PARIT BUNTAR. 22 Jan 2011. Satu bengkel menghasilkan isi dan huraian bagi acara bercerita dan syarahan agama bagi pertandingan Majlis Tilawah Quran ( MTQ ) tahun 2011 telah dianjurkan oleh Unit Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah Kerian. Bengkel ini yang diadakan di Dewan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Al-Falah telah dihadiri oleh semua Ketua Panitia Pendidikan Islam Sekolah menengah dan sekolah rendah daerah ini.
Bengkel yang dikendalikan oleh guru-guru yang berpengalaman dalam bahagian pemarkahan dan penghakiman isi bagi dua acara tersebut. Seawal jam 8.00 pagi para guru yang hadir diberi taklimat dan penerangan oleh para pegawai Unit Pendidikan Islam PPD Kerian.
Kumpulan bengkel dibahagikan kepada dua kumpulan utama, kumpulan sekolah rendah akan melaksanakan pengarapan isi dan huraian bagi acara bercerita dan bagi kumpulan sekolah menengah pula mengarap isi dan huraian bagi syarahan agama.
Us. Abdul Rahman Hamid mengatakan bahawa bengkel ini adalah inisiatif pihak PPD dalam usaha memberi pendedahan mengarap isi dan pengalaman kepada guru dalam bidang penghakiman bagi kedua-dua acara. Disamping itu juga sebagai usaha mempertahankan kedudukan daerah Kerian yang cemerlang bagi pertandingan MTQ peringkat Negeri Perak. Ujarnya ketika menyampaikan ucapan aluannya.
Terima kasih kerana 'post' ini sentiasa mendapat klik yang tinggi. Bersama ini satu contoh syarahan yang mungkin dapat membantu.
MISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

0 komentar:
Catat Ulasan