Kuala Kurau, 30 Sept 2011. Menjelang peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang akan bermula minggu hadapan, unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) sekolah sekali lagi mengadakan program khusus untuk calon PMR sekolah ini. Program yang dinamakan majlis mohon restu ini khusus diadakan sebagai persediaan kepada calon PMR untuk menghadapi peperiksaan yang bermula 4 Oktober ini.
Antara pengisian program bagi tahun ini adalah sesi motivasi akhir kepada semua pelajar yang menjadi calon PMR. Ceramah motivasi telah disampaikan oleh penceramah yang dijemput khas oleh pihak UBK iaitu Ustaz Mohamad Shukri Osman, seorang Pegawai Hal Ehwal Islam Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang.
Turut dimuatkan sesi amanat pengetua dan guru-guru matapelajaran kepada semua pelajar. Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu motivasi dan gimik menyuap pulut kuning oleh guru kepada pelajar sebagai tanda restu untuk mereka menghadapi peperiksaan akan datang.
Petikan amanat kepada calon PMR 2011
VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015
0 komentar:
Catat Ulasan