TERKINI DI FACEBOOK

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297 Email : alhidayah@ppdkerian.edu.my

PENTING

BLOG SEKOLAH MASIH DALAM PROSES PENGUBAHSUAIAN
Memaparkan catatan dengan label bahasa arab. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bahasa arab. Papar semua catatan

04 November, 2011

KEM GEMPUR PERDANA BAHASA ARAB TINGKATAN 2

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 3:51:00 PTG | No comments

KUALA GULA, 4 Nov 2011. Unit Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kerian dengan kerjasama Panitia Bahasa Arab Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Daerah Kerian telah berganding bahu menganjurkan kem gempur Perdana Bahasa Arab bagi pelajar-pelajar tingkatan 2. Kem yang bermula 31 Okt dan berakhir 4 Nov yang lalu telah menghimpunkan seramai 75 peserta yang dipilih dari sekolah SABK daerah ini. Antara sekolah yang terlibat termasuklah SABK Al-Hidayah, SABK Al-Falah, SABK Shamsul Maarif, Maahad Ar-Ridwan dan Maahad Ehya AsSyarif.

Menurut penyelaras program Ustaz Abd Malik Hashim, objektif utama kem ini adalah untuk memberi pendedahan asas Bahasa Arab kepada pelajar tingkatan 2 sebelum menghadapi peperiksaannya pada tahun hadapan. Kem ini telah lama dirancang sebagai usaha pihak PPD dan sekolah dalam memastikan pencapaian Bahasa Arab PMR akan meningkat.

Antara pengisian yang dimuatkan adalah siri ceramah teknik mempelajari bahasa arab, menghafal ungkapan, tasrif, membina ayat mudah dalam bahasa arab. Menurutnya, kem ini diselia oleh kalangan guru dan fasilitator dari sekolah yang terlibat.

Dalam ucapan penutupan, Penyelia Pendidikan Islam PPD Kerian Us Abd Rahman Hamid melahirkan rasa bangga dengan kemampuan pelajat yang terlibat sebagai peserta kerana telah mampu berbahasa arab dalam mengendalikan majlis penutupan.

Katanya, tujuan kem ini diadakan untuk memantapkan persediaan pelajar untuk menduduki kertas Bahasa Arab ini pada tahun hadapan di dalam peperiksaan PMR 2012. Beliau turut memuji guru-guru yang bertindak sebagai fasilitator kerana mampu menganjurkan kem ini dengan jayanya.

Beliau turut mengharapkan agar peserta yang terlibat dalam kem ini mampu menunjukkan prestasi yang baik pada tahun akan datang seterusnya mampu mencapai keputusan yang cemerlang.




Us Rahman menyampaikan hadiah kepada peserta terbaik kem


Us Rahmah menyampaikan sijil kepada wakil sekolah yang menjadi peserta


Us Rahman bersama Us Abd Malik di majlis penutup

Peserta perempuan

Peserta lelaki



VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

24 Julai, 2011

KEM KECEMERLANGAN AKADEMIK SABK PMR 2011

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 5:25:00 PTG | No comments
TRONG, 24 Julai 2011. Jabatan Pelajaran Perak melalui Sektor Pendidikan Islam dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPK) telah mengadakan satu program khas bagi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Program yang dinamakan Kem Kecemerlangan Akademik SABK ini memberi tumpuan kepada persediaan pelajar dan guru dalam menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang akan datang.
Program yang berlansung di SABK Maahad Tarbiah Islamiah (MTI) ini diadakan bermula 22- 24 Julai yang lalu. Antara pengisian kem ini seperti teknik menjawab dan skor markah matapelajaran kepada calon PMR, ceramah motivasi dan kursus profesionalisme kepada semua guru SABK Negeri Perak.
Kem yang bertujuan memberi peluang kepada para guru dan pelajar untuk mewujudkan kerjasama dan meneroka cabaran untuk membina persaingan yang sihat dalam bidang akademik. Kem yang diadakan ini turut dihadiri Pengarah Pelajaran Perak, Pegawai-pegawai JPN dan PPD, warga pentadbir dan guru-guru SABK negeri Perak.
Menurut Dato' Mohd Rauhi Mohd Isa Pengarah Pelajaran Perak dalam sesi ucapannya berkata, program ini adalah salah satu platform pendedahan kepada semua warga SABK tentang halatuju jabatan pelajaran untuk memastikan tahun ini negeri Perak akan mencapai kecemerlangan. Semua warga sekolah perlu sedar dan peka dengan keperluan menghadapi peperiksaan yang semakin hampir ini untuk melaksanakan segala perancangan jabatan pelajaran seperti yang diarahkan.
Menurutnya lagi, warga pentadbiran sekolah perlu mengamalkan sikap terbuka dan sedia merancang serta memastikan perancangan tersebut berjalan mengikut yang ditetapkan. Diakhir ucapan beliau merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan kem ini dengan jayanya.
Dalam ucapan perasmian penutup oleh Dato' Dr Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak itu menegaskan pentingnya institusi pendidikan seperti SABK ini kembali menjadi pilihan utama masyarakat bagi melahirkan komuniti yang lebih baik dan beramanah.
Beliau turut menyingkap beberapa pengalaman beliau dalam menerima pendidikan yang boleh dijadikan pengajaran oleh remaja masa kini yang telah dapat menerima pendidikan dengan sempurna berbanding zaman dahulu.
Majlis diakhiri dengan penyampaian anugerah cemerlang bagi sekolah yang berjaya mencatat keputusan terbaik bagi peperiksaan PMR yang lalu dan beberapa hadiah untuk mearikan penglibatan pelajar dengan aktiviti kem ini.

Sebahagian calon PMR lelaki


Pengarah bersama barisan tetamu VVIP


Tetamu diarak dengan paluan kompang ke dewan utama


Tetamu bersiap untuk ke dewan besar


pengarah menyampaikan ucapan


Pelajar perempuan mengikuti teknik dan skor markah matapelajaran



Antara guru perempuan yang hadir mengikut ceramah motivasi


Barisan pentadbiran sekolah


En Radzi Ismail Pengetua SMKA Kerian menyampaikan ceramah

VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

27 April, 2011

KEM AN NASRU BAHASA ARAB PMR 2011

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 9:35:00 PTG | No comments
Batu Gajah, 27 April 2011. Unit Bahasa Arab Sektor Pendidikan Islam SPI Jabatan Pelajaran Perak telah menganjurkan satu kem peningkatan akademik bahasa Arab kepada pelajar Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Negeri Perak. Kem yang berlansung di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah ini bermula pada 25-27 April 2011.
Menurut Penyelaras Kem ini Ustaz Abdul Kahar Awang Karim. Kem ini diadakan bagi mempertingkatkan keupayaan calon PMR yang mengambil kertas Bahasa Arab untuk memcapai tahap cemerlang. Seramai 4 oarng pelajar dipilih dari setiap sekolah untuk menyertai kem ini. Seorang guru turut dipilih dari sekolah yang menyertai untuk mengelola sesi latihan kepada semua peserta.
Peserta yang merupakan calon PMR tahun ini didedahkan dengan teknik pemahaman, cara membaca kalimah, hafalan tasrif kalimah dan penulisan karangan bagi memudahkan mereka menjawab kertas ini dengan lebih baik pada peperiksaan sebenar nanti.
Turut hadir merasmikan penutupan kem ini ialah Ahli Parlimen Parit Yang Berhormat Drs. Nizar Zakaria. Dalam ucapannya menyentuh mengenai saingan yang ditunjukan SABK kini lebih baik dan mampu mengugat sekolah-sekolah yang lain dari segi pencapaian akademik. Beliau memuji pihak unit Bahasa Arab kerana menganjurkan kem seperti ini bagi memastikan calon kertas Bahasa Arab akan terus cemerlang dan mempertingkatan keputusan diperingkat negeri.
Beliau turut mengulas mengenai perlunya pelajar sedar tugas utama mereka untuk belajar dan menunut ilmu dengan sebaik mungkin. Kecemerlangan yang ingin dicapai perlu kerjasama semua pihak terutama diri pelajar itu sendiri.
Tambahnya lagi, pelajar perlu tahu peranan mereka di sekolah masing-masing untuk bertindak sebagai duta yang membawa perubahan kepada masyarakat hari ini ke arah yang lebih baik. Di akhir ucapannya, beliau mengharapkan usaha seperti ini akan membuahkan hasil yang baik dalam keputusan peperiksaan yang akan datang. Beliau turut mengharapkan agar pelajar berusaha bersungguh-sungguh untuk menjamin kejayaan milik bersama.

Sorotan Foto di sini

Muat Turun Foto-foto di sini (Fail.rar )














VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

KREDIT UCAPAN

INFO RINGKAS SEKOLAH


INFO RINGKAS AL-HIDAYAH

MERANGKUMI PENDIDIKAN AKADEMIK DAN AGAMA (AZHARIAH /DINI) SECARA SERENTAK BERMULA DARI TINGKATAN 1-5

MENITIKBERATKAN MINAT KEPADA ILMU AGAMA YANG MERUPAKAN TUNJANG PENTING SEKOLAH INI

KURIKULUM

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)+ KURIKULUM AZHARIAH (IDADIE DAN THANAWI)

KOKURIKULUM

MELIPUTI ASPEK UNIT BERUNIFORM + KELAB PERSATUAN + SUKAN DAN PERMAINAN

PRASARANA DAN KEMUDAHAN UTAMA

BANGUNAN KELAS DAN KEPERLUAN PENDIDIKAN SESUAI YANG DIBEKALKAN KPM

TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ICT

SEDIAAN GURU TERLATIH OLEH PIHAK KEMENTERIAN

BANGUNAN ASRAMA LELAKI DAN PEREMPUAN MENGIKUT KAPASITI YANG DITETAPKAN

MISI 2020

MENJADI SEKOLAH TERBAIK DAN CEMERLANG DI DAERAH KERIAN 2020

PENERIMAAN MASUK ADALAH BERDASARKAN PENCAPAIAN YANG BAIK DALAM UJIAN KEMASUKAN YANG AKAN DIADAKAN PADA AWAL DISEMBER. UJIAN INI AKAN MELIPUTI PENGUASAAN AL-QURAN, JAWI, DAN SEBAHAGIAN MATAPELAJARAN AKADEMIK LAIN

EDISI 10 TAHUN MENJADI SABK

KOLEKSI YOUTUBE

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN ANJURAN PELAJAR ASRAMA


PERTANDINGAN BADMINTON KELAB BADMINTON



SEKILAS FOTO MENARIK HARI PELAJAR 2010

PENAFIAN

PENAFIAN : UNIT MEDIA PENERBITAN DAN PIHAK SEKOLAH TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEGALA KESULITAN DAN KEHILANGAN MAKLUMAT BERIKUTAN MUAT TURUN BLOG ATAU BAHAN DALAM BLOG INI

NOTIS DAN UCAPAN


PERHATIAN PENTING KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH. GELOMBANG KEDUA H1N1.
PERINGATAN PENTING BERKAITAN SELSEMA BABI INFLUENZA A H1N1 KEPADA WARGA SEKOLAH DIMINTA UNTUK MEMATUHI SEGALA KEPERLUAN BERKAITAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DALAM USAHA MENGHINDARKAN DIRI DARI VIRUS H1N1 INI
-BASUH TANGAN SEHINGGA BENARBENAR BERSIH
- GUNAKAN TISU ATAU SAPU TANGAN KETIKA BERSIN ATAU BATUK
- HINDARKAN BERHUBUNG SECARA TERUS DENGAN PENGIDAP SELSEMA, DEMAM ATAU SUSPEK H1N1
- TIDAK BERADA SECARA BERKUMPULAN
- SENTIASA MENGIKUTI PERKEMBANGAN PENYAKIT INI DARI SEMASA KE SEMASA
- SENTIASA PATUH KEPADA ARAHAN PIHAK BERKUASA
BERDOA SEMOGA KITA DIJAUHI DARI WABAK YANG MEMBUNUH INI KEPADA BEKAS PELAJAR YANG MELAYARI BLOG INI SILA ISI MAKLUMAT ANDA DI BUKU PELAWAT TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENYOKONG BLOG INI

TERKINI DI LAMAN INI

Random Post

Hubungi Kami

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297

Template Updates