Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Sektor Pendidikan Islam (SPI) Jabatan Pelajaran Perak buat julung kalinya telah menganjurkan Nadwah Kepimpinan Pelajar Islam Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) peringkat kebangsaan pada 10-13 Okt 2011 yang lalu bertempat di UITM Seri Iskandar.
Program yang diadakan khusus bagi pelajar SABK dari seluruh negara ini bertujuan memberi pendedahan corak kepimpinan dan membina keperibadian pelajar untuk menjadi pemimpin masa depan.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah siri ceramah kepimpinan, bengkel, latihan dan lawatan sambil belajar ke tempat-tempat berhampiran. Seramai 4 orang pelajar dipilih dari setiap SABK seluruh Malaysia berkumpul mengikuti program ini.
Majlis penutupan program ini telah disempurnakan oleh Tim. Menteri Pelajaran 1, Dato Dr Mohd Puad Zarkashi.
Berikut temubual unit media bersama pelajar yang menjadi peserta dari sekolah ini.
" Saya sangat gembira kerana dipilih menyertai program ini, dengannya saya berpeluang mengikuti program kepimpinan yang disusun"
Nor Alina Mohamad, Ting.4
" Saya amat berharap program seperti ini dapat diteruskan dan dikembangkan lagi dengan diadakan diperingkat sekolah, supaya semua pelajar mampu menjadi pemimpin yang berketrampilan"
Mimi Suhada, Ting.4
" Dari program ini, saya dapat menilai kemampuan diri saya untuk menjadi seorang pemimpin pelajar, saya juga dapat melatih diri untuk membiasakan diri bergaul dengan orang lain"
Mohd Adib Abd Hamid. Ting.4
" Saya dapat banyak pengalaman semasa mengikuti aktiviti ini, seperti berpidato, ceramah kepimpinan dan juga lawatan. Saya juga dapat belajar cara mengurus masa dengan baik."
Asyraf Abd Aziz. Ting. 4
VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015
0 komentar:
Catat Ulasan