Rumah terbuka atau majlis terbuka sempena Aidilfitri dan juga sempena perayaan-perayaan lain menjadi budaya di negara kita ini. Saya ingin menarik perhatian tentang peripentingnya majlis terbuka ini kepada hadirin dan juga penganjur. Sebenarnya banyak kebaikan dalah mengadakan majlis terbuka ini, disamping menjamu orang makan ianya merapatkan silaturrahim sesama kita. Di situ peluang bertemu dan peluang bertanya khabar. Bagi yang dapat hadir dan berpeluang ada di majlis terbuka dapat bertemu muka dengan kenalan dan sahabat handai yang mungkin telah lama tidak ketemu.
Disamping semua itu, harus diingat mengadakan sambutan majlis terbuka juga menuntut penganjur bekerjasama dengan baik. Segala proses pengurusan program dijalankan dengan teratur dan mengikut plan yang sedia ada dalam mesyuarat. Kerjasama yang baik dalam penganjuran majlis terbuka terutama jika yang mengadakannya itu adalah dari persatuan, kumpulan atau organisasi yang besar lebih perlu kepada komitmen yang baik dari semua jawatankuasa.
Keadaan ini perlu wujud bagi memastikan majlis berjalan dengan baik dan sentiasa ceria. Disebalik tabir kemeriahan sambutan majlis terbuka sebenarnya yang memainkan peranan penting adalah semua AJK yang menjayakannya. Gagalnya sesuatu penganjuran adalah sangat bergantung dengan kerjasama kumpulan sokongan majlis tersebut. Buat akhirnya tulisan saya ini, sama-sama kita bermuhasabah di bulan Syawal ini dengan menilai diri agar sentiasa belajar dari kelemahan dan sentiasa peka dengan tugasan.
Bak kata wonderpet .. Apa yang penting......
Sekian.
Semalam saya sempat menghadiri majlis terbuka SMA Shamsul Maarif Tg Piandang. Ditemani isteri dan anak saya, kami sempat la sampai lebih kurang pukul 10 pagi tiba di sekolah tempat isteri say bertugas ini. Kelihatan agak ramai jugak hadirin yang telah tiba tetapi masih duduk dan belum menikmati juadah yang tersedia di meja. Saya pun risik-risik la .. kenapa masih belum makan, jawab seorang guru di situ, majlsi sedang menantikan jemputan qari Ustaz Radzi Kamarul Hailan dan Ustaz shamsul Arifin. Selang 10 minit kemudian tibalah jemputan yang dimaksudkan. Majlis pun dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Shamsul kemudian diikuti bacaan Al-Quran oleh Ustaz Radzi.
Sejurus itu hadirin pun dijemput untuk menikmati juadah. Saya sempat diajak bersama menikmati juadah bersama jemputan dan wakil dari PPD kerian yang tiba sekitar pukul 11.00 pagi. Sedap jugak hidangan yang disediakan, almaklumlah dah lapar.. makan la banyak. Terima kasih kepada rakan-rakan di SMASMW
Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

0 komentar:
Catat Ulasan