TERKINI DI FACEBOOK

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297 Email : alhidayah@ppdkerian.edu.my

PENTING

BLOG SEKOLAH MASIH DALAM PROSES PENGUBAHSUAIAN

18 Mei, 2009

HOT: Cikgu Wan Nazri yang 'HOT' Di Hari Guru

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 8:43:00 PTG | No comments
Tentunya ada pengunjung yang ternanti-nanti ‘entri’ ini .. setelah sekian banyak hari saya tidak sempat menulis. Al-maklumlah .. banyak keje lain lagi. Ok lah.. untuk tidak menghampakan pengunjung yang dah ‘klik’ ke laman ini… jom kita layan cte HARI GURU.
Topik best ... nie... layan foto nie dulu .. sorry bro..




Hari ini telah berlansung sambutan hari guru peringkat sekolah, dengan bertemakan Guru Pembina Negara Bangsa. Tema ini amat bersesuaian ketika ini kerana tugas guru yang semakin mencabar dalam mengharungi era pendidikan yang bersifat globalisasi. Menghadapi anak didik yang ‘lebih advance’ cukup menduga sifat diri seorang guru. Tidak terlepas jugalah .. guru-guru yang bertugas di sekolah ini yang kebanyakkan ‘baru dan segar’ dalam arena pendidikan. Jika dahulu guru sekolah ini dikenali guru SAR kini dan jadi guru SABK. Dah ada ‘title’ yang agak tinggi bila dirujuk sebagai guru kementerian pelajaran. Pelajar masa kini cukup ‘berpengetahuan’, menjadi tanggungjawab mendidik mereka kea rah kebaikan. Cukup lah dulu ‘muqaddimah’ ini sebagai renungan kita yang sedang meraikan hari guru.
Oklah.. seawal pagi .. persiapan sambutan ini masih ‘kelam kabut’, di bahagian pentas OK .. tapi unit teknikal jadi kalut untuk menyiapkan sistem siaraya. Kesian kat anak didik saya nie.. yang saya latih dari dulu lagi dalam menyediakan system siaraya dan pengurusan teknikal yang baik. Apapun .. ok la .. yang penting majlis berjalan dengan baik. Awalnya kami disambut dengan iringan ‘PENCAK SILAT’ dan paluang ‘KOMPANG’ menuju ke dewan utama. Sekitar 1 jam bermula 8 pagi berlansung sesi perhimpunan awal dengan Bacaan Doa- Nyayian Negaraku, Guru Malaysia dan Lagu Tema Hari Guru – Ucapan Pengetua -Bacaan Perutusan Pengarah Pelajaran dan Menteri Pelajaran, Penyampaian anugerah Guru Cemerlang Sekolah yang disampikan kepada Cikgu Norhasimah Sharip.. TAHNIAH Kak Nor. kemudian di selitkan nasyid oleh guru pilihan dan pelajar. Agak menarik . Cuma ada sedikit ‘kecelaruan’ selepas nyayian. Penutupnya guru di agihkan kepada 3 kumpulan utama BUAYA, AYAM dan CICAK. Layan foto ‘budak’ saya nie… bagus keje kamu.

Kemudian bermulalah ‘acara’ luar dewan. Pertandingan Sepak Takraw dan Bola Jaring diantara guru dan pelajar. Perlawanan berlansung baik dengan pasukan guru dipilih mengikut ‘kebolehan’ … boleh apa… BOLEH BLAH … hahaha.. aku nie mana pandai main takraw .. sepak lepas bumbung tanduk pi belakang… tapi menang!!!! Cikgu Wan tensen .. KALAH.
Kemudian main BASIKAL ULAR.. ha.. yang ini aku pandai la.. mmg ‘penunggang’ berhemah saya nie… Menunggang basikal mengelilingi kon. Apalagi menang la .. pasukan BUAYA .. pasukan yang saya wakili. Apalagi .. cikgu wan tak puas hati la … kata BUAYA main tipu!!!! Diteruskan dengan pertandingan mencipta ‘replika’ bangunan sekolah di abad 25 dengan menggunakan tepung. Habis lah .. tangan dipenuhi tepung. Uli punya uli, buat bentuk yang boleh kira ‘merapu’ la .. pasukan AYAM telah menang. Apalagi cikgu wan masih tak puas hati la.. buat apa ntah .. pun MENANG !!!! Diteruskan lagi dengan melukis lakaran alam sekitar, guru diberi pilihan untuk mencuba.. saya pun ‘try’ la…. Dah tau saya nie.. bukan pandai melukis.. lukis la .. asal jadi pemandangn… sampai pelajar tak tahu apa saya lukis…. Hehehehehh … Ini Marzuki menang .. cikgu wan masih tak puas hati kerana dia mula AWAL .. dan di tolak, Ngko lukis apa yer.. wan …. Aku rasa JUPRI tau apa yang tersirat!!!! HAHAHA
Acara untuk guru dah habis… kita ikuti pulak .. ‘bingkisan’ dari pelajar yang berupa ‘sketsa’ BUDAK NAKAL dan 4 BATANG LILIN. Peringkat awal sketsa hilaian ketawa mengiringinya namun .. diakhirannya .. titisan airmata mengambil tempat .. saya juga menitis airmata .. sempat saya menoleh guru di kiri dan kanan turut sama menitiskan air mata di tambah sajak 4 BATANG LILIN. Terima kasih .. semua yang menjayakannya kerana BERJAYA menyentuh hati kami. Penghayatan yang dilakukan cukup ‘terkesan’ di hati. Syabas!!! Aktiviti ini cikgu wan pun excited .. tp jd sayu jugak..!!! Tibalah masanya penyampaian hadiah kepada guru dan pemenang pertandingan. Namun yang paling ditunggu adalah keputusan GURU POPULAR yang telah ‘mengejutkan’ kami semua. Cikgu yang di gambar bawah ini menang GURU PALING POPULAR 2009 …. Apa lagi SAHAM dia pun naik .. HADIAH penuh meja. TAHNIAH dr saya nie…. Ini pun cikgu wan tak puas hati lagi .. apa la ngko nie .. cikgu wan !!! Terima lah hakikat … DIA nie .. POPULAR …
HADIAH GURU PALING POPULAR 2009 CIKGU JUPRI SANHOSI



Disamping itu juga turut disampaikan hadiah guru popular kategori lelaki Ustaz Fatan dan kategori perempuan Ustazah Roshida. Undian semua kategori ini dilakukan sendiri oleh para pelajar. Tahniah. Untuk Akhirnya ….kena la komen sket dulu. Secara umumnya semua berjalan dengan baik, namun ada sedikit teguran terutama pada rakan guru yang agak ‘menimbulkan’ provokasi dan ‘adab’ yang kurang baik untuk dilihat pelajar. Jangan biarkan pelajar kita ‘KELIRU’ dengan watak kita. Biar sambutan ini turut menjadi medan kita mendidik mereka untuk menjadi MURABBI. Bagi pelajar dan jawatankuasa, jadikanlah sambutan ini ‘ILMU’ berguna untuk ditimba dalam pengendalian program yang lebih baik dan tersusun. Syabas kepada semua yang terlibat terutama PENYELARASNYA yang berjaya mengadakan sambutan dengan penuh keharmonian. Ampun maaf dari saya yang menitipkan cerita ini untuk tatapan semua pengunjung.. samada pelajar, guru, bekas pelajar, rakan SABK.. semua la.. yang sudi menjengah laman blog ini.
Kita layan foto HARI GURU ini lah yer…
gambar akan diupload kemudian.... 'berukband' dah penat!


0 komentar:

KREDIT UCAPAN

INFO RINGKAS SEKOLAH


INFO RINGKAS AL-HIDAYAH

MERANGKUMI PENDIDIKAN AKADEMIK DAN AGAMA (AZHARIAH /DINI) SECARA SERENTAK BERMULA DARI TINGKATAN 1-5

MENITIKBERATKAN MINAT KEPADA ILMU AGAMA YANG MERUPAKAN TUNJANG PENTING SEKOLAH INI

KURIKULUM

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)+ KURIKULUM AZHARIAH (IDADIE DAN THANAWI)

KOKURIKULUM

MELIPUTI ASPEK UNIT BERUNIFORM + KELAB PERSATUAN + SUKAN DAN PERMAINAN

PRASARANA DAN KEMUDAHAN UTAMA

BANGUNAN KELAS DAN KEPERLUAN PENDIDIKAN SESUAI YANG DIBEKALKAN KPM

TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ICT

SEDIAAN GURU TERLATIH OLEH PIHAK KEMENTERIAN

BANGUNAN ASRAMA LELAKI DAN PEREMPUAN MENGIKUT KAPASITI YANG DITETAPKAN

MISI 2020

MENJADI SEKOLAH TERBAIK DAN CEMERLANG DI DAERAH KERIAN 2020

PENERIMAAN MASUK ADALAH BERDASARKAN PENCAPAIAN YANG BAIK DALAM UJIAN KEMASUKAN YANG AKAN DIADAKAN PADA AWAL DISEMBER. UJIAN INI AKAN MELIPUTI PENGUASAAN AL-QURAN, JAWI, DAN SEBAHAGIAN MATAPELAJARAN AKADEMIK LAIN

EDISI 10 TAHUN MENJADI SABK

KOLEKSI YOUTUBE

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN ANJURAN PELAJAR ASRAMA


PERTANDINGAN BADMINTON KELAB BADMINTON



SEKILAS FOTO MENARIK HARI PELAJAR 2010

PENAFIAN

PENAFIAN : UNIT MEDIA PENERBITAN DAN PIHAK SEKOLAH TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEGALA KESULITAN DAN KEHILANGAN MAKLUMAT BERIKUTAN MUAT TURUN BLOG ATAU BAHAN DALAM BLOG INI

NOTIS DAN UCAPAN


PERHATIAN PENTING KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH. GELOMBANG KEDUA H1N1.
PERINGATAN PENTING BERKAITAN SELSEMA BABI INFLUENZA A H1N1 KEPADA WARGA SEKOLAH DIMINTA UNTUK MEMATUHI SEGALA KEPERLUAN BERKAITAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DALAM USAHA MENGHINDARKAN DIRI DARI VIRUS H1N1 INI
-BASUH TANGAN SEHINGGA BENARBENAR BERSIH
- GUNAKAN TISU ATAU SAPU TANGAN KETIKA BERSIN ATAU BATUK
- HINDARKAN BERHUBUNG SECARA TERUS DENGAN PENGIDAP SELSEMA, DEMAM ATAU SUSPEK H1N1
- TIDAK BERADA SECARA BERKUMPULAN
- SENTIASA MENGIKUTI PERKEMBANGAN PENYAKIT INI DARI SEMASA KE SEMASA
- SENTIASA PATUH KEPADA ARAHAN PIHAK BERKUASA
BERDOA SEMOGA KITA DIJAUHI DARI WABAK YANG MEMBUNUH INI KEPADA BEKAS PELAJAR YANG MELAYARI BLOG INI SILA ISI MAKLUMAT ANDA DI BUKU PELAWAT TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENYOKONG BLOG INI

TERKINI DI LAMAN INI

Random Post

Hubungi Kami

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297

Template Updates