Hari semalam. Jumaat, penghulu segala hari. Lagi seminggu kita semua akan menghadapi Ramadhan yang penuh keberkatan. Bulan yang Allah sediakan sebagai ‘madrasah’ untuk sekelian penganutnya yang Mukmin. Sekali lagi kita berpeluang untuk berjumpa Ramadhan pada tahun ini, namun adakah kita sudah bersedia untuk mengisi Ramadhan kali ini dengan ibadah yang lebih banyak dan mampukah kita mengharunginya dengan tabah dan syukur. Bulan yang difardukan puasa, dilimpahkan rahmat dan diampunkan dosa kepada yang beramal ibadah kepadaNya.
Bukanlah saya nak bertazkirah tentang Ramadhan lagi buat masa ini, mungkin di post akan datang kita cari fadhilat2 Ramadhan untuk tatapan semua. Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah kepentingan persaudaraan sesama pekerja. Inilah yang membuatkan Al-Hidayah menjadi kukuh dan teguh, dari sejak awal penubuhannya, rasa hormat dan saling bantu membantu telah mewujudkan suasana tenang di Al-Hidayah. Tenaga yang mengerakkan sekolah ini suatu ketika dahulu bukan sahaja ‘mewasiat’kan sekolah kepada generasi sekarang disertakan juga rasa persaudaraan yang mesra dan baik bagi memastikan kelansungan sekolah ini.
Begitulah sekarang ini, jika dikatakan apakah yang membuatkan Al-Hidayah semakin maju dan membangun, mesti saya akan jawab semua ini mesti bermula dengan rasa persaudaraan di antara sekelian warga sekolah. Semua staf , guru, ‘cleaner’, pengusaha kantin dan semualah yang ada di sekolah mesti memahami hala tuju sekolah. Alhamdulilah kini Al-Hidayah semakin dikenali, ini semua kerana sefahaman yang mesra dan ceria.
Saya selaku wakil yang diharapkan pengetua untuk memastikan suasana ini wujud setelah sekolah menjadi SABK walaupun berhadapan kesulitan yang tidak boleh diduga. Antara langkah yang saya ambil adalah dengan memberi taklimat awal kepada semua guru dan staf yang baru masuk bertugas di sini. Saya sentiasa memastikan semua staf baru boleh bertugas dengan baik dan boleh berhadapan masalah yang timbul dengan pilihan terbaik.
Pihak pentadbir sedar, hanya dengan rasa persaudaraan akan mewujudkan suasana bekerja yang baik dan mesra. Saya amat berharap semua staf di sekolah ini dapat memahami ‘inspirasi’ sekolah dan bertugas dengan ikhlas dan sebaik mungkin.
Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

0 komentar:
Catat Ulasan