TERKINI DI FACEBOOK

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297 Email : alhidayah@ppdkerian.edu.my

PENTING

BLOG SEKOLAH MASIH DALAM PROSES PENGUBAHSUAIAN

13 April, 2009

HOT Makan free bersama Sayuti

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 1:42:00 PTG | No comments
Hari nie.. Isnin 13.4 .. kawan kita nie.. berkesempatan belanja makan plak. Almaklumlah dah 'kaya' .. gaji dah masuk katanyer.. dapat la kami guru-2 makan free lagi hari nie... Sedap jugak lauknyer .. ikan senangin dgn ayam masak merah. Minggu lepas dier nie.. 'melantak' org punyer, kali nie.. org lain plak 'melantak'kan lauk dier. Sapa la yer yang dok kuat mentekedarah tu .... Zoom kat bawah nie...sapa nie ha... hehehe..



Sambil tu .. kita layan foto aktiviti koku kela badminton minggu lepas.





Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

HOT Motivasi bersama Tuan Hj Ansari

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 1:40:00 PTG | No comments
Pada 10.04.09 petang Jumaat lalu telah berlansung aktiviti ceramah motivasi kepada pelajar.

Layan foto bersama Cikgu Ansari SMK Pekan Baru







Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

10 April, 2009

Majlis Perhimpunan Yang HOT dengan Hadiah

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 3:56:00 PTG | No comments
Majllis hari ini perhimpunan jumaat yang menjadi rutin setiap minggu, pentas bagi cerita seminggu berkaitan apa juga yang berlaku dalam masa seminggu.




Minggu nie ... ustaz fatan berkesempatan berucap ... berdegar2 harapan dier untuk anak didik Hidayah, sejak dulu begitu lah perwatakannya ... ceria dan sempoi ... sgt mesra dgn semua pelajar. kenal ker ustaz fatan .. nie... dier ...




Jika minggu lepas cikgu dibawah nie.. dah pun memperkenalkan diri.. ini cikgu baru bahasa inggeris. Nama dia hampir nak sama dengan sekolah NUR HIDAYAH BINTI ABD WAHAB


Layan dulu foto dier ... khusyuk mendengar ucapan ustaz fatan.
Sori arr . cikgu Hidayah ... sajer 'promo' kat lapangan cni .. mana tau ada yang berkenan di hati .. wakaka ... ok jugak . makan free kami semua.
Arr ..nak cte panjang lagi nie.. tapi nak 'interframe' sorang lagi cikgu nie.... nie.. ha..

Cikgu Teh Nur Akmal Bt Kusni.. tengok tu 'jelingan'dier ... naik risau saya yg amik gambaq dier nie... jgn mare arr Teh .. saya saja amik sekadar 'hiasan'.


Ar .. apa yg saya nak citer nie.. adalah berkaitan suasana SAR yang semakin malap setelah menjadi SABK. Dari apa yang saya perhatikan kebanyakkan cikgu yang baru gagal menghayati suasana SAR yang mementingkan pendidikan agama. Agama mementingkan ADAB yang merupakan interprestasi bagi AKHLAK. Sekarang sudah ada pelajar dan guru yang tidak menitikberatkan isu akhlak. ada pelajar yang tidak menutup aurat ketika bermain dan juga urusan luar. Ada guru yang sambil lewa 'menguruskan' isu ini. bahkan guru lebih mengalakkan dgn menampilkan cara 'tersendiri'. Sudah dekat 2 minggu isu ini dicakapkan terutama oleh Cikgu Naz HEM. tapi masih menjadi 'trauma' bagi pengurusan sekolah yg telah membenarkan pelajar masuk permainan atau menyertai apa jua program.

Saya tak nak 'upload' gambar berkaitan itu.... kerana menjaga peribadi. Lagi satu berkaitan hubungan dalam percakapan. ada perbualan yang menghiris hati, ada percakapan tidak menghormati, ada yang tidak peduli, ada yang sakit sampai ke hati. Ini suatu petanda tidak baik kerana bakal mengundang kucar kacir. Isu ini, berlaku di antara pelajar dgn pelajar sehingga bergaduh 'berdarah kepala', berlaku pelajar dgn guru sampai ada yang kata guru sombong, ada guru kata pelajar itu sombong, macam2 yang jadi termasuk guru bermasam muka sesama guru, guru asyik marah dan tak hormat yang lebih tua. Apa cte nie... ini sekolah agama .. kita kena sedar banyak tanggungjawab di SEKOLAH AGAMA. baik pada pelajar mahupun guru. Jadi perbaiki lah 'HAL' ini agar tidak menjadi barah.

Saya dalam usaha untuk berbincang dengan pentadbiran utk menetapkan ini....

PRINSIP SAR AL-HIDAYAH

1. TAKAFUL

2. TAAWUN

3. TASAMUH

4. TABARRAQ

5. TAWADDU'


Ini salah satu usaha saya bersama guru lama bagi mengembalikan SUASANA SAR ke dalam SABK. Cukup la buat tatapan pembaca. Maaf la yg mana 'KENA'. Layan la foto di bawah nie sekadarnya.





















BUAT AKHIRNYA TERIMA KASIH KAT TUAN YANG BELANJA MAKAN .. NIE DIA ORG NYER ...
TERIMA KASIH BEBANYAK CIKGU LATIFAH ....LAIN KALI BELANJA LA LAGI .. SELALULAH KAMI MAKAN FREE. HEHEHEH ..



TAPI .. YANG SORANG NIE.. LAST SEKALI MAKAN TAPI DPT 2 PINGGAN IKAN SIAKAP NIE.. BERSELERA NAMPAK .. HEHEH .. GUA GURAU JA BEB.. JGN MARE YER ...




Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

07 April, 2009

HOT Bola Baling Sekolah

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 1:12:00 PTG | No comments

7.4.09 -Hari ini berlansung pertandingan Bola Baling MSSD Kerian yang sedang dijalankan di SMK Kuala Kurau. Pertandingan yang menyaksikan 4 kategori diadakan serentak secara liga bermula pukul 9 pagi tadi.
Anta kategri yang dipertandingkan
1. Lelaki bawah 15
2. Perempuan bawah 15
3. Lelaki Bawah 18
4. Perempuan bawah 18

Bawah 18 Lelaki



SMA Alhidayah vs SMK K.Kurau 1-15



SMA Al-Hidayah vs SMK Gunung Semanggol 5-7



SMA Al-Hidayah vs SMK SABAR 5-10






Bawah 15 lelaki



SMA Al-Hidayah vs SMK Selinsing 5-3



SMA Al-Hidayah vs SMK B.serai 1-2



SMA Al-Hidayah vs SMK Sri Kurau 2-10






Bawah 18 perempuan



SMA Al-Hidayah vs SMK SABAR 0-8



SMA Al-Hidayah vs SMKA 2-9



SMA Al-Hidayah vs SMK Alor Pongsu 0-7






Secara umumnya ada peningkatan yang baik. Permainan boleh diperbaiki. Syabas dan tahniah Gandakan usaha lagi demi kemajuan sekolah.






Terima kasih kepada



- Cikgu Sayuti



-Cikgu Teh nur Akmal






Guru-guru pengiring dan semua yang terlibat.






Ini sebahagian foto mereka ... layan la...








Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

03 April, 2009

Terima Kasih Jup

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 9:58:00 PTG | No comments

Saya menulis dan terbitkan post ini istimewa utk sahabat saya nie si Jupri... aku bersyukur ada kawan setugas yg ditempatkan di sekolah ini yang 'berbeza' karektornyer.. susah nak dpt member yang sanggup membantu kawan dgn 'selambe' ajer... tapi bagi saya Jupri seorang yang baik hati .. nak cte saya tertinggal BBM utk sesi 'pencerapan' oleh pensyarah pagi tadi (Jumaat), bayangkan dalam keadaan kalut, aku cuba selesaikan sendiri .. tapi gagal krn pensyarah dah sampai .. saya minta tolong kat Jup utk 'pergi' ambil BBM saya .. alhamdulilah dia dgn relax sanggup balik 'umah dlm' saya utk tolong ambikkan. terima kasih .... bukan sekadar puji tapi Alhamdulilah kerana dia sedia bertugas di sekolah ini dgn rela hati dan sepenuh jiwa.

Mungkin post ini dibaca keluarga terdekat dia .. terutama isteri tercinta dia yang jauh di bawah bayu sana ... alangkah bertuah bdn dipertemukan dgn Jupri nie... biar selalu berjauhan namun dia kat sekolah nie.. jadi tukang riuh rendah. Tak dak .. jadi sunyi la kami.

TERIMA KASIH KERANA BANTUANMU JUP


Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

01 April, 2009

Pertandingan Bola Sepak MSSD bwh 15

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 10:42:00 PG | 1 comment
Ketika post ini ditulis.. perlawanan bola sepak sedang berlansung di SMK Bagan Serai. Perlawanan pertama mempertemukan Hidayah dgn tuan rumah SMKBS. Pertembungan awal pagi tadi menyaksikan pasukan Hidayah tewas kepada SMKBS dgn 5-0. Perlawanan kedua menyaksikan pertembungan Hidayah dengan SMKA Kerian yang juga mencatat kekalahan yang lebih besar 7-0.

Saya melihat gol-gol yang terhasil menampakkan kelemahan dibahagian pertahanan yang cukup ketara. Kelekaan pemain dan tiada sefahaman merupakan faktor utama Hidayah terus 'dibelasah'.

Saya tak mau ulas panjang .... kerana harapan penyelaras dan jurulatih serta juruletih utk melihat sekurang-kurang 1 kejayaan menewaskan SABK Shamsul Maarif juga tidak kesampaian. Hidayah tewas tipis 1-0 melalui perlawanan pelengkap jadual.

Pengunjung boleh KOMEN di kotak bual ... kita cari pilihan terbaik dan kenapa pasukan sekolah masih gagal mencapai tahap yang baik?





Bersama Jurulatih dan Pengurus Pasukan


Pengurus mengatur Pemain bagi perlawanan terakhir dengan SABK S. Maarif


Engko main WINGs KANAN ... Hang plak WINGs KIRI ...


Pentadbir SMBS datang menjengah ...


Awat la.. hampa main macam nie.. CLEAR LA BOLA TU .. AMIK ORANG ... WOOIIIII


Nak kalah ka.. nak menang nie.. boleh ka depa main....


Ha... Mai tengok kuku ... Sapa kuku panjang tak boleh main.


Tengok la nanti .. mesti ngkorang 'KENA' punya.. kata cikgu Zuki kpd Us Malik tu ...


Amacam niee... beb.. depa ada 'M Karathu' kaki panjang ... sekali sepak melayang.


Dari 'tenungan' awal .. macam ada peluang .. betul kan Semua ... Risau la aku ...


Pengurus ..melihat fail dan borang bagi mendaftarkan pemain


Ini latihan pemanas badan pun nak kena suruh ....


Ketibaan pemain dengan kenderaan 'KHAS'... yang disediakan.







Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

31 Mac, 2009

Mesyuarat Kali 1 / Unit Beruniform

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 1:57:00 PTG | No comments
Pada Hari Rabu yang lalu 25 Mac. pukul 3.30 ptg telah berlansung mesyuarat kali 1 bagi kegiatan koku Unit Beruniform. Berikut foto Unit Kadet Remaja Sekolah KRS.



Inilah 'IKON' baru Hidayah .. badannyer gempal .. muker ok SMARAT la.. inilah Cikgu Sayuti .. yang sedang membuat penerangan berkaitan pengurusan KRS. Jgn marah bro .. hahaha ....


Tekun MsMi tu .. mengadap cikgu Sayuti ... jenuh nak tulis apa la... takpa la .. undian tak memihak kat dier nie.. tapi kat Farizul jadi Setiausaha...


Cikgu Sayuti sdg bercakap .. ngkorang bising macam kat market .. apa hal nie ...


Ini anak saya la.. tak dak kena mengena dgn 'posting' tajuk nie.. hahaha.. sajer nak interframe ja... Alhamdulilah .. comei la .. kalau yer .. KASI JATUH KAPLA...

Hidayah itu kurniaan Allah, cari dan rebutlah ia dengan taqwa kepadaNya

KREDIT UCAPAN

INFO RINGKAS SEKOLAH


INFO RINGKAS AL-HIDAYAH

MERANGKUMI PENDIDIKAN AKADEMIK DAN AGAMA (AZHARIAH /DINI) SECARA SERENTAK BERMULA DARI TINGKATAN 1-5

MENITIKBERATKAN MINAT KEPADA ILMU AGAMA YANG MERUPAKAN TUNJANG PENTING SEKOLAH INI

KURIKULUM

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)+ KURIKULUM AZHARIAH (IDADIE DAN THANAWI)

KOKURIKULUM

MELIPUTI ASPEK UNIT BERUNIFORM + KELAB PERSATUAN + SUKAN DAN PERMAINAN

PRASARANA DAN KEMUDAHAN UTAMA

BANGUNAN KELAS DAN KEPERLUAN PENDIDIKAN SESUAI YANG DIBEKALKAN KPM

TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ICT

SEDIAAN GURU TERLATIH OLEH PIHAK KEMENTERIAN

BANGUNAN ASRAMA LELAKI DAN PEREMPUAN MENGIKUT KAPASITI YANG DITETAPKAN

MISI 2020

MENJADI SEKOLAH TERBAIK DAN CEMERLANG DI DAERAH KERIAN 2020

PENERIMAAN MASUK ADALAH BERDASARKAN PENCAPAIAN YANG BAIK DALAM UJIAN KEMASUKAN YANG AKAN DIADAKAN PADA AWAL DISEMBER. UJIAN INI AKAN MELIPUTI PENGUASAAN AL-QURAN, JAWI, DAN SEBAHAGIAN MATAPELAJARAN AKADEMIK LAIN

EDISI 10 TAHUN MENJADI SABK

KOLEKSI YOUTUBE

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN ANJURAN PELAJAR ASRAMA


PERTANDINGAN BADMINTON KELAB BADMINTON



SEKILAS FOTO MENARIK HARI PELAJAR 2010

PENAFIAN

PENAFIAN : UNIT MEDIA PENERBITAN DAN PIHAK SEKOLAH TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEGALA KESULITAN DAN KEHILANGAN MAKLUMAT BERIKUTAN MUAT TURUN BLOG ATAU BAHAN DALAM BLOG INI

NOTIS DAN UCAPAN


PERHATIAN PENTING KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH. GELOMBANG KEDUA H1N1.
PERINGATAN PENTING BERKAITAN SELSEMA BABI INFLUENZA A H1N1 KEPADA WARGA SEKOLAH DIMINTA UNTUK MEMATUHI SEGALA KEPERLUAN BERKAITAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DALAM USAHA MENGHINDARKAN DIRI DARI VIRUS H1N1 INI
-BASUH TANGAN SEHINGGA BENARBENAR BERSIH
- GUNAKAN TISU ATAU SAPU TANGAN KETIKA BERSIN ATAU BATUK
- HINDARKAN BERHUBUNG SECARA TERUS DENGAN PENGIDAP SELSEMA, DEMAM ATAU SUSPEK H1N1
- TIDAK BERADA SECARA BERKUMPULAN
- SENTIASA MENGIKUTI PERKEMBANGAN PENYAKIT INI DARI SEMASA KE SEMASA
- SENTIASA PATUH KEPADA ARAHAN PIHAK BERKUASA
BERDOA SEMOGA KITA DIJAUHI DARI WABAK YANG MEMBUNUH INI KEPADA BEKAS PELAJAR YANG MELAYARI BLOG INI SILA ISI MAKLUMAT ANDA DI BUKU PELAWAT TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENYOKONG BLOG INI

TERKINI DI LAMAN INI

Random Post

Hubungi Kami

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297

Template Updates