TERKINI DI FACEBOOK

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297 Email : alhidayah@ppdkerian.edu.my

PENTING

BLOG SEKOLAH MASIH DALAM PROSES PENGUBAHSUAIAN

12 September, 2014

Lawatan Sambil Belajar ke Negeri Kedah

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 3:03:00 PTG | No comments
Kuala Kurau. 11 Sept 2014 - Satu lawatan sambil belajar telah dianjurkan oleh biro pendidikan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG), dan kali ini memilih negeri Kedah sebagai lokasi lawatan. Peserta lawatan ini terdiri seramai 42 orang pelajar Tingkatan 4. Antara lokasi pilhan lawatan adalah ke Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dan ke menara Alor Setar. Taklimat mengenai kolej dan program yang ditawarakan di KUIN telah disampaikan oleh wakil Bahagian Korporat KUIN dan juga dari Ustaz Shahizan Abd Mutalib dari bahagian Pengajian Islam. Para peserta turut dibawa ke beberapa lokasi antaranya fakulti perubatan dan perpustakaan untuk melihat bagaimana kemudahan dan pembelajaran di KUIN. Di menara Alor Setar para peserta di bawa ke beberapa lokasi lain yang termasuk dalam pakej yang disediakan oleh pihak Menaar Alor Setar. Antara lokasi yang sempat dikunjungi adalah Galeri Tunku Abd Halim dan Istana Anak Bukit.  Lawatan sehari ini diadakan bertujuan memberikan peluang kepada para pelajar ini untuk menambah ilmu dengan program lawatan. Di KUIN para pelajar ditaklimatkan berkaitan pengajian selepas pendidikan menengah oleh bahagian Korporat KUIN. Penerangan meliputi sejarah KUIN, program yang ditawarkan dan kemudahan yang terdapat di KUIN. 
Sewaktu di menara Alor Setar, peserta di bawa ke bahagian atas menara untuk meninjau kawasan Bandar Alor Setar dari atas, kemudian turut dijamu makan tengahari dan para peserta merasai restoran berputar yang ada di menara tersebut. 
Peserta di bawa ke galeri Tuanku Abd Halim untuk melihat barangan milik peribadi Tuanku Sultan Kedah yang dipamerkan di ruang pameran bangunan tersebut. Setelah melihat segala barang milik istana di galeri, para peserta di bawa ke Istana Anak Bukit untuk program melawat istana. Peserta berkesempatan dibawa masuk ke ruang penghadapan dan ruang santapan diraja. Peluang seperti ini yang jarang sekali diperolehi oleh rakyat untuk melihat dan marasai sendiri keadaan di dalam istana. 
Program lawatan ini secara umumnya berjaya memberi pengalaman baharu kepada para pelajar. 


















VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

KREDIT UCAPAN

INFO RINGKAS SEKOLAH


INFO RINGKAS AL-HIDAYAH

MERANGKUMI PENDIDIKAN AKADEMIK DAN AGAMA (AZHARIAH /DINI) SECARA SERENTAK BERMULA DARI TINGKATAN 1-5

MENITIKBERATKAN MINAT KEPADA ILMU AGAMA YANG MERUPAKAN TUNJANG PENTING SEKOLAH INI

KURIKULUM

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)+ KURIKULUM AZHARIAH (IDADIE DAN THANAWI)

KOKURIKULUM

MELIPUTI ASPEK UNIT BERUNIFORM + KELAB PERSATUAN + SUKAN DAN PERMAINAN

PRASARANA DAN KEMUDAHAN UTAMA

BANGUNAN KELAS DAN KEPERLUAN PENDIDIKAN SESUAI YANG DIBEKALKAN KPM

TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ICT

SEDIAAN GURU TERLATIH OLEH PIHAK KEMENTERIAN

BANGUNAN ASRAMA LELAKI DAN PEREMPUAN MENGIKUT KAPASITI YANG DITETAPKAN

MISI 2020

MENJADI SEKOLAH TERBAIK DAN CEMERLANG DI DAERAH KERIAN 2020

PENERIMAAN MASUK ADALAH BERDASARKAN PENCAPAIAN YANG BAIK DALAM UJIAN KEMASUKAN YANG AKAN DIADAKAN PADA AWAL DISEMBER. UJIAN INI AKAN MELIPUTI PENGUASAAN AL-QURAN, JAWI, DAN SEBAHAGIAN MATAPELAJARAN AKADEMIK LAIN

EDISI 10 TAHUN MENJADI SABK

KOLEKSI YOUTUBE

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN ANJURAN PELAJAR ASRAMA


PERTANDINGAN BADMINTON KELAB BADMINTON



SEKILAS FOTO MENARIK HARI PELAJAR 2010

PENAFIAN

PENAFIAN : UNIT MEDIA PENERBITAN DAN PIHAK SEKOLAH TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEGALA KESULITAN DAN KEHILANGAN MAKLUMAT BERIKUTAN MUAT TURUN BLOG ATAU BAHAN DALAM BLOG INI

NOTIS DAN UCAPAN


PERHATIAN PENTING KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH. GELOMBANG KEDUA H1N1.
PERINGATAN PENTING BERKAITAN SELSEMA BABI INFLUENZA A H1N1 KEPADA WARGA SEKOLAH DIMINTA UNTUK MEMATUHI SEGALA KEPERLUAN BERKAITAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DALAM USAHA MENGHINDARKAN DIRI DARI VIRUS H1N1 INI
-BASUH TANGAN SEHINGGA BENARBENAR BERSIH
- GUNAKAN TISU ATAU SAPU TANGAN KETIKA BERSIN ATAU BATUK
- HINDARKAN BERHUBUNG SECARA TERUS DENGAN PENGIDAP SELSEMA, DEMAM ATAU SUSPEK H1N1
- TIDAK BERADA SECARA BERKUMPULAN
- SENTIASA MENGIKUTI PERKEMBANGAN PENYAKIT INI DARI SEMASA KE SEMASA
- SENTIASA PATUH KEPADA ARAHAN PIHAK BERKUASA
BERDOA SEMOGA KITA DIJAUHI DARI WABAK YANG MEMBUNUH INI KEPADA BEKAS PELAJAR YANG MELAYARI BLOG INI SILA ISI MAKLUMAT ANDA DI BUKU PELAWAT TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENYOKONG BLOG INI

TERKINI DI LAMAN INI

Random Post

Hubungi Kami

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297

Template Updates