PENTING
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 11:03:00 PG
| No comments
KUALA KURAU, 26 OGOS 2011- Satu majlis sambutan yang dinamakan ambang Aildilfitri 1432H telah diadakan bertempat di Dewan Hj Fatan hari ini. Majlis yang diadakan bagi meraikan seluruh warga sekolah yang akan bercuti menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan datang. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid En. Mohd Nazrudin Abd Rasid dalam ucapannya mengingatkan semua pelajar supaya berhati-hati ketika berhari raya. Dalam kemeriahan menyambut hari raya mestilah semua pelajar mengikuti adab dan tuntutan menyambutnya. Tambahnya lagi, semua pelajar perlu sedar tanggungjawab mereka sebagai umat Islam agar tidak melakukan perkara yang salah ketika menyambut lebaran.
Penolong Kanan Pentadbiran En Mohd Azahar Abu Bakar turut mengambil kesempatan untuk mengingatkan kepada semua pelajar supaya tidak melupakan tugasan dan latihan yang telah dibekalkan. Beliau turut menekankan kepada semua pelajar untuk bersiap sedia menghadapai peperiksaan selepas bercuti hari raya nanti.
Majlis diakhiri dengan penyampaian bantuan hari raya kepada pelajar miskin dan anak yatim. Turut disampaikan bantuan zakat dari PIBG sekolah berupa kain pelikat dan kain batik kepada semua warga sekolah.
Pengetua menyampaikan bantuan kepada pelajar
Majlis bermaafan di akhir majlis
VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 6:26:00 PTG
| No comments
VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 1:35:00 PTG
| No comments
Ucapan ketua-ketua kelas
Ucapan ketua pengawas, ketua pusat sumber, wakil pelajar
VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 9:08:00 PG
| No comments
Bermula hari ini 3 Ogos hingga 9 Ogos 2011, seramai 41 calon PMR sekolah ini menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Seluruh warga sekolah mengharapkan dan mendoakan semua calon dapat melakukan yang terbaik. Selamat Berjaya.
Calon menduduki kertas hari pertama Bahasa Melayu
VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 8:31:00 PG
| No comments
FANANYA CINTA
Kini telah berakhir sebuah kitab
Hanya menanti penutup hijab
Kini engkau dustai sebuah kitab
Untuk nafsu yang terperangkap dihijab...
Berkat Muhammad sudah diketahuan
Namun banyak mulut menjadi dombaan
Banyak kebaikan sudah ketahuan
Subahat zina dan syaitan jua menjadi pujaan...
Tanda bermulanya hari pembalasan
Anak dikandungan gugur tiada ketahuan
Tanda bermulanya hari pembalasan
Anak berzina di puja tanpa sempadan...
Engkau dustai sebuah janji
Kerana takut miskin melandai
Engkau subahati lunaskan janji
Untuk khuatiri kelaparan zina yang dijanji...
Bila sudah dipilih sahabat zina
engkau dihiasi pujian ina
Bila engkau memilih sahabat zina
Syaitan bersuka engkau sahabat ina...
Satu jalan telah termaktuk
Zina bukan lagi terkutuk
Satu jalan sudah tertutuk
Zina sudah lagi tidak tertutup...
Seraut cahaya sudah kelam
Tanda cukupnya syiar Islam
Siang sudah disangka malam
Itu tandanya jiwamu semakin kelam...
Mata berzina memandang yang haram
Tangan berzina menyentuh yang haram
Apakah sudah tidak tertahan
Menanti ia menjadi bara di neraka jahanam...
Lidah melafazkan ungkapan cinta
Sedang ia berbau dosa nista
Masih disambut dengan noda
Cukup hisab terhukumlah ia...
Nafsu dilempias pada yang haram
Belum halal sudah ditangan
Atas godaan perempuan syaitan
Moga dikau cepat kembali ke pangkal jalan....
VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015
PENAFIAN