TERKINI DI FACEBOOK

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297 Email : alhidayah@ppdkerian.edu.my

PENTING

BLOG SEKOLAH MASIH DALAM PROSES PENGUBAHSUAIAN

30 Jun, 2009

HOT : Rindu Bekas Pelajar

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 11:15:00 PG | No comments

Entri ini paling BEST la untuk dilihat. Tiada sangat yang saya nak cerita cuma sekadar mungucapkan terima kasih kepada 2 orang bekas pelajar ini. Siapa dia yer.. jom layan dulu foto istimewa mereka yang sempat saya ambil. Maaf yer.. ambil gambar tanpa kebenaran. Hikhikhik.





Yang di atas nie.. adalah bekas pelajar SPM 2003. Mereka ini antara pengunjung setia blog sekolah ini. Pada pagi tadi, mereka ini sempat hadir ke sekolah untuk membincangkan tentang satu program anjuran pejabat belia Parit Buntar. Yang menjadi tenaga pengeraknya 'bekas pelajar' yang di gambar atas nie la... Yang atas sekali tu nama dia Rafidah, yang bawah tu saudari Mahani. Rafidah adalah pelajar USIM dan Mahani baru sahaja melanjutkan pelajaran ke UPSI.
Mereka ini datang dalam usaha mendapatkan peserta bagi satu program belia yang dinamakan KURSUS PEMBANGUNAN PERSONALITI BELIA PERINGKAT DAERAH KERIAN. Program ini akan dijalankan di Pangkor Putri Resort Pulau Pangkor yang dijadualkan pada 4-5 Julai ini.
Program yang mensasarkan belia-belia kawasan daerah Kerian ini bertujuan memberi peluang untuk belia terlibat dan mendapat pendedahan mengenai kemampuan diri masing-masing. Ini adalah satu usaha yang baik oleh pihak kerajaan melalui dana Pakej Ransangan Ekonomi dalam memajukan diri Belia dan mengelakkan mereka dari terjebak dengan gejala tidak sihat.
Apapun, terima kasih kepada anak didik HIDAYAH yang berjaya membentuk diri mereka menjadi belia Cemerlang. Jom layan lagi foto 'candid' mereka sebentar tadi...
Terima kasih kerana sempat belanja minum.






Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

26 Jun, 2009

Kasihkan ILMU

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 8:53:00 PG | No comments
Entri saya kali ini menyentuh isu 'kemerosotan' keputusan kelulusan dalam peperiksaan pertengahan tahun yang bakal diumumkan dalam sedikit masa lagi. Secara telahan awal saya mendapati penurunan peratus kelulusan yang agak jauh dari keputusan peperiksaan akhir tahun 2008 yang lalu. Jika hendak dibandingkan dengan keputusan ujian selaras juga masih belum mencapai tahap yang sepatutnya.
Saya tidak mahu menyentuh isu keputusan tersebut, tetapi mari kita bermuhasabah mengenai segala tindakan kita sebelum menghadapi peperiksaan. kebanyakkan pelajar terlalu mengharap guru memberi semua ILMU yang mereka mahu, latihan, segala soalan, apa yang hendak naik dalam peperiksaan dan kalau boleh bagitau terus soalan yang nak naik dalam setiap kertas.
Usaha dari pelajar sekadar membaca dan melihat-lihat tajuk yang SUDAH diberitahu untuk dimasukkan dalam soalan. Disamping itu pelajar memandang mudah dalam menghadapi peperiksaan, sikap seperti ini menunjukkan pelajar memandang remeh tentang ILMU. Sepatutnya ada KESEDARAn dai dalam diri pelajar untuk berusaha membuat latihan menjawab soalan dengan mendapatkan soalan dari segala sumber.
Hasil pemerhatian saya juga cara belajar pelajar itu sendiri, kebanyakkan pelajar gagal BELAJAR ketika mengulangkaji. Banyak masa itu dijadikan kesempatan BERBORAK KOSONG dan tidak memberi tumpuan pada pembacaan.
Mungkin juga terdapat kekurangan dalam tahap capaian MINDA pelajar yang terlalu didedahkan dengan MAKANAN RINGAN yang selalu diambil walaupun ketika musim peperiksaan. Kandungan kimia dalam makanan ringan ini boleh menyebabkan kimia dalam otak gagal berfungsi dengan baik untuk mencapai semula DATA ILMU yang telah ada dalam otak.
Apapun ini pendedahan berguna dari saya, hasil dari KEPUTUSAN peperiksaan pertengahan tahun 2009 yang agak mendukacitakan. Isu ini akan diperbincangkan dalam mesyuarat post mortem unit peperiksaan yang akan datang.
Jom kita layan gambar ketika pelajar mengulangkaji dan sesi kelas tambahan.










Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

24 Jun, 2009

Cerita CINTA

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 4:33:00 PTG | No comments
Dah lama saya tak menulis .. almaklumlah saya nie.. agak sibuk dengan macam-macam urusan. Tapi bila tak menulis nie.. dapat la 'round' cari bahan untuk ditulis. Oklah sebelum saya nak teruskan cerita yang boleh kita sama baca.. JOM layan foto istimewa nie dulu ...




Arrr.. itulah gambar guru baru yang melapor diri minggu lepas. Yang atas tu .. Cikgu Linda .. orang dekat ja.. dok kat Taman Serai Jaya jer... Yang bawah dia tu .. Cikgu Rahayu .. Alamat dalam IC di Sungai Siput. Maaf yer... saya promo gambar cikgu. Heheh ..
Oklah.. kita cerita lah sikit yer... cikgu baru ni dihantar oleh JPN Perak melalui Pakej Ransangan Ekonomi yang kerajaan umumkan baru-baru ini. Tujuan utama mereka ini ditempatkan di kebanyakan SABK di Perak adalah untuk memperkuatkan matapelajaran kritikal seperti Sains dan Matematik. Pihak sekolah mengalu-alukan kehadiran mereka dan ucapan selamat datang khas dari saya. Selamat bertugas di sekolah ini yang berorentasikan agama, sekolah seperti ini memerlukan komitmen luar biasa yang menuntut kesabaran dan tolak ansur yang tinggi. Banyak perkara masih dalam penambahbaikan dan penyusunan semula, oleh itu perlukan pengorbanan dari segi tenaga, idea dan mungkin wang juga turut diperlukan. Apa yang pihak sekolah harapkan biarlah semua guru yang masuk ke sekolah ini tanamkan rasa CINTA dengan institusi pendidikan agama ini agar kita mampu jadi PEWARIS sekolah ini.
Inilah intipati Cerita CINTA yang saya titipkan kali ini. biarlah ianya akan terus dihayati. Oklah.. jom kita tengok apa yang bakal sekolah ini ADA lagi selepas menerima bangunan 2 blok 4 tingkat. Baru-baru ini melalui suntikan dana tambahan kerajaan, sekolah telah menerima bantuan prasarana bangunan asrama lelaki. Setelah dibincangkan bersama dengan semua yang terlibat pihak sekolah juga memohon untuk pembinaan padang sekolah. Kini projek ini baru bermula. Lokasinya 500m dari bangunan sekolah. Kawasan seluas hampir 3 ekar tanah milik sekolah bakal dibangunkan bangunan Asrama Lelaki, dewan makan, dan padang sekolah.
Jom kita layan gambar kerja-kerja awal projek ini...







Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

15 Jun, 2009

Dah ramai anak-anak Al-Hidayah

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 11:47:00 PG | No comments
Kami warga sekolah mengucapkan TAHNIAH kepada cikgu Zurita kerana telah dikurniakan anak pada 28.5.09 yang lalu. Cikgu Zu mendapat anak lelaki dan dengar kata di namakan dengan Muhamad Haziq. Tahniah buat zu sekeluarga.

Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

13 Jun, 2009

Kembali ke Sekolah

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 7:16:00 PTG | No comments
Sesi cuti pertengahan tahun 09 bakal melabuhkan tirainya.... bermula 15.6 ini semua warga sekolah akan kembali ke sekolah menjalani rutin biasa meyambung pengajian bagi penggal ke 2 2009. Mungkin banyak yang berlaku sekitar cuti ini, bagi pelajar mungkin dapat bercuti balik kampung ataupun pergi ke tempat-tempat menarik di serata Malaysia ini. Bagi guru yang ke maktab mungkin telahmelangkah sesi interaksi yang seterusnya, ada yang masuk sem 3, ada yang bakal menamatkan sesi pengajian, khasnya buat ustazah roshida dan cikgu marzuki yang akan terus berada di maktab mengikuti kursus KISSM dan BTN selama 14 hari.
Bagi guru lain yang meneruskan interaksi, macam biasa layer.. kena bawak balik banyak assgmnt untuk dibuat. Itulah rutin biasa ke maktab.. keje banyak.... tapi cikgu yang dapat pulang ke kampung tu apa depa nie ..buat masa di kampung ha???? ... mungkin kah gambar ini menafsirkan sesuatu ... kita biar mereka jawab ... HA .. Jawab.. jangan tak jawab... Heheh ...


Arr... itu kisah para guru yang berlaku semasa cuti ini .. apa kisah yang berlaku pada PELAJAR kita ha... Bagi yang ingin berkongsi cerita .. emailkan kat saya ...

Tentunya nak tahu apa cerita tentang sekolah plak kan.. ok.. sekolah kita telah menerima kedatangan 2 orang guru baru .. kedua2nya datang dari Perak... Cukuplah saya ceritakan nama mereka nie.. dahulu yerrr... sorang yg belum kawin tu .. nama dia Linda .. yg sorang lagi Rahayu .... Gambar mereka nie. akan diupload kemudian.

Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

09 Jun, 2009

Pratonton Anak Us Radhi

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 5:20:00 PTG | No comments
Yang kecik di bawah nie.. la.. anak sulung us radhi .. kalu tak silap us radhi namakan dia dengan nur nazihah.. rasanyer la... nanti confirm lain yer.. layan la foto anak kecil comel nie... zassssss



Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

01 Jun, 2009

HOT : Anugerah NILAM Untuk SHAHIRAH KAMARUZAMAN

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 8:35:00 PTG | No comments

Seminggu sebelum cuti bermula, pihak PKG telah menyerahkan SATU sijil penanugerahan NILAM kepada pelajar dari sekolah ini yang bernama NUR SHAHIRAH KAMARUAZAMAN. NILAM adalah singakatn kepada Nadi Ilmu Amalan Membaca. Pelajar yang mampu membaca sejumlah buku dan diuji akan dikategorikan mengikut tahap yang telah ditetapkan.
Bagi kategori pelajar sekolah menengah Nur Shahirah telah berjaya menduduki tempat pertama bagi PKG Kuala Kurau dan akan meneruskan saingan bagi peringkat KERIAN.
Tahniah dari Kami Warga Guru ucapkan. teruskan Usaha dan kepada yang ingin seperti pelajar ini berusaha dan terus berusaha mengubah diri anda.
TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA NUR SHAHIRAH


Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

KREDIT UCAPAN

INFO RINGKAS SEKOLAH


INFO RINGKAS AL-HIDAYAH

MERANGKUMI PENDIDIKAN AKADEMIK DAN AGAMA (AZHARIAH /DINI) SECARA SERENTAK BERMULA DARI TINGKATAN 1-5

MENITIKBERATKAN MINAT KEPADA ILMU AGAMA YANG MERUPAKAN TUNJANG PENTING SEKOLAH INI

KURIKULUM

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)+ KURIKULUM AZHARIAH (IDADIE DAN THANAWI)

KOKURIKULUM

MELIPUTI ASPEK UNIT BERUNIFORM + KELAB PERSATUAN + SUKAN DAN PERMAINAN

PRASARANA DAN KEMUDAHAN UTAMA

BANGUNAN KELAS DAN KEPERLUAN PENDIDIKAN SESUAI YANG DIBEKALKAN KPM

TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ICT

SEDIAAN GURU TERLATIH OLEH PIHAK KEMENTERIAN

BANGUNAN ASRAMA LELAKI DAN PEREMPUAN MENGIKUT KAPASITI YANG DITETAPKAN

MISI 2020

MENJADI SEKOLAH TERBAIK DAN CEMERLANG DI DAERAH KERIAN 2020

PENERIMAAN MASUK ADALAH BERDASARKAN PENCAPAIAN YANG BAIK DALAM UJIAN KEMASUKAN YANG AKAN DIADAKAN PADA AWAL DISEMBER. UJIAN INI AKAN MELIPUTI PENGUASAAN AL-QURAN, JAWI, DAN SEBAHAGIAN MATAPELAJARAN AKADEMIK LAIN

EDISI 10 TAHUN MENJADI SABK

KOLEKSI YOUTUBE

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN ANJURAN PELAJAR ASRAMA


PERTANDINGAN BADMINTON KELAB BADMINTON



SEKILAS FOTO MENARIK HARI PELAJAR 2010

PENAFIAN

PENAFIAN : UNIT MEDIA PENERBITAN DAN PIHAK SEKOLAH TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEGALA KESULITAN DAN KEHILANGAN MAKLUMAT BERIKUTAN MUAT TURUN BLOG ATAU BAHAN DALAM BLOG INI

NOTIS DAN UCAPAN


PERHATIAN PENTING KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH. GELOMBANG KEDUA H1N1.
PERINGATAN PENTING BERKAITAN SELSEMA BABI INFLUENZA A H1N1 KEPADA WARGA SEKOLAH DIMINTA UNTUK MEMATUHI SEGALA KEPERLUAN BERKAITAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DALAM USAHA MENGHINDARKAN DIRI DARI VIRUS H1N1 INI
-BASUH TANGAN SEHINGGA BENARBENAR BERSIH
- GUNAKAN TISU ATAU SAPU TANGAN KETIKA BERSIN ATAU BATUK
- HINDARKAN BERHUBUNG SECARA TERUS DENGAN PENGIDAP SELSEMA, DEMAM ATAU SUSPEK H1N1
- TIDAK BERADA SECARA BERKUMPULAN
- SENTIASA MENGIKUTI PERKEMBANGAN PENYAKIT INI DARI SEMASA KE SEMASA
- SENTIASA PATUH KEPADA ARAHAN PIHAK BERKUASA
BERDOA SEMOGA KITA DIJAUHI DARI WABAK YANG MEMBUNUH INI KEPADA BEKAS PELAJAR YANG MELAYARI BLOG INI SILA ISI MAKLUMAT ANDA DI BUKU PELAWAT TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENYOKONG BLOG INI

TERKINI DI LAMAN INI

Random Post

Hubungi Kami

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297

Template Updates