TERKINI DI FACEBOOK

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297 Email : alhidayah@ppdkerian.edu.my

PENTING

BLOG SEKOLAH MASIH DALAM PROSES PENGUBAHSUAIAN

20 Disember, 2009

Muharram 1431. Selamat Tahun Baru Hijrah dan selamat maju jaya

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 12:05:00 PG | No comments
Dah lama saya biarkan blog ini tiada entri terkini, ini bagi memberi ruang kepada soalan siri yang sedang berlansung. Namun setiapa hari ada sahaja cerita yang menarik untuk dikongsi bersama pengunjung setia blog ini.
Pertamanya, admin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1431. Bersesuai tema tahun ini yang menitik beratkan penyatuan dan keteguhan ukhuwah bagi memastikan kesepaduan umat Islam akn terus terjaga. Begitu juga jika ianya jika dilihat dalam konteks sekolah, di aman memerlukan jalinan ukhuwah yang mantap bagi memastikan keteguhan dalam pengurusan sekolah. Sama-samalah kita menghayati tema ini dan sejrah hijrah itu sendiri bagi mewujudkan sekolah yang berdaya saing dan maju di tahun ini.

Keduanya, kebanyakkan kumpulan guru yang sedang mengikuti kursus dalam cuti sepanjang NOV/DIS ini telah mula tamat dan berpeluang bertemu keluarga dan dapat 'balik kampung'. Namun pada itu adalh kumpulan yang akn menghadapi peperiksaan akhir semester. Sama seperti saya yang masih memgang nota dan modul untul dibaca dan diulangkaji. Selamat menjawab bagi rakan guru yang akan menghadapi peperiksaan minggu hadapan.

Ketiganya, minggu ini saya dihujani panggilan dan pertanyaan secara lansung berkaitan kemasukan pelajar baru 2010, tentunya saya menjangkakan di unit HEM lagilah ramai yang masih bertanyakan tentang kemasukan. Ada yang datang sendiri ke pejabat sekolah dan ada yang diberi ujian bagi yang belum mendudukinya. Begitu sekali tumpuan ibubapa dan waris yang masih tidak sedar bahawa sekolah ini telah melakukan pengambilan pelajar seawal bulan Ogos melalui borang permohonan yang diedarkan. Kini kouta kemasukkan telah penuh dan surat jawapan kemasukan telah dihantar kepada pelajar yang berjaya. Bagi yang masih ingin mencari tempat ke tingkatan 1 di sekolah ini, dukacita dimaklumkan pengisian tempat telah penuh. Kelas dan Asrama kini terpaksa menutup pendaftarannya.

Keempat, sewaktu cuti ini tentunya berbagai kegiatan dilakukan pelajar. Dipenuhi dengan kenduri kendara, anak didik Al-Hidayah tidak ketinggalan membantu dalam gerak kerja kenduri tersebut. Inilah remaja kebanggaan kampung. Ada juga yang bekerja di restoran, kedai runcit, kedai makan dan gerai2 kecil yang sempat saya temui. begitulah ragam bercuti dikalangan pelajar. Ada juga yang sekadar lepak2 di rumah. Namun ada juga yang lebih 'advance' mencari peluang lain yang lebih beharga, ada pelajar anak didik saya yang menyertai karnival ICT di kawasan kuala kurau. mereka ini masuk acara membina laman blog dan membuat movie maker.... cukup bagus .. di sini hasilnya doa saya semoga berjaya dalam usaha menambah pengalaman ini.

p/s : Dalam 2-3 hari lagi PMR dah nak keluar .. agak2 aper la pencapaian sekolah kita yer..
berbagai reaksi menantikan keputusan PMR 09 ini. Berdoa semoga sekolah terus maju

KECEMERLANGAN, KEMAJUAN DAN GEMILANGNYA AL-HIDAYAH HASIL SUMBANGAN IKHLAS KITA. SALING MEMBANTU DAN BEKERJASAMA.

0 komentar:

KREDIT UCAPAN

INFO RINGKAS SEKOLAH


INFO RINGKAS AL-HIDAYAH

MERANGKUMI PENDIDIKAN AKADEMIK DAN AGAMA (AZHARIAH /DINI) SECARA SERENTAK BERMULA DARI TINGKATAN 1-5

MENITIKBERATKAN MINAT KEPADA ILMU AGAMA YANG MERUPAKAN TUNJANG PENTING SEKOLAH INI

KURIKULUM

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)+ KURIKULUM AZHARIAH (IDADIE DAN THANAWI)

KOKURIKULUM

MELIPUTI ASPEK UNIT BERUNIFORM + KELAB PERSATUAN + SUKAN DAN PERMAINAN

PRASARANA DAN KEMUDAHAN UTAMA

BANGUNAN KELAS DAN KEPERLUAN PENDIDIKAN SESUAI YANG DIBEKALKAN KPM

TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ICT

SEDIAAN GURU TERLATIH OLEH PIHAK KEMENTERIAN

BANGUNAN ASRAMA LELAKI DAN PEREMPUAN MENGIKUT KAPASITI YANG DITETAPKAN

MISI 2020

MENJADI SEKOLAH TERBAIK DAN CEMERLANG DI DAERAH KERIAN 2020

PENERIMAAN MASUK ADALAH BERDASARKAN PENCAPAIAN YANG BAIK DALAM UJIAN KEMASUKAN YANG AKAN DIADAKAN PADA AWAL DISEMBER. UJIAN INI AKAN MELIPUTI PENGUASAAN AL-QURAN, JAWI, DAN SEBAHAGIAN MATAPELAJARAN AKADEMIK LAIN

EDISI 10 TAHUN MENJADI SABK

KOLEKSI YOUTUBE

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN ANJURAN PELAJAR ASRAMA


PERTANDINGAN BADMINTON KELAB BADMINTON



SEKILAS FOTO MENARIK HARI PELAJAR 2010

PENAFIAN

PENAFIAN : UNIT MEDIA PENERBITAN DAN PIHAK SEKOLAH TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEGALA KESULITAN DAN KEHILANGAN MAKLUMAT BERIKUTAN MUAT TURUN BLOG ATAU BAHAN DALAM BLOG INI

NOTIS DAN UCAPAN


PERHATIAN PENTING KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH. GELOMBANG KEDUA H1N1.
PERINGATAN PENTING BERKAITAN SELSEMA BABI INFLUENZA A H1N1 KEPADA WARGA SEKOLAH DIMINTA UNTUK MEMATUHI SEGALA KEPERLUAN BERKAITAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DALAM USAHA MENGHINDARKAN DIRI DARI VIRUS H1N1 INI
-BASUH TANGAN SEHINGGA BENARBENAR BERSIH
- GUNAKAN TISU ATAU SAPU TANGAN KETIKA BERSIN ATAU BATUK
- HINDARKAN BERHUBUNG SECARA TERUS DENGAN PENGIDAP SELSEMA, DEMAM ATAU SUSPEK H1N1
- TIDAK BERADA SECARA BERKUMPULAN
- SENTIASA MENGIKUTI PERKEMBANGAN PENYAKIT INI DARI SEMASA KE SEMASA
- SENTIASA PATUH KEPADA ARAHAN PIHAK BERKUASA
BERDOA SEMOGA KITA DIJAUHI DARI WABAK YANG MEMBUNUH INI KEPADA BEKAS PELAJAR YANG MELAYARI BLOG INI SILA ISI MAKLUMAT ANDA DI BUKU PELAWAT TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENYOKONG BLOG INI

TERKINI DI LAMAN INI

Random Post

Hubungi Kami

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297

Template Updates