KUALA KURAU, 15 Sept 2011. Majlis sambutan Aidilfitri SABK Al-Hidayah pada tahun ini telah diadakan dengan memasukkan beberapa acara tambahan bagi memberi peluang ibubapa pelajar untuk hadir bersama memeriahkan majlis. Melalui Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Unit Bimbingan Kaunseling telah menyusun program ini dengan turut diadakan bacaan yasin dan solat hajat perdana sempena menempuh peperiksaan awam pada tahun ini.
Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Penolong Kanan Pentadbiran En Azahar Abu Bakar bagi memberi gambaran kepada ibubapa tentang tindakan mereka dalam memastikan persediaan peringkat akhir anak-anak mereka untuk menghadapi peperiksaan sentiasa diambil berat.Dalam ucapannya, beliau menegaskan kepada semua ibubapa untuk sedar akan tanggungjawab masing-masing untuk memastikan anak-anak mereka hadir dan melaksanakan tugasan yang diberi oleh guru. Diakhir ucapan beliau menegaskan agar ibubapa perlu sentiasa membantu pihak sekolah dalam memberi pendidikan kepada anak-anak mereka.
Majlis diteruskan dengan bacaan yasin dan solat hajat berjemaah yang dipimpin oleh Ustaz Badrulhisham Mat Rejab. Turut sama hadir di majlis ini ahli-ahli Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG), Ahli Lembaga pengurusan Sekolah dan juga warga guru sekolah SABK yang berhampiran. Diakhir majlis para ibubapa dan jemputan diraikan dengan jamuan sempena hari Raya Aidilfiti.
Berikut Rakaman penuh ucapan PK Pentadbiran.
VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015
0 komentar:
Catat Ulasan