PENTING
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 4:27:00 PTG
| No comments
Kuala Kurau, 1 Jan 2013. Seramai 70 orang pelajar baru telah menerima tawaran masuk ke sekolah ini bagi pengambilan tingkatan 1 tahun 2013. Ibubapa dan pelajar yang berjaya mengucapkan syukur dan terima kasih kerana anak mereka telah diterima masuk ke sekolah ini.
Program pendaftaran pelajar baru ini dijalankan dengan sesi pendaftaran, ucapan pengetua, taklimat dari semua penolong kanan sekolah.
 |
| Ibubapa yang hadir bersama anak |
 |
| Pemandangan jumlah pelajar yang sedang mendengar taklimat |
 |
| Ibubapa yang mendaftarkan anak |
VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 9:10:00 PTG
| No comments
Kuala Kurau. 3 Jan 2011. Program pendaftaran pelajar baru tingkatan 1 SABK Al-Hidayah Parit Abas berjalan lancar seperti yang dijadualkan. Ibubapa bersama anak masing-masing hadir seawal jam 8.00 pagi walaupun proses pendaftaran bermula jam 9.00 pagi. Seramai 56 pelajar baru datang mendaftar masuk ke sekolah ini bagi kemasukan ke tingkatan 1 sesi persekolahan 2011.
Sesi taklimat pengurusan pendidikan di sekolah ini turut diadakan selepas sesi pendaftaran selesai. Dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengetua sekolah, Hj Mohd Said Hasnik yang dalam ucapannya menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada ibubapa dan pelajar yang memilih sekolah ini bagi menyambung pendidikan peringkat menengah.
Semoga pelajar yang berjaya terpilih untuk mwngikuti pendidikan di sekolah ini dapat mempamerkan keupayaan yang tinggi bagi merealisasikan visi baru sekolah Alhidayah Cemerlang 2015, ujarnya ketika ditemui selepas program taklimat tersebut.
Program taklimat diteruskan oleh semua penolong kanan sekolah ini bagi menerangkan dan menjelaskan perkara berkaitan pengurusan pendidikan dan hal ehwal murid kepada ibubapa dan waris yang hadir.
Ibubapa yang ditemui, menyuarakan rasa bertuah kerana anak mereka terpilih untuk diterima masuk ke sekolah ini.Kebanyakkan ibubapa memilih sekolah ini berdasarkan pencapaian yang cemerlang dan pengurusan disiplin sekolah yang baik.
Dalam masa yang sama sekolah turut didatangi oleh para pegawai dari Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Perak. Tujuan mereka ini hadir adalah untuk memantau pengurusan sekolah pada awal sesi persekolahan. Mereka diberi taklimat dan penerangan berkaitan pengurusan sekolah oleh pengetua dan penolong kanan pentadbiran.
Pihak sekolah mengharapkan semua pihak dapat bekerjasama membantu sekolah ini dalam memberi pendidikan berkualiti dan seterusnya meningkatkan kecemerlangan sekolah agama seperti sekolah ini.

Pengetua menyampaikan taklimat persediaan sesi awal
persekolah kepada wakil JPN.

Pegawai JPN disambut oleh PK1 ketika hujan lebat

Ibubapa bersama anak-anak mendengar taklimat pelajar baru

Pengetua ketika menyampaikan ucapan

PK pentadbiran bersiap sedia untuk menyampaikan taklimat

Ketika sesi pendaftaran

Antara ibubapa yang datang mendaftar
AL-HIDAYAH CEMERLANG 2015
Posted by Mohd Shahril Ibrahim
On 3:20:00 PTG
| No comments
Hari ini masuk minggu-minggu akhir di dalam cuti persekolahan. Minggu ini juga sedang rancak proses penerimaan pelajar baru dilaksanakan di kebanyakkan SABK seluruh negara. Bagi sekolah ini, surat yang mengandungi keputusan calon yang gagal atau berjaya bagi memasuki ke tingkatan 1 sekolah ini juga telah mula dipos. Kebanyakkan calon yang menduduki ujian kemasukkan pada 2 Dis yang lalu mendapat keputusan yang baik untuk ditempatkan disekolah ini. Cuma ada hampir 20 peratus sahaja yang tidak menepati kelayakkan dan gagal dalam ujian bacaan.
Buat pengetahuan warga sekolah dan pengunjung juga, sekolah ini mula mendaftar staf baru bagi pentadbiran iaitu Puan Lily yang baru melapor diri pada 3 Dis yang lalu. Puan lily akan menjawat jawatan sebagai Pembantu Tadbir Pengurusan Operasi (PTPO).
Dalam pada itu, ada seorang lagi guru akan masuk bagi mengisi jawatan Penolong Kanan Pentadbiran yang ditinggalkan oleh Puan Nora. Menurut khabar angin yang semakin kuat bertiup, beliau sudah meninjau-ninjau sekolah pada awal cuti yang lalu. Saya belum pasti adakah beliau akan menerima atau tidak jawatan ini.
Saya kenal juga lah dia niee..., cukup saya namakan Ustaz A, beliau pernah berkhidmat di Daerah kerian sebagai guru Pendidikan Islam di sebuah SMK. Berpindah ke SPPIM di JPN Perak. Dan kini dikatakan akan melangkahkan kaki ke SMAAH. Adakah beliau terima ??? Kita doakan semoga dia terima untuk memastikan perjalanan sekolah ini pada tahun-tahun akan datang lebih baik dan teratur.
Pentadbiran yang cekap memastikan kegemilangan sekolah.
KECEMERLANGAN, KEMAJUAN DAN GEMILANGNYA AL-HIDAYAH HASIL SUMBANGAN IKHLAS KITA. SALING MEMBANTU DAN BEKERJASAMA.
PENAFIAN