Pada Hari Khamis 8.01.09 yang lalu telah berlansung majlis penerimaan pelajar baru tingkatan 1. Seramai hampir 45 orang pelajar telah datang mendaftar untuk memasuki sekolah ini pada hari tersebut. Ibubapa datang seawal 7.30 pagi bersama anak mereka dalam usaha untuk memudahkan pendaftaran. Sesi pendaftaran semakin sibuk menjelang pukul 9.00 pagi dengan kehadiran ibubapa dan pelajar baru yang baru tiba. dalam temubual bersama ibubapa ketika sesi pendaftaran sedang berlansung, mereka berasa puas hati dengan masa yang diambil untuk perlaksanaan sesi kemasukan baru. Pihak sekolah telah merancang untuk melewatkan sedikit tarikh pendaftaran bagi memberi ruang masa ibubapa menguruskan persekolahan anak-anak yang lain terlebih dahulu.
Rata-rata ibubapa, bersetuju dengan sesi pendaftaran kali ini yang lebih baik dan mereka setuju untuk hadir menemani anak mereka sehingga selesai sesi taklimat. Ada ibubapa yang baru kali pertama datang ke kawasan Kuala Kurau ini, dan kagum dengan keadaan sekolah yang kini telah semakin membangun dan berdiri teguh. Disamping itu juga ada ibubapa yang gembira anak mereka diterima masuk ke sekolah ini berikutan suasana sekolah yang beorentasikan agama, jauh dari kawasan bising bandar serta memiliki kemudahan pembelajaran yang hampir sama seperti sekolah bantuan penuh yang lain.
Setelah selesai sesi pendaftaran dilakukan, satu sesi taklimat diberikan kepada ibubapa berkaitan pejalanan pembelajaran anak-anak mereka. Bermula dengan ucapan pengetua yang mengalu-alukan dan mengucapakan terima kasih kepada semua waris yang sudi menghantar anak-anak mereka ke sekolah ini bagi menerima pendidikan agama disekolah ini. Beliau juga mengharapkan kerjsama yang sedia terjalin lebih kukuh dalam usaha menjana generasi murabbi sebagaimana motto sekolah ini.
Setelah itu, taklimat dimulakan oleh Ustaz Mohd Shahril Ibrahim berkaitan Kurikulum yang dijalankan di sekolah ini. Kemudian disambung oleh En.Marzuki Abd Razak berkaitan pengurusan disiplin dan Kokurikulum. Taklimat asrama diberikan oleh pengerusi sesi taklimat ini sendiri iaitu En. jupri Sanhosi. Dengan berseloroh dan santai oleh semua penyampai taklimat menyebabkab ibubapa teruja untuk mengambil tahu dan memahami pakej yang ditawarkan di Al-Hidayah.
Dalam kesibukan kami menguruskan pendaftaran pelajar baru, sekolah juga menerima kehadiran pemantau bagi unit pembangunan BPI dan SPi JPN Perak. Us, Saipudin bersama Cik Nursuhada yang datang bersama wakil JKR bagi melihat tapak sekolah untuk didirikan bangunan 2 tingkat bagi menempatkan pelajar asrama putera. Dikesempatan lawatan tersebut, mereka dapat melihat sendiri pengurusan pendaftaran disekolah ini.
Berikut foto istimewa hari pendaftaran.
Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

0 komentar:
Catat Ulasan