Salam Ramadhan buat semua pengunjung yang masih setia mengikuti perkembangan sekolah ini. Kali ini entri saya ambil dr laman sahabat saya "Catatan Abah" sebagai tazkirah buat kita semua yang sedang melalui Ramadhan ini dengan 1001 dugaan, dengan pandemik H1N1, dengan ketidakstabilan ekonomi, kenaikan harga barang, gerak gempa di bumi dan berbagai lagi kecelaruan masyarakat hari ini. Melihat keperluan untuk kita sebagai warga guru terutamanya melihat kelam-kabut ini sebenarnya janji Allah yang telah mula diperlihatkan menunjukkan kemurkaan Allah kepada makhluknya yang melakukan kerosakan.
Bagi melahirkan generasi yang kembali bertuhankan Allah dan mempunyai ketahanan diri yang kental dalam mengharungi kebejatan masyarakat hari ini memerlukan keupayaan yang luar biasa dari kalangan warga pendidik. Warga pendidik perlu bersedia berkorban dan ikhlas dalam tugas bagi memastikan 'aspirasi' sekolah untuk melahirkan pelajar yang berjaya.
Dalam menjana pelajar untuk mencipta kejayaan, tentulah medium yang menjadi tempat seseorang pelajar itu berada dalam keadaan yang baik dan aman. Menyedari hakikat ini, sekolah ini sentiasa menjaga ukhuwwah antara semua warga bagi memastikan 'aspirasi' sekolah bagi 'menjana generasi murabbi' akan mampu dicapai. Antara penerapan sikap yang sentiasa diterapkan pengetua dan pentadbir adalah saling hormat, saling bertanggungjawab, belas kasihan, tolak ansur dan menganggap semua adalah 'kulaan'.
Semua kita adalah petugas yang saling melengkapi antara satu sama lain. Kebersamaan ini semakin baik dan dapat menceriakan warga sekolah ini untuk berkhidmat dengan lebih baik dan cemerlang.
Pertama
Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan kerana dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah saw pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.
Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah saw dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.
Kedua
Dari Anas bin Malik r.a. dari Nabi SAW, baginda telah bersabda yang bermaksud:
" 1- Barangsiapa mendatangi majlis ilmu di bulan Ramadhan, maka Allah taala mencatat tiap-tiap langkahnya sebagai ibadat satu tahun dan dia akan bersamaKu di bawah panji-panji Arasy,
2- Barangsiapa memelihara solat berjemaah di bulan Ramadhan, maka tiap-tiap rakaatnya akan diganjari satu kota yang penuh dengan nikmat Allah taala,
3- Barangsiapa yang berbuat baik kepada kedua ibubapanya di bulan Ramadhan, maka dia akan memperolehi perhatian Allah taala dengan penuh kasih sayang, sedangkan aku (Rasulullah SAW) menjaminnya di dalam Syurga,
4- Seseorang isteri yang mencari keredhaan suaminya di bulan Ramadhan, maka baginya pahala seperti pahalanya Maryam dan Asiah,
5- Barangsiapa menolong keperluan saudaranya yang muslim di bulan Ramadhan, maka Allah taala akan menolongnya seribu keperluannya di hari Qiamat kelak ".
Ketiga
Puasa akan sempurna dengan menjaga 5 perkara tersebut :
1- Memejamkan mata dari segala sesuatu yang tercela menurut syara'
2- Menjaga mulut dari perkataan atau membicarakan tentang keaiban orang lain
3- Menahan telingan daripada mendengar sesuatu yang dibenci, cth : nyanyian yang melalaikan
4- Menggunakan dan memakan makanan serta minuman yang halal lagi berkat dengan menjauhkan barangan makanan serta minuman yang syubhah, cth : Produk Yahudi dan sekutunya
5- Hendaklah orang yang berpuasa tidak terlalu banyak makan sampai perut penuh saat berbuka walaupun makanan itu halal.
Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

0 komentar:
Catat Ulasan