TERKINI DI FACEBOOK

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297 Email : alhidayah@ppdkerian.edu.my

PENTING

BLOG SEKOLAH MASIH DALAM PROSES PENGUBAHSUAIAN

30 Mei, 2009

Cuti.. Kenduri ... Maktab ...

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 7:12:00 PTG | No comments
Bermula 30/5 hingga 14/6/09 ini adalah cuti persekolahan bagi pertengahan tahun 2009. Apabila sebut cuti jer.. yang paling seronok adalah bebudak sekolah ler.. depa nie nak sangat cuti .. tak cuti pun dok rajin CUTI.. yang dok ASRAMA .. rindu nak balik rumah yang dok di pekan rindu nak balik kampung. Itulah ragam cuti sekolah .. tentunya dinanti tiap tahun ... oklah .. cuti nie jugak berlansungnya majlis walimatul urus, majlis pertunangan, majlis merisik, hantar tanda lah .. ntah apa lagi nama yang sewaktu dengannya... semua amik hari cuti... Bercakap hal kenduri ni .. ada la kengkawan dan kenalan saya yang melansungkan majlis BERSEJARAH untuk diri mereka..
Buat rakan sekelas dan juga sekampung
ABDUL MANAN BIN ABD HAMID 4/6/09
ABDUL HALIM ABD RAHMAN 1/6/09
SELAMAT PENGANTIN BARU DAN SEMOGA KEKAL SEPANJANG HAYAT

Buat adik angkat ....yang melansungkan majlis pernikahan PADA 30/5/09
RISMA
SELAMAT BERBAHAGIA .....

Berbalik cerita tentang cuti nie.. saya dan kebanyakan guru disekolah terpaksa melangkah ke maktab masing-masing meyambung sesi interaksi seterusnya bagi sesi mei/jun 09. Inilah rutin kami apabila sampai cuti sekolah... Takdak masa nak BERCUTI .. dan tak juga berkesempatan nak menghadiri MAJLIS KAHWIN.
Kepada rakan yang dapat balik bercuti SELAMAT BERCUTI LAH YER.... kepada yang kena pi maktab.. SELAMAT MENEMPUH INTERAKSI KALI INI.

Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

27 Mei, 2009

Ku Mengerti .. keje takkan TERHENTI.. Ada yang Menarik ..

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 3:02:00 PTG | No comments
Sebelum aku nak titipkan cerita yang nak aku ceritakan .. INGIN AKU SAMPAIKAN UCAPAN TAHNIAH KEPADA USTAZ RADHI DENGAN KEHADIRAN ORANG BARU dalam keluarganya. Ditanya tadi beliau nak namakan dengan Nurnazihah... mungkin kut .. apa pun TAHNIAH dr kami rakan guru. Nanti kita upload gambar anak dia nie.. yer.. boleh semua tengok ... comel ker tak ... heheeh mesti lah comel .. dah namanya baby.
TAHNIAH USTAZ RADHI .. DAH DAPAT ANAK PEREMPUAN

Jika semalam hujan begitu lebat sekali meyimbah bumi Hidayah, hari ini terik mentari dengan bahang kepanasan yang cukup membara. Saya yang baru berpeluang menulis lagi diruangan ini sekadar meluah rasa hati yang rasa sedikit terbeban dengan kerja yang memerlukan tindakan segera. Sedang ada tugas yang masih tergendala datang lagi tugasan yang berkehendakan SEGERA.... memang cukup memeritkan. Namun ku mengerti .. tugas atau keje ini TAKKAN terhenti. Aku harus berjuang untuk sekolah lebih maju di masa hadapan. Biarpun MULUT ja .. bising .. membebel .. keje banyak .. namun di hati tetap terima dgn semampunya tugasan yang diberikan. Mungkin tekanan seperti ini dah biasa aku lalui ketika bersama pasukan khas SABK menyiapkan data kebangsaan dahulu, ada impak positifnya ketika ini. Walaupun mulut MEMBEBEL ... OTAK BERSERABUT.. keje tetap kena siapkan. Tidak nak membantah tak tentu HAL.... kita yang menjalankan tugas.. jadi ... kena la buat.
Inilah .. PELAJARAN berguna untuk guru baru yang belum bergelumang dengan TEKANAN kerja yang banyak dan mencabar diri. Biar letih, penat namun untuk memberi tugas sendiri kepada orang lain TETAP tak sanggup. Biar orang lain senang agar kita berjaya mewujudkan TOLERANSI. ..
PELAJAR KITA MENGEMPARKAN DAN MENGEJUTKAN
Saya mendapat maklumat yang agak sohih, seorang pelajar al-hidayah akan dinobatkan satu ANUGERAH yang agak GEMPAK jugak la bagi kategori sekolah Menengah... di bawah seliaan PKG Kuala Kurau. Saya dah pun tau SIAPA pelajar tersebut ... apapun saya tak umumkan lagi la nama dia kat ruangan ini. Untuk memberi rasa SUSPEN kepada pelajar dan guru yang nak sangat tau APA CERITA nie... Nantikan PENYERAHAN ANUGERAH ini mengikut jadualnya selepas cuti ini.
TAHNIAH ... TAHNIAH .... TAHNIAH

Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

20 Mei, 2009

Cerita Guru Pasca SABK - Sempena 4 Tahun SABK

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 11:17:00 PG | No comments
Pada tanggal 17 Mei 2005 , telah berlansung majlis menandatangani MoU penyerapan sekolah ini menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Ketika cuaca menerangi halaman Al-Hidayah, telah sampai rombongan dari pihak JAPIM KPM dan SPPIM JPN Perak. Dengan pertemuan bersemuka yang berlansung di pejabat sekolah telah mempertemukan secara harmonis antara pihak sekolah dengan pihak kementerian. Kami warga guru yang hanya ada 11 orang ketika itu dengan pelajar berjumlah 19 orang. Telah diserapkan menjadi warga pendidik dan anak didik kementerian pelajaran.
Bermula dari tarikh inilah, aku diberi tanggungjawab ‘menguruskan’ kemasukan sekolah menjadi SABK meliputi bahagian pembangunan, perjawatan, keperluan, dan kemasukan pelajar. Dari awal kami warga guru yang ada ‘merancang’ pengurusan sekolah dengan ‘kudrat’ yang terhad dan amat kritikal. Merencana perancangan strategik 5 tahun, bermula 2006-2010. Dengan motto yang baru MENJANA GENERASI MURABBI sekolah mengorak langkah demi langkah. Kini sekolah semakin mendaki tinggi, semakin dikenali, dikagumi dan dihormati. Ini atas usaha semua tenaga dalaman yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga demi memastikan PEWARIS yang BEKERJA untuk sekolah takkan pupus.
Sempena Edisi ke 4 tahun SABK ( Sekolah Agama Bantuan Kerajaan ) SMA Al-Hidayah ini, ingin aku titipkan cerita tentang guru ‘pasca’ SABK. Mereka ini terdiri dari pelbagai latar belakang dan karektor. Namun amat besar harapan sekolah untuk menjadikan mereka-mereka ini sebagai PEWARIS yang BEKERJA untuk sekolah. Pewaris yang mampu mempertahankan sekolah dalam apa jua keadaan dan menjadi PENDOKONG pendidikan AGAMA yang berlansung di sekolah ini.




Puan Norashikin Bt Shamsudin 28 tahun.Berasal dari Bagan Tiang, Tg. Piandang Masuk pada 15.09.2006. Kini menjawat jawatan PK Pentadbiran mengantikan Ustaz Rostani.





















Puan Roshida Bt Ibrahim,31. Alor Pongsu Bagan Serai Puan Noor Azila bt Mahmudin,29.Telok Intan. Puan Zurita Bt. Tajul Urus,29. Batu Kurau. Mohd Marzuki Bin Abd Razak, 29. Lenggong. Kini menjawat jawatan PK Koku mengantikan Cikgu Borhanudin Ahmad. Mereka ini masuk pada 2.4.2007





Jupri Bin Sanhosi,29.Kunak Sabah. dan Puan Teh Nur Akmal Kusni, 25. Slim River. Mereka berdua nie datang melapor diri pada 15.6.2008.








Wan Nazri Bin Wan Ishak, 24. Besut Terengganu. Cik Latifah Bt Soid,26. Kepala Batas. Melapor diri ke sekolah ini pada 13.01.2009.






Mohd Sayuti Bin Mohd Yusuf, 28. Pasir Mas Kelantan. Masuk ke sekolah ini baru jugak lagi iaitu pada 19.01.2009.




Ini yang paling baru melaporkan diri ke sekolah ini, nama dia sama dengan nama sekolah .. heheh gurau ja.. Nur Hidayah Bt Abd Wahab, 24. Sungai Siput Utara.

Mengenang dah 4 tahun sekolah ini jadi SABK, teringat saya bagaimana guru-guru baru nie.. sampai ke sekolah ini. Saya diberi tanggungjawab ‘menyambut’ kehadiran mereka dengan ‘bertemu’ dan menjelaskan perjalanan sekolah. Tentunya mereka ini ingat dan tetap jadi ‘pesanan’ penting yang akan terus dijadikan bekal untuk kita semua mengharungi masa mendatang. Harus diingat kita adalah PEWARIS sekolah ini yang telah diamanahkan oleh pengasas terdahulu dan masyarakat setempat. Inilah yang membezakan ‘perjalanan’ pendidikan sekolah ini dengan sekolah milik kementerian yang lain. Menjadi tanggungjawab kita ber’karektor’ sebagai PEWARIS yang bakal mendokong sekolah ini setelah ketiadaan ‘orang lama’.

Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

18 Mei, 2009

HOT: Cikgu Wan Nazri yang 'HOT' Di Hari Guru

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 8:43:00 PTG | No comments
Tentunya ada pengunjung yang ternanti-nanti ‘entri’ ini .. setelah sekian banyak hari saya tidak sempat menulis. Al-maklumlah .. banyak keje lain lagi. Ok lah.. untuk tidak menghampakan pengunjung yang dah ‘klik’ ke laman ini… jom kita layan cte HARI GURU.
Topik best ... nie... layan foto nie dulu .. sorry bro..




Hari ini telah berlansung sambutan hari guru peringkat sekolah, dengan bertemakan Guru Pembina Negara Bangsa. Tema ini amat bersesuaian ketika ini kerana tugas guru yang semakin mencabar dalam mengharungi era pendidikan yang bersifat globalisasi. Menghadapi anak didik yang ‘lebih advance’ cukup menduga sifat diri seorang guru. Tidak terlepas jugalah .. guru-guru yang bertugas di sekolah ini yang kebanyakkan ‘baru dan segar’ dalam arena pendidikan. Jika dahulu guru sekolah ini dikenali guru SAR kini dan jadi guru SABK. Dah ada ‘title’ yang agak tinggi bila dirujuk sebagai guru kementerian pelajaran. Pelajar masa kini cukup ‘berpengetahuan’, menjadi tanggungjawab mendidik mereka kea rah kebaikan. Cukup lah dulu ‘muqaddimah’ ini sebagai renungan kita yang sedang meraikan hari guru.
Oklah.. seawal pagi .. persiapan sambutan ini masih ‘kelam kabut’, di bahagian pentas OK .. tapi unit teknikal jadi kalut untuk menyiapkan sistem siaraya. Kesian kat anak didik saya nie.. yang saya latih dari dulu lagi dalam menyediakan system siaraya dan pengurusan teknikal yang baik. Apapun .. ok la .. yang penting majlis berjalan dengan baik. Awalnya kami disambut dengan iringan ‘PENCAK SILAT’ dan paluang ‘KOMPANG’ menuju ke dewan utama. Sekitar 1 jam bermula 8 pagi berlansung sesi perhimpunan awal dengan Bacaan Doa- Nyayian Negaraku, Guru Malaysia dan Lagu Tema Hari Guru – Ucapan Pengetua -Bacaan Perutusan Pengarah Pelajaran dan Menteri Pelajaran, Penyampaian anugerah Guru Cemerlang Sekolah yang disampikan kepada Cikgu Norhasimah Sharip.. TAHNIAH Kak Nor. kemudian di selitkan nasyid oleh guru pilihan dan pelajar. Agak menarik . Cuma ada sedikit ‘kecelaruan’ selepas nyayian. Penutupnya guru di agihkan kepada 3 kumpulan utama BUAYA, AYAM dan CICAK. Layan foto ‘budak’ saya nie… bagus keje kamu.

Kemudian bermulalah ‘acara’ luar dewan. Pertandingan Sepak Takraw dan Bola Jaring diantara guru dan pelajar. Perlawanan berlansung baik dengan pasukan guru dipilih mengikut ‘kebolehan’ … boleh apa… BOLEH BLAH … hahaha.. aku nie mana pandai main takraw .. sepak lepas bumbung tanduk pi belakang… tapi menang!!!! Cikgu Wan tensen .. KALAH.
Kemudian main BASIKAL ULAR.. ha.. yang ini aku pandai la.. mmg ‘penunggang’ berhemah saya nie… Menunggang basikal mengelilingi kon. Apalagi menang la .. pasukan BUAYA .. pasukan yang saya wakili. Apalagi .. cikgu wan tak puas hati la … kata BUAYA main tipu!!!! Diteruskan dengan pertandingan mencipta ‘replika’ bangunan sekolah di abad 25 dengan menggunakan tepung. Habis lah .. tangan dipenuhi tepung. Uli punya uli, buat bentuk yang boleh kira ‘merapu’ la .. pasukan AYAM telah menang. Apalagi cikgu wan masih tak puas hati la.. buat apa ntah .. pun MENANG !!!! Diteruskan lagi dengan melukis lakaran alam sekitar, guru diberi pilihan untuk mencuba.. saya pun ‘try’ la…. Dah tau saya nie.. bukan pandai melukis.. lukis la .. asal jadi pemandangn… sampai pelajar tak tahu apa saya lukis…. Hehehehehh … Ini Marzuki menang .. cikgu wan masih tak puas hati kerana dia mula AWAL .. dan di tolak, Ngko lukis apa yer.. wan …. Aku rasa JUPRI tau apa yang tersirat!!!! HAHAHA
Acara untuk guru dah habis… kita ikuti pulak .. ‘bingkisan’ dari pelajar yang berupa ‘sketsa’ BUDAK NAKAL dan 4 BATANG LILIN. Peringkat awal sketsa hilaian ketawa mengiringinya namun .. diakhirannya .. titisan airmata mengambil tempat .. saya juga menitis airmata .. sempat saya menoleh guru di kiri dan kanan turut sama menitiskan air mata di tambah sajak 4 BATANG LILIN. Terima kasih .. semua yang menjayakannya kerana BERJAYA menyentuh hati kami. Penghayatan yang dilakukan cukup ‘terkesan’ di hati. Syabas!!! Aktiviti ini cikgu wan pun excited .. tp jd sayu jugak..!!! Tibalah masanya penyampaian hadiah kepada guru dan pemenang pertandingan. Namun yang paling ditunggu adalah keputusan GURU POPULAR yang telah ‘mengejutkan’ kami semua. Cikgu yang di gambar bawah ini menang GURU PALING POPULAR 2009 …. Apa lagi SAHAM dia pun naik .. HADIAH penuh meja. TAHNIAH dr saya nie…. Ini pun cikgu wan tak puas hati lagi .. apa la ngko nie .. cikgu wan !!! Terima lah hakikat … DIA nie .. POPULAR …
HADIAH GURU PALING POPULAR 2009 CIKGU JUPRI SANHOSI



Disamping itu juga turut disampaikan hadiah guru popular kategori lelaki Ustaz Fatan dan kategori perempuan Ustazah Roshida. Undian semua kategori ini dilakukan sendiri oleh para pelajar. Tahniah. Untuk Akhirnya ….kena la komen sket dulu. Secara umumnya semua berjalan dengan baik, namun ada sedikit teguran terutama pada rakan guru yang agak ‘menimbulkan’ provokasi dan ‘adab’ yang kurang baik untuk dilihat pelajar. Jangan biarkan pelajar kita ‘KELIRU’ dengan watak kita. Biar sambutan ini turut menjadi medan kita mendidik mereka untuk menjadi MURABBI. Bagi pelajar dan jawatankuasa, jadikanlah sambutan ini ‘ILMU’ berguna untuk ditimba dalam pengendalian program yang lebih baik dan tersusun. Syabas kepada semua yang terlibat terutama PENYELARASNYA yang berjaya mengadakan sambutan dengan penuh keharmonian. Ampun maaf dari saya yang menitipkan cerita ini untuk tatapan semua pengunjung.. samada pelajar, guru, bekas pelajar, rakan SABK.. semua la.. yang sudi menjengah laman blog ini.
Kita layan foto HARI GURU ini lah yer…
gambar akan diupload kemudian.... 'berukband' dah penat!


11 Mei, 2009

Kenangan Yang Manis Bersamamu

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 9:57:00 PG | No comments
Ramai bekas-bekas pelajar yang menjadi pengunjung setia blog sekolah kita nie... meraka sentiasa mengikuti perkembangan sekolah melalui blog ini. Mereka ingin sangat berinteraksi dengan guru baru yang bertugas di sekolah ini. Namun kebanyakan guru masih belum bersedia untuk berinteraksi secara terbuka melalui laman blog ini.
Ku titipkan gambar sebagai kenangan untuk kita semua yang masih merindui AL-HIDAYAH.
Layan foto lama dan baru ini...











Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

HOT @ Batu Ampar Resort Kuala Kangsar

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 9:36:00 PG | No comments
Pada 8-10 Mei yang telah lalu, Majlis Pengetua Sekolah Agama Negeri Perak telah mengadakan Program Teknik Menjawab bagi peperiksaan PMR 2009. Calon pelajar yang terlibat adalah dari kalangan pelajar SABK Negeri Perak. Sekolah ini telah menghantar 8 orang pelajar tingakatan 3 iaitu Nur Ashikin Ahmad, Nurul Aini Samsuri, Naziratun Naimah, Munira Abd Razak, Effati Vitri Mohd Nizam, Mohd Naim Nordin, Abd Rahman Mohamad, Abu Zar Salahudin. Program ini telah diadakan di Batu Ampar Resort Kuala Kangsar. Kawasan perkelahan yang agak menarik cume jauh perjalanan untuk sampai ke tempat tersebut.

Layan la foto sewaktu saya dan cikgu din ke sana menghantar peserta. Memang best tu ... layan jerrrrrrrrr....

Antara pengisian program tersebut ialah kursus teknik menjawab bagi kertas BM, BI, Sejarah, Mate dan Sains. mengikut jadual terdapat juga slot motivasi.









Sebelum bertolak balik ... kami sempat singgah menikmati pemandangan Kuala Kangsar





Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

07 Mei, 2009

SEDIH KRN MU ALLAH

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 10:42:00 PTG | No comments
RUKUN ISLAM JADI PEGANGAN, RUKUN IMAN TEGUHKAN DI HATI , RUKUN NEGARA PANDUAN RAKYAT.
SEJARAH TELAH TERLAKAR SEMUA RUKUN DI ATAS JADI MAINAN ATAS KETAMAKAN KUASA.
SEBAGAI WARGA PERAK, AKU TITIPKAN JUGAK MELAHIRKAN KESEDIHAN DI HATI APABILA HAK DICABULI. KINI DOA KITA PADA ILAHI SEMOGA DILAKNAT MANUSIA KEJI YANG MENHANCURKAN SEMUA RUKUN DI ATAS.

Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

06 Mei, 2009

HOT : Satu lagi projek untuk HIDAYAH

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 7:35:00 PTG | No comments
Hari ini 6 mei 09 berlansung beberapa perkara yang agak menaik utk dititipkan pada post ini untuk bacaan pengunjung. Pagi tadi berlansung perbincangan antara pihak sekolah dan kontraktor bangunan yang telah mendapat tender mengenai satu projek besar yang bakal diterima oleh sekolah ini. Projek yang dimaksudkan ialah BANGUNAN 2 TINGKAT ASRAMA LELAKI yang jumlah kosnya agak besar la juga. Bangunan ini akan dibina ditanah milik sekolah yang lokasinya tidak jauh dari kawasan sekolah yang ada sekarang. Mengikut maklumat projek ini sepatutnya telah dimulakan gerak kerjanya, namun masih belum berjalan berikutan ada proses yang belum dilaksanakan. Turut sama hadir adalah wakil dari SABK Al-Falah yang turut menerima bantuan bangunan baru.

Terima kasih pihak sekolah ucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat secara lansung dalam membantu pihak pengurusan sekolah ini menyediakan prasarana untuk pendidikan para pelajar di sini. Sekitar jam 1.00 petang, muncul 2 orang pelawat yang tidak kami sangka hadir menjengah ke sekolah ini... mereka ialah ...

Ketawa riang Us. Hasbullah gambar ketika bersama pasukan PPSMI yang lalu.


Segak bergaya US Saipudin ketika datang lawatan pada 8 Jan yang lalu, ketika hari pendaftaran pelajar baru sekolah.

Kami juga menyanjungi kehadiran pelawat Us Saipudin SPI JPN bersama Us Hasbullah PPD
ke sekolah kami ini sebagai lawatan sosial bagi meninjau perkembangan projek yang sedang berjalan iaitu pembinaan 2 blok bangunan 4 tingkat yang amat perlahan perjalanan pembinaannya. Keprihatinan pihak berwajib mengenai pembinaan ini amat kami hargai dan kami perlukan juga khidmat nasihat bagi memastikan perjalanan sekolah agar menepati kehendak pihak KPM.

Saya sempat melihat begitu rancak perbualan Us Hasbullah bersama Pengetua mengenai perjalanan semasa sekolah. Begitu juga Us Saipuddin yang 'round' sekolah bersama Unit Pembangunan sekolah yang diketuai oleh Cikgu Borhanudin. Terima kasih di atas kunjungan ini, semoga dengan kunjungan demi kunjungan mengeratkan lagi silaturrahim yang sedia terjalin.


Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

05 Mei, 2009

SELAMAT HARI GURU 2009

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 9:05:00 PG | 1 comment


SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU 2009 YANG AKAN DATANG INI.
SAYA MENGALU-ALUKAN UCAPAN PENGUNJUNG KEPADA WARGA GURU SEKOLAH
UCAPAN BOLEH DITULIS DALAM RUANGAN KOMEN DENGAN KLIK 'komentar' DI BAWAH POST INI.

Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

KREDIT UCAPAN

INFO RINGKAS SEKOLAH


INFO RINGKAS AL-HIDAYAH

MERANGKUMI PENDIDIKAN AKADEMIK DAN AGAMA (AZHARIAH /DINI) SECARA SERENTAK BERMULA DARI TINGKATAN 1-5

MENITIKBERATKAN MINAT KEPADA ILMU AGAMA YANG MERUPAKAN TUNJANG PENTING SEKOLAH INI

KURIKULUM

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)+ KURIKULUM AZHARIAH (IDADIE DAN THANAWI)

KOKURIKULUM

MELIPUTI ASPEK UNIT BERUNIFORM + KELAB PERSATUAN + SUKAN DAN PERMAINAN

PRASARANA DAN KEMUDAHAN UTAMA

BANGUNAN KELAS DAN KEPERLUAN PENDIDIKAN SESUAI YANG DIBEKALKAN KPM

TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ICT

SEDIAAN GURU TERLATIH OLEH PIHAK KEMENTERIAN

BANGUNAN ASRAMA LELAKI DAN PEREMPUAN MENGIKUT KAPASITI YANG DITETAPKAN

MISI 2020

MENJADI SEKOLAH TERBAIK DAN CEMERLANG DI DAERAH KERIAN 2020

PENERIMAAN MASUK ADALAH BERDASARKAN PENCAPAIAN YANG BAIK DALAM UJIAN KEMASUKAN YANG AKAN DIADAKAN PADA AWAL DISEMBER. UJIAN INI AKAN MELIPUTI PENGUASAAN AL-QURAN, JAWI, DAN SEBAHAGIAN MATAPELAJARAN AKADEMIK LAIN

EDISI 10 TAHUN MENJADI SABK

KOLEKSI YOUTUBE

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN ANJURAN PELAJAR ASRAMA


PERTANDINGAN BADMINTON KELAB BADMINTON



SEKILAS FOTO MENARIK HARI PELAJAR 2010

PENAFIAN

PENAFIAN : UNIT MEDIA PENERBITAN DAN PIHAK SEKOLAH TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEGALA KESULITAN DAN KEHILANGAN MAKLUMAT BERIKUTAN MUAT TURUN BLOG ATAU BAHAN DALAM BLOG INI

NOTIS DAN UCAPAN


PERHATIAN PENTING KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH. GELOMBANG KEDUA H1N1.
PERINGATAN PENTING BERKAITAN SELSEMA BABI INFLUENZA A H1N1 KEPADA WARGA SEKOLAH DIMINTA UNTUK MEMATUHI SEGALA KEPERLUAN BERKAITAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DALAM USAHA MENGHINDARKAN DIRI DARI VIRUS H1N1 INI
-BASUH TANGAN SEHINGGA BENARBENAR BERSIH
- GUNAKAN TISU ATAU SAPU TANGAN KETIKA BERSIN ATAU BATUK
- HINDARKAN BERHUBUNG SECARA TERUS DENGAN PENGIDAP SELSEMA, DEMAM ATAU SUSPEK H1N1
- TIDAK BERADA SECARA BERKUMPULAN
- SENTIASA MENGIKUTI PERKEMBANGAN PENYAKIT INI DARI SEMASA KE SEMASA
- SENTIASA PATUH KEPADA ARAHAN PIHAK BERKUASA
BERDOA SEMOGA KITA DIJAUHI DARI WABAK YANG MEMBUNUH INI KEPADA BEKAS PELAJAR YANG MELAYARI BLOG INI SILA ISI MAKLUMAT ANDA DI BUKU PELAWAT TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENYOKONG BLOG INI

TERKINI DI LAMAN INI

Random Post

Hubungi Kami

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297

Template Updates