Kuala Kurau, 3 Feb 2012. Mesyuarat Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) sekolah ini telah menyaksikan kehadiran ibubapa seramai 120 orang. Menurut pengetua sekolah, Hj Mohd Said Hasnik dalam ucapan aluannya melahirkan rasa teruja apabila ramai ibubapa sudi meluangkan masa untuk turut sama menyertai mesyuarat agung kali ini. Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ibubapa yang hadir dan sedia membantu untuk memajukan lagi pendidikan di sekolah ini. Dalam ucapannya juga beliau turut mengingatkan kembali bahawa sekolah ini masih meneruskan sebelum ini di era Sekolah pondok dan Sekolah Agama Rakyat dahulu, dengan menawarkan pakej pendidikan secara dua aliran serentak iaitu akademik dan azhariah.
Bagi memastikan peningkatan kepada kedua-dua aliran ini, berbagai program dirangka dan dilaksanakan untuk memastikan pencapaian terbaik dalam keputusan peperiksaan. Turut tidak ketinggalan program tarbiah bagi memastikan anak-anak yang belajar di sekolah ini mendapat didikan asas agama yang kukuh.
Ucapan perasmian oleh En Kamal Abdullah Pegawai Khas KGSK Pejabat Pelajaran Daerah Kerian, menyentuh tentang keupayaan sekolah ini yang semakin meningkat pencapaiannya berbanding sekolah harian biasa di daerah ini. Ujarnya lagi Pencapaian ini tidak hanya bergantung kepada pihak sekolah malah ia juga mendapat kerjasama dari komuniti setempat dan ibubapa yang sama-sama membantu menyumbang kepada peningkatan kejayaan sekolah ini.
Beliau yang juga merupakan pegawai yang bertanggungjawab memantau sekolah ini menyatakan bahawa setiap sekolah di daerah ini mempunyai pegawai dari PPD yang akan memantau dan menyelia pengurusan sekolah agar sasaran pencapaian akan terlaksana.
Beliau turut mengharapkan agar semua pihak dapat saling bekerjsama dalam usaha memberi pendidikian kepada anak-anak yang ada di sekolah ini.
Petikan Ucapan PengetuaBagi memastikan peningkatan kepada kedua-dua aliran ini, berbagai program dirangka dan dilaksanakan untuk memastikan pencapaian terbaik dalam keputusan peperiksaan. Turut tidak ketinggalan program tarbiah bagi memastikan anak-anak yang belajar di sekolah ini mendapat didikan asas agama yang kukuh.
Ucapan perasmian oleh En Kamal Abdullah Pegawai Khas KGSK Pejabat Pelajaran Daerah Kerian, menyentuh tentang keupayaan sekolah ini yang semakin meningkat pencapaiannya berbanding sekolah harian biasa di daerah ini. Ujarnya lagi Pencapaian ini tidak hanya bergantung kepada pihak sekolah malah ia juga mendapat kerjasama dari komuniti setempat dan ibubapa yang sama-sama membantu menyumbang kepada peningkatan kejayaan sekolah ini.
Beliau yang juga merupakan pegawai yang bertanggungjawab memantau sekolah ini menyatakan bahawa setiap sekolah di daerah ini mempunyai pegawai dari PPD yang akan memantau dan menyelia pengurusan sekolah agar sasaran pencapaian akan terlaksana.
Beliau turut mengharapkan agar semua pihak dapat saling bekerjsama dalam usaha memberi pendidikian kepada anak-anak yang ada di sekolah ini.
Petikan Ucapan Pegawai Perasmi
VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015
0 komentar:
Catat Ulasan