PENTING
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 11:35:00 PG
| No comments
Tahniah Kepada pelajar berikut yang telah berjaya mendapat keputusan yang baik. Kepada pelajar yang lain, usaha perlu diteruskan bagi memastikan SPM dalam gengaman menjadi yang terbaik.
1. Norashikin Binti Ahmad 9A
2. Abd Rahman Bin Muhammad 6A
3. Mohd Naim Bin Nordin 5A
4. Nor Effati Vitri Mod Nizam 5A
5. Munira Binti Abd Razak 5A
6. Mohd Farizul Azmi Abd Basid 4A
7. Abu Zar Bin Salahudin 3A
8. Nur Farhan Binti Hassan 3A
9. Nur Naziratul Tun Naimah 2A
10. Nurul Aini Binti Samsuri 2A
11. Mohd Nor Anas abd Halim 2A
12. Ahmad Farghani A. Mahyus 1A
13. Amirul Bin Mukhtar 1A
14. Nor Atikah Bt Rosli 1A
15. Nurul Husna Hasbullah 1A
16. Amirul Zainal Abidin 1A
17. Mohd Hanafi Aspar 1A
18. Nur Hazwani Faizus 1A
Pihak sekolah merakamkan sekalung tahniah dan syabas dengan kejayaan yang mampu dicapai. Semoga akan berterusan usaha untuk kejayaan yang lebih besar.
KECEMERLANGAN, KEMAJUAN DAN GEMILANGNYA AL-HIDAYAH HASIL SUMBANGAN IKHLAS KITA. SALING MEMBANTU DAN BEKERJASAMA.
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 10:28:00 PG
| No comments
Hari nie... semakin dekat dengan nak buka sekolah .. berbagai kerja dan persiapan yang perlu dilakukan. Semakin sibuk dengan gerak kerja data dan keperluan yang penting.
Selamat datang kepada 2 orang guru baru yang baru melaporkan diri sebentar tadi. Kedua-dua guru ini akan memenuhi keperluan guru bagi Bahasa Arab. Selamat bertugas saya ucapkan, semoga dengan dapatnya bertugas di sini sebagai seorang guru akan memberi semangat baru untuk mendidik anak anak bangsa.
Pn. Wahida sibuk dengan kerjanya ... rajin dia nie..
Inilah PT baru sekolah kita Pn Lilly nama dia...
Selamat mendaftar kepada semua warga sekolah bagi sesi persekolahan 2010 yang akan bermula 4 Jan minggu hadapan.
Selamat kembali kepada semua warga sekolah yang telah lama bercuti.
p/s > Cikgu Nora .. Tolong send segera data jadual.
KECEMERLANGAN, KEMAJUAN DAN GEMILANGNYA AL-HIDAYAH HASIL SUMBANGAN IKHLAS KITA. SALING MEMBANTU DAN BEKERJASAMA.
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 8:21:00 PTG
| No comments
Sudah beberapa hari saya tak terbitkan cerita untuk tatapan pengunjung. Kali ini saya dan warga sekolah semua ingin mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada Ustazah Suryani dengan pasangannya Azhar yang telah melansungkan walimahnya pada 27 Dis semalam, majlis resepsinya dijadualkan 2 Jan. Semoga jodoh ini dijaga dan disemai dengan rasa kasih dan sayang yang berpanjangan.
Minggu ini, semakin ramai yang memuji pihak sekolah dengan keputusan PMR 2009 yang cukup gemilang buat Al-Hidayah. Sepeti entri saya sebelum ini, keputusan kali ini amat 'mengejutkan' kerana belum pernah sekolah ini ada yang dapat 'stright' A. Tetapi kini Al-Hidayah akan terus berdiri memberi saingan kepada sekolah menengah yang lain. Biarpun ini satu kejayaan yang kecil namun cukup bermakna bagi semua warga sekolah kerana kami melihat ini sebagai langkah permulaan untuk terus mencipta 'kejutan' di masa akan datang.
Kami pihak sekolah turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Warga Bahagian Pendidikan Islam KPM, Jabatan Pelajaran perak, Pegawai-pegawai PPD Kerian yang banyak membantu memberi khidmat nasihat dan membuat lawatan dan pemantauan yang berterusan bagi memastikan kelansungan pendidikan berjalan lancar di sekolah ini.
Petikan ucapam Pengetua ketika saya sempat menelefonnya selepas mengambil keputusan ... Inilah adalah keputusan untuk semua tenaga pendidik yang bertugas bertungkus lumus memberi komitmen menjayakan berbagai program dalam menjana kejayaan ini. Beliau berulang kali mengucapkan terima kasih kepada semua staf yang berjaya meletakkan keputusan menghampiri target sekolah. TERIMA KASIH SEMUA .. ujar beliau.
Buat akhirnya .. adalah dimaklumkan mesyuarat awal tahun 2010 dijadualkan 31 Dis ini. Sila ambil perhatian kepada semua warga staf. Mesyuarat akan dijalankan pada jam 9.00 pagi. Kepada yang sedang bercuti, berhati-hati sewaktu bertolak balik ke sini. Selamat kembali ....
KECEMERLANGAN, KEMAJUAN DAN GEMILANGNYA AL-HIDAYAH HASIL SUMBANGAN IKHLAS KITA. SALING MEMBANTU DAN BEKERJASAMA.
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 1:10:00 PTG
| No comments
Pertama sekali Syukur kita ke hadrat Illahi .. kerana telah mengurniakan sekolah kita dengan kuputusan yang belum pernah di capai oleh pelajar-pelajar sebelum ini. Keputusan yang telah menaikkan nama sekolah ini mencatat satu lagi sejarah bagi sekolah ini dalam usaha memaju dan megemilangkan sekolah.
Seorang pelajar telah mendapat 9A bagi kesemua matapelajaran dalam peperiksaan PMR yang baru diumumkan. Walaupun ianya kelihatan suatu yang kecil namun bagi seluruh warga sekolah amat berbangga dengan kehadiran pelajar yang berjaya mencatat keputusan yang selalunya ada disekolah yang sudah stabil dan sekolah yang lebih berjaya.
Kini Al-Hidayah juga tidak ketinggalan dalam menjana pelajar yang cemerlang. Bukan sahaja akademik malah sahsiah yang lebih baik.
Ucapan sekalung Tahniah dan Syabas dari warga sekolah kepada pelajar yang telah berjaya mencatat keputusan yang cemerlang. Linangan airmata mengiringi kejayaan kita. Pelajar berjaya dengan usaha dan daya kita bersama. Pelajar cemerlang sekolah kita gemiliang.
Tahniah buat adik Norashikin Binti Ahmad kerana berjaya mendapat 9A.
Senarai pelajar yang berjaya dengan keputusan baik akan diterbitkan nanti
KECEMERLANGAN, KEMAJUAN DAN GEMILANGNYA AL-HIDAYAH HASIL SUMBANGAN IKHLAS KITA. SALING MEMBANTU DAN BEKERJASAMA.
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 9:44:00 PTG
| No comments
Hari minggu seperti hari ini, berbagai aktiviti keluarga dapat dilaksanakan. Antaranya pergi berkelah, melawat dan sebagainya. Hari ini saya sempat berada di walimah sepupu saya yang kecil molek nie... jom kita tengok foto yg sempat diambil ..
Kecil molek orangnya yang juga bekas penuntut SMAAH. Kini sudah bergelar isteri orang.
Ucapan dari saya SELAMAT PENGANTIN BARU untuk dia dan ramai lagi bekas-bekas pelajar yang sedang dan akan berumahtangga.
Dan yang paling membanggakan saya, mereka ini yang telah berjaya mengondol JOHAN bagi pertandingan mencipta blog dan mencipta movie menggunakan perisian komputer.
Mereka yang saya maksudkan adalah mereka ini...
JOM KE KARNIVAL USAHAWAN DAN ICT 2009, adalah nama program yang dianjurkan oleh MSC dengan kerjasama pelbagai pihak lain seperti kedai.com dan lain2. Program ini berlansung di perkarangan SK Kuala Kurau. Mohd Syafiq Mat Isa dan Mohd Noor Iqbal telah menyertai pertandingan membina blog dan mencipta movie.
Bagi pembinaan blog mereka telah mendapat tempat pertama dan bagi pertandingan mencipta movie mendapat tempat ketiga. TAHNIAH dan SYABAS dari saya. Semoga pengalaman ini dapat menambahkan ilmu yang telah dipelajari dan bersedia untuk pengalaman yang lebih mencabar di masa akan datang.
tentu ramai lagi yang akan menurut jejak pelajar ini, jika ingin sesuatu yang baru dan dihargai kita mesti berani mencuba dan bersedia untuk belajar dan menerima pelajaran. Oklah .. tentunya ada yang nak lihat apa perkembangan bangunan sekolah yang baru itu ... zoom in kat gambar bawah ini ..
KECEMERLANGAN, KEMAJUAN DAN GEMILANGNYA AL-HIDAYAH HASIL SUMBANGAN IKHLAS KITA. SALING MEMBANTU DAN BEKERJASAMA.
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 12:05:00 PG
| No comments
Dah lama saya biarkan blog ini tiada entri terkini, ini bagi memberi ruang kepada soalan siri yang sedang berlansung. Namun setiapa hari ada sahaja cerita yang menarik untuk dikongsi bersama pengunjung setia blog ini.
Pertamanya, admin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1431. Bersesuai tema tahun ini yang menitik beratkan penyatuan dan keteguhan ukhuwah bagi memastikan kesepaduan umat Islam akn terus terjaga. Begitu juga jika ianya jika dilihat dalam konteks sekolah, di aman memerlukan jalinan ukhuwah yang mantap bagi memastikan keteguhan dalam pengurusan sekolah. Sama-samalah kita menghayati tema ini dan sejrah hijrah itu sendiri bagi mewujudkan sekolah yang berdaya saing dan maju di tahun ini.
Keduanya, kebanyakkan kumpulan guru yang sedang mengikuti kursus dalam cuti sepanjang NOV/DIS ini telah mula tamat dan berpeluang bertemu keluarga dan dapat 'balik kampung'. Namun pada itu adalh kumpulan yang akn menghadapi peperiksaan akhir semester. Sama seperti saya yang masih memgang nota dan modul untul dibaca dan diulangkaji. Selamat menjawab bagi rakan guru yang akan menghadapi peperiksaan minggu hadapan.
Ketiganya, minggu ini saya dihujani panggilan dan pertanyaan secara lansung berkaitan kemasukan pelajar baru 2010, tentunya saya menjangkakan di unit HEM lagilah ramai yang masih bertanyakan tentang kemasukan. Ada yang datang sendiri ke pejabat sekolah dan ada yang diberi ujian bagi yang belum mendudukinya. Begitu sekali tumpuan ibubapa dan waris yang masih tidak sedar bahawa sekolah ini telah melakukan pengambilan pelajar seawal bulan Ogos melalui borang permohonan yang diedarkan. Kini kouta kemasukkan telah penuh dan surat jawapan kemasukan telah dihantar kepada pelajar yang berjaya. Bagi yang masih ingin mencari tempat ke tingkatan 1 di sekolah ini, dukacita dimaklumkan pengisian tempat telah penuh. Kelas dan Asrama kini terpaksa menutup pendaftarannya.
Keempat, sewaktu cuti ini tentunya berbagai kegiatan dilakukan pelajar. Dipenuhi dengan kenduri kendara, anak didik Al-Hidayah tidak ketinggalan membantu dalam gerak kerja kenduri tersebut. Inilah remaja kebanggaan kampung. Ada juga yang bekerja di restoran, kedai runcit, kedai makan dan gerai2 kecil yang sempat saya temui. begitulah ragam bercuti dikalangan pelajar. Ada juga yang sekadar lepak2 di rumah. Namun ada juga yang lebih 'advance' mencari peluang lain yang lebih beharga, ada pelajar anak didik saya yang menyertai karnival ICT di kawasan kuala kurau. mereka ini masuk acara membina laman blog dan membuat movie maker.... cukup bagus .. di
sini hasilnya doa saya semoga berjaya dalam usaha menambah pengalaman ini.
p/s : Dalam 2-3 hari lagi PMR dah nak keluar .. agak2 aper la pencapaian sekolah kita yer..
berbagai reaksi menantikan keputusan PMR 09 ini. Berdoa semoga sekolah terus maju
KECEMERLANGAN, KEMAJUAN DAN GEMILANGNYA AL-HIDAYAH HASIL SUMBANGAN IKHLAS KITA. SALING MEMBANTU DAN BEKERJASAMA.
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 10:55:00 PTG
| No comments
Soalan adalah berbentuk objektif dan berkaitan dengan sekolah. Pemenang mingguan berdasarkan jawapan yang tepat dan penghantar terawal mengikut syarat dan terma yang diberitahu sebelum ini. Jawapan hendaklah dihantar ke email msi_03@yahoo.com bersama maklumat berikut :
NAMA PENUH :
ALAMAT:
JAWAPAN :
1
2
3
SOALAN 1
Bilakah sekolah ini menandatangi MoU penyerapan sekolah menjadi SABK ?
A : 17 Jun 2005
B : 17 Mei 2005
C : 17 April 2005
D : 17 Mei 2006
SOALAN 2
Apakah motto sekolah ini ?
A : Membentuk Insan Rabbani
B : Mendidik Insan Taqwa
C : Menjana Generasi Murabbi
D : Berilmu Beramal Bertaqwa
SOALAN 3
Pada tahun bilakah sekolah ini ditubuhkan ?
A; 1940
B : 1943
C : 1947
D : 1949
KECEMERLANGAN, KEMAJUAN DAN GEMILANGNYA AL-HIDAYAH HASIL SUMBANGAN IKHLAS KITA. SALING MEMBANTU DAN BEKERJASAMA.
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 1:38:00 PTG
| No comments
Hari ini Sabtu, masih sibuk dengan pengisian data yang masih banyak dan ada sedikit masalah. Peluang masa cuti macam nie.. selalunya digunakan berehat atau bersama dengan keluarga, namun agak sukar bagi semua itu pada saya, setiap minggu balik bercuti mesti ada tugasan yang perlu disiapkan. Bagi rakan-rakan yang sedang bercuti, sedarlah ada rakan terpaksa mengejar masa demi menyiapkan tugasan.
Bagi saya, biar masalah saya hadapi agar sekolah tetap beoperasi dengan baik. Berpegang iltizam itulah saya relakan diri menjalankan tugas walaupun dikekang masa yang amat terhad. Bebanan ini dilaksana sebaik mungkin agar dapat semuanya diselesaikan.
Namun semua itu tidak membataskan saya untuk bersama beberapa rakan setugas yang lain di pentadbiran sekolah, bertanya khabar dan melihat2 gerak kerja persiapan bagi tahun 2010. Berbincang dengan Pengetua berkaitan pengurusan 2010 akan datang dan membantu pihak pentadbiran yang semakin kalut membuat persiapan untuk pembukaan sesi baru persekolahan.
Hari ini juga saya berkesempatan sebentar tadi ke walimah anak kepada Us Rahman Abd Hamid Penyelia Pendidikan Islam PPD Kerian. Di situ saya sempat bertemu dengan pegawai2 dari JPN Perak dan PPD Kerian, saya luangkan masa berborak dengan mereka yang juag mengenali saya.
Antaranya, saya sempat berbual dengan Puan Hajjah Salmiah bertanyakan tentang usaha JPN untuk menempatkan wakilnya menjawat PK1 di Al-Hidayah. Telahan saya siapa ke Al-Hidayah? adakah Ustaz A akan datang ke Al-Hidayah semacam dah sah! .... Di samping itu saya juga bersembang dengan Us Mohd Shah, biasa lah dengan 'mentor' saya nie... cukup sempoi .. saya juga makan semeja dengan Us Saipuddin, agak serius . jd kurang la melawak .. dia tanya ttg sekolah jer... turut kelihatan Us Bahrudin Sulaiman, Pengetua2 SMK dan SABK.
Dah lama di situ, saya pun balik lah ... nak siapkan kerja lagi nie...
Layan sedikit foto yg sempat diambil ..
KECEMERLANGAN, KEMAJUAN DAN GEMILANGNYA AL-HIDAYAH HASIL SUMBANGAN IKHLAS KITA. SALING MEMBANTU DAN BEKERJASAMA.
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 3:20:00 PTG
| No comments
Hari ini masuk minggu-minggu akhir di dalam cuti persekolahan. Minggu ini juga sedang rancak proses penerimaan pelajar baru dilaksanakan di kebanyakkan SABK seluruh negara. Bagi sekolah ini, surat yang mengandungi keputusan calon yang gagal atau berjaya bagi memasuki ke tingkatan 1 sekolah ini juga telah mula dipos. Kebanyakkan calon yang menduduki ujian kemasukkan pada 2 Dis yang lalu mendapat keputusan yang baik untuk ditempatkan disekolah ini. Cuma ada hampir 20 peratus sahaja yang tidak menepati kelayakkan dan gagal dalam ujian bacaan.
Buat pengetahuan warga sekolah dan pengunjung juga, sekolah ini mula mendaftar staf baru bagi pentadbiran iaitu Puan Lily yang baru melapor diri pada 3 Dis yang lalu. Puan lily akan menjawat jawatan sebagai Pembantu Tadbir Pengurusan Operasi (PTPO).
Dalam pada itu, ada seorang lagi guru akan masuk bagi mengisi jawatan Penolong Kanan Pentadbiran yang ditinggalkan oleh Puan Nora. Menurut khabar angin yang semakin kuat bertiup, beliau sudah meninjau-ninjau sekolah pada awal cuti yang lalu. Saya belum pasti adakah beliau akan menerima atau tidak jawatan ini.
Saya kenal juga lah dia niee..., cukup saya namakan Ustaz A, beliau pernah berkhidmat di Daerah kerian sebagai guru Pendidikan Islam di sebuah SMK. Berpindah ke SPPIM di JPN Perak. Dan kini dikatakan akan melangkahkan kaki ke SMAAH. Adakah beliau terima ??? Kita doakan semoga dia terima untuk memastikan perjalanan sekolah ini pada tahun-tahun akan datang lebih baik dan teratur.
Pentadbiran yang cekap memastikan kegemilangan sekolah.
KECEMERLANGAN, KEMAJUAN DAN GEMILANGNYA AL-HIDAYAH HASIL SUMBANGAN IKHLAS KITA. SALING MEMBANTU DAN BEKERJASAMA.
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 7:01:00 PTG
| No comments
Lagi 5 hari, soalan bagi kuiz yang diadakan akan muncul. Siri 1 dengan 3 soalan akan bermula pada 15 Dis ini. Nantikan soalan tersebut. Sebelum itu, pada entri kali ini saya terbitkan 'soalan' sebagai pemanas otak kita bagi menjawab soalan kuiz yang akan datang.
v
v
v
v
v
v
Berapakah jumlah titik hitam yang anda dapat kira ?
A : 25
B : 35
C : 45
D : Banyaknya
KECEMERLANGAN, KEMAJUAN DAN GEMILANGNYA AL-HIDAYAH HASIL SUMBANGAN IKHLAS KITA. SALING MEMBANTU DAN BEKERJASAMA.
PENAFIAN