TERKINI DI FACEBOOK

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297 Email : alhidayah@ppdkerian.edu.my

PENTING

BLOG SEKOLAH MASIH DALAM PROSES PENGUBAHSUAIAN

26 Jun, 2009

Kasihkan ILMU

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 8:53:00 PG | No comments
Entri saya kali ini menyentuh isu 'kemerosotan' keputusan kelulusan dalam peperiksaan pertengahan tahun yang bakal diumumkan dalam sedikit masa lagi. Secara telahan awal saya mendapati penurunan peratus kelulusan yang agak jauh dari keputusan peperiksaan akhir tahun 2008 yang lalu. Jika hendak dibandingkan dengan keputusan ujian selaras juga masih belum mencapai tahap yang sepatutnya.
Saya tidak mahu menyentuh isu keputusan tersebut, tetapi mari kita bermuhasabah mengenai segala tindakan kita sebelum menghadapi peperiksaan. kebanyakkan pelajar terlalu mengharap guru memberi semua ILMU yang mereka mahu, latihan, segala soalan, apa yang hendak naik dalam peperiksaan dan kalau boleh bagitau terus soalan yang nak naik dalam setiap kertas.
Usaha dari pelajar sekadar membaca dan melihat-lihat tajuk yang SUDAH diberitahu untuk dimasukkan dalam soalan. Disamping itu pelajar memandang mudah dalam menghadapi peperiksaan, sikap seperti ini menunjukkan pelajar memandang remeh tentang ILMU. Sepatutnya ada KESEDARAn dai dalam diri pelajar untuk berusaha membuat latihan menjawab soalan dengan mendapatkan soalan dari segala sumber.
Hasil pemerhatian saya juga cara belajar pelajar itu sendiri, kebanyakkan pelajar gagal BELAJAR ketika mengulangkaji. Banyak masa itu dijadikan kesempatan BERBORAK KOSONG dan tidak memberi tumpuan pada pembacaan.
Mungkin juga terdapat kekurangan dalam tahap capaian MINDA pelajar yang terlalu didedahkan dengan MAKANAN RINGAN yang selalu diambil walaupun ketika musim peperiksaan. Kandungan kimia dalam makanan ringan ini boleh menyebabkan kimia dalam otak gagal berfungsi dengan baik untuk mencapai semula DATA ILMU yang telah ada dalam otak.
Apapun ini pendedahan berguna dari saya, hasil dari KEPUTUSAN peperiksaan pertengahan tahun 2009 yang agak mendukacitakan. Isu ini akan diperbincangkan dalam mesyuarat post mortem unit peperiksaan yang akan datang.
Jom kita layan gambar ketika pelajar mengulangkaji dan sesi kelas tambahan.










Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

0 komentar:

KREDIT UCAPAN

INFO RINGKAS SEKOLAH


INFO RINGKAS AL-HIDAYAH

MERANGKUMI PENDIDIKAN AKADEMIK DAN AGAMA (AZHARIAH /DINI) SECARA SERENTAK BERMULA DARI TINGKATAN 1-5

MENITIKBERATKAN MINAT KEPADA ILMU AGAMA YANG MERUPAKAN TUNJANG PENTING SEKOLAH INI

KURIKULUM

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)+ KURIKULUM AZHARIAH (IDADIE DAN THANAWI)

KOKURIKULUM

MELIPUTI ASPEK UNIT BERUNIFORM + KELAB PERSATUAN + SUKAN DAN PERMAINAN

PRASARANA DAN KEMUDAHAN UTAMA

BANGUNAN KELAS DAN KEPERLUAN PENDIDIKAN SESUAI YANG DIBEKALKAN KPM

TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ICT

SEDIAAN GURU TERLATIH OLEH PIHAK KEMENTERIAN

BANGUNAN ASRAMA LELAKI DAN PEREMPUAN MENGIKUT KAPASITI YANG DITETAPKAN

MISI 2020

MENJADI SEKOLAH TERBAIK DAN CEMERLANG DI DAERAH KERIAN 2020

PENERIMAAN MASUK ADALAH BERDASARKAN PENCAPAIAN YANG BAIK DALAM UJIAN KEMASUKAN YANG AKAN DIADAKAN PADA AWAL DISEMBER. UJIAN INI AKAN MELIPUTI PENGUASAAN AL-QURAN, JAWI, DAN SEBAHAGIAN MATAPELAJARAN AKADEMIK LAIN

EDISI 10 TAHUN MENJADI SABK

KOLEKSI YOUTUBE

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN ANJURAN PELAJAR ASRAMA


PERTANDINGAN BADMINTON KELAB BADMINTON



SEKILAS FOTO MENARIK HARI PELAJAR 2010

PENAFIAN

PENAFIAN : UNIT MEDIA PENERBITAN DAN PIHAK SEKOLAH TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEGALA KESULITAN DAN KEHILANGAN MAKLUMAT BERIKUTAN MUAT TURUN BLOG ATAU BAHAN DALAM BLOG INI

NOTIS DAN UCAPAN


PERHATIAN PENTING KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH. GELOMBANG KEDUA H1N1.
PERINGATAN PENTING BERKAITAN SELSEMA BABI INFLUENZA A H1N1 KEPADA WARGA SEKOLAH DIMINTA UNTUK MEMATUHI SEGALA KEPERLUAN BERKAITAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DALAM USAHA MENGHINDARKAN DIRI DARI VIRUS H1N1 INI
-BASUH TANGAN SEHINGGA BENARBENAR BERSIH
- GUNAKAN TISU ATAU SAPU TANGAN KETIKA BERSIN ATAU BATUK
- HINDARKAN BERHUBUNG SECARA TERUS DENGAN PENGIDAP SELSEMA, DEMAM ATAU SUSPEK H1N1
- TIDAK BERADA SECARA BERKUMPULAN
- SENTIASA MENGIKUTI PERKEMBANGAN PENYAKIT INI DARI SEMASA KE SEMASA
- SENTIASA PATUH KEPADA ARAHAN PIHAK BERKUASA
BERDOA SEMOGA KITA DIJAUHI DARI WABAK YANG MEMBUNUH INI KEPADA BEKAS PELAJAR YANG MELAYARI BLOG INI SILA ISI MAKLUMAT ANDA DI BUKU PELAWAT TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENYOKONG BLOG INI

TERKINI DI LAMAN INI

Random Post

Hubungi Kami

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297

Template Updates