Calon PMR 2011
Kuala Kurau, 23 Dis 2011. Keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang telah diumumkan turut memberi kejayaan kepada sekolah ini. Seramai 41 calon telah menduduki peperiksaan ini dan mencatatkan 27 calon mencapai keputusan lulus semua matapelajaran.
Pengetua sekolah, Mohd Said Hasnik dalam reaksinya melahirkan rasa syukur dengan kejayaan yang dicapai oleh calon sekolah ini dan telah meletakkan nama sekolah antara 5 terbaik di dalam daerah Kerian. Ini adalah keputusan terbaik semenjak menjadi SABK. Walaupun calon dari sekolah ini tidak mencapai tahap terbaik dari segi kualiti namun kita dapat mempertingkatkan pencapaian dari segi kuantiti dengan mencapai lonjakan peratus kelulusan tertinggi sebanyak 30 peratus dari pencapaian tahun lalu.
Semua matapelajaran mencatat peningkatan dan melepasi sasaran yang dikehendaki. Ujarnya lagi, matapelajaran yang begitu baik pencapaiannya adalah Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam yang mencatat calon memperolehi A yang agak ramai.
Sekolah turut menerima sijil penghargaan khas dari Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kerian bagi pencapaian PMR ini dalam kategori peningkatan peratus kelulusan 3 tahun berturut-turut dan lompatan saujana kuantiti.
Pihak sekolah merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua calon dan guru yang berjaya membuktikan keupayaan sekolah dalam meningkatkan pencapaian akademik.
" Keputusan PMR tahun ini adalah yang terbaik, tahniah dan syabas kepada semua calon dan guru yang berusaha meningkatkan keputusan kali ini"
Mohd Said Hasnik
Pengetua
*Sumber graf / data dari PPD Kerian
VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015
0 komentar:
Catat Ulasan