TERKINI DI FACEBOOK

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297 Email : alhidayah@ppdkerian.edu.my

PENTING

BLOG SEKOLAH MASIH DALAM PROSES PENGUBAHSUAIAN

28 April, 2009

HOT : Bersama Diana

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 11:28:00 PTG | 2 comments
Ketika saya menitipkan post yang terkini ini, saya sedang 'kesejukan' di dalam bilik hotel ketika ini. Saya dengan rela 'mengantikan' cikgu Nora ke mesyuarat tahunan Penolong Kanan 1. Setelah sesi bertemu bual bersama Nora, saya sendiri mengambil keputusan utk pergi mengantikan beliau kerana 'terpanggil' utk meyelamatkan keadaan. Memang akan ada yang kata saya nie terlalu 'manjakan' Nora kerana selalu mengantikan dan 'menyelamatkan' dia, tapi bagi saya siapa pun guru yang mempunyai masalah harus berhadapan dengan keadaan dan bersedia berkongsi susah senang rakan setugas. Biarlah saya penat dan letih asal semua warga dalam sekolah dan sekolah sendiri akan tetap teguh mendokongi 'MENJANA GENERASI MURABBI'. Dalam keadaan yang agak sibuk dan kritikal untuk gerak ke KL nie.. saya cuba jugak usaha untuk sampai, dan saya tiba di perkarangan hotel pada jam 10.30 malam. Naik turun bas dengan perut lapar takdan lunch.. suatu yang mencabar jugak bila bas dr PB-KL takdak.. saya terus ke Gopeng dapatkan bas. Akhirnya sampai jugak .... Hotel nie.. dekat jer dgn Chow Kit .. layan foto hotel nie..dan gambar di dalam dewan mesyurat yang dihadiri hampir 250 Penolong Kanan sekolah negeri Perak.












Sewaktu saya bertolak ke KL nie petang tadi, sedang berlansung program 'STUDY SMART TO SKOR A' anjuran unit kaunseling. Cadangnya nak la turut serta.... hehehhe ... mesti ada yang ketawakan aku nie... sedia faham .. amboi2 .. hampa ingat aku nie.. apa... aku hanya nak tengok untuk jadi bhn aku menulis dlm nie la... ..

Program yang melibatkan semua pelajar sekolah yang dikendalikan oleh cikgu Latifah bersama temannya yang menjadi penyampai sesi iaitu cikgu Diana. Program yang diadakan khusus untuk mendedahkan pelajar dengan cara belajar yang tepat dan bijak bagi menguruskan pembelajaran ke arah yang terbaik.
cerita tentang program ini akan ditulis kemuadian bersama foto menariknya...
Layan lah .... gambar cikgu Diana beraksi ... layan jer.. jangan marah yer Diana.

Menjamu selera setelah penat berceloteh .... makan yer Cikgu Diana


Cikgu Diana nie.. baru jer sampai .. jangan la panggil lagi .. bagi la dier rehat dulu .......


Amboi... mcm sepadan jer.. heheh ... oppppss.. ini pemberian cerderamta jer la .. jgn fikir lain arrr.......


Para pelajar .. teruja dengan penyampaian Cikgu Diana .. best tu ...


Aper la agaknya .. si Alimunawar khabarkan kat Cikgu Diana nie....


Inilah .. pengendali program yang setia bekerja ... rajin si Latifah nie... TQ.


Aiihhhh .. nak bagi aper tu cikgu Diana ....


Gambar jer senget .. org nyer.. cantik ....


Tak cayer.. tengok sendiri la ...


Semangat pelajar lelaki tuuuuuuuu....





TERIMA KASIH CIKGU DIANA .. JUMPA LAGI ... JANGAN MARE...


Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

26 April, 2009

HOT : Sukan Asrama

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 10:35:00 PTG | No comments
Pada hari ini juga 26 April telah diadakan pertandingan sukan asrama yang bertempat di perkarangan tapak perhimpunan sekolah. Unit Pengurusan Asrama telah mengorak langkah mengadakan pertandingan ini sebagai usaha menambah aktiviti kepada semua pelajar asrama.... kita nantikan cerita dari pihak penganjur. Gambar foto aktiviti tersebut akan di upload kemudian.
IKUTI FOTO ISTIMEWA ADEGAN PELAJAR DAN GURU DI KARNIVAL SUKAN ASRAMA LELAKI

















Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

Cerita Guru Vol.2 Mesy Agung PPSR Daerah Parit Buntar

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 9:32:00 PTG | No comments
Hari ini tanggal 26 April 2009, saya sempat menghadiri Mesyuarat Agung Pertubuhan Pendokong Sekolah Agama Rakyat (PPSR) Daerah Parit Buntar yang telah diadakan di Dewan Sebaguna SABK Al-Falah Tg Piandang. Majlis yang bermula sekitar pukul 9.00 pagi ini telah dihadiri oleh pimpinan PPSR Negeri Perak dan Saf pimpinan PPSR Daerah dan hadirin yang terdiri dari kalangan guru-guru sekolah agama KAFA / menengah.
Antara yang hadir ialah Us. Anwar El Syazali Musa ( setiausaha agung PPSR Perak) beraama Us Agus Sulam (tim. S/U Agung PPSR Perak), Us Salehuddin Said (Penyelia KAFA Daerah Parit Buntar), Pimpinan PPSR Daerah Parit Buntar termasuk pengerusinya Cikgu Hamidi Mohamad.

Majlis sesi pembukaan dihiasi dengan bacaan doa dan bacaan al-quran oleh wakil Al-Falah. Sesi ucapan dumulai oleh Pengerusi PPSR daerah Cikgu Hamidie, antara intisari ucapan beliau banyak menyentuh berkaitan tugas guru di zaman yang semakin mencabar ini. Ucapan beliau yang menjurus kepada profesion guru agama yang menunut perubahan paradigma yang lama kepada yang lebih terkini bagi menyaingi arus teknologi yang cukup pantas kini. Teguran beliau mengenai guru-guru baru dan guru muda yang tidak gemar mengambil tahu tentang persatuan yang membela mereka seperti PPSR ini. Mereka juga tidak gemar terlibat di dalam persatuan mahupun program yang diadakan oleh persatuan. Ini dapat diperhatikan melalui jawatankuasa yang mengangotai PPSR daerah contohnya, semuanya terdiri dari kumpulan yang agak berumur dan tidak mampu memberi yang terbaik untuk keperluan pendidikan di bawah tadbiran persatuan tersebut. Berikutan itu, beliau mengharapkan tindakan proaktif pentadbiran sekolah terutama Guru Besar / Pengetua memberikan pendedahan yang baik kepada guru baru di sekolah masing-masing.

Kemudian sesi ucapan perasmian oleh Ustaz Anwar El Syazali. Sebagai pengetahuan beliau ini adalah Mudir Madrasah Idrisiah Bukit Chandan Kuala Kangsar, saya pernah bekerjasama dengan beliau ketika terlibat dengan urusan PPSR diperingkat Negeri serta himpunan guru-guru KAFA negeri Perak yang pernah diadakan di USM Transkerian. Ucapan beliau amat saya nantikan kerana telah sekian lama tidak mendengar kata-kata beliau secara lansung seperti ini. Ucapan beliau berkisar pembangunan PPSR di peringkat negeri yang telah mengalami perubahan pimpinan yang baru dan pensturukturan semula tugas. Beliau meluahkan kerisauan berkaitan guru dan institusi agama seperti SAR ini bakal mengharungi kesukaran berikutan tindakan orang yang tidak mahu melihat agama subur dikalangan rakyat Malaysia ini yang Islam. Beliau juga 'menceritakan' detik cemas sekolah tempat beliau bertugas menjadi medan lontaran 'gas pemedih mata' oleh FRU bagi menyuraikan himpunan rakyat Perak ketika kejadian 'rusuhan' di Masjid Ubudiah yang berhadapan Madrasah tersebut Feb lalu.
Tak perlulah saya nukilkan apa yang beliau gambarkan ketika ucapannya pagi tadi mengenai isu 'rusuhan' tersebut. Beliau mengahii ucapan dengan harapan mengunung kepada semua guru KAFA dan guru-guru di sekolah agama agar memepertahankan sistem pendidikan agama dengan keupayaan yang ada. Bersatu dibawah satu persatuan yang sah dan berdaftar dalam memperjuangan sistem pendidikan agama di kawasan sendiri.

Begitulah sisipan ucapan beliau yang sebenarnya cukup menarik utk ditulis, tapi agak sensitif kerana berkaitan 'isu' perak. Di masa rehat saya sempat berbual dengan beliau dan us Agus dan bersama beberapa lagi rakan AJK PPSR 2008, mengenai isu yang menjadikan pembangunan pendidikan agama di Perak sedikit terbantut. Walauapapun, biarlah ianya dapat diselesaikan dengan baik. InsyaAllah.

Bagi saya pula sebagai mantan Tim. Setiausaha PPSR daerah yang tidak lagi dipilih tahun ini melihat isu tempatan lebih perlu dititik beratkan. Isu utamanya ialah kurangnya kepekaan guru baru / muda dengan persatuan Sekolah Agama Rakyat seperti ini. Ini lebih ketara di sekolah-sekolah menengah yang dulunya adalah Sekolah Menengah Agama Rakyat dan kini dikenali sebagai SABK. Kebanyakkan guru tidak tahu lansung kewujudan PPSR yang sebenarnya telah membantu sekolah dari dahulu lagi. Fenomena ini membawa kesan negatif kepada kumpulan guru KAFA malah guru-guru di sekolah menengah juga tidak mahu menjadi pendokong sekolah agama rakyat dengan menjadi ahlinya.
Apapun saya harap apabila artikel ini dibaca oleh semua pengunjung terutama rakan sejawat saya di SMA Al-Hidayah ini, mampu kembali mendokong sekolah agama seperti orang terdahulu. Jangan kerana gaji dah beribu, dah tak mahu bersama persatuan. Ingatlah, kita bertugas di sekolah agama merupakan PEWARIS bukan sahaja sistem pendidikan agama malah sekolah yang jadi tempat kita bertugas ini bakal kita corakkannya untuk mendepani masa yang kian mencabar.

Buat akhirnya .. layan foto la yer .. jumpa lagi.


















Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

24 April, 2009

Cerita Guru Vol.1

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 10:45:00 PTG | No comments
Sempena nak meraikan Hari Guru 2009 yang akan datang tak lama lagi ... saya akan siarkan nukilan-nukilan istimewa buat guru. Kepada yang ingin menghantar sebarang bentuk ciptaan samada sajak, cerita atau seloka utk guru. sila emailkan kepada saya.
Apa pun layan dulu nukilan yang saya temui ini, sekadar peringatan buat semua guru.

CIRI-CIRI GURU YANG BAIK.
Setiap orang guru mempunyai sifat-sifat istimewanya sendiri. Setengah-setengah daripada sifat itu adalah merupakan suatu mauhibah fitriah atau kurniaan semula jadi yang diberi Allah kepadanya manakala yang lain pula mungkin suatu pancapaian dan perkembangan yang diperoleh daripada pengalaman kerjanya sebagai seorang guru. Dengan itu bermakna bahawa bakat yang sedia wujud itu perlu dipupuk melalui usaha yang bersungguh-sungguh supaya timbul lagi ciri-ciri lain yang lebih baik.
Diantara ciri-ciri tersebut ialah:
1. mengetahui dengan jelas akan pelajaran yang diajarnya serta yakin dengan nilai dan keperluan perkara tersebut.
Dalam hubungan ini guru tidak seharusnya mengetaui perkara yang hendak diajarnya kepada murid itu dengan kadar yang terbatas,tetapi lebih daripada itu. Guru tidak boleh berpuas hati dengan pelajaran yang terdapat di dalam buku teks yang berdasarkan sukatan pelajaran sahaja tetapi cuba berikan pelajaran tambahan supaya murid-murid dapat menjawab soalan yang dikemukakan di dlam peperiksaan. Guru mestilah sentiasa bercita-cita untuk menguasai seberapa banyak maklumat yang berhubung dengan pelajaran yang hendak diajar. Disamping itu,ia juga mesti mempunyai fikiran yang terbuka dan memerhatikan keupayaan murid-murid yang meneriam pelajarannya. Dengan cara ini dapat mendorong mereka mancapai kematangan yang lebih tinggi. Guru mestilah sedar bahawa mengumpul maklumat dan meyakini nilai-nilai pelajaran dan keperluannya adalah merupakan suatu perkaran yang paling penting bagi seseorang guru.

2. Meminati pengajaran yang diajar.
Tanpa minat terhadap sesuatu subjek itu,guru tidak akan cuba memperdalamkan maklumat mengenainya. Oleh itu adalah mustahil bagi seseorang guru itu untuk mencapai objektif pengajarannya jika ia tidak berminat terhadap subjek yang diajarnya. Guru yang betul-betul berminat denga pelajaran yang diajarnya akan merasa seronok menghadapi murid-muridnya. Ia tidk akan merasa letih untuk membuat kerja yang banyak dan juga tidak mengeluh ketika menghadapi sesuatu masalah yang besar. Ini disebabkan minatnya sendiri yang mendorongnya untuk memikirkan dan menimbulkan idea-idea baru serta melahirkan sesautu dari sudut pandangan yang menarik sebagai bahan pengajarannya.

3. Suka kepada murid-murid.
Pada ammya,cara yang paling mudah untuk memupuk sikap sukakan murid ialah menganggap mereka sebagai golongan-golongan muda yang tidak mengerti dan tidak berpengalaman. Oleh itu mereka sangat memerlukan bimbingan dan tunjuka ajar. Anggapan ini boleh menolak sikap negatif guru terhadap mereka sekalipun meraka banyak membuat kesalahan.
Selain itu,guru hendaklah sentiasa menganggap dirinya sebagai pemimpin bagi satu kumpulan. Dia juga harus sedar bahawa pemimpin yang berjaya ialah pemimpin yang dapat membina dan mempertahankan identiti atau sahsiah kumpulan yang dipimpinnya itu. Oleh itu dia haruslah yakin bahawa murid-muridnyalah yang boleh menjadi acuan yang berguna untuk melahirkan pula kepimpinan yang baik. Disamping itu,dia juga perlu yakin bahawa segala masalah yang dihadapinya adalah satu alat yang boleh memperkembangkan idea-idea baru bagi memupuk bakat kepimpinannya sendiri.

4. Mengenali muridnya
Mengenali murid bererti mempelajari corak pemikiran dan perasaan mereka supaya dapat memahami sifat-sifat dan tingkahlaku mereka. Dengam mengenali muridnya,guru dapatlah bertindak wajar terhadap mereka.terdapat berbagai cara untuk guru mengenali murid. Diantaranya ialah guru harus banyak mengingati kembali masa-masa remajanya supaya mudah memahami serta melayani fikiran dan emosi murid-murid. Aktiviti-aktiviti luar seperti mengadakan jamuan,bersukan,berkelah,membuat projek,berusrah dan kegiatan-kegiatan ko-kurikulum yang lain boleh mewujudkan hubungan yang baik antara guru denga murid-muridnya. Semasa menjalankan aktiviti,guru hendaklah bermesra dan mendengar pendapat murid-murid. Dengan cara ini guru dapat mengetahui emosi dan fikiran murid-muridnya.
Selain daripada mengetahui sifat dan tingkahlaku murid-murid,guru juga perlu mengingati nama dan mengecam muka mereka dengan jelas. Walaupun langkah ini tidak mudah dilakukan,tetapi ia sangat penting untuk menyakinkan murid-murid terhadap dirinya. Denga itu juga,mudahlah guru mempengaruhi mereka untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran.

5. Kreatif atau mempunyai daya usaha untuk membentuk pemikiran yang produktif dikalangan murid-murid.
Bagi mencapai matlamat ini,guru mestilam mempunyai daya ingatan yang tinggi berhubung denga pelajaran yang diajar dan pelajaran-pelajaran lain yang berkaitan. Misanya mengungati segala arahan dan soalan-soalan yang telah dikemukakan kepada murid-murid. Guru juga perlu sanggup megemukakan fakta-fakta dan mengulangnya kembali untuk dikaitkan dengan fakta-fakta baru. Cara ini dapat mengatasi masalah-masalah yang rumit supaya tumpuan dan perhatian yang khusus dapat diberikan kepada murid-murid yang lemah.
Selain daya ingatan yang kuat,guru juga perlu mempunyai kemahiran dan kebolehan intuk menimbulkan suasana riang di dalam bilik darjah. Suasana tersebut dapat melenyapkan jurang-jurang perbezaan serta dapat menimbulkan kemesraan si antara satu sama lain. Di antara teknik pengajaran yang boleh menimbulkan keriangan di dalam bilik darjah ialah berjenaka. Guru yang pandai berjenaka dianggap sebagai guru yang baik dan sangat digemari oleh murid-murid. Konsep jenaka yang dimaksudkan si sini ialah menimbulkan suasana yang menggembirakan murid-murid,semata-mata untuk mewuujudkan hubungan mesra diantara guru dengan murid dan diantara sesama mereka di dalam bilik darjah.

Bagi seorang muslim,profesionnya adalah tidak terlapas daripada ibadah,oleh itu seorang guru muslim mestilah mempunyai akhlak yang tinggi dengan memiliki sifat-sifat yang mahmudah seperti berikut:
1. Benar.
2. Menepati janji.
3. Ikhlas.
4. Rendah diri (tawadu’)
5. Amanah.
6. sabar.
7. lamah lembut dan pemaaf.
8. penyanyang
9. sikap qanaah dan zuhud.
10. berani.


Tugas dan tanggungjawab guru adalah sangat luas dan berat. Mereka bukan sahaja bertanggungjawab kapada masyarakat,tetapi juga kepada Allah s.w.t. Oleh kerana itu,maka meraka sudah pasti sentiasa berhadapan dengan cabaran-cabaran yang banyak. Namun demikian,bagi guru yang sebenarnya,demua beban tersebut adalah medan yang luas baginya untuk berjihad dan beramal.


Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

HOT : Seluar oh Seluar

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 11:34:00 PG | No comments
Salam kepada semua pengunjung yang menantikan 'post' baru dari saya yang dah lama tak menaip utk cerita baru di sini. Tentunya banyak yang tertanya2 mana pi saya sebab lama tak taip cerita baru di sini. Ada jer.. cume sibuk sket dgn beberapa urusan sekolah yang memerlukan saya amik prihatin hal tersebut. Disamping itu saya juga sedang menjalani sesi praktikum yang memerlukan saya mengambil perhatian utama terhadapnya. Bukannya tak dak cerita baru tapi .. tak sempat nak mengarang... ok sebelum tu saya meyambung cerita menarik tu .. mari kita layan gambar nie dulu..

Tengok dari belakang tu .. mesti pengunjung dah kenal sangat .. itulah cikgu wan yang 'kesunyian' merindu teman yang jauh di mata dekat di hati. Sori arrr .. sajer menghiasi 'post' kali ini.

Topik HOT kali ini yang saya nak ketengahkan adalah isu gambar nie... close up sket ...

Apabila melihat gambar di atas mungkin ianya sekadar biasa namun dari tahun lepas lagi isu SELUAR ini menjadi bualan hangat dikalangan guru dan pelajar. Diingatkan berkali-kali, sudah didenda dengan berbagai 'style' namun pelanggaran disiplin berkaitan SELUAR masih tetap berlaku. Pernah kita melihat pelajar dirotan kerana memakai SELUAR sperti di bawah ini....

Apa yang dikesali keadaan ini masih menjadi ikutan pelajar kerana dikatakan mengikut trend semasa. Kerana itu saya mula menyelidiki siapa punya 'trend' ini yang menjadi kegilaan pelajar sekolah ini. Akhirnya saya bekesempatan mengikuti termuramah dalam satu slot di tv1 yang secara lansung menanyakan berkaitan pakaian sebuah 'indie band' yang popular di tanah air. Rupanya 'trend' jenis SELUAR kecik di bahagian bawah ini adalah trend 'costum' kumpulan indie.
Saya mengharapkan dengan pendedahan ini memberi kesedaran kepada semua pelajar bahawa sebagai pelajar mestilah mengikuti peraturan sekolah. Samada ia meliputi waktu pembelajaran sampailah kepada etika berpakaian.
Mungkin pembaca awal menyangka saya bakal mengulas isu SELUAR ini dalam konteks yang lebih 'sensitif'. Jangan lah yer.. saya cuba untuk tidak menyentuh isu sensitif. Apa yang saya paparkan di sini adalah 'peringatan' yang saya rasa perlu untuk kita semua sedar.
Baiklah .. rasanya dah cukup la kut untuk kali ini saya 'berceloteh' mengenai SELUAR OH SELUAR. Mungkin minggu ini bakal ada topik HOT lagi. Tunggu ... disamping itu saya membuka peluang untuk rakan-rakan pengunjung menghantar cerita bagi dimuatkan di BLOG sekolah ini. Sesiapa yang ingin menghantar cerita .. emailkan kepada saya di msi_03@yahoo.com
Oklah buat akhirnya kita layan foto istimewa sepanjang minggu lalu ....
Foto kokurikulum Unit Beruniform KRS




Tengok guru lelaki nie semua .. sembang jer pandai... hehehe .. keje mau buat beb.
JANGAN MARE BRO ...



Ini cerita paling best sekali .. pertama kalinya Si Wan Nazri dgn Sayuti nie sampai kat Penang. Layan la foto istimewa yang saya 'candid' dalam feri PULAU PINANG nie...






Sekian buat tatapan kali ini .... jumpa lagi yer ... yang mana terasa .. padan la muka ... adik hanya nak cerita.


Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

KREDIT UCAPAN

INFO RINGKAS SEKOLAH


INFO RINGKAS AL-HIDAYAH

MERANGKUMI PENDIDIKAN AKADEMIK DAN AGAMA (AZHARIAH /DINI) SECARA SERENTAK BERMULA DARI TINGKATAN 1-5

MENITIKBERATKAN MINAT KEPADA ILMU AGAMA YANG MERUPAKAN TUNJANG PENTING SEKOLAH INI

KURIKULUM

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)+ KURIKULUM AZHARIAH (IDADIE DAN THANAWI)

KOKURIKULUM

MELIPUTI ASPEK UNIT BERUNIFORM + KELAB PERSATUAN + SUKAN DAN PERMAINAN

PRASARANA DAN KEMUDAHAN UTAMA

BANGUNAN KELAS DAN KEPERLUAN PENDIDIKAN SESUAI YANG DIBEKALKAN KPM

TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ICT

SEDIAAN GURU TERLATIH OLEH PIHAK KEMENTERIAN

BANGUNAN ASRAMA LELAKI DAN PEREMPUAN MENGIKUT KAPASITI YANG DITETAPKAN

MISI 2020

MENJADI SEKOLAH TERBAIK DAN CEMERLANG DI DAERAH KERIAN 2020

PENERIMAAN MASUK ADALAH BERDASARKAN PENCAPAIAN YANG BAIK DALAM UJIAN KEMASUKAN YANG AKAN DIADAKAN PADA AWAL DISEMBER. UJIAN INI AKAN MELIPUTI PENGUASAAN AL-QURAN, JAWI, DAN SEBAHAGIAN MATAPELAJARAN AKADEMIK LAIN

EDISI 10 TAHUN MENJADI SABK

KOLEKSI YOUTUBE

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN ANJURAN PELAJAR ASRAMA


PERTANDINGAN BADMINTON KELAB BADMINTON



SEKILAS FOTO MENARIK HARI PELAJAR 2010

PENAFIAN

PENAFIAN : UNIT MEDIA PENERBITAN DAN PIHAK SEKOLAH TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEGALA KESULITAN DAN KEHILANGAN MAKLUMAT BERIKUTAN MUAT TURUN BLOG ATAU BAHAN DALAM BLOG INI

NOTIS DAN UCAPAN


PERHATIAN PENTING KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH. GELOMBANG KEDUA H1N1.
PERINGATAN PENTING BERKAITAN SELSEMA BABI INFLUENZA A H1N1 KEPADA WARGA SEKOLAH DIMINTA UNTUK MEMATUHI SEGALA KEPERLUAN BERKAITAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DALAM USAHA MENGHINDARKAN DIRI DARI VIRUS H1N1 INI
-BASUH TANGAN SEHINGGA BENARBENAR BERSIH
- GUNAKAN TISU ATAU SAPU TANGAN KETIKA BERSIN ATAU BATUK
- HINDARKAN BERHUBUNG SECARA TERUS DENGAN PENGIDAP SELSEMA, DEMAM ATAU SUSPEK H1N1
- TIDAK BERADA SECARA BERKUMPULAN
- SENTIASA MENGIKUTI PERKEMBANGAN PENYAKIT INI DARI SEMASA KE SEMASA
- SENTIASA PATUH KEPADA ARAHAN PIHAK BERKUASA
BERDOA SEMOGA KITA DIJAUHI DARI WABAK YANG MEMBUNUH INI KEPADA BEKAS PELAJAR YANG MELAYARI BLOG INI SILA ISI MAKLUMAT ANDA DI BUKU PELAWAT TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENYOKONG BLOG INI

TERKINI DI LAMAN INI

Random Post

Hubungi Kami

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297

Template Updates