Layan jer lah ..... jangan pening-pening ...
Tentunya ramai tertanya-tanya, dah lama ker blog sekolah ini ada? Ramai yang komen 'canggih'nya blog ini dengan berbagai 'widget' dan 'gadget' yang dimuatkan. Untuk pengetahuan semua blog ini diwujud pada 15 April 2008, 2 tahun yang lalu. Kini, usia blog ini yang masih baru telah berjaya dalam misinya menyampaikan maklumat sekolah kepada umum. Ramai yang memuji dengan adanya blog ini, pendedahan maklumat sekolah amat berkesan dan cepat diterima masyarakat luar. Blog ini dilancarkan secara rasminya agak lewat berikutan perancangan untuk dimuatkan bersama pelancaran portal rasmi sekolah www.smaalhidayah.bpi.edu.my, kedua-duanya dilancarkan pada bulan Oktober tahun lalu oleh Pengetua sekolah.
Madah pengetua ketika di majlis pelancaran ...
Assalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh
Kepada sekelian pengunjung. Alhamdulilah, syukur kita ke hadrat Illahi dengan limpah kurnianya sekolah ini mampu bertahan dan menempuh masa suramnya dengan berbagai rintangan. Dahulunya Sekolah Agama Rakyat dan kini sekolah ini yang telah menjadi salah sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang tergolong di dalam Institusi Pendidikan Agama di bawah kawalselia Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia. Saya amat berterima kasih kepada pihak-pihak yang membantu membangunkan kembali sekolah ini terutama masyarakat setempat, ahli lembaga pengelola sekolah, ahli jawatankuasa PIBG, ibubapa, seterusnya pendidik yang ditempatkan di sekolah ini. Komitmen yang diberikan amat memberansangkan demi melihat sekolah ini kembali gemilang seperti dahulu.
Pelan pembangunan sekolah telah mula dirancang sejak kemasukkan sekolah ini menjadi SABK. Penjanaan semula struktur pengurusan sekolah semakin menampakkan hasil dengan mencatat keputusan yang baik dalam pencapaian akademik, perolehan pembangunan yang rancak, penempatan guru dan pelajar yang menepati kriteria bagi memastikan sekolah ini mampu bersaing seiring dengan sekolah lain yang telah lama bertapak. Disamping itu penerapan sikap kebersamaan dan kesefahaman dalam tugas telah memperlihatkan kerjasama yang baik diantara semua warga sekolah.
Dengan kewujudan portal web rasmi sekolah ini, menjadi wadah penyampaian maklumat yang lebih berkesan kepada semua masyarakat. Saya amat berharap kerjasama yang wujud ini mampu memberi impak positif di masa akan datang dengan kejayaan yang lebih gemilang.
Tentunya ramai ingin tahu apa 'entri' terawal blog ini ... saya 'copy paste' kan di bawah ini untuk tatapan semula kita.
SMARAH pada peringkat awalnya terbina adalah dari hasil usaha dan semangat yang tinggi daripada masyarakat Parit Abas serta sokongan penduduk sekitarnya untuk melihat tertegaknya sebuah institusi agama yang bakal mendidik dan melahirkan anak-anak generasi pewaris Nabi SAW. Tiga tokoh agama yang berperanan ke arah menjayakan hasrat murni ialah ;
1. Almarhum Tuan Hj Mohammad bin Haji Said ( Tuan Guru Hj Falakiah )
2. Almarhum Tuan Hj Sulaiman bin Haji Mohd Yasin ( Bekas ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak )
3. Almarhum Tuan Haji Tarip Bin Haji Nasir
Penubuhan SMARAH telah didaftarkan kepada Jabatan Agama Islam Negeri Perak. Seramai 26 orang pelajar lelaki dan 72 orang pelajar perempuan telah memulakan sejarah pendidikan pengajian ilmu agama di SMARAH.
Pada peringkat awal pengajian agama dan Bahasa arab yang dijalankan adalah berkisar pada peringkat rendah sahaja. Kelas yang terdapat pada ketika itu hanya tiga buah. manakala tenaga pengajarnya berjumlah 6 orang sahaja.
Berikutan pertambahan pelajarnya maka pada tahun 1953 sebuah bangunan satu tingkat dibina. Kini bangunan tersebut berfungsi sebagai koperasi, bilik guru perempuan dan pusat sumber sekolah.
Pada tahun 1963, sebuah lagi bangunan berukuran 20' x 120' dibina dengan mengandungi lima buah kelas. Bangunan ini dibina adalah hasil sumbangan yang diterima daripada Baitulmal, Pejabat Mufti dan Jabatan Agama Islam Perak.
Pada 1983, SMARAH telah dinaik taraf kepada peringkat Menengah. Lantaran itu nama sekolah pun ditukar daripada Madarasah Al-Hidayah Adiniah kepada Sekolah Menengah Agama Rakyat Al-Hidayah. Aliran pengajian yang ditawarkan pada peringkat ini ialah Rabi' thanawi dan Akademik ( SRP ).
Perkembangan SMARAH semakin membanggakan, pada tahun 1986 SMARAH dibenarkan menjalankan peringakat pengajian sehingga ke Tingakatn 5. Oleh yang demekian aliran pengajian yang tedapat di SMARAH adalah tiga peringkat iaitu PMR, SPM dan Rabi' Thanawi.
Keputusan SPM yang cemerlang pada tahun 1992 telah membuka ruang pihak Baitulmal Negeri Perak untuk memberi sumbangan sebanyak RM 250,000.00. Lantanran itu sebuah bangunan satu tingkat yang dijadikan kelas. Turut dibina ialah sebuah kantin dan Makmal Kemahiran Hidup Bersepadu.
Pada tahun berikutnya sekali lagi SMARAH menerima sumbangan sebanyak RM200,000.00 bagi membina sebuah lagi bangunan satu tingkat dan dijadikan sebagai bilik kelas dan dewan utama.Keputusan PMR pada tahun 1997, jesteru itu pada tahun 1998 SMARAH telah layak menerima bantuan bagi membina sebuah bangunan dua tingkat untuk dijadikan asrama.
SMARAH juga menerima beberapa sumbangan orang ramai yang antaranya termasuklah komputer yang telah disumbangkan oleh individu dan Majlis Agama Islam Perak.
Dalam tahun 1997, berikutan penggubalkan semula anekmen kawalan sekolah-sekolah Agama Islam maka SMARAH juga turut didaftarkan semula dengan nombor pendaftarannya J.A.I.Pk / SMAR / PB. 16/97.
Kini SMARAH mengorak selangkah lagi dengan kebenaran untuk menyediakan kelas STAM untuk lepasan SPM. Dengan berbekalkan guru-guru yang berpengalaman serta menyediakan sistem pembelajaran yang baik kepada pelajar meyakinkan lagi pihak sekolah untuk mencipta kecemerlangan yang lebih lagi bagi pelajaran STAM.
PADA TANGGAL 17.5.2005, SMAR AL-HIDAYAH TELAH DISERAP KE SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN DAN DIKENALI SEBAGAI SMA ALHIDAYAH PARIT ABAS KUALA KURAU PERAK. SEMOGA SEKOLAH INI TERUS MAJU DI MASA AKAN DATANG. SOKONG DAN BANTULAH KAMI ....
0 komentar:
Catat Ulasan