TERKINI DI FACEBOOK

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297 Email : alhidayah@ppdkerian.edu.my

PENTING

BLOG SEKOLAH MASIH DALAM PROSES PENGUBAHSUAIAN

03 Ogos, 2010

MAJLIS TANDATANGAN BUKU REKOD PELAJAR

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 10:33:00 PG | No comments
Jumaat 30 Julai 2010 yang lalu, Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah telah menyusun program bersama ibubapa yang dinamakan Majlis Konsultansi Bersama Ibubapa. Program yang bertujuan mempertemukan para ibubapa pelajar dengan guru kelas yang menjadi teraju utama pendidikan anak mereka.
Program ini yang masih baru bagi sekolah ini telah berupaya menarik ramai ibubapa yang sanggup meluangkan masa menghadiri sesi bersama guru kelas ini dan seterusnya menandatangani buku rekod pencapaian anak-anak mereka.
Menurut pengetua sekolah, Hj Mohd Said Hasnik, Program seperti ini mampu memberi kesan positif dalam diri pelajar apabila ibubapa mereka sanggup hadir dan meneliti pencapaian mereka di dalam pelajaran dan berkongsi maklumat dengan guru yang terlibat.
Seorang waris yang sempat ditemubual, En Yusuf Bin Yakub (Gambar) memberitahu pihak sekolah, program bersama ibubapa seperti ini wajar diteruskan dan dilipatgandakan dengan berbagai lagi program bersama para waris dalam menyedarkan peranan waris bagi menjana kecemerlangan anak-anak mereka. Beliau amat berbangga dengan usaha pihak sekolah ini yang diharap mampu membantu sekolah untuk terus maju dan mendapat sokongan masyarakat sekitar.

Pengetua merakamkan jutaan terima kasih kepada semua ibubapa yang amat prihatin dengan pendidikan anak-anak mereka dan sanggup meluangkan masa menghadiri majlis ini.



Adik Mohd Qais Bin Ramli dan keluarga bersama guru kelas


Cikgu Borhanuddin Ahmad .. dan pelajarnya Nurul Khasanah Bahari


Cikgu Jupri Sanhosi bersama waris pelajarnya


Ustazah Roshida Ibrahim berbincang dengan waris


En. Yusuf Bin Yakub

AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

0 komentar:

KREDIT UCAPAN

INFO RINGKAS SEKOLAH


INFO RINGKAS AL-HIDAYAH

MERANGKUMI PENDIDIKAN AKADEMIK DAN AGAMA (AZHARIAH /DINI) SECARA SERENTAK BERMULA DARI TINGKATAN 1-5

MENITIKBERATKAN MINAT KEPADA ILMU AGAMA YANG MERUPAKAN TUNJANG PENTING SEKOLAH INI

KURIKULUM

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)+ KURIKULUM AZHARIAH (IDADIE DAN THANAWI)

KOKURIKULUM

MELIPUTI ASPEK UNIT BERUNIFORM + KELAB PERSATUAN + SUKAN DAN PERMAINAN

PRASARANA DAN KEMUDAHAN UTAMA

BANGUNAN KELAS DAN KEPERLUAN PENDIDIKAN SESUAI YANG DIBEKALKAN KPM

TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ICT

SEDIAAN GURU TERLATIH OLEH PIHAK KEMENTERIAN

BANGUNAN ASRAMA LELAKI DAN PEREMPUAN MENGIKUT KAPASITI YANG DITETAPKAN

MISI 2020

MENJADI SEKOLAH TERBAIK DAN CEMERLANG DI DAERAH KERIAN 2020

PENERIMAAN MASUK ADALAH BERDASARKAN PENCAPAIAN YANG BAIK DALAM UJIAN KEMASUKAN YANG AKAN DIADAKAN PADA AWAL DISEMBER. UJIAN INI AKAN MELIPUTI PENGUASAAN AL-QURAN, JAWI, DAN SEBAHAGIAN MATAPELAJARAN AKADEMIK LAIN

EDISI 10 TAHUN MENJADI SABK

KOLEKSI YOUTUBE

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN ANJURAN PELAJAR ASRAMA


PERTANDINGAN BADMINTON KELAB BADMINTON



SEKILAS FOTO MENARIK HARI PELAJAR 2010

PENAFIAN

PENAFIAN : UNIT MEDIA PENERBITAN DAN PIHAK SEKOLAH TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEGALA KESULITAN DAN KEHILANGAN MAKLUMAT BERIKUTAN MUAT TURUN BLOG ATAU BAHAN DALAM BLOG INI

NOTIS DAN UCAPAN


PERHATIAN PENTING KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH. GELOMBANG KEDUA H1N1.
PERINGATAN PENTING BERKAITAN SELSEMA BABI INFLUENZA A H1N1 KEPADA WARGA SEKOLAH DIMINTA UNTUK MEMATUHI SEGALA KEPERLUAN BERKAITAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DALAM USAHA MENGHINDARKAN DIRI DARI VIRUS H1N1 INI
-BASUH TANGAN SEHINGGA BENARBENAR BERSIH
- GUNAKAN TISU ATAU SAPU TANGAN KETIKA BERSIN ATAU BATUK
- HINDARKAN BERHUBUNG SECARA TERUS DENGAN PENGIDAP SELSEMA, DEMAM ATAU SUSPEK H1N1
- TIDAK BERADA SECARA BERKUMPULAN
- SENTIASA MENGIKUTI PERKEMBANGAN PENYAKIT INI DARI SEMASA KE SEMASA
- SENTIASA PATUH KEPADA ARAHAN PIHAK BERKUASA
BERDOA SEMOGA KITA DIJAUHI DARI WABAK YANG MEMBUNUH INI KEPADA BEKAS PELAJAR YANG MELAYARI BLOG INI SILA ISI MAKLUMAT ANDA DI BUKU PELAWAT TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENYOKONG BLOG INI

TERKINI DI LAMAN INI

Random Post

Hubungi Kami

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297

Template Updates