Pada tanggal 17 Mei 2005 , telah berlansung majlis menandatangani MoU penyerapan sekolah ini menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Ketika cuaca menerangi halaman Al-Hidayah, telah sampai rombongan dari pihak JAPIM KPM dan SPPIM JPN Perak. Dengan pertemuan bersemuka yang berlansung di pejabat sekolah telah mempertemukan secara harmonis antara pihak sekolah dengan pihak kementerian. Kami warga guru yang hanya ada 11 orang ketika itu dengan pelajar berjumlah 19 orang. Telah diserapkan menjadi warga pendidik dan anak didik kementerian pelajaran.
Bermula dari tarikh inilah, aku diberi tanggungjawab ‘menguruskan’ kemasukan sekolah menjadi SABK meliputi bahagian pembangunan, perjawatan, keperluan, dan kemasukan pelajar. Dari awal kami warga guru yang ada ‘merancang’ pengurusan sekolah dengan ‘kudrat’ yang terhad dan amat kritikal. Merencana perancangan strategik 5 tahun, bermula 2006-2010. Dengan motto yang baru MENJANA GENERASI MURABBI sekolah mengorak langkah demi langkah. Kini sekolah semakin mendaki tinggi, semakin dikenali, dikagumi dan dihormati. Ini atas usaha semua tenaga dalaman yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga demi memastikan PEWARIS yang BEKERJA untuk sekolah takkan pupus.
Sempena Edisi ke 4 tahun SABK ( Sekolah Agama Bantuan Kerajaan ) SMA Al-Hidayah ini, ingin aku titipkan cerita tentang guru ‘pasca’ SABK. Mereka ini terdiri dari pelbagai latar belakang dan karektor. Namun amat besar harapan sekolah untuk menjadikan mereka-mereka ini sebagai PEWARIS yang BEKERJA untuk sekolah. Pewaris yang mampu mempertahankan sekolah dalam apa jua keadaan dan menjadi PENDOKONG pendidikan AGAMA yang berlansung di sekolah ini.

Puan Norashikin Bt Shamsudin 28 tahun.Berasal dari Bagan Tiang, Tg. Piandang Masuk pada 15.09.2006. Kini menjawat jawatan PK Pentadbiran mengantikan Ustaz Rostani.
Puan Roshida Bt Ibrahim,31. Alor Pongsu Bagan Serai Puan Noor Azila bt Mahmudin,29.Telok Intan. Puan Zurita Bt. Tajul Urus,29. Batu Kurau. Mohd Marzuki Bin Abd Razak, 29. Lenggong. Kini menjawat jawatan PK Koku mengantikan Cikgu Borhanudin Ahmad. Mereka ini masuk pada 2.4.2007
Jupri Bin Sanhosi,29.Kunak Sabah. dan Puan Teh Nur Akmal Kusni, 25. Slim River. Mereka berdua nie datang melapor diri pada 15.6.2008.
Wan Nazri Bin Wan Ishak, 24. Besut Terengganu. Cik Latifah Bt Soid,26. Kepala Batas. Melapor diri ke sekolah ini pada 13.01.2009.
Mohd Sayuti Bin Mohd Yusuf, 28. Pasir Mas Kelantan. Masuk ke sekolah ini baru jugak lagi iaitu pada 19.01.2009.
Ini yang paling baru melaporkan diri ke sekolah ini, nama dia sama dengan nama sekolah .. heheh gurau ja.. Nur Hidayah Bt Abd Wahab, 24. Sungai Siput Utara.

Mengenang dah 4 tahun sekolah ini jadi SABK, teringat saya bagaimana guru-guru baru nie.. sampai ke sekolah ini. Saya diberi tanggungjawab ‘menyambut’ kehadiran mereka dengan ‘bertemu’ dan menjelaskan perjalanan sekolah. Tentunya mereka ini ingat dan tetap jadi ‘pesanan’ penting yang akan terus dijadikan bekal untuk kita semua mengharungi masa mendatang. Harus diingat kita adalah PEWARIS sekolah ini yang telah diamanahkan oleh pengasas terdahulu dan masyarakat setempat. Inilah yang membezakan ‘perjalanan’ pendidikan sekolah ini dengan sekolah milik kementerian yang lain. Menjadi tanggungjawab kita ber’karektor’ sebagai PEWARIS yang bakal mendokong sekolah ini setelah ketiadaan ‘orang lama’.
Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya
0 komentar:
Catat Ulasan