Kuala Kurau 6 Julai 2012 - Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Al-Hidayah telah menganjurkan satu sesi motivasi khusus kepada ibubapa pelajar tingkatan 3 dan 5 sekolah ini. Program berlansung serentak dengan majlis pertemuan ibubapa pelajar yang dijemput ke sekolah bagi membincangkan pencapaian anak-anak seterusnya menandatangani rekod pencapaian.
Menurut pengetua sekolah Tn Hj Mohd Said Hasnik, beliau mengucapkan setinggi penghargaan kepada ibubapa yang sudi meluangkan masa datang bertemu dengan guru yang mendidik anak masing-masing bagi membincangkan masalah dalam pendidikan mereka. Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada ibubapa pelajar terutama ibubapa kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam tahun ini agar menyedari peranan mereka dalam membantu peningkatan pendidikan anak mereka.
Menurutnya lagi, peranan ibubapa amat besar dalam memberi pendidikan yang lebih berkesan dan membantu pihak sekolah untuk memastikan pendidikan akademik dan sahsiah berjalan seiring.
Majlis diteruskan dengan ceramah keibubapaan oleh Ustaz Izzat Hambali, seorang Penceramah Bebas yang dijemput khas bagi menyampaikan ceramah. Antara intipati ceramahnya, ibubapa berperanan besar dalam mencorakkan kehidupan anak-anak sepertimana yang pernah diingatkan oleh rasulullah. Ibubapa yang sepatutnya menjalankan pendidikan kepada anak-anak secara sepenuhnya. Ibubapa perlu memastikan pendidikan anak-anak mengikut acuan yang baik seperti yang digariskan dalam Al-Quran dan Sunnah.
Tambahnya lagi, Pelajar sekolah ini amat bertuah kerana pendidikan yang diikuti di sekolah ini lebih menekankan pendidikan agama Islam yang menjadi tunjang utama pembangunan modal insan yang sempurna. Pelajar perlu memastikan berakhlak dengan akhlak yang baik untuk mendapatkan ilmu yang baik dan berkat.
Akhir ceramah beliau menyeru semua pelajar perlu sentiasa berubah ke arah yang lebih baik untuk mencapai kejayaan yang berganda.
Sebahagian bapa yang diberi taklimat pencapaian anak |
Penceramah mampu meruntun jiwa pelajar |
ketika berceramah |
Kaum ibu yang turut sama |
pelajar ting 3 bersama waris diberi taklimat |
perbincangan bersama anak |
0 komentar:
Catat Ulasan