Hari ini Jumaat 19 Nov 2010, hari terakhir sesi persekolahan bagi tahun ini. Diwaktu kerancakan pelajar untuk sibuk bercuti, para guru rancak mengemaskini bahan dan keperluan penting sebelum berakhirnya sesi persekolahan.
Dikesempatan hari ini juga Unit Bimbingan dan Kaunseling sekali lagi mengadakan majlis khas untuk meraikan calon SPM yang dinamakan Mohon Restu Calon SPM. Majlis yang diadakan bagi memberi ruang kepada semua tenaga pengajar matapelajaran tingkatan 5 ini menyampaikan amanat kepada semua anak didik mereka.
Menurut teraju utama UBK sekolah, Cik Latifah Soid. Program ini merupakan salah satu program persiapan untuk calon SPM menghadapi peperiksaan SPM pada 23 Nov ini. Program yang diharap mampu memberi kesedaran akhir untuk semua calon SPM sekolah ini untuk menjawab peperiksaan dengan lebih baik.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diteruskan dengan ucapan para guru. Ustazah Roshida Ibrahim (Gambar)dalam ucapannya banyak menyentuh keperluan pelajar untuk meningkatkan kemajuan diri dengan ilmu dan pengalaman yang baik sewaktu di sekolah. Beliau amat berharap agar semua calon SPM dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran dan peperiksaan yang bakal dihadapi.
Dalam pada itu beliau turut menekankan supaya semua pelajar mengambil kesempatan ini untuk memohon kemaafan dari semua guru yang telah bersusahpayah mendidik dan menyampaikan ilmu selama ini kepada mereka. Beliau turut mendoakan agar semua pelajar boleh menjawab terutama kertas Bahasa Arab Tinggi dalam peperiksaan nanti.
En. Nazruddin Abd Rasid Penolong Kanan HEM, pula dalam ucapannya menegaskan agar pelajar dapat mematuhi peraturan dan berdisiplin ketika menghadapi peperiksaan. Tambahnya lagi, dengan menunjukkan disiplin yang baik mampu meningkatkan imej sekolah ke tahap yang lebih tinggi. Beliau turut mengharapkan agar pelajar yang akan meninggalkan sekolah ini dan berada di dalam masyarakat mampu mempamerkan akhlak yang terpuji dan menjadi contoh.
Beliau yang juga menyampaikan ucapan bagi mewakili pihak pengurusan sekolah mengharapkan agar calon SPM sekolah ini mampu mencipta sebuah kejayaan yang besar dan menyumbang kepada peningkatan kepercayaan masyarakat umum kepada institusi agama seperti sekolah ini.
Semua guru yang diberi ruang menyampaikan ucapan, mengharapkan agar semua pelajar tingkatan 5 yang merupakan calon sulung SPM setelah sekolah diserap menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dapat mencipta kejayaan yang cemerlang pada peperiksaan itu nanti. Majlis diakhiri dengan acara bersalaman pelajar dengan semua guru terlibat.
AL-HIDAYAH GEMILANG 2010

0 komentar:
Catat Ulasan