PENTING
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 5:33:00 PTG
| No comments
Edisi Hari Guru 2010
Salam buat semua pengunjung, rakan setugas dan para pelajar yang sentiasa mengikuti blog ini, agak lama saya tidak menulis dari rasa hati saya selaku guru di sekolah ini dengan isu-isu yang berlegar dalam sekolah. Medium ini saya gunakan untuk berkongsi pengalaman dengan semua hal yang berlaku di sekolah.
Dah dekat sebulan saya tidak 'membebel' di ruangan ini, kali ini saya berkesempatan nak cerita sikit betapa sibuknya kami warga guru sekolah dengan persediaan melengkapkan semua fail yang berkaitan dengan pengurusan. Ianya meliputi fail dari jawatnkuasa pengurusan Akademik, HEM dan juga kokurikulum. Begitu 'stress' saya melihat rakan-rakan baru yang terpaksa berdepan dengan 'tugasan' ini. Arahan demi arahan semacam 'asakan' dari Penolong Kanan Pentadbiran yang baru untuk segera menyiapkan 'tugasan' yang diberikan.
Pada saya, pengalaman 'kesibukan' seperti sekarang ini sudah pernah di alami ketika menguruskan sekolah Agama Rakyat sebelum ini. Kekangan demi kekangan berjaya dilalui dalam usaha menyelamatkan sekolah. Berbekalkan pengalaman itu saya ingin kongsikan di sini sebagai panduan untuk rakan yang baru menerima tugas agar dapat melaksanakan sebaik dan semampu mungkin.
Bagi guru yang masih baru dan baru menjawat jawatan 'GURU', ingatlah sebenarnya bukan mudah menjadi guru yang boleh memberi ilmu kepada anak didik. Pengalaman demi pengalaman harus dilalui, sehebat dan sesukar mana tugasan yang diberi harus digalas dengan baik dan jadikan ianya pengalaman berguna sepanjang hidup kita.
Begitulah tugas asasi kita iaitu sebagai seorang guru, setiap kemahiran dan kebolehan mesti melalui pengalaman. Nak dapat kemahiran yang baik sebagai seorang guru, harus melalui pengalaman tugas yang lama dan sedia mengharungi pahit maungnya.
Kepada yang masih baru 'bertugas' sebagi guru, terutama sekolah seperti Al-Hidayah ini, bersabarlah menjalankan tugas. Akan lahir kemanisan apabila hasil kerja kita dihargai, anak didik kita berjaya ke peringkat tinggi, kita dapat meningkatkan ilmu sendiri.
Sambutlah tugas ini dengan REDHA dan IKHLAS. Selamat maju jaya kepada semua.
- terima kasih kepada guru yang berkorban mengiringi aktiviti pelajar
- Tahniah mampu menjalankan tugas sebaiknya
- Jangan lupa kukuhkan perpaduan, silaturahim itu penting
- Apa yng penting ialah ..... kerjasama,
AL-HIDAYAH GEMILANG 2010
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 12:44:00 PTG
| No comments
Pada petang Hari Jumaat lepas, telah berlansung Program ceramah Motivasi Jati Diri bersama Cikgu Abd Aziz Bin Jamaluddin. Petang yang agak panas dimeriahkan dengan tawa pelajar tertarik dengan penyampaian penceramah. Unit Bimbingan dan Kaunseling menjadi pengelola program ini yang telah dirancang sebagai program tahun 2010 mengundang en Abd Aziz Jamaludin, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Kuala Kurau bagi meyampaikan ceramah berkaitan Jati Diri Pelajar.
Dalam ucapan awalnya, beliau memuji sekolah ini yang kini mampu bergerak bersaing dengan sekolah lain setelah menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. Beliau mengucapkan tahniah kepada pelajar sekolah kerana telah memilih sekolah ini untuk menimba ilmu yang mana sekolah ini menawarkan ilmu akademik dan agama yang lebih dari sekolah-sekolah biasa.
Beliau menyentuh perkara utama dalam pembentukan jati diri bermula dengan pelajar menghormati orang yang lebih tua. Jika di rumah pelajar sebagai anak menghormati ibubap, disekolah sebagai pelajar menghormati guru, jika di dalam masyarakat pelajar menghormati sesiapa sahaj yang lebih tua untuk beroleh pengalaman yang baik dalam membetuk jati diri yang kuat.
Dalam menghadapi kebejatan masalah sosial hari ini, jati diri yang kuat perlu ada dalam diri pelajar. Jati diri perlu dibentuk dengan rasa ketaatan yang kukuh kepada Allah S.W.T. Tanpa ada ketaan kepada Allah dan Rasulnya, takkan mampu untuk seseorang menahan dari perkara-perkara yang boleh merosakkan diri.
Beliau turut memetik beberapa ayat Al-Quran dan hadis nabi yang banyak menyentuh tentang pembentukan jatidiri dan akhlak yang baik terutama kepada diri pelajar. Beliau berselorih dengan mengaitakan sikat rambut dengan jatidiri cemerlang. Katanya, kalau nak berjaya mesti ada masa untuk mengemaskan rambut dengan minyakkan rambut dan sikat dengan kemas. Pada masa itu beliau mengeluarkan satu demi satu sikat yang beliau ada membuatkan dewan gemuruh dengan gelak tawa pelajar.
Pada sesi akhir ceramahnya, beliau memperdengarkan pelajar nasyid dan mengulas nasyid tersebut bersama tayangan-tayangan berkaitan masalah yang melanda remaja hari ini. Tanpa kekuatan jatidiri akan mengundang kemusnahan kepada diri pelajar di masa akan datang. Ujarnya.
Beliau menutup dengan uacapan terima kasih kepada yang menjemputnya dan mengikuti ceramahnya yang hampir 2 jam.
Majlis ceramah ini dpengerusikan oleh pelajar Adik Noratikah Sahari berakhir jam 5.30ptg.
Jom layan fotonya
Cikgu Aziz ketika memulakan sesi ceramah
Pelajar lelaki yang turut ceria mendengar ceramah
Ketika menyampaikan ceramah
Pelajar perempuan yang turut tidak ketinggalan
Lensa ISTIMEWA .. tatapan kita .. Cikgu Nazrudin kena jaga anak .. AL-HIDAYAH GEMILANG 2010
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 8:48:00 PTG
| No comments
Pada hari ini telah dilansungkan satu kursus khusus untuk semua pengusaha kantin serta pekerjanya bagi sekolah-sekolah di daerah Kerian. Kursus yang dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Kerian dengan Kerjasama PPD kerian telah diadakan di Dewan Malinja PPD Kerian. Kursus ini diadakan sebagai memberi pendedahan kepada semua pengendali kantin sekolah cara terbaik mengendalikan makan untuk para pelajar sekolah. Ini bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini seperti keracunan makanan ataupun pembaziran makanan. Foto kursus ini boleh dilihat di portal PPD Kerian.
Turut sama hadir pengusaha kantin Al-Hidayah bersama pekerjanya
AL-HIDAYAH GEMILANG 2010
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 6:12:00 PG
| No comments
Pada 11 Mac yang lalu telah diadakan Majlis Tadarus Al-Quran peringkat sekolah menengah yang mempertandingkan acara Tilawah Al-quran, Hafazan, Syarahan Agama, Kuiz Agama dan Kuiz Bahasa Arab. Pertandingan dilansungkan di Sekolah Menengah Agama Kerian Kg Selamat Semanggol. Sebanyak 21 buah sekolah menengah sekitar daerah Kerian telah menyertai acara yang dipertandingkan. Turut sama memeriahkan majlis ialah Tn Hj Mohamad bin Mohd Taib, Penolong pengarah Bahagian Pendidikan Islam KPM Putrajaya yang hadir merasmikan majlis penutup pada sesi tengahari. Pertandingan dikelolakan oleh PPD Kerian dan kerjasama pihak tuan rumah SMKA Kerian.
Sekolah ini juga tidak ketinggalan untuk bersama menyertai pertandingan bagi setiap acara tersebut. Pada pertandingan kali ini, Al-Hidayah telah berjaya memperolehi tempat ketiga bagi acara syarahan perempuan melalui wakilnya Mazni Syaida Akhyar. Ini satu langkah yang baik bagi sekolah yang baru menyertainya sebagai satu penyuntik semangat bagi penyertaan yang akan datang. Terima kasih kepada guru yang melatih dengan komitmen yang tinggi dan tahniah kepada yang berjaya menang. Tahniah juga kepada yang telah berusaha mencuba. Cuba lagi di tahun akan datang.
Adik Mohd Shahidan ketika memperdengarkan bacaannya
Adik Farizul Azmi bahagian Hafazan Lelaki
Peserta perempuan bergambar diakhir majlis
* SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH. KEPADA PELAJAR MANFAATKAN CUTI SEBAIKNYA. KEPADA CALON-CALON PELAJAR YANG AKAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN, SENTIASALAH GUNAKAN MASA UNTUK MENGULANGKAJI.
AL-HIDAYAH GEMILANG 2010
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 4:06:00 PTG
| No comments
Pada malam 10 Mac yang lepas, saya sempat menemani isteri ke majlis jamuan bersama keluarga yang dianjurkan oleh pimpinan Hi Goat HR yang pada masa yang sama bertugas di sekolah SMA S.Maarif. Orang dah jemput untuk menghadiri jamuan makan, tak payah fikir lama, join sama lah . Turut dijemput adalah kenalan-kenalan dari sektor Pendidikan Islam PPD Kerian. Majlis diadakan di Mutiara Cafe Kampung Kedah. Sedap jugak makanan yang dihidangkan, terima kasih atas jemputan. Jom layan gambar nyer...
Anak pun ikut sama
Jamah makanan bersama
Jemputan turut sama
Riuh rendah bersama
*PESAN DARI KAMI ... sepatutnya .. SUKA BERSAMA akan menzahirkan KERJASAMA
AL-HIDAYAH GEMILANG 2010
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 8:56:00 PTG
| No comments
Minggu ini sedang berlansung ujian selaras 1 / MAC 2010. Dalam kesibukan semua tenaga guru yang kini berusaha menambahbaik fail semua bahagian, ujian tetap berjalan seperti biasa dengan menggunakan kaedah baru. Jika sebelum ini, pengawas bagi setiap kertas ditetapkan lebih awal, pengurusan peperiksaan yang baru pada tahun ini menetapkan pengawas mengikut jadual yang sedia ada pada guru atau dengan kata lain menggunakan jadual P & P asal. Ini sedikit menimbulkan masalah apabila terpaksa bertukar pengawas pada setiap kertas ujian yang dijalankan, timbul berbagai reaksi yang lebih kepada negatif berikutan perlaksanaan kaedah baru ini yang dianggap tidak adil dan menyukarkan. Namun terpaksa juga akur kerana telah diterima ramai ketika taklimat peperiksaan. Penambahbaikan kepada kaedah ini perlu bagi memastikan semua pihak dapat berpuas hati dan bertugas dengan baik di masa akan datang.
Layan jer lah ..... jangan pening-pening ...
Koleksi foto ketika ujian sedang berjalan
Pelajar sedang mengikuti ujian selaras
Bincang bersama Penolog-penolong kanan sekolah .... Cikgu Marzuki (KOKU) .. Cikgu Nazrudin (HEM) .. Us Azahar (Pentadbiran)
Dari sisi bangunan baru ....
Tentunya ramai tertanya-tanya, dah lama ker blog sekolah ini ada? Ramai yang komen 'canggih'nya blog ini dengan berbagai 'widget' dan 'gadget' yang dimuatkan. Untuk pengetahuan semua blog ini diwujud pada 15 April 2008, 2 tahun yang lalu. Kini, usia blog ini yang masih baru telah berjaya dalam misinya menyampaikan maklumat sekolah kepada umum. Ramai yang memuji dengan adanya blog ini, pendedahan maklumat sekolah amat berkesan dan cepat diterima masyarakat luar. Blog ini dilancarkan secara rasminya agak lewat berikutan perancangan untuk dimuatkan bersama pelancaran portal rasmi sekolah www.smaalhidayah.bpi.edu.my, kedua-duanya dilancarkan pada bulan Oktober tahun lalu oleh Pengetua sekolah.
Madah pengetua ketika di majlis pelancaran ...
Assalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh
Kepada sekelian pengunjung. Alhamdulilah, syukur kita ke hadrat Illahi dengan limpah kurnianya sekolah ini mampu bertahan dan menempuh masa suramnya dengan berbagai rintangan. Dahulunya Sekolah Agama Rakyat dan kini sekolah ini yang telah menjadi salah sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang tergolong di dalam Institusi Pendidikan Agama di bawah kawalselia Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia. Saya amat berterima kasih kepada pihak-pihak yang membantu membangunkan kembali sekolah ini terutama masyarakat setempat, ahli lembaga pengelola sekolah, ahli jawatankuasa PIBG, ibubapa, seterusnya pendidik yang ditempatkan di sekolah ini. Komitmen yang diberikan amat memberansangkan demi melihat sekolah ini kembali gemilang seperti dahulu.
Pelan pembangunan sekolah telah mula dirancang sejak kemasukkan sekolah ini menjadi SABK. Penjanaan semula struktur pengurusan sekolah semakin menampakkan hasil dengan mencatat keputusan yang baik dalam pencapaian akademik, perolehan pembangunan yang rancak, penempatan guru dan pelajar yang menepati kriteria bagi memastikan sekolah ini mampu bersaing seiring dengan sekolah lain yang telah lama bertapak. Disamping itu penerapan sikap kebersamaan dan kesefahaman dalam tugas telah memperlihatkan kerjasama yang baik diantara semua warga sekolah.
Dengan kewujudan portal web rasmi sekolah ini, menjadi wadah penyampaian maklumat yang lebih berkesan kepada semua masyarakat. Saya amat berharap kerjasama yang wujud ini mampu memberi impak positif di masa akan datang dengan kejayaan yang lebih gemilang.
Pengetua Tentunya ramai ingin tahu apa 'entri' terawal blog ini ... saya 'copy paste' kan di bawah ini untuk tatapan semula kita.
Nama blog nie.. hidayah aku amik sempena nama tempat keje aku. dulu juga aku bersekolah di hidayah nie la .. ok .. blog nie juga bertujuan nak memperkenalkan Hidayah ke seleruh pelusuk dunia. Jadi kenal-kenal lah yer dengan hidayah ..
PROFIL AL-HIDAYAH
Kemunculannya di tengah-tengah kawasan perkampungan dan dikelilingi tanah-tanah sawah adalah merupakan suatu ketengan yang dimiliki oleh Sekolah Menengah Agama Rakyat Alhidayah atau ringkasnya SMARAH. Ia terletak 2 kilometer dari bandar Kuala Kurau.
SMARAH pada peringkat awalnya terbina adalah dari hasil usaha dan semangat yang tinggi daripada masyarakat Parit Abas serta sokongan penduduk sekitarnya untuk melihat tertegaknya sebuah institusi agama yang bakal mendidik dan melahirkan anak-anak generasi pewaris Nabi SAW. Tiga tokoh agama yang berperanan ke arah menjayakan hasrat murni ialah ;
1. Almarhum Tuan Hj Mohammad bin Haji Said ( Tuan Guru Hj Falakiah )
2. Almarhum Tuan Hj Sulaiman bin Haji Mohd Yasin ( Bekas ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak )
3. Almarhum Tuan Haji Tarip Bin Haji Nasir
Penubuhan SMARAH telah didaftarkan kepada Jabatan Agama Islam Negeri Perak. Seramai 26 orang pelajar lelaki dan 72 orang pelajar perempuan telah memulakan sejarah pendidikan pengajian ilmu agama di SMARAH.
Pada peringkat awal pengajian agama dan Bahasa arab yang dijalankan adalah berkisar pada peringkat rendah sahaja. Kelas yang terdapat pada ketika itu hanya tiga buah. manakala tenaga pengajarnya berjumlah 6 orang sahaja.
Berikutan pertambahan pelajarnya maka pada tahun 1953 sebuah bangunan satu tingkat dibina. Kini bangunan tersebut berfungsi sebagai koperasi, bilik guru perempuan dan pusat sumber sekolah.
Pada tahun 1963, sebuah lagi bangunan berukuran 20' x 120' dibina dengan mengandungi lima buah kelas. Bangunan ini dibina adalah hasil sumbangan yang diterima daripada Baitulmal, Pejabat Mufti dan Jabatan Agama Islam Perak.
Pada 1983, SMARAH telah dinaik taraf kepada peringkat Menengah. Lantaran itu nama sekolah pun ditukar daripada Madarasah Al-Hidayah Adiniah kepada Sekolah Menengah Agama Rakyat Al-Hidayah. Aliran pengajian yang ditawarkan pada peringkat ini ialah Rabi' thanawi dan Akademik ( SRP ).
Perkembangan SMARAH semakin membanggakan, pada tahun 1986 SMARAH dibenarkan menjalankan peringakat pengajian sehingga ke Tingakatn 5. Oleh yang demekian aliran pengajian yang tedapat di SMARAH adalah tiga peringkat iaitu PMR, SPM dan Rabi' Thanawi.
Keputusan SPM yang cemerlang pada tahun 1992 telah membuka ruang pihak Baitulmal Negeri Perak untuk memberi sumbangan sebanyak RM 250,000.00. Lantanran itu sebuah bangunan satu tingkat yang dijadikan kelas. Turut dibina ialah sebuah kantin dan Makmal Kemahiran Hidup Bersepadu.
Pada tahun berikutnya sekali lagi SMARAH menerima sumbangan sebanyak RM200,000.00 bagi membina sebuah lagi bangunan satu tingkat dan dijadikan sebagai bilik kelas dan dewan utama.Keputusan PMR pada tahun 1997, jesteru itu pada tahun 1998 SMARAH telah layak menerima bantuan bagi membina sebuah bangunan dua tingkat untuk dijadikan asrama.
SMARAH juga menerima beberapa sumbangan orang ramai yang antaranya termasuklah komputer yang telah disumbangkan oleh individu dan Majlis Agama Islam Perak.
Dalam tahun 1997, berikutan penggubalkan semula anekmen kawalan sekolah-sekolah Agama Islam maka SMARAH juga turut didaftarkan semula dengan nombor pendaftarannya J.A.I.Pk / SMAR / PB. 16/97.
Kini SMARAH mengorak selangkah lagi dengan kebenaran untuk menyediakan kelas STAM untuk lepasan SPM. Dengan berbekalkan guru-guru yang berpengalaman serta menyediakan sistem pembelajaran yang baik kepada pelajar meyakinkan lagi pihak sekolah untuk mencipta kecemerlangan yang lebih lagi bagi pelajaran STAM.
PADA TANGGAL 17.5.2005, SMAR AL-HIDAYAH TELAH DISERAP KE SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN DAN DIKENALI SEBAGAI SMA ALHIDAYAH PARIT ABAS KUALA KURAU PERAK. SEMOGA SEKOLAH INI TERUS MAJU DI MASA AKAN DATANG. SOKONG DAN BANTULAH KAMI ....
AL-HIDAYAH GEMILANG 2010
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 1:14:00 PTG
| No comments
Pertama kalinya Us Azahar menjejaki kaki di pentas utama sekolah untuk menyampaikan ucapan di hadapan 212 orang pelajar yang kini sedang bersekolah di sekolah ini. Ucapan yang bersahaja di awalnya memperkenalkan sejarah diri dari awal pendidikan hingga ke ke hari ini, ditugaskan untuk ke sekolah ini.
Beliau bercerita tentang pengalaman mengajar di awalnya ditempatkan di Sabah, kemudian kembali ke kampung sebelum di tempatkan ke JPN Perak, kini ke Al-Hidayah menjadi 'ahli keluarga' baru.
Beliau mengingatkan pelajar untuk mempertingkatkan pencapaian sesuai dengan GAHnya nama sekolah ini meniti dibibir para pegawai di peringkat atas. Pencapaian yang baik dari segi akademik, sahsiah dan kokurikulum amat dituntut bagi memastikan sekolah terus gemilang.
AL-HIDAYAH GEMILANG 2010
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 5:52:00 PTG
| No comments
Menjelang hari menanti kedatangan bahagian pemantauan dari wakil JPN penghujung bulan ini, berbagai persediaan mula digerakkan dengan pantas, Antaranya pengurusan fail dan penyusunan maklumat. Dengan kehadiran PK Pentadbiran baru ini, cukup memberi 'asakan' baru kepada warga sekolah yang masih terpingga-pingga dengan pengurusan fail, kini semua mendapat pengalaman baru dari PK yang baru ini. Us Azahar dengan pengalamannya yang luas dibidang pendidikan ini setelah bertugas di JPN, dperturunkan kepada kami warga guru. Apa lagi, berbagai perkara baru yang kami perolehi. Pengetua amat berbangga dengan kehadirannya dalam usaha membantu peningkatan kemajuan sekolah. Kami warga sekolah amat berterima kasih kerana telah menempatkan 'beliau' ke sekolah ini demi memantapkan lagi pencapaian sekolah.
Biarpun 'tugasan' semakin banyak, namun kami warga sekolah masih sedikit jika hendak dibandingkan denganPK baru ini yang 'terpaksa' bermula dari tugas yang paling asas.
Saya berharap, beliau dapat memberi bantuan yang sewajarnya dan bekerjasama baik dengan semua guru.
Bersama duduk berbincang .. mengenai sistem fail panitia
Us Azahar ... memberi taklimat pengisian bahan dalam fail panitia
Pendekatan mesra, bersahaja membuatkan Us Azahar dihormati
Fail dah mula .. bertimbun di atas meja ...
Us Azahar sedang memberi penerangan berkaitan pengurusan fail kepada ketua bidang
AL-HIDAYAH GEMILANG 2010
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 5:32:00 PTG
| No comments
Semalam 2 Mac telah dilansungkan pertandingan Badminton MSSD bagi daerah Kerian. Pertandingan yang diadakan di Dewan Besar SMK penglima Bukit Gantang ini disertai oleh 20 buah sekolah menengah yang ada di Kerian. Selaku Tuan Rumah, SMK Panglima Bukit Gantang telah menguruskan pertandingan ini dengan baik dan berjaya.
Tidak terlepas sekolah ini turut menyertai pertandingan ini dengan menghantar peserta bawah 15 lelaki dan bawah 18 lelaki seramai 4 orang setiap peserta.
Pemain sekolah yang meneruskan permainan ke peringkat kedua
Barisan pengurusan pertandingan, terdiri dari warga guru SMK Panglima Bukit Gantang
Permandangan di dalam dewan pertandingan
Pasukan penyokong yang saling memerhati perlawanan
Kelihatan penonton yang memerhati pertandingan
Cikgu Nazrudin dan bekas muridnya ... kini pun cikgu
Pasukan Al-Hidayah sedang melakukan 'warm up'
Pengadil sibuk mengarahkan pemain dengan peraturan permainan
AL-HIDAYAH GEMILANG 2010
PENAFIAN