Ketika saya menitipkan post yang terkini ini, saya sedang 'kesejukan' di dalam bilik hotel ketika ini. Saya dengan rela 'mengantikan' cikgu Nora ke mesyuarat tahunan Penolong Kanan 1. Setelah sesi bertemu bual bersama Nora, saya sendiri mengambil keputusan utk pergi mengantikan beliau kerana 'terpanggil' utk meyelamatkan keadaan. Memang akan ada yang kata saya nie terlalu 'manjakan' Nora kerana selalu mengantikan dan 'menyelamatkan' dia, tapi bagi saya siapa pun guru yang mempunyai masalah harus berhadapan dengan keadaan dan bersedia berkongsi susah senang rakan setugas. Biarlah saya penat dan letih asal semua warga dalam sekolah dan sekolah sendiri akan tetap teguh mendokongi 'MENJANA GENERASI MURABBI'. Dalam keadaan yang agak sibuk dan kritikal untuk gerak ke KL nie.. saya cuba jugak usaha untuk sampai, dan saya tiba di perkarangan hotel pada jam 10.30 malam. Naik turun bas dengan perut lapar takdan lunch.. suatu yang mencabar jugak bila bas dr PB-KL takdak.. saya terus ke Gopeng dapatkan bas. Akhirnya sampai jugak .... Hotel nie.. dekat jer dgn Chow Kit .. layan foto hotel nie..dan gambar di dalam dewan mesyurat yang dihadiri hampir 250 Penolong Kanan sekolah negeri Perak.
Sewaktu saya bertolak ke KL nie petang tadi, sedang berlansung program 'STUDY SMART TO SKOR A' anjuran unit kaunseling. Cadangnya nak la turut serta.... hehehhe ... mesti ada yang ketawakan aku nie... sedia faham .. amboi2 .. hampa ingat aku nie.. apa... aku hanya nak tengok untuk jadi bhn aku menulis dlm nie la... ..
Program yang melibatkan semua pelajar sekolah yang dikendalikan oleh cikgu Latifah bersama temannya yang menjadi penyampai sesi iaitu cikgu Diana. Program yang diadakan khusus untuk mendedahkan pelajar dengan cara belajar yang tepat dan bijak bagi menguruskan pembelajaran ke arah yang terbaik.
cerita tentang program ini akan ditulis kemuadian bersama foto menariknya...
Layan lah .... gambar cikgu Diana beraksi ... layan jer.. jangan marah yer Diana.
Menjamu selera setelah penat berceloteh .... makan yer Cikgu Diana
Cikgu Diana nie.. baru jer sampai .. jangan la panggil lagi .. bagi la dier rehat dulu .......
Amboi... mcm sepadan jer.. heheh ... oppppss.. ini pemberian cerderamta jer la .. jgn fikir lain arrr.......
Para pelajar .. teruja dengan penyampaian Cikgu Diana .. best tu ...
Aper la agaknya .. si Alimunawar khabarkan kat Cikgu Diana nie....
Inilah .. pengendali program yang setia bekerja ... rajin si Latifah nie... TQ.
Aiihhhh .. nak bagi aper tu cikgu Diana ....
Gambar jer senget .. org nyer.. cantik ....
Tak cayer.. tengok sendiri la ...
Semangat pelajar lelaki tuuuuuuuu....
TERIMA KASIH CIKGU DIANA .. JUMPA LAGI ... JANGAN MARE...
Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya
2 komentar:
terima kasih kepada shahril yang sudi dan rela untuk menggantikan nora. terima kasih banyak-banyak tak terucap. jasamu dikenang sampai bila-bila. nak buat camner... problem xdapt nak elakk. terima kasih sudi memahami...
tak pa..
susah senang kita bersama.. inilah yang aku terapkan pada semua guru ... jgn kerana kepentingan diri menjadikan kita 'demand' dgn tugas.
Bukan semua masalah kita sama .. apa pun aku nasihatkan nora pandai 'menguruskan' keluarga dgn baik.
Aku selalu nasihat org umah .. bertndak sbg PENGURUS dan suami adalah CEO dlm kelurga. jd jika timbul masalah selalu menggunakan akal dan iman.. jgn slh kuasa.
ok .. aku nak cte panjang .. susah krn komentar ini di bc semua.
Ok....
Catat Ulasan