kUALA KURAU 2 DIS 2010. Seramai 71 pelajar yang telah memohon untuk kemasukan ke tingkatan 1 sekolah ini pada tahun 2011 datang menduduki ujian kemasukan yang diadakan tepat jam 8.30 pagi. Ujian yang turut diadakan dikebanyakkan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) negeri Perak ini bertujuan untuk memastikan kemasukan pelajar bagi tahun hadapan memiliki tahap dan kemampuan untuk belajar di sekolah seperti ini. Soalan bagi ujian ini dirangka oleh pihak Jabatan pelajaran Perak melalui Unit Pendidikan Islam. Ianya dijalankan secara selaras agar kualiti dari calon yang datang untuk kemasukan ini menepati syarat utama untuk masuk ke aliran pendidikan di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
Ibubapa dan waris yang turut sama hadir mengiringgi anak masing-masing begitu teruja dengan kemajuan sekolah ini yang amat jauh berbeza dari yang dahulu. Ramai dari antara mereka yang tidak pernah menjejakkan kaki masuk ke sekolah ini. Inilah kali pertama mereka sambil membawa anak untuk menduduki ujian dan melihat kemajuan yang telah sekolah ini capai. Kebanyakkan ibubapa menyatakan hasrat supaya anak mereka diterima masuk ke sekolah ini agar anak-anak terdidik dengan ilmu dalam bidang agama.
Sesi awal ujian, ibubapa dan calon yang hadir diberi taklimat oleh Penolong Kanan Pentadbiran Ustaz Azahar Abu Bakar mengenai perjalanan ujian. Ujian meliputi ujian bertulis dan lisan Al-Quran. Calon diberi masa untuk menjawab kertas ujian bertulis sebelum ke blik yang lain bagi menghadiri ujian lisan iaitu bacaan Al-Quran yang dikendalikan oleh guru agama yang telah ditugaskan memberi markh ujian bacaan.
Menurut Pengetua Ustaz Hj Mohd Said Hasnik ketika ditemui menyuarakan harapan agar semua calon yang akan masuk ke sekolah ini pada tahun hadapan lebih berkualiti dan bersedia serta memahami aspirasi sekolah ini iaitu memperkasakan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada ibubapa yang hadir serta pihak masyarakat yang terus memberi sokongan kepada sekolah ini.
Sekitar prog ...
AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

0 komentar:
Catat Ulasan