TERKINI DI FACEBOOK

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297 Email : alhidayah@ppdkerian.edu.my

PENTING

BLOG SEKOLAH MASIH DALAM PROSES PENGUBAHSUAIAN

30 September, 2009

Raya dan Penikahan

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 10:43:00 PG | No comments
Salam raya buat semua pengunjung .. selamat hari raya kepada semua ...
Ha.. tentunya semua dapat beraya dengan baik dan ceria, ada yang beraya bersama keluarga dan ada yang masih bergerak 'solo'. Harap dapat beraya rumah kawan-kawan sajer la. Namun lebih manis ada yang 2 kali gembira kerana Syawal kali nie, pertamanya menyambut raya bersama keluarga dan yang kedua telah terpatri satu tarikh bermakna dalam hidup. Mungkin kerana berlansungnya majlis pertunangan tak pun majlis pernikahan. Jadi harapan saya kepada yang bertunang tu .. selamat mengharungi masa kritikal nie.. jangan banyak berprasangka. Kepada yang telah menikah selamat menempuh alam berumahtangga. Jaga hati pasangan, jangan buat perkara yang meimbulkan rasa benci. Khas saya tujukan buat anak didik mia shenta kerana telah berstatus ISTERI. Siapa yer mia shenta nie.. klik la sendiri tgk gambar nikah dier...cerita nikah mis shenta nie.. pun di 'highlight' kat sini, sini, sini ..... Dan sahabat saya si Mohd Faiz dan Isteri yang telah melansungkan perkahwinan 26hb yang lepas. Jom Layan foto dia...


Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

25 September, 2009

Bekas Tenaga Pendidik SMAAH 1

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 10:12:00 PTG | No comments
Salam .. dan selamat hari raya .
Sajer nak promo kali nie.. buat bekas tenaga pendidik Al-Hidayah suatu ketika dahulu.
Saya masih ingat keakraban kami .. sehingga kini masih utuh walaupun dah berbelas tahun kami mengenali. Alhamdulilah setiap kali Aidilfitri kami sering dapat bertemu. Terima Kasih atas didikanmu .. kini saya sepertimu,,, mendidik anak bangsa yang baru.
Maaf ambil gambar .. tak bagi tau ...

Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

24 September, 2009

Selamat Kembali

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 11:02:00 PG | No comments
INGATAN PENTING
Hari ini sudahpun 5 syawal .. tentunya semua warga sekolah telah seronok meraikan hari raya keli ini dengan ziarah menziarahi sanak saudara, rakan-rakan dan jiran tetangga. Saya harap semua kita yang belajar apa itu Hari Raya Aidilfitri dapat mengisinya dengan amal ibadah kepada Allah, Ziarah menziarahi amat dituntut, saling salam bersalaman 'barilaan' ( Kata orang banjar) memohon kemaafan. Namun tidak dinafikan kita terus 'disajikan' dengan pelbagai hiburan yang melalaikan di 'tv' yang begitu ghairah dengan rancangan dan filem kononya mengisi aidilfitiri dengan rancangan hiburan sahaja bagi memeriahkannya. Setelah Ramadahan diisi dengan program yang boleh la di anggap menjurus kepada keagaamaan .. tetapi apa jadi pada 1 Syawal dan seterusnya selepas ini ... kita fikir la sendiri ...
Inilah 'perancangan' jahat musuh Islam bagi melalaikan umat Islam dengan program hiburan agar kita semua lalai dari mengingati Allah. Saya menyeru kepada semua umat Islam agar sama-sama berjuang menolak kemaksiatan ini semua ... dengan terus mengamalkan amal ibadah yang dituntut dalam bulan Syawal ini ..
Buat akhirnya .. buat warga sekolah yang akan memulakan perjalanan pulang kembali untuk ke sekolah ... Berhati-hati di jalanraya dan sewaktu di perjalanan. Ambil langkah berjaga-jaga dan peka dengan situasi semasa.
SELAMAT KEMBALI .. JANGAN LUPA BUKU PELAJARAN

DAH PUAS RAYA ..JANGAN RELAX MACAM DIA KAT BAWAH NIE...PLAK ...
Photobucket

Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

17 September, 2009

Perhimpunan Sebelum Aidilfitri 1430H

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 11:33:00 PG | No comments
Pada hari ini telah berlansung majlis perhimpunan menjelang Aidilfitri. Dikesempatan ini beberapa pesanan dan peringatan buat semua pelajar disampaikan oleh Pengetua,HEM dan Guru Bertugas Mingguan. Antara pesanan mereka adalah supaya pelajar semua berhati-hati sewaktu merayakan aidilfitri dengan menjaga diri dari segala kemudharatan yang memungkinkan kecederaan seperti bermain mercun, menunggang dengan berbahaya, dan sebagainya lagi. Disamping itu juga peringatan bagi yang akan menghadapi PMR supaya tidak melupakan buku sewaktu bercuti raya ini. Majlis Diakhiri dengan bersalaman antara semua pelajar dan guru.
Jom layan foto....



Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

Majlis Khatam Al-quran 2009

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 10:51:00 PG | No comments
alhamdulilah, majlis yang dirancang telah selamat dilalui. Semalam sebagaimana yang dirancang telah berlansung majlis bacaan yasin, khatam al-quran dan solat hajat PMR 2009. Antara yang turut diundang adalah dari kalangan AJK PIBG, Lembaga Pengelola Sekolah dan Ibubapa calon PMR2009. Turut sama hadir adalah pen. Penyelia Pendidikan Islam Ustaz Shaari Abu Bakar yang sudi meluangkan masa untuk sama mengikuti program ini. Walaupun seketika sahaja beliau dapat hadir ke sini berikutan ada 3 lagi sekolah yang menganjurkan majlis yang hampir sama turut menjemputnya.
Antara intipati ucapan beliau kepada semua pelajar ialah, pelajar harus memiliki jati diri yang kuat dan berbangga menjadi pelajar sekolah agama. Jadikan sambutan hari raya ini sebagai masa untuk kita menginsafi segala nikmat yang diberikan Allah.
Jom layan foto yang sempat dititipkan ...








Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

15 September, 2009

Mari Bermaafan 2

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 11:24:00 PG | No comments
Kepada
Kenalan Bahagian Pendidikan Islam, Bahagiah Sumber Manusia dan Bahagian Pendidikan Guru KPM, Semua Warga PPD Kerian serta Warga Pendidik dan Pelajar SK/SMK/SJK(C)(T)/SABK Daerah Kerian

Ucapan Selamat Menyambut Aidilfitri Ampun Maaf Zahir Batin

Daripada
Warga SMAAH

Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

Mari Bermaafan Warga SMAAH

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 11:06:00 PG | No comments
Kepada
Tn. Hj. Mohd Said Hasnik
Pn. Norashikin Shamsudin
Mohd Nazrudin Ab Rasid
Mohd Marzuki Abd Razak
Borhanuddin Ahmad
Mohd Adzhar Yusuf
Mohd Rozi Abd Wahab
Tn Hj Mohd Jeperi Hashim
Us Othman
Mohd Sayuti Yusuf
Wan Nazri Wan Ishak
Jupri Sanhosi
Mat Zaki Raja Ali
Mohd Khousairi Mohd RAdzi
Pn Norahimah Sharip
Nor Hidayah Abd Wahab
Pn. Noor Azila Mahmudin
Pn. Roshida Ibrahim
Suryani Syahrom
Pn. Teh Nur Akmal Kusni
Latifah Soid
Pn. Rahayu
Cik Norhazlinda
Pn. Wahida Arsad

& Semua Pelajar dan Warga Sekolah


Tiada Kad Raya, tiada SMS Raya, tiada MMS Raya, tiada Ucapan di Udara.. diruangan ini saya sekeluarga mengambil kesempatan ingin menyusun jari memohon kemaafaan sempena Aidilfitri yang bakal menjelma. Selama kita semua bersama bertugas dan belajar, tentunya saya ada melakukan kesalahan dan kesilapan yang sengaja atau tidak sengaja. Saya memohon ampun maaf zahir dan batin kepada semua yang selama ini menyokong saya dan bekerja dengan saya. Buat semua kenalan lama dan baru ... selamat menjalankan ibadah puasa dan selamat menyambut Aidilfitri. Jemput la.. datang rumah jika ada kesempatan. Tapi bagi tau dulu yer... takut saya pun pi beraya.
Daripada
Blogger sekeluarga
MOHD SHAHRIL IBRAHIM
NOR BAINAH ZAINI
NUR RIFQINA MOHD SHAHRIL

Custom Myspace Photo Frame


Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

12 September, 2009

Uji Kepantasan Menaip

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 1:37:00 PTG | No comments
Saya telah cuba .. ternyata .. amat kecewa .. kerana gagal mencapai tahap .. Hasilnya hanya 25patah /1 minit .. anda berani? cuba la ...
25 perkataan

Speedtest



Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

11 September, 2009

Tanda-tanda Malam LailatulQadar

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 2:28:00 PTG | No comments
Antara tanda-tanda malam lailatul qadar adalah berdasarkan beberapa hadis di bawah :
1. Abi Ibnu Ka'ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda mengenai lailatul qadar yang
artinya : Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram). - Hadis riwayat Imam Muslim dalam kitab puasa -

2. Telah diriwayatkan daripada Nabi S.A.W bahawa baginda telah bersabda yang artinya : Sesungguhnya tanda-tanda lailatul qadar, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah padanya bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang bagi bintang untuk timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya tanda-tandanya matahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan malam purnama tidak membenarkan untuk syaitan keluar bersamanya pada hari itu. - Hadis riwayat imam Ahmad dengan isnad jayyid daripada Ibadah bin As-Somit

3. Dalam Mu'jam At-Tobarani Al-Kabir daripada Waailah bin Al-Asqa' daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul qadar bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak berawan padanya, tidak hujan, tidak ada angin, tidak bersinar bintang dan daripada alamat siangnya terbit matahari dan tiada cahaya padanya(suram).

4. Telah meriwayat Al-Barraz dalam musnadnya daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul Qadar bersih tidak panas dan tidak pula sejuk.

Qadhi 'Iyad telah mengatakan ada dua pendapat mengenai matahari yang terbit tanpa cahaya iaitu:

1) Ia merupakan tanda penciptaan Allah SWT.
2) Menunjukkan bahawa kerana terlalu banyak para malaikat yang berzikir kepada Allah pada malamnya dan
mereka turun ke bumi yang menyebabkan sayap-sayap dan tubuh mereka yang halus menutupi dan
menghalangi matahari dan cahayanya.

Daripada hadis-hadis di atas bolehlah kita buat kesimpulan bahawa antara tanda-tanda lailatul qadar ialah :

a. Pada malamnya keadaan bersih dengan cuaca tidak sejuk dan tidak pula panas.
b. Malamnya tenang yang mana terang dan angin tidak bertiup sebagaimana biasa dan awan agak nipis.
c. Malamnya tidak turun hujan dan bintang pula tidak bercahaya seolah-olah tidak timbul.
d. Pada siangnya pula matahari terbit dalam keadaan suram.
Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

09 September, 2009

Santai 090909

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 2:21:00 PTG | No comments




Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

Dapat Zakat Tabung Haji

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 8:40:00 PG | No comments


Entri hari ini, khas ditujukan kepada Lembaga Tabung Haji Bagan Serai kerana sudi memberikan zakat kepada pelajar miskin sekolah ini. Majlis penyerahan zakat dan sumbangan ini telah dilansungkan di Dewan Komuniti Bagan Serai semalam. Seramai 8 Orang pelajar sekolah ini dipilih sebgai penerima zakat dan bantuan berupa makanan sempena menyambut Ramadhan dan Aidilfitiri yang bakal menjelang.
Saya mewakili pihak sekolah merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih atas bantuan yang dikeluarkan khusus untuk pelajar sekolah ini. Kepada En Syahrir Ikhwan n geng pejabat TH Bagan Serai .. terima kasih.

Maaf Gambar tak dapat sertakan .. kamera tak bawak .

Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

07 September, 2009

HOT : Kursus Tatatertib Buat Semua Warga SABK Daerah Kerian

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 5:01:00 PTG | No comments
Pada hari Sabtu yang lalu 5 Sept bersamaan 15 Ramadhan 1430 telah dilansungkan Kursus tatatertib untuk semua warga SABK Daerah Kerian bertempat di Dewan Malinja PPD Kerian. Kursus yang dihadiri oleh hampir kesemua warga pentadbiran dan pendidik SABK Kerian, dengan kehadiran mencatat lebih kurang 200 orang. Kursus yang julung kalinya diadakan bagi mendedahkan semua warga kepada peraturan yang sebaiknya untuk dipatuhi bagi memastikan pengurusan sekolah berjalan dengan baik.
SABK Al-Falah mengambil inisiatif ini menjadi pengelola program sebagai memenuhi tanggungjawab memberi latihan bagi guru baru yang masih belum berpengalaman dalam arena pendidikan dan bagi guru lama untuk kembali mengikut prosedur yang sebenar.
Secara jujrnya saya akui, pentadbiran SABK terutama bagi daerah Kerian ini masih belum stabil dan memerlukan banyak latihan bagi memastikan pengurusan yang efektif. Melalui kursus ini yang diambil sebagai Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) amat baik sebagai pendedahan kepada semua warga SABK.
Kursus yang disampaikan oleh En. Ramli Bin Muhaidin dari JPN Perak dengan panjang lebar kepada semua peserta. Walaupun berhadapan bulan Ramadhan,beliau cukup bertenaga sehingga mencecah 3 jam dalam sesi penyampaiannya. Dengan berbekalkan pengalaman yang cukup luas dalam memberi taklimat kepada penjawat-penjawat awam. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan bagi mewakili rakan guru SABK.
Antara SABK yang turut sama adalah dari SABK Al-Falah Tg Piandang, Shamsul Maarif Tg Piandang, Al-Hidayah Kuala Kurau, Ehya Assyarif Gunung Semanggol (Ren dan Men), Ridwaniah Telok Medan (ren dan Men).
Majlis penutup disempurnakan oleh En. mohd Fisol Hj Sapiee Pen. Pegawai (HEM) PPD Kerian. beliau amat mengharapkan peubahan positif dikalangan warga SABK bagi memastikan agenda kementerian bagi memajukan pendidikan untuk anak bangsa.
Banyak input berguna untuk diteliti dan diambil pengajaran hasil dari pembentangan oleh penceramah. Dari perihal urus tadbir, sikap dan profesional seorang guru dibentangkan bagi kesedaran kepada semua warga guru SABK. Saya mengharapkan agar tidak ada lagi isu gaduh, isu masam muka, isu orang lama dan orang baru dan berbagai lagi isu yang boleh menjejaskan perjalanan pendidikan untuk anak bangsa kita. Biarlah dengan kursus ini membuka jalan baru kepada pentadbiran SABK yang masih mencari 'identiti' sendiri bagi meneruskan kesinambungan pendidikan dan persefahaman di antara warga sekolah.
Harapan saya di 'entri' kali ini, agar semua warga pentadbir SABK Kerian terutamanya mencari jalan penyelesaian yang baik bagi semua masalah yang timbul di sekolah masing-masing. Harus ada perbincangan terbuka dan tulus di semua cabang urus tadbir termasuk PIBG, Lembaga Pengelola Sekolah dan AJK Guru. Ini akan membuahkan hasil yang baik untuk sekolah.
Maafla yang mana luahan kata tak menyedapkan rasa.. ini semua sekadar berkongsi apa yang telah dipraktikan @Al-Hidayah.


FOTO MENARIK 1


FOTO MENARIK 2


FOTO MENARIK 3


FOTO MENARIK 4

Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

03 September, 2009

Ukhuwwah di SMAAH dan Tarbiyah Bulan Ramadhan Kareem

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 1:12:00 PTG | No comments
Salam Ramadhan buat semua pengunjung yang masih setia mengikuti perkembangan sekolah ini. Kali ini entri saya ambil dr laman sahabat saya "Catatan Abah" sebagai tazkirah buat kita semua yang sedang melalui Ramadhan ini dengan 1001 dugaan, dengan pandemik H1N1, dengan ketidakstabilan ekonomi, kenaikan harga barang, gerak gempa di bumi dan berbagai lagi kecelaruan masyarakat hari ini. Melihat keperluan untuk kita sebagai warga guru terutamanya melihat kelam-kabut ini sebenarnya janji Allah yang telah mula diperlihatkan menunjukkan kemurkaan Allah kepada makhluknya yang melakukan kerosakan.
Bagi melahirkan generasi yang kembali bertuhankan Allah dan mempunyai ketahanan diri yang kental dalam mengharungi kebejatan masyarakat hari ini memerlukan keupayaan yang luar biasa dari kalangan warga pendidik. Warga pendidik perlu bersedia berkorban dan ikhlas dalam tugas bagi memastikan 'aspirasi' sekolah untuk melahirkan pelajar yang berjaya.
Dalam menjana pelajar untuk mencipta kejayaan, tentulah medium yang menjadi tempat seseorang pelajar itu berada dalam keadaan yang baik dan aman. Menyedari hakikat ini, sekolah ini sentiasa menjaga ukhuwwah antara semua warga bagi memastikan 'aspirasi' sekolah bagi 'menjana generasi murabbi' akan mampu dicapai. Antara penerapan sikap yang sentiasa diterapkan pengetua dan pentadbir adalah saling hormat, saling bertanggungjawab, belas kasihan, tolak ansur dan menganggap semua adalah 'kulaan'.
Semua kita adalah petugas yang saling melengkapi antara satu sama lain. Kebersamaan ini semakin baik dan dapat menceriakan warga sekolah ini untuk berkhidmat dengan lebih baik dan cemerlang.

Ramadhan Kareem

Pertama

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan kerana dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);

* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;

* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah saw pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.

Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah saw dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.


Kedua

Dari Anas bin Malik r.a. dari Nabi SAW, baginda telah bersabda yang bermaksud:

" 1- Barangsiapa mendatangi majlis ilmu di bulan Ramadhan, maka Allah taala mencatat tiap-tiap langkahnya sebagai ibadat satu tahun dan dia akan bersamaKu di bawah panji-panji Arasy,

2- Barangsiapa memelihara solat berjemaah di bulan Ramadhan, maka tiap-tiap rakaatnya akan diganjari satu kota yang penuh dengan nikmat Allah taala,

3- Barangsiapa yang berbuat baik kepada kedua ibubapanya di bulan Ramadhan, maka dia akan memperolehi perhatian Allah taala dengan penuh kasih sayang, sedangkan aku (Rasulullah SAW) menjaminnya di dalam Syurga,

4- Seseorang isteri yang mencari keredhaan suaminya di bulan Ramadhan, maka baginya pahala seperti pahalanya Maryam dan Asiah,

5- Barangsiapa menolong keperluan saudaranya yang muslim di bulan Ramadhan, maka Allah taala akan menolongnya seribu keperluannya di hari Qiamat kelak ".


Ketiga

Puasa akan sempurna dengan menjaga 5 perkara tersebut :

1- Memejamkan mata dari segala sesuatu yang tercela menurut syara'
2- Menjaga mulut dari perkataan atau membicarakan tentang keaiban orang lain
3- Menahan telingan daripada mendengar sesuatu yang dibenci, cth : nyanyian yang melalaikan
4- Menggunakan dan memakan makanan serta minuman yang halal lagi berkat dengan menjauhkan barangan makanan serta minuman yang syubhah, cth : Produk Yahudi dan sekutunya
5- Hendaklah orang yang berpuasa tidak terlalu banyak makan sampai perut penuh saat berbuka walaupun makanan itu halal.

Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

01 September, 2009

Antara Kristal dengan Mutiara

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 1:12:00 PTG | No comments
Hari ini, kembali ke sekolah, yang guru kembali bertugas, bagi murid kembali ke kelas untuk meneruskan pembelajaran. Berbagai program telah dirancang untuk pengisian Ramadhan kali ini. Jom kita tonton .. apa yang si Jupri nie bawak dari Sabah.. yer..

Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

Foto Pembinaan

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 1:03:00 PTG | No comments
Gambar di bawah ini mempamerkan kerja-kerja pembinaan yang sedang rancak berjalan. Kini sudah kelihatan bangunan 4 tingkat yang akan menjadi mercu tanda baru Al-Hidayah. Disamping itu juga sedang berjalan projek baik pulih bangunan yang baru mula menjalankan gerak kerja. Projek di bawah kementerian Pelajran Malaysia ini baru sahaja diterima. Antara yang ditambah baik seperti mengecat dan membaiki bangunan lama sekolah, menambah marmar bilik pejabat, membaiki tempat letak basikal. Terima kasih kepada pihak2 yang turut sama menyumbang kepada usaha penambahbaikan sekolah ini.
Sokongan anda amat kami hargai.


Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

KREDIT UCAPAN

INFO RINGKAS SEKOLAH


INFO RINGKAS AL-HIDAYAH

MERANGKUMI PENDIDIKAN AKADEMIK DAN AGAMA (AZHARIAH /DINI) SECARA SERENTAK BERMULA DARI TINGKATAN 1-5

MENITIKBERATKAN MINAT KEPADA ILMU AGAMA YANG MERUPAKAN TUNJANG PENTING SEKOLAH INI

KURIKULUM

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)+ KURIKULUM AZHARIAH (IDADIE DAN THANAWI)

KOKURIKULUM

MELIPUTI ASPEK UNIT BERUNIFORM + KELAB PERSATUAN + SUKAN DAN PERMAINAN

PRASARANA DAN KEMUDAHAN UTAMA

BANGUNAN KELAS DAN KEPERLUAN PENDIDIKAN SESUAI YANG DIBEKALKAN KPM

TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ICT

SEDIAAN GURU TERLATIH OLEH PIHAK KEMENTERIAN

BANGUNAN ASRAMA LELAKI DAN PEREMPUAN MENGIKUT KAPASITI YANG DITETAPKAN

MISI 2020

MENJADI SEKOLAH TERBAIK DAN CEMERLANG DI DAERAH KERIAN 2020

PENERIMAAN MASUK ADALAH BERDASARKAN PENCAPAIAN YANG BAIK DALAM UJIAN KEMASUKAN YANG AKAN DIADAKAN PADA AWAL DISEMBER. UJIAN INI AKAN MELIPUTI PENGUASAAN AL-QURAN, JAWI, DAN SEBAHAGIAN MATAPELAJARAN AKADEMIK LAIN

EDISI 10 TAHUN MENJADI SABK

KOLEKSI YOUTUBE

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN ANJURAN PELAJAR ASRAMA


PERTANDINGAN BADMINTON KELAB BADMINTON



SEKILAS FOTO MENARIK HARI PELAJAR 2010

PENAFIAN

PENAFIAN : UNIT MEDIA PENERBITAN DAN PIHAK SEKOLAH TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEGALA KESULITAN DAN KEHILANGAN MAKLUMAT BERIKUTAN MUAT TURUN BLOG ATAU BAHAN DALAM BLOG INI

NOTIS DAN UCAPAN


PERHATIAN PENTING KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH. GELOMBANG KEDUA H1N1.
PERINGATAN PENTING BERKAITAN SELSEMA BABI INFLUENZA A H1N1 KEPADA WARGA SEKOLAH DIMINTA UNTUK MEMATUHI SEGALA KEPERLUAN BERKAITAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DALAM USAHA MENGHINDARKAN DIRI DARI VIRUS H1N1 INI
-BASUH TANGAN SEHINGGA BENARBENAR BERSIH
- GUNAKAN TISU ATAU SAPU TANGAN KETIKA BERSIN ATAU BATUK
- HINDARKAN BERHUBUNG SECARA TERUS DENGAN PENGIDAP SELSEMA, DEMAM ATAU SUSPEK H1N1
- TIDAK BERADA SECARA BERKUMPULAN
- SENTIASA MENGIKUTI PERKEMBANGAN PENYAKIT INI DARI SEMASA KE SEMASA
- SENTIASA PATUH KEPADA ARAHAN PIHAK BERKUASA
BERDOA SEMOGA KITA DIJAUHI DARI WABAK YANG MEMBUNUH INI KEPADA BEKAS PELAJAR YANG MELAYARI BLOG INI SILA ISI MAKLUMAT ANDA DI BUKU PELAWAT TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENYOKONG BLOG INI

TERKINI DI LAMAN INI

Random Post

Hubungi Kami

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297

Template Updates