TERKINI DI FACEBOOK

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297 Email : alhidayah@ppdkerian.edu.my

PENTING

BLOG SEKOLAH MASIH DALAM PROSES PENGUBAHSUAIAN

27 November, 2009

Aidiladha, korban, sembelihan dan Pengajarannya

Posted by Mohd Shahril Ibrahim On 4:45:00 PTG | No comments
Alhamdulilah, hari ini telah selesai lagi musim haji di tanah suci dan kita di sini meraikan Aidiladha dengan penuh keinsafan. Saya berpeluang 'adjust' jadual di maktab untuk turut sama cuti bagi meraikan aidiladha ini. Pagi tadi sempat saya meyaksikan upacara korban yang dilakukan oleh keluarga saya. Bersama semua ahli keluarga kecuali isteri saya yang terpaksa berada di maktab di Kuala Lumpur berikutan cuti yang amat penek. Mungkin inilah pengorbanan yang kecil dengan berjauhan dari keluarga bagi memikul tanggungjawab lain.
Aidiladha ini merupakan satu lagi hari kebesaran Islam sebagai manandakan kegembiraan bagi jemaah Haji yang sedang menjalankan ibadah haji. Peluang ini juga digunakan untuk kaum muslimin seluruh dunia menunaikan ibadah qurban. Ibadah haji ini satu interprestasi perjalanan hidup manusia terutama umat Islam. Jika kita teliti bagaimana untuk perjalanan menunaikan haji amat mencabar, sebelum hendak pergi kita mesti mengumpul dana untuk ke sana, untuk menjalankan haji juga mempunyai ilmu yang perlu dipelajari, segala kerja haji penuh dengan displin dan ketentuan yang mesti diikuti, antara teladan utama yang boleh kita fikirkan berihram putih ibarat kain kafan yang membaluti kita, berkumpul di padang arafah ibarat kita dihimpunkan di padang masyar dengan himpunan yang tiada bandingannya.
Begitulah kita sebagai pelajar yang juga hamba yang dituntut untuk berfikir tentang kehidupan kita sebagai khalifah yang perlu mengisi dada dengan ilmu yang baik untuk mempersiapkan diri di masa akan datang yang lebih mencabar. Jika kita teliti, untuk mendapat haji yang MABRUR perlu mengikuti disiplin utama dengan betul dan sohih, jika dilanggar akan dikenakan dam. Untuk menjadi pelajar yang baik, perlu juga kepada disiplin dan akhlak yang terpuji. Untuk memastikan misi melahirkan insan yang baik, perlu juga kepada garis panduan, jika dilanggar tetap juga akan di denda. Ini bagi memastikan Insan yang akan lahir di masa akan datang lebih baik dan berakhlak islamiah.
Kita di sini melakukan ibadah korban, ingatilah saudara kita yang terkorban di Iraq, Palestin. Kita disini membuat peyembelihan, tapi adakah kita sedar saudara kita yang disembelih di negara umat islam yangs edang berperang!!!. Bersyukurlah, kerana kita masih lagi aman dan boleh menerima ilmu Allah dengan tenang dan hidup dengan rahmatnay tanpa bayaran satu sen pun. bersyukurlah.

Renungi dan hayati kisah nabi Ibrahim yang diperintah menyembelih anaknya nabi Ismail. Kisah Hajar dan Ismail mendapatkan air di antara sofa dan marwah.

KECEMERLANGAN, KEMAJUAN DAN GEMILANGNYA AL-HIDAYAH HASIL SUMBANGAN IKHLAS KITA. SALING MEMBANTU DAN BEKERJASAMA.

0 komentar:

KREDIT UCAPAN

INFO RINGKAS SEKOLAH


INFO RINGKAS AL-HIDAYAH

MERANGKUMI PENDIDIKAN AKADEMIK DAN AGAMA (AZHARIAH /DINI) SECARA SERENTAK BERMULA DARI TINGKATAN 1-5

MENITIKBERATKAN MINAT KEPADA ILMU AGAMA YANG MERUPAKAN TUNJANG PENTING SEKOLAH INI

KURIKULUM

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)+ KURIKULUM AZHARIAH (IDADIE DAN THANAWI)

KOKURIKULUM

MELIPUTI ASPEK UNIT BERUNIFORM + KELAB PERSATUAN + SUKAN DAN PERMAINAN

PRASARANA DAN KEMUDAHAN UTAMA

BANGUNAN KELAS DAN KEPERLUAN PENDIDIKAN SESUAI YANG DIBEKALKAN KPM

TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ICT

SEDIAAN GURU TERLATIH OLEH PIHAK KEMENTERIAN

BANGUNAN ASRAMA LELAKI DAN PEREMPUAN MENGIKUT KAPASITI YANG DITETAPKAN

MISI 2020

MENJADI SEKOLAH TERBAIK DAN CEMERLANG DI DAERAH KERIAN 2020

PENERIMAAN MASUK ADALAH BERDASARKAN PENCAPAIAN YANG BAIK DALAM UJIAN KEMASUKAN YANG AKAN DIADAKAN PADA AWAL DISEMBER. UJIAN INI AKAN MELIPUTI PENGUASAAN AL-QURAN, JAWI, DAN SEBAHAGIAN MATAPELAJARAN AKADEMIK LAIN

EDISI 10 TAHUN MENJADI SABK

KOLEKSI YOUTUBE

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN ANJURAN PELAJAR ASRAMA


PERTANDINGAN BADMINTON KELAB BADMINTON



SEKILAS FOTO MENARIK HARI PELAJAR 2010

PENAFIAN

PENAFIAN : UNIT MEDIA PENERBITAN DAN PIHAK SEKOLAH TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEGALA KESULITAN DAN KEHILANGAN MAKLUMAT BERIKUTAN MUAT TURUN BLOG ATAU BAHAN DALAM BLOG INI

NOTIS DAN UCAPAN


PERHATIAN PENTING KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH. GELOMBANG KEDUA H1N1.
PERINGATAN PENTING BERKAITAN SELSEMA BABI INFLUENZA A H1N1 KEPADA WARGA SEKOLAH DIMINTA UNTUK MEMATUHI SEGALA KEPERLUAN BERKAITAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DALAM USAHA MENGHINDARKAN DIRI DARI VIRUS H1N1 INI
-BASUH TANGAN SEHINGGA BENARBENAR BERSIH
- GUNAKAN TISU ATAU SAPU TANGAN KETIKA BERSIN ATAU BATUK
- HINDARKAN BERHUBUNG SECARA TERUS DENGAN PENGIDAP SELSEMA, DEMAM ATAU SUSPEK H1N1
- TIDAK BERADA SECARA BERKUMPULAN
- SENTIASA MENGIKUTI PERKEMBANGAN PENYAKIT INI DARI SEMASA KE SEMASA
- SENTIASA PATUH KEPADA ARAHAN PIHAK BERKUASA
BERDOA SEMOGA KITA DIJAUHI DARI WABAK YANG MEMBUNUH INI KEPADA BEKAS PELAJAR YANG MELAYARI BLOG INI SILA ISI MAKLUMAT ANDA DI BUKU PELAWAT TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENYOKONG BLOG INI

TERKINI DI LAMAN INI

Random Post

Hubungi Kami

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297

Template Updates