Kuala Kurau. 11 Sept 2014 - Satu lawatan sambil belajar telah dianjurkan oleh biro pendidikan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG), dan kali ini memilih negeri Kedah sebagai lokasi lawatan. Peserta lawatan ini terdiri seramai 42 orang pelajar Tingkatan 4. Antara lokasi pilhan lawatan adalah ke Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dan ke menara Alor Setar. Taklimat mengenai kolej dan program yang ditawarakan di KUIN telah disampaikan oleh wakil Bahagian Korporat KUIN dan juga dari Ustaz Shahizan Abd Mutalib dari bahagian Pengajian Islam. Para peserta turut dibawa ke beberapa lokasi antaranya fakulti perubatan dan perpustakaan untuk melihat bagaimana kemudahan dan pembelajaran di KUIN. Di menara Alor Setar para peserta di bawa ke beberapa lokasi lain yang termasuk dalam pakej yang disediakan oleh pihak Menaar Alor Setar. Antara lokasi yang sempat dikunjungi adalah Galeri Tunku Abd Halim dan Istana Anak Bukit. Lawatan sehari ini diadakan bertujuan memberikan peluang kepada para pelajar ini untuk menambah ilmu dengan program lawatan. Di KUIN para pelajar ditaklimatkan berkaitan pengajian selepas pendidikan menengah oleh bahagian Korporat KUIN. Penerangan meliputi sejarah KUIN, program yang ditawarkan dan kemudahan yang terdapat di KUIN.
Sewaktu di menara Alor Setar, peserta di bawa ke bahagian atas menara untuk meninjau kawasan Bandar Alor Setar dari atas, kemudian turut dijamu makan tengahari dan para peserta merasai restoran berputar yang ada di menara tersebut.
Peserta di bawa ke galeri Tuanku Abd Halim untuk melihat barangan milik peribadi Tuanku Sultan Kedah yang dipamerkan di ruang pameran bangunan tersebut. Setelah melihat segala barang milik istana di galeri, para peserta di bawa ke Istana Anak Bukit untuk program melawat istana. Peserta berkesempatan dibawa masuk ke ruang penghadapan dan ruang santapan diraja. Peluang seperti ini yang jarang sekali diperolehi oleh rakyat untuk melihat dan marasai sendiri keadaan di dalam istana.
Program lawatan ini secara umumnya berjaya memberi pengalaman baharu kepada para pelajar.
0 komentar:
Catat Ulasan