PENTING
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 9:57:00 PG
| No comments
Kuala Kurau, 15 Ogos 2012 - Sempena bulan Ramadhan, sekolah ini turut mengadakan majlis Khatam Al-Quran dan berbuka puasa kepada warga sekolah. Majlis yang dimuatkan sebagai takwim ihya Ramadhan tahun ini turut mengundang pegawai dari Jabatan Pelajaran Perak sebagai tetamu khas merasmikan program ini.
Majlis dimulakan dengan siri ucapan dari pengetua, Pengerusi Lembaga Sekolah dan Yang Dipertua PIBG sekolah. Ucapan yang berkisar tuntutan agama dalam bulan Ramadhan dan Syawal yang akan datang. Majlis diteruskan dengan majlis Khatam Al-Quran oleh para pelajar yang telah dipilih dan diketuai oleh peljar Mohd Adib Abd Hamid.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran En.Kamal Abdullah Pegawai KGSK PPD Kerian, Ahli jawatankuasa PIBG dan lembaga pengelola sekolah.
Majlis dirasmikan oleh En. Mohd Hosni Md Senusi Pegawai Sektor Pendidikan Islam JPN Perak yang turut berkesempatan menyampaikan cenderamata kepada imam dan bilal yang bertugas ketika Ramadhan ini.
Majlis ini turut menjadi platform pertemuan antara ahli keluarga kakitangan dan staf sokongan sekolah sekaligus objektif program ini untuk mempereratkan lagi hubungan sesama kakitangan berjaya dicapai.
|
Sebahagian pelajar yang hadir |
|
Pelajar perempuan turut sama mengikuti program ini |
|
Majlis khatam sedang berjalan |
|
Tetamu yang hadir |
|
Mohd Hosni ketika menyampaikan ucapan perasmian |
|
Penyampaian cenderamata imam dan bilal |
|
Berbuka bersama |
VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015
PENAFIAN
0 komentar:
Catat Ulasan