Prog: Lawatan Sambil belajar ke Mahkamah Syariah Parit Buntar
Tarikh : 10.11.2010
Peserta : 23 Orang pelajar lepasan PMR
Sinopsis :
Program ini yang dirancang oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) bagi mengisi masa terluang pelajar lepasan PMR. Program ini mendapat kerjasama sepenuhnya dari para pegawai mahkamah syariah Parit Buntar.
Seramai 23 pelajar dari lepasan PMR dibawa ke mahkamah syariah untuk mengikuti prosiding mahkamah secara dekat dari dalam dewan bicara. Kumpulan pelajar ini turut diringi oleh 3 orang guru iaitu Cikgu Zubaidah Abd Rahim, Nur latifah Mohd Arish dan Norhaslinda.
Sesampainya di mahkamah,rombongan telah diberi taklimat mengenai perjalanan prosiding bicara kes dan adab ketika berada dalam dewan bicara. Kemudian rombongan dihidangkan dengan jamuan makan pagi nasi lemak, yang telah disediakan oleh kakaitangan mahkamah. Kemudian kumpulan rombongan dibawa melihat kawasan sekitar / bahagian bangunan.
Setelah itu, rombongan di bawa masuk ke dalam dewan bicara untuk mengikuti sebutan kes yang telah menunggu giliran prosidingnya ketika itu. Semua pelajar yang menyertai rombongan ini teruja kerana pertama kali mengikuti perbicaraan satu kes berkaitan poligami tanpa kebenaran.
Antara tujuan utama program ini adalah untuk memberi gambaran sebenar kes salahlaku jenayah orang Islam sebagai pengajaran kepada semua pelajar. disamping itu sebagai memberi peluang kepada pelajar merasai sendiri suasana ketika sebutan kes di mahkamah.
Terima Kasih kami ucapkan kepada Ustaz Asri ( Pegawai Mahkamah ) yang sedia menjadi wakil mahkamah dalam menerangkan selok belok urusan di mahkamah syariah. Terima kasih juga buat semua warga mahkamah syariah Parit Buntar atas layanan yang baik dan mesra. Terima Kasih daun keladi.
Sebahagian foto yg sempat dirakamkan
AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

0 komentar:
Catat Ulasan