama kerana bukan semua dipilih untuk mendalami ilmu agama. Majlis ceramah diakhiri dengan alunan doa bersama-sama pelajar.


Pelajar lelaki yang mengikuti sesi ceramah


Ustaz Izab di sesi awal mengalunkan zikir dengan penuh khusyuk


Pelajar perempuan yang sedia mendengar


Ketika sesi ceramah ..

AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

05 September, 2010

MAJLIS PERHIMPUNAN DAN PENYAMPAIAN BANTUAN AIDILFITRI 1431

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 5:58:00 PG | No comments
Jumaat, hari akhir persekolahan dibulan ramadhan ini dilansungkan majlis perhimpunan khas sempena hendak menyambut Aidilfitri. Majlis dimulakan dengan doa oleh pelajar Adik Shahidan bin Mustafa dan terus dengan sesi ucapan.
Dimulai dengan ucapan oleh guru bertugas mingguan bagi minggu ini, Ustaz Mohd Shahril Ibrahim. beliau mengulas berkaitan isu disiplin, kebersihan dan kesihatan pelajar sepanjang minggu lalu. Tidak banyak yang diutarakan, beliau turut mengulas lanjut berkaitan peperiksaan ujian percubaan SPM dan ujian selaras 2 yang berlansung minggu lalu. Ramai pelajar tidak mengambil penting tentang peperiksaan, ini berdasarkan ada pelajar yang tidak hadir mengikuti peperiksaan tersebut.
beliau mengharapkan pelajar sentiasa bersedia untuk belajar dan menanam minat serta keikhlasan dalam hendak menuntut ilmu di sekolah ini. Cabaran yang lebih besar dari sekolah lain dalam nak mencari ilmu di sekolah ini. Ujarnya lagi.

Ucapan seterusnya oleh Penolong Kanan 1, mewakili Pengetua sekolah Ustaz Mohd Azahar Bin Abu Bakar. Dalam ucapanya juga menyentuh mengenai prestasi sekolah yang menurun berdasarkan keputusan percubaan PMR yang telah lalu. Beliau menegaskan kepada semua calon peperiksaan awam sekolah ini untuk mengambil berat tentang peperiksaan yang bakal dihadapi. Saranan beliau untuk semua calon lebih memberi fokus kepada pelajaran, tidak lagi sambil lewa dan banyak bermain untuk memastikan keputusan sekolah ini kembali meningkat.
beliau turut menambah, pihak sekolah melalui unit akdemik telah menyediakan salinan soalan-soalan gerak gempur untuk diselesaikan calon ketika waktu cuti ini. Soalan-soalan ini telah dibuat oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah.
Di akhir ucapan beliau, beliau amat mengharapkan kerjasama dan keterlibatan yang maksimun oleh semua warga sekolah dalam hendak memastikan peningkatan akademik dan pencapaian gred sekolah meningkat. Semua pihak harus bersama memperbaiki keadaan demi kecemerlangan yang diimpikan. Beliau turut menasihati agar semua pelajar berhati-hati ketika merayakan Aidilfitri, tidak bermain mercun atau melakukan perkara yangboleh membahayakan diri. Akhirnya beliau mewakili semua warga sekolah mengucapkan selamat berhari raya kepada semua warga sekolah dan pihak yang berkaitan lansung dengan sekolah. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian bantuan hari raya oleh sekolah kepada pelajar-pelajar miskin, anak yatim dan pelajar yang ditimpa musibah. Unit HEM melalui Cikgu Mohd Nazruddin Abd RAsid selaku terajunya memlih seramai hampir 50 orang pelajar sebagai penerima bantuan tersebut yang meliputi anak yatim, fakir miskin dan turut tidak ketinggalan penyampaian bantuan derma kilat kepada adik Nurul Afikah Bt Rosli dan Adik Fatin Nabila Binti Sharip yang menerima musibah rumah keluarganya terbakar minggu lalu di Kg Tok Ngah Kuala Kurau.
Seluruh warga sekolah mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada semua pelajar, warga guru, masyarakat setempat dan pihak yang berkaitan dengan sekolah seperti PPD Kerian, Jabatan pelajaran Perak dan Bahagian Pendidikan Islam KPM
maaf Zahir dan batin.



Layan foto sekitar majlis

Majlis diakhiri dengan bersalam-salaman dengan semua guru dan kakitangan


bersalaman dengan warden asrama


Adik Fatin Nabila Sharip ketika menerima bantuan dan derma kilat dari semua warga sekolah yang disampaikan oleh tuan Pengetua Hj Mohd Said Hasnik


Ustaz Mohd Azahar PK1 ketika menyampaikan ucapan



Para pelajar khusyuk mendengar ucapan sambil duduk


Terima kasih semua pelajar yang saling bantu membantu

AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

AL-FATIHAH ... TAKZIAH BUAT USTAZAH SURYANI

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 5:38:00 PG | No comments
Ketika semua kita sedang bergembira hendak menyambut Syawal yang bakal tiba, sahabat kita ditimpa ujian yang menduga keimanan dijiwa. Ketika sebahagian kita dan empunya diri sedang mengikuti kursus penguruan, melalui interaksi kali ini meninggalkan kenangan yang pedih untuk diingati. Ketika semua para isteri sibuk menantikan hari raya untuk bersama keluarga dan suami tercinta. Rakan setugas kita ini terpaksa menerima ketentuan Illahi dengan perginya suami tercinta mengadap Allah di bulan mulia ini.

Mohd Azhar Bin Mat Zaini
Dalam kenangan

Sokongan dan semangat doa dari kita untuk Ustazah Suryani tabah dan sabar menghadapi semua dugaan yang maha besar ini ...

ALFATIHAH

SAMA-SAMA KITA SEDEKAH DOA DAN BACAAN YASIN UNTUK ARWAH



admin. Lagu Raya yang menjadi latar bunyi dikeluarkan diganti bacaan yasin bagi menghormati perginya suami Ustazah Suryani menghadap Illahi

AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

04 September, 2010

MAJLIS KHATAM DAN BERBUKA PUASA 1431

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 8:50:00 PTG | No comments
Saban tahun apabila tibanya Ramdhan sekolah ini melalui Panitia Pendidikan Islam akan mendakan aktiviti keagamaan sebagai satu cara menghidupkan Ramdhan dengan kegiatan agama dan pengisian rohaniah. Bulan Ramadhan tahun ini juga tidak terkecuali pihak sekolah menganjurkan akiviti yang bersesuaian dengan bulan yang penuh berkat ini.
Melalui Jawatankuasa Badan Dakwah dan Rohani (BADAR), telah merencana program tadarus Al-quran sepanjang Ramadhan ini. Para Pelajar diagihkan mengikut kumpulan dan diminta membaca ayat-ayat Al-quran mengikut Juzu' yang ditetapkan bagi setiap kumpulan.
Pada hari Khamis yang lepas, telah diadakan majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka puasa sebagai tanda tamatnya program tadarus sepanjang Ramadhan ini. Majlis yang dimulakan sekitar jam 6.00 peang ini dimulai dengan khatam al-quran oleh 10 orang pelajar yang dipilih dari setiap kumpulan tadarus. Majlis yang dipimpin oleh Ustaz Mohd rozi Abd Wahab ini diakhiri dengan bacaan tahlil.
Program ini turut memberi kesempatan kepada semua warga yang hadir untuk berbuka puasa bersama beramai-ramai. Kesempatan bersama ketika berbuka puasa ini mampu mengeratkan lagi silaturrahim semua warga sekolah.
terima kasih kepada yang meluangkan masa bersama hadir berbuka puasa.




AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

KREDIT UCAPAN

INFO RINGKAS SEKOLAH


INFO RINGKAS AL-HIDAYAH

MERANGKUMI PENDIDIKAN AKADEMIK DAN AGAMA (AZHARIAH /DINI) SECARA SERENTAK BERMULA DARI TINGKATAN 1-5

MENITIKBERATKAN MINAT KEPADA ILMU AGAMA YANG MERUPAKAN TUNJANG PENTING SEKOLAH INI

KURIKULUM

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)+ KURIKULUM AZHARIAH (IDADIE DAN THANAWI)

KOKURIKULUM

MELIPUTI ASPEK UNIT BERUNIFORM + KELAB PERSATUAN + SUKAN DAN PERMAINAN

PRASARANA DAN KEMUDAHAN UTAMA

BANGUNAN KELAS DAN KEPERLUAN PENDIDIKAN SESUAI YANG DIBEKALKAN KPM

TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ICT

SEDIAAN GURU TERLATIH OLEH PIHAK KEMENTERIAN

BANGUNAN ASRAMA LELAKI DAN PEREMPUAN MENGIKUT KAPASITI YANG DITETAPKAN

MISI 2020

MENJADI SEKOLAH TERBAIK DAN CEMERLANG DI DAERAH KERIAN 2020

PENERIMAAN MASUK ADALAH BERDASARKAN PENCAPAIAN YANG BAIK DALAM UJIAN KEMASUKAN YANG AKAN DIADAKAN PADA AWAL DISEMBER. UJIAN INI AKAN MELIPUTI PENGUASAAN AL-QURAN, JAWI, DAN SEBAHAGIAN MATAPELAJARAN AKADEMIK LAIN

EDISI 10 TAHUN MENJADI SABK

KOLEKSI YOUTUBE

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN ANJURAN PELAJAR ASRAMA


PERTANDINGAN BADMINTON KELAB BADMINTON



SEKILAS FOTO MENARIK HARI PELAJAR 2010

PENAFIAN

PENAFIAN : UNIT MEDIA PENERBITAN DAN PIHAK SEKOLAH TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEGALA KESULITAN DAN KEHILANGAN MAKLUMAT BERIKUTAN MUAT TURUN BLOG ATAU BAHAN DALAM BLOG INI

NOTIS DAN UCAPAN


PERHATIAN PENTING KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH. GELOMBANG KEDUA H1N1.
PERINGATAN PENTING BERKAITAN SELSEMA BABI INFLUENZA A H1N1 KEPADA WARGA SEKOLAH DIMINTA UNTUK MEMATUHI SEGALA KEPERLUAN BERKAITAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DALAM USAHA MENGHINDARKAN DIRI DARI VIRUS H1N1 INI
-BASUH TANGAN SEHINGGA BENARBENAR BERSIH
- GUNAKAN TISU ATAU SAPU TANGAN KETIKA BERSIN ATAU BATUK
- HINDARKAN BERHUBUNG SECARA TERUS DENGAN PENGIDAP SELSEMA, DEMAM ATAU SUSPEK H1N1
- TIDAK BERADA SECARA BERKUMPULAN
- SENTIASA MENGIKUTI PERKEMBANGAN PENYAKIT INI DARI SEMASA KE SEMASA
- SENTIASA PATUH KEPADA ARAHAN PIHAK BERKUASA
BERDOA SEMOGA KITA DIJAUHI DARI WABAK YANG MEMBUNUH INI KEPADA BEKAS PELAJAR YANG MELAYARI BLOG INI SILA ISI MAKLUMAT ANDA DI BUKU PELAWAT TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENYOKONG BLOG INI

TERKINI DI LAMAN INI

Random Post

Hubungi Kami

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297

Template Updates