Entri kali ini amat signifikan kerana menarik untuk dikongsi dan dijadikan teladan bagi semua guru yang ada di sekolah ini ataupun yang berada di luar. Saya amat mengkagumi insan ini, kerana kemampuannya memikul tanggungjawab bertugas sebagai guru di sekolah ini yang jauh dari tempat asal beliau. Sebagai rakan baru di Al-Hidayah, beliau merupakan kenalan yang cukup istimewa, kreatif dan aktif. Daya kreativiti beliau dalam usaha membawa pembaharuan di sekolah ini amat saya hargai. Yang paling membuatkan saya teruja,beliau sanggup berjauhan dengan keluarga yang baru sahaja dibina nun jauh di bawah bayu. Tinggallah si isteri bersama anak yang masih kecil hidup tanpa ketua keluarga, dan di sini beliau tinggal sendirian dalam menjalankan tanggungjawab yang diterima hampir 2 tahun yang lalu. Kini, kemesraan, keakraban, kejujuran memperkukuhkan lagi silaturahhim dengan semua warga sekolah. Kekentalan hati Jupri dalam menjalankan tanggungjawab di sini dengan meninggalkan sebahagian tanggungjawab di ‘sana’ amat dihargai. Semoga Allah terus menitipkan rasa sayang bukan sahaja kepada keluarga malahan kepada sekolah ini. Sabahan is the best!
SELAMAT PULANG KAMPUNG DAN SELAMAT KEMBALI. OGOS 2009
Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya
0 komentar:
Catat Ulasan