TERKINI DI FACEBOOK

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297 Email : alhidayah@ppdkerian.edu.my

PENTING

BLOG SEKOLAH MASIH DALAM PROSES PENGUBAHSUAIAN

03 Julai, 2018

RAYA OH RAYA 2018

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 8:03:00 PG | No comments

Pada 27 Jun yang lalu telah diadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 1439/2018. Sambutan kali ini dikelola oleh Jawatnkuasa Kelab Guru dan Kakitangan KGKT. Majlis yang dimerihkan lagi dengan kehadiran Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah LPS Tn Hj Abd Rahman Bin Hj Abd Wahab. Turut hadir mantan Pengetua Tn Hj Mohd Said Hasnik. Majlis ini dimeriahkan dengan selingan ucapan dan motivasi semangat dari pengerusi LPS. Sambutan kali ini amat bermakna kerana turut meraikan pergerakan guru balik ke negeri kelahiran iaitu ustazah Zaiton Omar dan Ustazah Shahrul Maufirah Abdullah.

 AL-HIDAYAH EXCELLENT TAHUN 2020

21 Mac, 2018

KEPUTUSAN SPM TERBAIK 2017

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 11:56:00 PG | No comments
GPS : 4.14 PERATUS LULUS : 100% VIDEO KLIK DI SINI



AL-HIDAYAH EXCELLENT TAHUN 2020

KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA TAHUNAN SEKOLAH 2018

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 11:38:00 PG | No comments
LENSA KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA SEKOLAH YANG BELANGSUNG DARI 10-14 MAC 2018

LAGI FOTO DISINI

AL-HIDAYAH EXCELLENT TAHUN 2020

KEPUTUSAN THANAWI TERBAIK 2017

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 11:31:00 PG | No comments
KEPUTUSAN THANAWI 2017

MUMTAZ - 14 ORANG
JAYYID JIDDAN - 38 ORANG
JAYYID - 14 ORANG

GPS SEKOLAH : 2.0

AL-HIDAYAH EXCELLENT TAHUN 2020

PENDAFTARAN TINGKATAN 1 2018

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 11:29:00 PG | No comments
Kuala Kurau - 1 Jan 2018- Hari ini dilaksanakan program pendaftaran masuk ke tingkatan 1 sesi 2018. Searamai 54 pelajar baru hadir mendaftarkan diri. Manakala kehadiran para waris dan ibubapa sekitar 100 orang. Sebanyak 70 tempat ditawarkan bagi pelajar baharu tingkatan 1 dibuka tahun ini. Proses kemasukan ini akan berperingkat bagi memenuhi kouta yang telah ditetapkan. 
Program berlangsung dengan sesi pendaftaran dimulakan seawal 8.00 pagi. Setelah selesai sesi pendaftaran, pelajar dan para waris perlu ke bahagian kaunter bayaran bagi melunaskan bayaran keperluan sekolah seperti pembelian buku tulis, alat persekolahan dan bayaran2 berkaitan. Disamping itu turut melibatkan bayaran keperluan asrama termasuk yuran makan dan kebajikan bagi yang ditawarkan asrama. 
Setelah selesai sesi pendaftaran dan pembayaran, pelajar diminta untuk mengambil keperluan pembelajaran seperti buku teks dan buku tulis. 
Program diteruskan dengan sesi taklimat oleh Bahagian Hal Ehwal Murid yang disampikan oleh CIkgu Mohd Nazrudin Ab  Rasid. Taklimat ini meliputi maklumat khusus yang berkaitan hal ehwal murid seperti, peraturan sekolah, disiplin, dan yang berkaitan asrama. 
Prog berakhir jam 11.00 pagi, dengan para pelajar yang mendapat asrama boleh masuk mendaftara diri ke penempatan yang telah disediakan. 







AL-HIDAYAH EXCELLENT TAHUN 2020

18 Januari, 2018

PUPUK SEMANGAT PERPADUAN MELALUI PROG SILANG BUDAYA

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 11:10:00 PG | No comments

KUALA KURAU - Kejayaan perlaksanaan Inisiatif program silang budaya di antara sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) Al-Hidayah, Parit Abas, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Pekan Kuala Kurau di sini, membuka mata masyarakat mengenai kepentingan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan generasi muda.
Melalui Jawatankuasa Aktiviti Pasca PT3 daerah Kerian, SABK Al-Hidayah, Parit Abas di sini, bertindak menganjurkan program bersejarah di antara tiga sekolah berlainan bangsa dan budaya yang turut melibatkan lawatan ke SJKC Wai Sin, Batu 5, Parit Buntar dan SJKT Kuala Kurau, di sini.
Pengetua SABK Al-Hidayah, Mohd Azahar Abu Bakar berkata, program itu bertujuan mengeratkan lagi silaturahim di antara bangsa dalam negara Malaysia.
Menurutnya, di samping itu, pelajar dapat mempelajari budaya masyarakat India dan Cina secara lebih dekat melalui sesi penerangan ramah mesra disampaikan guru-guru sekolah terbabit.
“Program ini amat istimewa dan julung kali diadakan bagi memberikan pendedahan kepada pelajar agar mereka boleh belajar secara tidak langsung tentang kebudayaan masyarakat lain.
“Selain itu, sambutan diberikan pelajar amat menggalakkan sekali gus memupuk semangat perpaduan dan kekitaan dalam kalangan mereka,” katanya, semalam.
Sementara itu, Guru Besar SJKT Kuala Kurau, R Ganthiamah berkata, pihaknya amat mengalu-alukan kehadiran pelajar dan guru SABK yang sudi melawat sekolah mereka untuk mengeratkan lagi silaturahim di samping memperluaskan jaringan persahabatan dalam kalangan pelajar.


AL-HIDAYAH EXCELLENT TAHUN 2020

16 Januari, 2018

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU TINGKATAN 1 2018

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 11:21:00 PG | No comments



KUALA KURAU- 1.1.2018
Seramai 58 orang pelajar dari 70 tawaran yang dibuka, bagi tahun 2018 hadir mendaftar diri. Aktiviti pendaftaran pelajar baharu ini dijalankan pada hari Isnin 1 Januari 2018. Satu taklimat khas juga diadakan bagi semua pelajar dan ibubapa seusai sesi pendaftaran. Kemudian para pelajar dan ibubapa bergerak ke asrama mengikut yang telah ditetapkan bahagian asrama.

AL-HIDAYAH EXCELLENT TAHUN 2020

KREDIT UCAPAN

INFO RINGKAS SEKOLAH


INFO RINGKAS AL-HIDAYAH

MERANGKUMI PENDIDIKAN AKADEMIK DAN AGAMA (AZHARIAH /DINI) SECARA SERENTAK BERMULA DARI TINGKATAN 1-5

MENITIKBERATKAN MINAT KEPADA ILMU AGAMA YANG MERUPAKAN TUNJANG PENTING SEKOLAH INI

KURIKULUM

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)+ KURIKULUM AZHARIAH (IDADIE DAN THANAWI)

KOKURIKULUM

MELIPUTI ASPEK UNIT BERUNIFORM + KELAB PERSATUAN + SUKAN DAN PERMAINAN

PRASARANA DAN KEMUDAHAN UTAMA

BANGUNAN KELAS DAN KEPERLUAN PENDIDIKAN SESUAI YANG DIBEKALKAN KPM

TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ICT

SEDIAAN GURU TERLATIH OLEH PIHAK KEMENTERIAN

BANGUNAN ASRAMA LELAKI DAN PEREMPUAN MENGIKUT KAPASITI YANG DITETAPKAN

MISI 2020

MENJADI SEKOLAH TERBAIK DAN CEMERLANG DI DAERAH KERIAN 2020

PENERIMAAN MASUK ADALAH BERDASARKAN PENCAPAIAN YANG BAIK DALAM UJIAN KEMASUKAN YANG AKAN DIADAKAN PADA AWAL DISEMBER. UJIAN INI AKAN MELIPUTI PENGUASAAN AL-QURAN, JAWI, DAN SEBAHAGIAN MATAPELAJARAN AKADEMIK LAIN

EDISI 10 TAHUN MENJADI SABK

KOLEKSI YOUTUBE

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN ANJURAN PELAJAR ASRAMA


PERTANDINGAN BADMINTON KELAB BADMINTON



SEKILAS FOTO MENARIK HARI PELAJAR 2010

PENAFIAN

PENAFIAN : UNIT MEDIA PENERBITAN DAN PIHAK SEKOLAH TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEGALA KESULITAN DAN KEHILANGAN MAKLUMAT BERIKUTAN MUAT TURUN BLOG ATAU BAHAN DALAM BLOG INI

NOTIS DAN UCAPAN


PERHATIAN PENTING KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH. GELOMBANG KEDUA H1N1.
PERINGATAN PENTING BERKAITAN SELSEMA BABI INFLUENZA A H1N1 KEPADA WARGA SEKOLAH DIMINTA UNTUK MEMATUHI SEGALA KEPERLUAN BERKAITAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DALAM USAHA MENGHINDARKAN DIRI DARI VIRUS H1N1 INI
-BASUH TANGAN SEHINGGA BENARBENAR BERSIH
- GUNAKAN TISU ATAU SAPU TANGAN KETIKA BERSIN ATAU BATUK
- HINDARKAN BERHUBUNG SECARA TERUS DENGAN PENGIDAP SELSEMA, DEMAM ATAU SUSPEK H1N1
- TIDAK BERADA SECARA BERKUMPULAN
- SENTIASA MENGIKUTI PERKEMBANGAN PENYAKIT INI DARI SEMASA KE SEMASA
- SENTIASA PATUH KEPADA ARAHAN PIHAK BERKUASA
BERDOA SEMOGA KITA DIJAUHI DARI WABAK YANG MEMBUNUH INI KEPADA BEKAS PELAJAR YANG MELAYARI BLOG INI SILA ISI MAKLUMAT ANDA DI BUKU PELAWAT TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENYOKONG BLOG INI

TERKINI DI LAMAN INI

Random Post

Hubungi Kami

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297

Template Updates