Pada hari Sabtu yang lalu 5 Sept bersamaan 15 Ramadhan 1430 telah dilansungkan Kursus tatatertib untuk semua warga SABK Daerah Kerian bertempat di Dewan Malinja PPD Kerian. Kursus yang dihadiri oleh hampir kesemua warga pentadbiran dan pendidik SABK Kerian, dengan kehadiran mencatat lebih kurang 200 orang. Kursus yang julung kalinya diadakan bagi mendedahkan semua warga kepada peraturan yang sebaiknya untuk dipatuhi bagi memastikan pengurusan sekolah berjalan dengan baik.
SABK Al-Falah mengambil inisiatif ini menjadi pengelola program sebagai memenuhi tanggungjawab memberi latihan bagi guru baru yang masih belum berpengalaman dalam arena pendidikan dan bagi guru lama untuk kembali mengikut prosedur yang sebenar.
Secara jujrnya saya akui, pentadbiran SABK terutama bagi daerah Kerian ini masih belum stabil dan memerlukan banyak latihan bagi memastikan pengurusan yang efektif. Melalui kursus ini yang diambil sebagai Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) amat baik sebagai pendedahan kepada semua warga SABK.
Kursus yang disampaikan oleh En. Ramli Bin Muhaidin dari JPN Perak dengan panjang lebar kepada semua peserta. Walaupun berhadapan bulan Ramadhan,beliau cukup bertenaga sehingga mencecah 3 jam dalam sesi penyampaiannya. Dengan berbekalkan pengalaman yang cukup luas dalam memberi taklimat kepada penjawat-penjawat awam. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan bagi mewakili rakan guru SABK.
Antara SABK yang turut sama adalah dari SABK Al-Falah Tg Piandang, Shamsul Maarif Tg Piandang, Al-Hidayah Kuala Kurau, Ehya Assyarif Gunung Semanggol (Ren dan Men), Ridwaniah Telok Medan (ren dan Men).
Majlis penutup disempurnakan oleh En. mohd Fisol Hj Sapiee Pen. Pegawai (HEM) PPD Kerian. beliau amat mengharapkan peubahan positif dikalangan warga SABK bagi memastikan agenda kementerian bagi memajukan pendidikan untuk anak bangsa.
Banyak input berguna untuk diteliti dan diambil pengajaran hasil dari pembentangan oleh penceramah. Dari perihal urus tadbir, sikap dan profesional seorang guru dibentangkan bagi kesedaran kepada semua warga guru SABK. Saya mengharapkan agar tidak ada lagi isu gaduh, isu masam muka, isu orang lama dan orang baru dan berbagai lagi isu yang boleh menjejaskan perjalanan pendidikan untuk anak bangsa kita. Biarlah dengan kursus ini membuka jalan baru kepada pentadbiran SABK yang masih mencari 'identiti' sendiri bagi meneruskan kesinambungan pendidikan dan persefahaman di antara warga sekolah.
Harapan saya di 'entri' kali ini, agar semua warga pentadbir SABK Kerian terutamanya mencari jalan penyelesaian yang baik bagi semua masalah yang timbul di sekolah masing-masing. Harus ada perbincangan terbuka dan tulus di semua cabang urus tadbir termasuk PIBG, Lembaga Pengelola Sekolah dan AJK Guru. Ini akan membuahkan hasil yang baik untuk sekolah.
Maafla yang mana luahan kata tak menyedapkan rasa.. ini semua sekadar berkongsi apa yang telah dipraktikan @Al-Hidayah.
FOTO MENARIK 1
FOTO MENARIK 2
FOTO MENARIK 3
FOTO MENARIK 4
Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

0 komentar:
Catat Ulasan