Kuala Kurau. 3 Jan 2011. Program pendaftaran pelajar baru tingkatan 1 SABK Al-Hidayah Parit Abas berjalan lancar seperti yang dijadualkan. Ibubapa bersama anak masing-masing hadir seawal jam 8.00 pagi walaupun proses pendaftaran bermula jam 9.00 pagi. Seramai 56 pelajar baru datang mendaftar masuk ke sekolah ini bagi kemasukan ke tingkatan 1 sesi persekolahan 2011.
Sesi taklimat pengurusan pendidikan di sekolah ini turut diadakan selepas sesi pendaftaran selesai. Dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengetua sekolah, Hj Mohd Said Hasnik yang dalam ucapannya menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada ibubapa dan pelajar yang memilih sekolah ini bagi menyambung pendidikan peringkat menengah.
Semoga pelajar yang berjaya terpilih untuk mwngikuti pendidikan di sekolah ini dapat mempamerkan keupayaan yang tinggi bagi merealisasikan visi baru sekolah Alhidayah Cemerlang 2015, ujarnya ketika ditemui selepas program taklimat tersebut.
Program taklimat diteruskan oleh semua penolong kanan sekolah ini bagi menerangkan dan menjelaskan perkara berkaitan pengurusan pendidikan dan hal ehwal murid kepada ibubapa dan waris yang hadir.
Ibubapa yang ditemui, menyuarakan rasa bertuah kerana anak mereka terpilih untuk diterima masuk ke sekolah ini.Kebanyakkan ibubapa memilih sekolah ini berdasarkan pencapaian yang cemerlang dan pengurusan disiplin sekolah yang baik.
Dalam masa yang sama sekolah turut didatangi oleh para pegawai dari Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Perak. Tujuan mereka ini hadir adalah untuk memantau pengurusan sekolah pada awal sesi persekolahan. Mereka diberi taklimat dan penerangan berkaitan pengurusan sekolah oleh pengetua dan penolong kanan pentadbiran.
Pihak sekolah mengharapkan semua pihak dapat bekerjasama membantu sekolah ini dalam memberi pendidikan berkualiti dan seterusnya meningkatkan kecemerlangan sekolah agama seperti sekolah ini.
AL-HIDAYAH CEMERLANG 2015

0 komentar:
Catat Ulasan