TERKINI DI FACEBOOK

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297 Email : alhidayah@ppdkerian.edu.my

PENTING

BLOG SEKOLAH MASIH DALAM PROSES PENGUBAHSUAIAN

10 April, 2009

Majlis Perhimpunan Yang HOT dengan Hadiah

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 3:56:00 PTG | No comments
Majllis hari ini perhimpunan jumaat yang menjadi rutin setiap minggu, pentas bagi cerita seminggu berkaitan apa juga yang berlaku dalam masa seminggu.




Minggu nie ... ustaz fatan berkesempatan berucap ... berdegar2 harapan dier untuk anak didik Hidayah, sejak dulu begitu lah perwatakannya ... ceria dan sempoi ... sgt mesra dgn semua pelajar. kenal ker ustaz fatan .. nie... dier ...




Jika minggu lepas cikgu dibawah nie.. dah pun memperkenalkan diri.. ini cikgu baru bahasa inggeris. Nama dia hampir nak sama dengan sekolah NUR HIDAYAH BINTI ABD WAHAB


Layan dulu foto dier ... khusyuk mendengar ucapan ustaz fatan.
Sori arr . cikgu Hidayah ... sajer 'promo' kat lapangan cni .. mana tau ada yang berkenan di hati .. wakaka ... ok jugak . makan free kami semua.
Arr ..nak cte panjang lagi nie.. tapi nak 'interframe' sorang lagi cikgu nie.... nie.. ha..

Cikgu Teh Nur Akmal Bt Kusni.. tengok tu 'jelingan'dier ... naik risau saya yg amik gambaq dier nie... jgn mare arr Teh .. saya saja amik sekadar 'hiasan'.


Ar .. apa yg saya nak citer nie.. adalah berkaitan suasana SAR yang semakin malap setelah menjadi SABK. Dari apa yang saya perhatikan kebanyakkan cikgu yang baru gagal menghayati suasana SAR yang mementingkan pendidikan agama. Agama mementingkan ADAB yang merupakan interprestasi bagi AKHLAK. Sekarang sudah ada pelajar dan guru yang tidak menitikberatkan isu akhlak. ada pelajar yang tidak menutup aurat ketika bermain dan juga urusan luar. Ada guru yang sambil lewa 'menguruskan' isu ini. bahkan guru lebih mengalakkan dgn menampilkan cara 'tersendiri'. Sudah dekat 2 minggu isu ini dicakapkan terutama oleh Cikgu Naz HEM. tapi masih menjadi 'trauma' bagi pengurusan sekolah yg telah membenarkan pelajar masuk permainan atau menyertai apa jua program.

Saya tak nak 'upload' gambar berkaitan itu.... kerana menjaga peribadi. Lagi satu berkaitan hubungan dalam percakapan. ada perbualan yang menghiris hati, ada percakapan tidak menghormati, ada yang tidak peduli, ada yang sakit sampai ke hati. Ini suatu petanda tidak baik kerana bakal mengundang kucar kacir. Isu ini, berlaku di antara pelajar dgn pelajar sehingga bergaduh 'berdarah kepala', berlaku pelajar dgn guru sampai ada yang kata guru sombong, ada guru kata pelajar itu sombong, macam2 yang jadi termasuk guru bermasam muka sesama guru, guru asyik marah dan tak hormat yang lebih tua. Apa cte nie... ini sekolah agama .. kita kena sedar banyak tanggungjawab di SEKOLAH AGAMA. baik pada pelajar mahupun guru. Jadi perbaiki lah 'HAL' ini agar tidak menjadi barah.

Saya dalam usaha untuk berbincang dengan pentadbiran utk menetapkan ini....

PRINSIP SAR AL-HIDAYAH

1. TAKAFUL

2. TAAWUN

3. TASAMUH

4. TABARRAQ

5. TAWADDU'


Ini salah satu usaha saya bersama guru lama bagi mengembalikan SUASANA SAR ke dalam SABK. Cukup la buat tatapan pembaca. Maaf la yg mana 'KENA'. Layan la foto di bawah nie sekadarnya.





















BUAT AKHIRNYA TERIMA KASIH KAT TUAN YANG BELANJA MAKAN .. NIE DIA ORG NYER ...
TERIMA KASIH BEBANYAK CIKGU LATIFAH ....LAIN KALI BELANJA LA LAGI .. SELALULAH KAMI MAKAN FREE. HEHEHEH ..



TAPI .. YANG SORANG NIE.. LAST SEKALI MAKAN TAPI DPT 2 PINGGAN IKAN SIAKAP NIE.. BERSELERA NAMPAK .. HEHEH .. GUA GURAU JA BEB.. JGN MARE YER ...




Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

0 komentar:

KREDIT UCAPAN

INFO RINGKAS SEKOLAH


INFO RINGKAS AL-HIDAYAH

MERANGKUMI PENDIDIKAN AKADEMIK DAN AGAMA (AZHARIAH /DINI) SECARA SERENTAK BERMULA DARI TINGKATAN 1-5

MENITIKBERATKAN MINAT KEPADA ILMU AGAMA YANG MERUPAKAN TUNJANG PENTING SEKOLAH INI

KURIKULUM

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)+ KURIKULUM AZHARIAH (IDADIE DAN THANAWI)

KOKURIKULUM

MELIPUTI ASPEK UNIT BERUNIFORM + KELAB PERSATUAN + SUKAN DAN PERMAINAN

PRASARANA DAN KEMUDAHAN UTAMA

BANGUNAN KELAS DAN KEPERLUAN PENDIDIKAN SESUAI YANG DIBEKALKAN KPM

TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ICT

SEDIAAN GURU TERLATIH OLEH PIHAK KEMENTERIAN

BANGUNAN ASRAMA LELAKI DAN PEREMPUAN MENGIKUT KAPASITI YANG DITETAPKAN

MISI 2020

MENJADI SEKOLAH TERBAIK DAN CEMERLANG DI DAERAH KERIAN 2020

PENERIMAAN MASUK ADALAH BERDASARKAN PENCAPAIAN YANG BAIK DALAM UJIAN KEMASUKAN YANG AKAN DIADAKAN PADA AWAL DISEMBER. UJIAN INI AKAN MELIPUTI PENGUASAAN AL-QURAN, JAWI, DAN SEBAHAGIAN MATAPELAJARAN AKADEMIK LAIN

EDISI 10 TAHUN MENJADI SABK

KOLEKSI YOUTUBE

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN ANJURAN PELAJAR ASRAMA


PERTANDINGAN BADMINTON KELAB BADMINTON



SEKILAS FOTO MENARIK HARI PELAJAR 2010

PENAFIAN

PENAFIAN : UNIT MEDIA PENERBITAN DAN PIHAK SEKOLAH TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEGALA KESULITAN DAN KEHILANGAN MAKLUMAT BERIKUTAN MUAT TURUN BLOG ATAU BAHAN DALAM BLOG INI

NOTIS DAN UCAPAN


PERHATIAN PENTING KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH. GELOMBANG KEDUA H1N1.
PERINGATAN PENTING BERKAITAN SELSEMA BABI INFLUENZA A H1N1 KEPADA WARGA SEKOLAH DIMINTA UNTUK MEMATUHI SEGALA KEPERLUAN BERKAITAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DALAM USAHA MENGHINDARKAN DIRI DARI VIRUS H1N1 INI
-BASUH TANGAN SEHINGGA BENARBENAR BERSIH
- GUNAKAN TISU ATAU SAPU TANGAN KETIKA BERSIN ATAU BATUK
- HINDARKAN BERHUBUNG SECARA TERUS DENGAN PENGIDAP SELSEMA, DEMAM ATAU SUSPEK H1N1
- TIDAK BERADA SECARA BERKUMPULAN
- SENTIASA MENGIKUTI PERKEMBANGAN PENYAKIT INI DARI SEMASA KE SEMASA
- SENTIASA PATUH KEPADA ARAHAN PIHAK BERKUASA
BERDOA SEMOGA KITA DIJAUHI DARI WABAK YANG MEMBUNUH INI KEPADA BEKAS PELAJAR YANG MELAYARI BLOG INI SILA ISI MAKLUMAT ANDA DI BUKU PELAWAT TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENYOKONG BLOG INI

TERKINI DI LAMAN INI

Random Post

Hubungi Kami

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297

Template Updates